DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

12 November 2008

Awas Penipuan Di Stesen Minyak



KUANTAN: Orang ramai disekitar bandar ini dinasihatkan berhati-hati ketika mengisi minyak di mana-mana stesyen minyak di bandar ini. Ia berikutan pihak kami menerima aduan daripada orang ramai yang begitu kecewa dengan taktik "baru" yang digunakan oleh pemilik stesyen minyak untuk mengaut keuntungan mudah. Kaedah yang digunakan ialah mereka mengubahsuai "nozel" supaya banyak gas dan angin yang masuk ke dalam tangki sebelum minyak diisi. Ini disedari oleh beberapa orang pengguna yang mengisi minyak dibandar ini. Mereka mendapati harga minyak berdasarkan liter berbeza-beza antara stesyen minyak, biarpun kerajaan telah menetapkan harga baru bahan mentah itu. Kami difahamkan langkah ini dilakukan, bagi mengelakkan kerugian akibat penurunan harga minyak yang begitu mendadak mutakhir ini.

Walaupun mendapat subsidi, harga minyak di Malaysia tetap naik seiring dengan kenaikan harga minyak dunia. Bagaimanapun pada 5 Jun 2008, kerajaan menaikkan harga minyak dan diesel secara mendadak, dengan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter (kenaikan 40%) manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58. Prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia. Diskaun 30 sen dari harga pasaran diberikan kepada setiap pengguna minyak rakyat Malaysia. Atas desakan Pakatan Rakyat, terutamanya selepas "Debat Isu Minyak" antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek maka akhirnya kerajaan terpaksa akur. Maka itu kononnya sejajar dengan penurunan harga minyak dunia, kerajaan pada 22 Ogos 2008 telah mengumumkan penurunan harga runcit minyak.
Pengumuman ini menyaksikan harga petrol dan diesel diturunkan di antara lapan dan 22 sen mulai 23 Ogos 2008. Manakal pada 24 September 2008 pula, kerajaan mengumumkan penurunan 10 sen harga petrol dan diesel. Berikutan harga minyak dunia yang terus menurun, bermula 15 Oktober, harga minyak diturunkan lagi antara 10 dan 20 sen. Seterusnya pada 1 November yang baru lalu, harga petrol dan diesel terus diturunkan sebanyak 15 sen menjadikan harga minyak petrol terkini di pasaran bagi RON97 ialah RM2.15.

Maka itu, khabarnya pihak pemilik stesyen minyak amat gelisah dengan perubahan harga yang berlaku mutakhir ini. Mereka sukar untuk menerima penurunan yang mendadak, sedangkan dalam masa beberapa bulan yang lalu kenaikannya diparas yang amat menguntungkan mereka. Susulan daripada itu mereka cuba "mencuri" minyak dengan mengubahsuai "nozel" yang digunakan untuk mengisi minyak. Hasilnya minyak berubah diantara lain-lain stesyen minyak. Perkara ini telah didedahkan oleh Puan Nancy Khong, Bekas Calon PKR DUN Semambu dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Beliau menegaskan bahawa terdapat banyak penipuan dilaporkan melibatkan stesyen minyak. "Pemilik dipercayai tertekan akibat kenaikan harga minyak, maka mereka cuba untuk mencuri wang pengguna. Apa yang dilakukan ialah mereka mengubah "modifite" nozel minyak. Akibatnya, bila kita mengisi minyak senantiasa berubah-ubah antara stesyen. Harga minyak terbaru RM2.15 seliter hanya terdapat pada meter sahaja. Sebaliknya perkara ini telah diubah oleh mereka. Maknanya jika kita mengisi minyak dalam RM20 sepatutnya minyak ialah 9.302 liter. begitu juga sebaliknya" katanya.

Menurut beliau lagi "Pengguna tidak perasan perkara ini sebab mereka membayar minyak terlebih dahulu di kaunter. Inilah padahnya perkhidmatan self-service yang diamalkan di stesyen minyak. Penipuan boleh berlaku bila-bila kerena pengguna tidak menyedarinya. Bayangkan berapa banyak lebihan untung yang diperolehi oleh pengusaha stesyen minyak setiap hari dengan taktik ini. Justeru itu kami mahu pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. Sampai bila kita harus ditipu". Beliau juga menegaskan bahawa pengguna boleh mengenalpasti penipuan ini dengan membawa botol mineral water 1.o liter ketika mahu mengisi minyak. Mereka boleh isikan dulu minyak dalam botol terbabit dan cuba lihat jumlah RM2.15 apakah ia bersamaan dengan 1.0 liter. Jika sama baru teruskan isian berikutnya, tetapi Jika sebaliknya maka boleh mengadu kepada pihak pberkenaan. Maknanya jika ia tidak cukup, terbukti mereka telah menipu pengguna. Akhirnya pengguna yang terpedaya dengan taktik kotor pengusaha pam minyak.

[Perkara ini juga sebenarnya berlaku di seluruh negara. Justeru itu kepada orang ramai berhati-hatilah ketika membeli minyak. Pastikan anda membawa botol air mineral 1.0 liter sebagai bukti. Jika tidak setiap hari anda akan terus ditipu oleh pengusaha yang rakus ingin mengaut keuntungan yang berlipat ganda setelah harga minyak diturunkan. Sebarkan info ini kepada semua rakan-rakan di seluruh negara, beri kesedaran kepada mereka agar melakukan perkara yang sama. Respond kepada perkara ini sila email pahangdaily@yahoo.com untuk kami war-warkan disini mana-mana stesyen minyak di seluruh negara yang melakukan perbuatan ini. Sama-sama kita boikot dan hanya pergi ke pengusaha stesyen yang jujur sahaja]


































No comments: