Eksklusif: Ke Arah Perubahan Kerajaan Pakatan, Sekadar Jawapan Kepada Seribu Satu Persoalan !!
Ramai dikalangan penyokong Pakatan Rakyat peringkat akar umbi yang begitu kecewa dengan perubahan kerajaan yang tidak berlaku sekarang ini. Ada yang merasa seolah-olah diri mereka ditipu oleh Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar mewar-warkan bahawa perubahan kerajaan akan berlaku pada 16 September 2008 yang lalu. Namun segalanya tidak berlaku,
menyebabkan mereka tiada alasan untuk memberi jawapan apabila ditanya oleh rakan-rakan. Tidak kurang juga dikalangan ahli UMNO yang mengejek mereka tatkala berbicara soal ini. Maka ramailah dikalangan mereka ini yang mula sangsi dengan kejujuran Anwar atas perkara ini. Apakah mereka dipermain-mainkan oleh mantan TPM itu. Justeru itu, kami ingin membangkitkan disini bahawa isu perubahan kerajaan sebenarnya tetap akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Tarikh keramat 16 September adalah sebagai pemangkin ke arah itu. Ini bermakna jika tiada aral melintang maka 16 September adalah tarikh perubahan yang bakal terjadi. Namun jika ada sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan, maka itulah ia perlu diubah atau ditunda.
Samalah yang berlaku dalam UMNO sekarang ini. Tarikh perubahan peralihan kuasa yang dirancang ialah 2010, namun dek kerana terdapat desakan yang kuat dari kalangan pemimpin kanan parti itu maka akhirnya tarikhnya dipercepatkan pada Mac 2009. Maka perubahan kerajaan Pakatan Rakyat juga pasti berubah kini. Itu adalah amalan biasa dalam setiap perancangan. Kita hanya merancang namun segalanya Allah yang menentukan. Jika dilihat kepada sebab musabab mengapa tarikh penting itu dipinda setelah gagal pada 16 Sept lalu. Sudah pasti ia ada rasionalnya. Antaranya ialah :-
Ahli Parlimen BN yang sudah menyatakan persetujuan untuk "melompat parti" telah dibawa lari keluar negara (Taiwan). Ini menyebabkan mereka tidak dapat berada dalam beberapa pertemuan penting ke arah perubahan tersebut. Biarpun mereka sudah menyatakan persetujuan ke arah itu, namun untuk pengesahan mereka harus ada dalam pertemuan khas yang bakal dilakukan. Kami difahamkan semua mereka yang terlibat sudah menandatangi surat persetujuan tersebut, cuma ia tidak boleh diumumkan oleh Anwar memandangkan dikhuatiri terdapat "kacau ganggu" yang akan ditimbulkan oleh pihak kerajaan seperti apa yang berlaku kepada Yong Teck Lee di Sabah sebelum ini. Lantaran itulah perkara yang lebih detail ini tidak boleh diumumkan secara terbuka dan hanya jumlahnya sahaja yang diumumkan.
Senario politik semasa, yang memperlihatkan gambaran bahawa jika perubahan berlaku baru-baru ini, pasti akan terjadi satu insiden yang tidak diingini yang akan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Maknanya jika perubahan berlaku, dalam masa yang sama sudah pasti ada pihak yang akan membuat kacau bilau ataupun huru-hara dan menyebabkan berlakunya darurat . Bukankah ini akan mencetuskan sesuatu yang lebih memalukan sebenarnya jika ia terjadi juga. Maka itulah keadaan ini terpaksa diredakan dan tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan demi memberi ruang yang lebih luas kepada Pakatan Rakyat untuk mengatur stratgei seterusnya dalam usaha Perubahan Kerajaan ini.
Terdapat saranan daripada "pihak tertentu" yang mahu perkara perubahan ini dirundingkan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. Ini bermakna para pemimpin Pakatan Rakyat mstilah mengadakan perjumpaan tertutup dengan Perdana Menteri supaya perubahan dapat dilakukan dengan tertatur, sistematik, profesional tanpa gangguan daripada mana-mana pihak yang ingin menimbulkan huru-hara. Maka itulah pemimpin Pakatan Rakyat telah menandatangani satu surat rasmi bagi melahirkan hasrat tersebut. Syarat yang bertarikh 15 September 2008 itu telah dihantar "by hand" ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Namun tiada respon dan berbagai helah pula diberikan oleh PM atas perkara berkenaan. Maka sekali lagi ia gagal. Sila klik salinan surat disini untuk bukti yang lebih jelas lagi.
Akhirnya, pihak terbabit menyarankan bahawa jika surat pertemuan itu tidak diendahkan oleh PM jalan terakhir perlu dilakukan ialah mengadakan sidang khas parlimen. Sidang itu bagi membenatng usul undi tidak percaya terhadap kerajaan dan Perdana Menteri. Ia termaktub dalam perlembagaan dan wajar dilaksanakan bila dilihat kerajaan yang ada seolah-olah sudah "gagal berperanan" dan ditolak rakyat. Namun perkara ini juga tidak diendahkan oleh Perdana Menteri atas alasan ia tidak perlu dan beliau yakin masih mendapat sokongan dan mandat daripada Ahli Parlimen BN. Biarpun tidak mendapat majoriti 2/3 di parlimen, namun katanya kerajaan BN masih menang dan dipilih secara majoriti. Walhal semua tahu kemenangan itu juga penuh dengan tipu muslihat "undi pos" dan "pengundi hantu" dengan kerjasama SPR. Akhirnya perkara ini ditolak bulat-bulat oleh Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah Badawi.
Terdapat juga suara agar Kerajaan Perpaduan diwujudkan bagi menggabungkan Pakatan Rakyat dengan beberapa orang pemimpin UMNO/BN yang "murtad" dan sedia berkerjasama dalam hal ini. Maka itu terdengar suara-suara dan rundingan ke arah itu. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ku Li (Ahli Parlimen Gua Musang) dalam berapa sidang medianya baru-baru ini. Menurut sumber, jika Kerajaan Perpaduan ditubuhkan maka pemimpin "UMNO Murtad" akan mengambil tempat sebagai PM sementara pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Sebaliknya Anwar hanya akan menjadi TPM sebagai langkah berjaga-jaga. Alasan yang diberikan jika Anwar mengambil-alih jawatan PM sekarang, maka akan wujud sikap "tidak puas hati" dan "kecewa yang teramat" sangat dikalangan pemimpin kerajaan terutamanya yang bakal ditabalkan sebagai PM tidak lama lagi. Oleh itu, dengan mengabungkan UMNO,BN, PKR,PAS dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan sudah pasti ia bakal meredakan sedikit keadaan. Alasan diberikan bahawa jika Anwar jadi PM sekarang ada pihak yang akan lakukan huru-hara dan jika Najib pula jadi PM sekarang ada pihak yang akan kecewa dan tahu banyak rahsia tentang kesnya. Maka itulah, orang tengah yang akan diterima oleh kedua-dua pihak perlu "wujud" sebagai jalan penyelesaian. Jika tidak terpaksalah Anwar dan Pakatan Rakyat menunggu sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti untuk melakukan perubahan yang sebenarnya.
Jika Pakatan Rakyat menang majoriti 2/3 dalam PRU-13 maka secara automatik Anwar akan ditabalkan sebagai PM. Ketika itu sudah tiada lagi unsur-unsur sabotaj dan ketidakpuasan hati, sebab ia dilakukan secara "demokrasi" dalam satu proses pilihanraya.Maka itu, bersandarkan kepada hujah-hujah kami berikan ini adalah diharapkan agar rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dapat memahami situasi sebenar keadaan ini. Maka itu janganlah terlalu mengharapkan sangat perubahan berlaku dalam masa terdekat ini.
Namun segalanya berkemungkinan kerana ia terletak ditangan Perdana Menteri itu sendiri. Jika beliau bersetuju sama ada mengadakan pertemuan, mengadakan sidang khas parlimen dan sebagainya. Maka ia kemungkinan besar dapat berlaku bila-bila masa dari sekarang, dan Anwar bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri ke-6 selapas Pak Lah dan bukannya Najib Razak. Ada banyak rasional yang memungkinkan ke arah itu akan kami huraikan satu persatu. Sebelum ini banyak pendedahan Eksklusif kami yang mengejutkan pembaca terutamanya dalam kes Altantunya. Di mana kami awal-awal lagi membuat kesimpulan sama ada ketiga-tiga tertuduh dibebaskan atau pun hanya Razak Baginda yang dibebaskan. Akhirnya terbukti kini Razak akhirnya dibebaskan.
No comments:
Post a Comment