DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

06 November 2008

Anak Muda Malaysia perlu turun ke Dataran Merdeka 10 November

Nota ini ditujukan kepada semua anak muda Malaysia yang bakal mewarisi negara ini.
Negara ini perlu segera diselamatkan. Tiga tonggak penting negara; parlimen, kehakiman dan eksekutif sedang mereput perlahan-lahan oleh kerana amalan rasuah dan tidak amanahnya mereka yang dipilih.
10 November 2007 ini, jam 3.00 petang satu perhimpunan aman rakyat akan berlangsung untuk cuba memulihkan salah satu tonggak penting negara kita.
Sebagai pewaris masa depan, perhimpunan ini sangat signifikan dan dekat dengan kita, justeru kita sangat perlu untuk datang ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur, jam 3.00 petang, untuk bersama-sama rakyat lainnya menyatakan solidariti dan sokongan menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melangsungkan pilihanraya yang bebas dan adil.
Perhimpunan 100,000 rakyat yang sedang di buruk-burukkan ini oleh pimpinan Umno adalah sangat penting untuk kita generasi muda dan seluruh rakyat Malaysia. Himpunan ini adalah perhimpunan aman rakyat yang mahukan keamanan. Dan himpunan ini adalah berobjektifkan pilihanraya yang bebas dan adil.

Jelas mereka yang tidak mahu dan membenci perhimpunan ini adalah mereka yang tidak mahu keadilan dan kebebasan tertegak, yang mahu terus berkuasa dengan cara yang jijik dan kotor melalui penipuan pilihanraya berterusan.

Ini juga bukan perhimpunan anti-kerajaan ataupun menjatuhkan kerajaan. Himpunan ini ditujukan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, bahawa rakyat mahukan pilihanraya yang bebas dan adil.

Pilihanraya bebas dan adil sangat perlu bagi kita memperoleh ahli-ahli pembuat dasar dan pimpinan kerajaan yang benar-benar disokong dan mendapat kepercayaan dari rakyat. Barulah dasar dan hala tuju negara tidak diperkuda sewenang-wenang oleh mereka yang kita lantik untuk mewakili kita di parlimen.

Kita tidak perlu lagi ditipu oleh sistem pilihanraya sekarang yang dipenuhi dengan kecurigaan kecurangan yang sebahagiannya telah dibuktikan di dalam mahkamah.

Anak muda Malaysia,mari kita turun semua ke Dataran Merdeka agar kita tidak dikutuk oleh generasi pewaris kita kerana membiarkan negara ini mereput sistem moral dan demokrasinya!

Shamsul Iskandar Md Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

No comments: