Mantan Ketua Lanun Keciwa Lagi...
Mantan Ketua Lanun yang telah dipinggirkan semalam memberikan pandangan bahawa bukan lanun mudah lupa aje yang buleh jadi Katua Lanun...makanya lanun mamakpun buleh. Lanun white buleh, lanun blackpun buleh, lanun tak cebuk ke lanun kopetpun boleh. Maknanya lanun tak berkhitan pun buleh jadi Ketua Lanun la ni...jantan betinapun buleh...Marissa Kok pun buleh...
Kalu Barrack Obama jadi rakyat wilayah lanun dan boleh cakap bahasa lanun mudah lupa....diapun boleh jadi ketua lanun. Tak kisahlah agama apa lanun itu. Ya tak ya jugak...lanunlah katakan...memang dah dasar lanun.. agama apapun dia...dia tetap lanun juga. Melanun, merompak, meraba, mengecm-libra, mengscomi, memperwaja, memaminco, merasuah, menyalahguna kuasa dan macam2 me..men dan meng lagi...
Agak hairan juga tiada respon dari mana-mana lanun mudah lupa yang sebelum ni begitu racist sekali. Kalu yang buat kenyataan ini pemimpin wilayah sana...bising dia orang ni. Mahu dibakarnya kapal2 di perairan antarabangsa.
"Pengkhianat...petualang ketuanan lanun mudah lupa!!!" Itulah slogan yang biasa dilaung2kan. 'Dasar Ekonomi Lanun Mudah Lupa (DELML) mesti dipertahankan."
"Kalu dalam pilihanraya lanun2 mudah lupa kata ok...oklah...!" Tersengih aje Mantan Ketua Lanun menjawab bila wartawan tanya.
Semasa dia memerintah memang hebat. Tak ada sekelumit lanunpun yang berani bersuara. Habis organisasi lanun mudah lupa ini dihancurkan. Sebuah pulau diuntukkan untuk tahanan tanpa bicara. Sapa cakap banyak ke situlah gamaknya.
Kita tidak lupa sebagaimana lanun2 mudah lupa ini bagaimana dalam tahun 1987 Operasi Rumpai Laut telah dijalankan. Ramai musuh2 politik Mantan Ketua Lanun Mudah Lupa telah dikurung tanpa bicara. Dia buat hal orang lain kena kurung.
Institusi Raja yang dulunya bebas dan kebal kini habis siungnya. Semua tercabut belaka. Tinggallah baginda sebagai perhiasan belaka. Tiada piala monsoon untuk mereka. Yang ada cuma permainan galah panjang, kunda kundi, teng teng dan congkak. Kalu yang hebat sikitpun...permainan gasing dan layang2 aje.
Hakim2 di negara Lanun Mudah Lupa dijadikan kucing kurap aje. Hakim gula2 hacks dijadikan bench mark akan standard kehakiman negara Lanun Mudah Lupa ini. Pengacara Negara cuma jadi alat Mantan Ketua Lanun Mudah Lupa. Kalu disuruh menyalak...maka menyalaklah dia. Kalu disuruh kencing maka kencinglah dia. Tak labih dan tak kurang macam rottweiler sahaja.
Ekonomi lanun mudah lupa pula dikontrol oleh seorang dua kroni. Semua bangsa ada. Seorang tu Diam namanya. Sesuai dengan namanya yang diam itu...senyap2 habis disapunya harta benda negara lanun mudah lupa. Kini di South Afrika duduknya dia. Kunun ceritanya...pemilihan jawatan penting parti lanun mudah lupa kali ini...besar peranannya.
Sebuah syarikat cord liver oil (Petrocord) negara yang ditubuhkan oleh musuh politiknya, si lanun tua dikuasai sepenuhnya oleh Mantan Ketua Lanun Mudah Lupa ini. Setelah pencen dari jawatan ketua, masih ada pejabat lagi dia ni di Petrocord...menyampah para lanun2 melihatnya.
Semua projek mega yang gagal, Petrocord inilah yang menjadi galang gantinya. Malah syarikat anak Mantan Ketua Lanun yang bankrap itupun Petrocord yang bail-out. Lebih 22 tahun dia memerintah...habis punah ranah wilayah lanun dikerjakan. Segala hasil mahsul hasil usaha para lanun...sebahagian besarnya disapu dek Mantan Ketua Lanun dan suku sakatnya.
22 tahun dia memerintah. Apabila dia dilantik sebagai Ketua Lanun...masa tu Ronald Reagan baru jadi Presiden Amerika, Malcolm Fraser masih jadi PM Australia, Russia masih dikenali sebagai Soviet Union, Francois Mitterrand baru dilantik menjadi Presiden Perancis, China sedang melalui era Deng Xiaoping dan rakan baik Mantan Ketua Lanun sendiri (ramai yang berpendapat pemimpin ini adalah klon beliau), Robert Mugabe baru sahaja berkuasa di Zimbabwe, beliau bertindak secara kuku besi memerintah Wilayah Lanun.
Namun di akhir2 pemerintahannya...dia sudah jadi tidak popular. Anak didiknya difitnah dan dipenjarakan lebih menonjol. Namun memang perangai Mantan Ketua Lanun...dia mahu dasar2nya yang menguntungkan kroni serta anak beranaknya mestilah diteruskan. Maka diapun memilih seorang lanun lembik untuk menggantikannya dengan anggapan dia boleh remote controlkan si lembik ini. Sehinggalah Ketua Lanun yang bukan sahaja lembik tapi kaki tidur itu lost control all together.
Mana tau...degil juga rupanya Ketua Lanun yang baru ini. Dia bukan sahaja lembik malah dia tidur aje keghojenye. Segala urusan pemerintahan Wilayah Lanun diserahkan kepada anak dan menantunye. Maka tunggang langganglah Wilayah Lanun.
Marah tak terkira Mantan Ketua Lanun bila satu demi satu polisi dan projek mega yang dirancangnya diubah dan ditarik balik oleh Ketua Lanun secara tidak disedarinya. Maka lingkuplah dinasti Mantan Ketua Lanun dan sekaligus juga meranapkan Ketua Lanun yang lembik itu.
Diusahakan dengan mencucuk jarum secara bertubi2 oleh Mantan Ketua Lanun. Digunakan Lanun Sembap dari Wilayah selatan untuk menjatuhkan Ketua Lanun yang lembik itu. Kali ini Lanun Mongol pula menjadi pilihannya. Nampak berjaya usaha Mantan Ketua Lanun ini. Sudah ada tanda2 usaha kerasnya akan berhasil....
Maka makin berapi2lah akhir2 ini ucapan Mantan Ketua Lanun. Sedar dia polisinya akan diguna semula oleh Lanun Mongol yang bakal mengetuai Wilayah Lanun March ini. Tapi dia lupa...Lanun Mongol ni takut bini. Yang bakal memerintah Wilayah Lanun ialah The First Lady. Hmm... keciwa lagilah nampaknya Mantan Ketua Lanun.Hehehehehehe...... jangan marah yaaaaaa!!!!
No comments:
Post a Comment