DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

09 November 2008

Penyelewengan Kes Altantuya's

Tuesday, November 4, 2008

7 Penyelewengan Besar Kes Altantuya..

Kes Altantuya merupakan satu-satunya kes besar penuh sensasi yang melibatkan kepimpinan politik Malaysia secara langsung dengan pembunuhan ngeri seorang model. Ianya menjadi satu igauan bagi Dato Seri Najib Tun Razak dan akan terus di perkatakan dan akan dibawa berterusan.Beberapa fakta yang di ragui memungkin akan menjadi bahan kempen bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Maka kerana itu satu pebicaraan dan kes ini jika di lakukan dengan cara yang betul akan menjadikan maruah Dato Seri Najib akan pulih semula.Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4 Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg.Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin, dan Perancis. Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bataar.
Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan. Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja.Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.

Dari sinilah nama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan dikait-kaitkan .Dari awal lagi Najib Tun Razak telah menafikan pelbagai rumor yang mengaitkan nama beliau. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, tidak ada lagi sebarang kenyataan penafian kerana akan menjejaskan proses perbicaraan. Najib Tun RazakSetelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya ‘mendiamkan’ diri sahaja.Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah : Tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.

Berikut ialah 7 Penyelewengan Besar Kes Altantuya:1. Enggan Siasat Saksi Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama ‘Najib Razak’ tidak pernah disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.2. Enggan siasat gambar.Konon-kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan ‘Najib Razak’ tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pemimpin utama pembangkang. Ini disebut oleh seorang saksi kes tetapi tidak disiasat oleh pendakwaan. Sewajarnya, sebuah unit siasatan dikerahkan memastikan kewujudan gambar ini benar atau tidak. 3. Enggan Panggil Saksi Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Beliau juga mendakwa tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia. Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia. Memandangkan Najib begitu kerap memberi pelbagai kenyataan berkaitan kes ini, sewajarnya najib dipanggil/disepina sebagai saksi.

Keengganan memanggil Najib memberi keterangan menguatkan persepsi umum bahawa ada perkara hendak disembunyikan dan Najib takut.4. Saksi Di ISA!Kebanyakan kenyataan-kenyataan Raja Petra berhubung kes ini merupakan ‘hearsay’ yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Kes pembunuhan Altantuya dikatakan tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi mengaku tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya. Sekiranya ini benar, Raja Petra patut diberi peluang membela diri di mahkamah dan bukan di ISA kan.

Apabila Raja Petra di ISA, tentulah beliau boleh disiksa dan diberi tekanan sewaktu di dalam ISA. 5. Tindakan pelik RosmahSewajarnya, apabila seseorang itu difitnah, si mangsa akan segera mempertahankan diri dan mendakwa pemfitnah di mahkamah sekiranya berterusan memfitnahnya. Inilah yang dilakukan oleh Anwar kepada Mahathir. Ini berbeza dengan Rosmah di mana beliau enggan mendakwa Raja Petra yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya sebaliknya, dalam diam-diam, Raja Petra di ISA.

Ini menguatkan persepsi bahawa Rosmah tidak berani mendakwa di mahkamah kerana ada perkara yang hendak disembunyikan.6. Adakah ianya satu perancangan?Antara ura-ura yang bertiup kencang ialah pendakwaan ke atas Raja Petra dan perjalanan kes Altantuya ini merupakan sebahagian rancangan KJ untuk menjatuhkan kareer politik Najib agar bapa mertuanya ‘terpaksa’ terus berkuasa. Semua maklum bahawa Raja Petra didakwa di mahkamah berikutan tulisannya dalam blognya yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya. Tulisan blogger selama ini tidak dipandang serius pun. Tetapi, apabila Raja Petra di dakwa di mahkamah, publisiti besar-besaran akan memusnahkan reputasi Najib. Tindakan mendakwa Raja Petra ketika pemilihan UMNO begitu dekat dikatakan sebagai ‘kebetulan’.More from this category2 pegawai UTK dituduh membunuh Altantuya, atas arahan Siapa?7.

Akuan bersumpah Bala yang tidak mendapat perhatian mahkamah. Dan lapuran INI tidak di ambil endah."Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta."Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya," dakwa blogger itu yang di keluarkan oleh Kickdefller

Posted by

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

No comments: