DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

08 November 2008

Kemenangan Obama membuka lembaran baru kepada hubungan US-Muslim

Kenyataan MediaAngkatan Muda Keadilan Malaysia


Kemenangan Obama membuka lembaran baru kepada hubungan US-Muslim
Sorotan sejarah Amerika Syarikat kini memasuki era baru dan bermakna dengan terpilihnya Barack Obama sebagai Presiden AS yang baru, sekaligus meletakkan noktah kepada babak yang pelbagai di dalam sejarah geopolitik yang dibentuk di bawah pentadbiran Bush.

Untuk keseluruhan dunia, kami meletakkan harapan yang tinggi agar penguasaan Obama akan turut membuahkan era baru di dalam hubungan antarabangsa, dalam keadaan AS memainkan peranan konstruktif di dalam sistem antarabangsa, memainkan peranan yang positif dalam memperbaiki ekonomi dunia untuk keluar daripada kemelut kewangan seiring dengan penyelesaian konflik di peringkat global.

Adalah menjadi harapan kami agar Obama dapat menjalinkan hubungan yang lebih bermakna dengan negara-negara Muslim di rantau ini, termasuklah Malaysia dan Indonesia untuk menyelesaikan kemelut-kemelut utama yang mengenai hubungan bagi negara-negara berdaulat ini dan AS, yang mana ini kelak disusuli dengan kerangka penyelesaian ke arah mencapai persefahaman yang lebih jitu dan kerjasama yang efektif.

Dalam keadaan kita percaya bahawa trauma 911 akan terus mengesani persepsi dan halatuju polisi AS, kami percaya bahawa kepimpinan yang progresif dan intelektual di kalangan pimpinan-pimpinan Muslim di rantau Asia Tenggara akan mengalu-alukan kedua-dua kumpulan untuk menghubung-jalin perbezaan dan berikhtiar ke arah persefahaman yang berterusan.

Selain itu, kami juga percaya bahawa kemenangan besar Obama memberikan contoh yang sewajarnya bagi rakyat Malaysia untuk meninggalkan dogma politik berasaskan perkauman yang sudah ketinggalan untuk memulakan budaya politik baru yang mengkehendaki pencarian pemimpin yang boleh menawarkan visi yang bermakna, kebolehupayaan untuk menterjemahkan idea kepada dasar-dasar yang boleh meningkatkan taraf rakyat dan negara, dan mampu meletakkan Malaysia di tempat yang sewajarnya di kalangan komuniti dunia.
Kemenangan Obama telah menunjukkan bahawa sesuatu yang mustahil boleh diatasi, jika kita mempunyai iltizam dan kemahuan untuk berubah.

Saya menyertai rakyat Malaysia keseluruhannya mengucapkan tahniah kepada

Presiden Obama dan Naibnya, Joe Biden atas kemenangan pilihanraya mereka.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

No comments: