"Assalamu alaikum.. Siang tadi ketika menjawab soalan dalam sessi perbahasan bajet peringkat jawatan kuasa bagi kementerian asas tani, Menterinya telah mendedahkan satu isu yang selama ini tidak diketahui umum.Isunya mengenai babi montok di Negeri Sembilan. Terima kasih MP Rasah yang membangkitkan perkara ini. Tetapi kalaulah PRU dulu, PR yang menang di Negeri Sembilan sudah tentu isu ini sudahpun meletup seperti di Selangor.Isu babi di Selangor masih diwiridkan oleh orang UMNO bagi menunjukkan kelemahan kerajaan PR Selangor yang dikatakan tunduk kepada orang cina dan isu sebenar disebalik babi yang dirancang oleh UMNO sebelum PRU lagi dihilangkan. Dalam kes babi montok Negeri Sembilan, nampaknya didiamkan sahaja.Projek ternakan mega dengan segala kemudahan moden bagi babi rupa rupanya sudah dimulakan di Negeri Sembilan.projek ini sudah tentu bakal menghasilkan babi babi montok dengan segala kemudahan moden sama seperti yang dirancangkan di Selangor.Bezanya barangkali dari segi teknologinya sahaja.walaupun projek di Negeri Sembilan ini tidak diketahui dengan jelas teknologinya berbanding di Selangor yang menggunakan teknologi Jerman,tetapi dari jawapan Menteri dapat diketahui dengan jelas bahawa projek ini menggunakan teknologi moden bilamana menteri memberitahu dewan bahawa kerja kerja pembinaan pagar keselamatan masih belum siap,begitu juga kerja kerja infrastruktur masih belum siap.Menteri mengesahkan bahawa projek ini akan diteruskan walaupun tidak menyatakan dengan jelas siapakah yang membiayainya.Pendedahan ini menampakkan kebobrokan UMNO serta sikap double standard mereka.Di Selangor walaupun asal projek ini sudahpun diluluskan oleh kerajaan UMNO yang dulu, tetapi apabila kerajaan PR memutuskan untuk meneruskan projek ini dengan sedikit pengubahsuaian dari segi pembiayaannya,maka muncullah ahli ahli UMNO berdemo serta mula berwirid mengatakan kerajaan PR Selangor tunduk kepada DAP dan orang orang cina.Tetapi mengapa mereka berdiam diri dengan projek yang hampir sama di Negeri Sembilan yang sudahpun dimulakan?Apakah kerajaan BN Negeri Sembilan tidak tunduk dengan orang cina?Mengapa tidak dijadikan wirid seperti babi di Selangor?Atau terdapat perbezaan babi di Selangor dan babi di Negeri Sembilan?Secara logiknya tidak terdapat apa apapun perbezaan antara rupa babi di Selangor dan di Negeri Sembilan serta projek penternakan babi yang moden dan terkawal ini mungkin menghasilkan babi yang hampir serupa ia itu babi babi yang montok.Montoknya babi babi yang bakal dihasilkan dari projek ini mungkin juga seperti montoknya ahli ahli UMNO yang berdemo di hadapan pejabat Teresa Koh dulu dan hampir sama montoknya dengan MP BN serta pencacainya yang masih berwirid dengan babi sampai hari ini."
No comments:
Post a Comment