DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

11 November 2008

Pahlawan Melayu: Ni cerita lawak ker???

Jika Hang Tuah 5 bersaudara bermandi darah mempertahankan negara digelar Pahlawan Melaka…
Tapi di Penang anda hanya perlu jadi orang UMNO dan hina bangsa lain, anda akan menjadi Pahlawan Pulau Pinang…
So siapa yg nak jadi pahlawan tu..simpan keris simpan senjata…isi borang…masuk UMNO…


Sambutan hero, Ahmad dilabel "pahlawan tulen Bukit Bendera"



AHMAD Ismail menerima keris daripada veteran Umno, Abdul Rahman Lazim.

GEORGE TOWN: Datuk Ahmad Ismail, yang digantung daripada jawatan Ketua Umno Bukit Bendera dua bulan lalu, semalam diberikan sambutan sebagai "hero" dengan diisytiharkan "pahlawan tulen Melayu Bukit Bendera".
Ahmad diberikan sambutan sebagai pahlaman dengan dipersembahkan alat-alat kebesaran Melayu, antaranya keris pada majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu petang semalam.
Beliau yang melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu digantung keahlian dan digugurkan kesemua jawatan parti selama tiga tahun.

AHMAD Ismail disambut meriah ketika memasuki dewan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Bendera petang tadi.

Ahmad yang tiba di hotel Bayview Beach Resort di sini pukul 3.40 petang disambut masuk dengan meriah ke dewan utama persidangan meriah bersama iringan kompang dan persembahan silat.
Sebaik tiba beliau dikenakan tengkolok kuning oleh penasihat bahagian itu, Azmi Merican.
Kemudian beliau menerima selempang berwarna kuning daripada veteran Umno Saakyah Mat Isa, serta diberikan keris oleh seorang lagi veteran Abdul Rahman Lazim.
Selepas menerima komponen tradisi itu Ahmad menuju ke pentas utama manakala juruacara mengisytiharkan beliau sebagai pahlawan tulen Bukit Bendera.
Ketua Umno Cawangan Jalan Lahat, Madzalifah Abu Kassim kemudian membacakan sajak yang beliau hasilkan khas untuk Ahmad. Ia disusuli dengan laungan “Hidup Datuk Ahmad” dan “Hidup Melayu” sebanyak tiga kali.

Selepas menyanyikan lagu Warisan, dan solat, Ahmad, yang juga penasihat bahagian itu kemudiannya merasmikan persidangan yang diadakan secara tertutup.
Persidangan memilih Abdul Jalil Ariffin sebagai ketua bahagian tanpa dicabar.
Perwakilan juga meluluskan usul menggesa Majlis Tertinggi Umno menarik balik dan membatalkan penggantungan Ahmad.
Usul seumpama juga telah diluluskan oleh Pergerakan Wanita semalam

No comments: