Saya berada di lokasi berkenaan pada mlm itu…sememangnya ada perancangan jahat untuk gagalkan ceramah DSAI sbb… -orang yang menjerit bagaikan kena sawan mengutuk dan memaki DSAI adalah budak2 hingusan yang tek kenal erti politik pun…budak2 sekolah yang kencingnya masih bercabang lagi…saya manyaksikan ini… -hanya beberapa kerat sahaja yang menjerit bagai dirasuk…memang dirasuk hantu UMNO kerana jika tiada upah mustahil mereka menjerit tanpa mereka tahu apa yang dijeritkan.. -polis bersepah pada malam itu, malah sejak dari awal lagi FRU telah berkumpul di kawasan balai Air Bemban..kenapa perlu FRU? sbb mereka dah tahu tentang provokasi yang telah diatur oleh bangsat UMNO..dan ini peluang untuk mengagalkan ceramah dengan alasan faktor keselamatan.. -semasa ketibaan DSAI, polis beri isyarat kepada kumpulan yang berkumpul…”dah sampai, cepat bro…kemudian polis pun bersama di sekeliling budak2 hingusan itu..kenapa mereka tidak halang budak-budak bodoh tu buat provokasi? sebab…. -kenapa tak tangkap dan sumbat je budak2 bodoh yang menjerit tu kedalam black maria…sebab mereka menyebelahi UMNO? kalau lah orang PKR, dah lama kena sebat dengan polis..
kalau ikut kenyataan OCPD Kulai, permit tak diluluskan kerana mengelakan fitnah berluasa…fitnah apa maksudnya? OCPD pun dah bercakap mcm orang UMNO..gaji OCPD memang dibayar oleh kerajaan BN tapi jgn lupa bahawa itu duit rakyat..OCPD tak layak memihak…
Sepatutnya UMNO tak perlu kacau pun program ceramah ini sbb ianya tak ganggu sesiapa pun..kalau nak datang boleh, tak datang pun tak siapa paksa..sepatutnya biarlah program diteruskan, kalau UMNO buat apa2 program, tak seorang pun ahli PKR ambil peduli..UMNO terlalu takut pada bayang2 sampai hak untuk berceramah pun dinafikan..kebetulan pula polismengikut telunjuk mereka……sampai masanya nanti, tahulah nasib kamu UMNO…jangan ingat kegagalan malam itu bukti kejayaan UMNO tetapi sebenarnya ramai yang kecewa dgn tindakan biadap puak2 UMNO dan tak hairan lah mlm tu orang UMNO sendiri mengutuk tindak tanduk pemuda Senai mengupah budak2 untuk berlakon sasau menjerit mcm gila babi…
kepada DSAI pula, jgn serik datang Johor…ramai penyokong DSAI kat Johor dan semakin menggila orang2 UMNO, semakai ramai orang2 UMNO berpaling tadah dan menyertai PKR…ini adalah kebenaran berdasarkan tinjauan rambang saya..
Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada muslimin dan muslimat diseluruh Malaysia terutama kepada pengujung setia blog ini. Kepada yang melakukan ibadah korban pada kali ini kami ucapkan selamat menjalani ibadah korban dan semoga ianya diterima oleh Allah s.w.t. Kepada mereka2 yang menunaikan ibadah haji, kami mendoakan agar mendapat haji yang mabrur.
Sesungguhnya hidup ini menuntut pengorbanan dan perjuangan dalam segala aspek tidak kira untuk dunia dan akhirat. Kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan. Begitu juga sebaliknya. Perjuangan perlukan pengorbanan dan semangat iltizam yang kental, konsisten dan berani. Membebaskan rakyat dari terus dibelenggu kepayahan akibat ketamakan pemimpin yang haloba mengumpul kekayaan. Kesedaran dan keberanian anak muda dalam merubah sebuah kerajaan yang korup kepada kerajaan yang telus perlu ada. Justeru, sebagai anak muda kita harus berani berkorban demi sebuah perjuangan memartabatkan agama ditempat yang paling mulia dan memperjuangkan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa dan agama, kerana "Anak Muda adalah Perubah Masa Depan".
Salam Eidul Adha dari kami Warga Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah.
Che'gu Bard dalam blognya menulis tentang pembohongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbongkar apabila dua akhbar Korea berbahasa Inggeris mendedahkan mengenai amaran Amerika Syarikat kepada Malaysia tentang penglibatan bank Malaysia dalam transaksi senjata melibatkan kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Tentera di Myanmar.
"Najib mungkin 'terkencing' ketika dihubungi Obama tetapi masih cuba melindungi bank Malaysia itu. Persoalannya kenapa Najib begitu bersungguh melindungi bank Malaysia itu....Adakah Bank itu 'CIMB' yang kini dimiliki oleh adik kesayangannya Datuk Nazir Razak...?," soal penulis.
Che'gu Bard juga menerangkan kisah ini tidak jauh berbeza dengan kisah yang berlaku di bawah pimpinan Abdullah Badawi. Negara menghadapi risiko apabila SCOMI syarikat anaknya meraih keuntungan dengan terlibat dalam pembekalan alat senjata nuklear dengan rangkaian pengganas dan ia dilindungi Abdullah.
"CIMB juga sebenarnya terlibat dalam memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel di mana syarikat tersebut terlibat secara langsung dalam pensejantaan pertahanan Israel yang membunuh orang Palestin," jelas Badrul lagi.
Pada 26 Jun lalu, Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama telah menyentuh pelbagai isu termasuk isu ekonomi semasa bercakap melalui telefon selama 20 minit.
Bercakap kepada para usahawan Bumiputera pada majlis makan malam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) lalu, Najib berkata beliau telah menerima panggilan dari Obama pada pukul 9.10 malam dan mereka telah membincangkan pelbagai perkara. Beliau juga berkata Obama memuji keunikan dan kelebihan Malaysia.
Mengenai pemilikan saham oleh Nazir dan Isterinya, Pemuda Umno dilihat tidak serius dalam meneliti kes pegangan adik Perdana Menteri ini dan Isterinya Azlina Aziz yang berjumlah kira - kira 28,353,261 unit saham CIMB. Maklumat ini merupakan maklumat awam dan jelas dapat dilihat dalam laporan tahunan CIMB tahun 2008. ini menunjukkan bukti pendedahan selama ini berbentuk politik semata-mata.
Che'gu Bard juga mendedahkan laporan tahunan CIMB 2008 dalam muka surat 69 yang menyatakan Nazir Razak memiliki saham berjumlah 27,953,261 unit dan dalam muka surat 71, dinyatakan juga isterinya, Azlina Aziz memiliki 400,000 unit saham. Ini bermakna mereka suami dan isteri memiliki 28,353,261 unit saham yang dari segi nilaian tunainya sudah pasti lebih RM 30 juta pada kewangan berakhir pada 31 Disember 2008. Itu belum termasuk lagi nilai saham yang dilupus atau jual dalam tahun tersebut yang hampir 1 juta unit saham.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Polis DiRaja Malaysia masih terus diperguna UMNO-Barisan Nasional. Beliau turut menyatakan kekecewaaannya terhadap sikap dingin Ketua Polis Daerah yang tidak mahu mengadakan sebarang perbincangan.
“Walaupun kita minum teh tarik semeja dengan Najib ini tidak bermakna polis sudah tidak diperlukan oleh UMNO, malah akan terus menjadikan polis sebagai perkakas UMNO. Dan saya diberitahu oleh OCPD, tidak ada permit tidak boleh berucap," katanya.
“Malam tadi semasa Keadilan Kluang memaklumkan bahawa tiada halangan untuk berceramah disitu kerana kawasan merupakan kawasan persendirian. Malah ceramah masih diteruskan oleh pemimpin kawasan tersebut dari Johor, seterusnya saudara Tian Chua berceramah, tetapi sebaik tiba giliran saya, saya dihalang oleh OCPD," jelasnya.
Semalam Anwar terpaksa membatalkan ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi ekoran bantahan 30 Pemuda Umno.
“Saya minta 10 minit untuk terangkan kepada orang ramai dan meleraikan mereka,dan apa yang lebih mengecewakan alasan yang diberikan ialah terdapat 30 pemuda UMNO menjerit-jerittidak sepatutnya," ujarnya.
Anwar berkata, beliau kemudiannya bertanya kepada pegawai polis tersebut adakah tindakan sama akan dilakukan terhadap Umno-Barisan Nasional sekiranya terdapat bantahan dari sebilangan kecil kelompok.
Katanya bagaimanapun, pegawai berkenaan hanya mampu berdiam diri dan kemudiannya menjawab “saya tidak mahu berbincang”.
sumber berita dari suaraselatanonline.blogspot.com
Mungkin agak terlewat kami memberi "respond" pada Program Ceramah Perdana YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kg. Air Manis, Kulai, Johor pada 22hb November 09 yang lepas. Ini berikutan blog ini telah diceroboh pada 21 November 09 @ 0422hrs oleh penceroboh yang takut akan tersebarnya kebenaran dari blog ini. Sesungguhnya Umno/bn Johor kini berada dalam kedudukan yang amat2 terancam dan percayalahlah bahawa sedikit usaha lagi terutamanya gerakan dari anak2 muda Johor, kami amat2 berkeyakinan bahawa Umno/BN akan mengalami penyakit "trauma" yang amat kritikal apabila mendengar/terpandang perkataan/lambang PKR,PAS atau DAP.
Pada tengahari 22 November 09, ketika dalam perjalanan ke tapak ceramah melalui jalan Kulai - Sedenak, kami dapat melihat sebuah kereta peronda polis ada ditempat dimana Pemuda Umno berkumpul. Setiba kami ditapak ceramah, 2 buah kereta yang dinaiki Pemuda Umno kelihatan berhenti berhampiran dengan tapak ceramah dan kelihatan mereka cuba untuk menggantung "banner" dihadapan tapak ceramah dengan tujuan melakukan provokasi namun mereka hampa kerana kami "malas" melayan kerenah bodoh Pemuda Umno dan kami meneruskan kerja2 persiapan. Turut kelihatan beberapa buah kenderaan yang dinaiki Pemuda Umno mundar mandir dihadapan tapak ceramah sambil menjerit-jerit perkataan lucah dan kasar dengan tujuan agar kami respond kepada mereka, namun mereka kecewa kerana kami "langsung" tidak menghiraukan mereka.
Pada sebelah malam bermula jam 7mlm, kereta peronda dan lori polis bertindak menutup laluan masuk ke dalam kawasan ceramah. Walaupun halangan dibuat, namun ianya tidak menghalang ribuan orang ramai masuk ke tapak ceramah tersebut tanpa menghiraukan halangan2 polis malahan ada yang berkata "kami akan ajar Umno jika polis bertindak kasar pada malam ini".
Pada jam 9mlm, kelihatan beberapa Pemuda Umno memasuki kawasan ceramah untuk membuat tinjauan namun gerak geri mereka diperhatikan oleh petugas yang dikhaskan untuk mengekori mereka2 yang dicurigai.
Dan kemuncaknya pada kira2 jam 10mlm, pada ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim sampai di tempat ceramah tersebut, Pemuda Umno telah melakukan provokasi "bangsat" mereka apabila mereka melontarkan kata2, memaki hamun yang jelas menunjukan sikap dan ahlak mereka yang rosak hasil ajaran sesat Umno/BN. Hasil perancangan rapi dan kebijaksanaan Marshall "SQUAD", akhirnya konvoi yang mengiringi Dato' Seri Anwar berjaya memasuki kawasan ceramah tersebut dengan selamat dan meninggalkan Pemuda Umno menyalak ditepi jalan. Mereka hanya berani menjerit dibelakang-belakang anggota polis. Inilah sikap dan keberanian sebenar Pemuda Umno yang hanya berani mencabar kami dari bawah ketiak-ketiak anggota polis yang bertugas pada malam itu. Dan kemudiannya Pemuda2 Umno yang senior bertindak meninggalkan kawasan tersebut dan meninggalkan budak2 lepasan sekolah yang masih hingusan untuk menjerit dan menyalak ditepi-tepi jalan. Abang2 Senior mereka bertindak lari apabila seorang "Pak Cik" mencabar Pemuda Umno berdebat dengannya. Inikah Pendekar hebat yang mampu disediakan oleh Datuk Adam...?? Pendekar bacul dan pengecut. Hanya berani menjerit dan menyalak dari dibawah ketiak polis. Huh.... Bacul sungguh dan amat memalukan.
Akibat dari halangan dan kekangan dari pihak Polis, maka Dato' Seri hanya dapat memberikan kata2 semangat sekitar 10 minit sahaja namun ianya cukup untuk membakar semangat perjuangan anak2 muda dan ribuan hadirin yang hadir malam itu.
Program tersebut kami anggap sebagai pencetus semangat kebangkitan Generasi Reformasi Anak Muda Johor. Walaupun apa juga halangan, kekangan, ugutan dan tekanan, kami telah bersatu hati untuk menjayakan program tersebut tanpa memperdulikan itu semua. Yang penting bagi kami, api yang membara dalam diri kami akan kami semarakan lagi dan kami tak akan biarkan ianya mengecil walau sedikitpun. Kami ibarat adik beradik yang bertindak mempertahankan dan menyelamatkan Ayahanda kami dari sebarang ancaman.
Jika masih ada Ketua2 AMK Cabang/AJK AMK Cabang atau mana2 Exco AMK Johor yang masih selesa berpeluk tubuh dan tidak terpanggil untuk bersama-sama dengan kami serta terus-terusan mencipta dan mereka apa juga alasan, teruskanlah namun kami akan tetap bergerak melaksanakan amanah parti. Jika anda bermaruah, bertanggungjawab serta ingin melaksana amanah parti yang terpikul dibahu dengan penuh iltizam dan tidak berperangai seperti Umno, maka hadirkanlah diri dalam setiap program yang melibatkan pimpinan parti. Adalah lebih baik anda memikirkan semula untuk terus menjawat jawatan sekarang atau bertindak dengan lebih bermaruah terhadap parti.
Kepada AMK Pasir Gudang, AMK Batu Pahat, AMK Simpang Renggam, AMK Tenggara, AMK Sri Gading, AMK Kulai (tuan Rumah), AMK Semberong, Anak Muda Kg. Plentong Tenggah, Sdr. Ishak (Persatuan Datuk2 Melaka), Ketua AMK Sekijang, Ketua AMK Kluang, Unit Amal, NGO2, rakan2 Pakatan Rakyat dan mana2 individu yang membantu menjayakan program ini kami ucapkan tahniah dan terima kasih diatas komitmen yang diberikan. Kepada jentera AMK Gelang Patah yang sentiasa memberi respond dan komitmen yang terbaik dalam setiap program parti di negeri Johor diharap dapat terus memberikan komitmen yang terbaik. Sesungguhnya tujuan kami hanya 1, "MAHU MENUMBANGKAN KERAJAAN UMNO/BN PADA PRU-13 NANTI..."
"AYUH... BANGKIT ANAK MUDA JOHOR UNTUK BERSAMA DALAM GERAKAN REFORMASI ANAK MUDA JOHOR"...
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor hari ini atas dakwaan rasuah.
Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.
Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.
Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.
Difahamkan kesemua suspek kini disoal siasat di ibu pejabat SPRM negeri.
Pengarah SPRM negeri Simi Abdul Ghani enggan memberi komen berhubung tangkapan itu.
Ketua Umno bahagian Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata biarlah SPRM menyiasat perkara itu.
Ulasan :- Hairankah anda dengan berita ini...??? Bukankah sudah menjadi adat dan tradisi pimpinan Umno yang sentiasa dipalit dengan dosa2 rasuah. Begitulah "kebangsatan" pimpinan Umno yang sentiasa tamakkan harta dan kuasa. Apakah masih ada harapan rakyat yang mahukan pembelaan tersemat disanubari mereka jika kepimpinan mereka sentiasa diselubungi dengan pelbagai skandal. Rasuah sudah menjadi darah daging kepimpinan Umno dan sudah sebati dalam amalan hidup mereka...
Kebangsatan, keresahan dan ketakutan Umno Kulai semakin ketara apabila mereka berusaha untuk menggagalkan Program Ceramah Perdana YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijadulakan akan berlangsung pada 22 November 09 di Batu 31, Kg. Air Manis, Kulai, Johor. Mereka cuba menekan dan mendesak pihak Polis agar tidak mengeluarkan permit untuk ceramah tersebut. Kami amat mengharapkan pihak Polis bersikap adil dan tidak gentar dengan mana2 desakan.
Kami amat faham jikalau permit ceramah tidak dikeluarkan/diluluskan jika program tersebut diadakan di kawasan perumahan/kedai kerana akan berlaku masalah lalulintas, namun jika ceramah yang akan kami adakan ini juga tidak mendapat kelulusan pihak Polis, kami meminta pihak Polis Daerah Kulai mencadangkan kepada kami lokasi terbaik untuk ceramah tersebut kerana ceramah itu akan diadakan di tanah lapang seluas 6 ekar. Kawasan tersebut juga jauh dari kediaman atau kawasan perumahan. Tanah itu telah kami sewa dan mendapat persetujuan bertulis dari pemilik tanah tersebut.
Olehitu, Parti Keadilan Rakyat sebagai sebuah parti yang berdaftar secara sah di Malaysia dan kami sebagai warganegara Malaysia yang mendaftar secara sah sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat semestinya diberi hak untuk mengadakan sebarang aktiviti parti kami selagi ianya tidak mengancam keselamatan negara. Yang terancam sebenarnya adalah Umno/BN.
Justeru, atas rasa tanggungjawab kepada parti, kami Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah menyeru sekalian teman2 dari Angkatan Muda Keadilan seluruh Cabang di Negeri Johor atau luar dari Johor untuk bersama-sama melakukan kerja2 akhir ditapak ceramah tersebut. Ia sebagai salah satu sokongan moral kepada Ketua AMK Johor, Sdr. Zabidie Abas yang sebelum ini terpaksa melakukan kerja2 yang sepatutnya dilakukan oleh jentera2 AMK yang lain berikutan kekurangan jentera petugas. Sokongan dan kerjasama dari seluruh kepimpinan AMK di seluruh cabang serta EXCO AMK Johor yang lain amatlah dituntut. Kepedulian kita kepada setiap program parti perlu ditingkatkan. Kerisauan kita jika program ini gagal perlu ada dalam sanubari kita. Janganlah kita berlagak seperti orang luar. Kita kenal kekuatan dan kelemahan masing2. Hulurkanlah bantuan yang termampu.
Jika Umno Kulai meneruskan niat mereka untuk berdemontrasi di hadapan tapak ceramah sebagai usaha menggagalkan program kami, Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah memberi amaran "JANGAN CUBA BERMAIN API, KELAK MEMBAKAR DIRI". Kami tidak gentar dengan ugutan, ancaman dan desakan dari puak2 kamu. Kami amat2 kenal dengan Ketua Umno Bahagian Kulai dan kami bersedia memperkenalkan lebih terperinci siapakah sebenarnya Ketua Umno Bahagian Kulai kepada seluruh rakyat Kulai. Justeru, kami menasihati Umno Kulai.. "JANGAN AJAK KAMI BERPENCAK SILAT JIKA LANGKAHMU MASIH SUMBANG"...
Ayuh Saudara2ku, kita hadirkan diri ke tapak ceramah dengan seramai mungkin demi mempertahankan "MARUAH" parti. Jika kita gagal menghadirkan seramai 500 jentera parti pada 22hb November nanti, maka usah kita bermimpi untuk menawan Johor. Anak Muda adalah penentu masa depan negara. Maka bertindaklah dengan bijaksana dan jangan termakan provokasi "bangsat" dari parti yang selama ini "membangsatkan" orang2 melayu.
Ketua Umno Bahagian Kulai, Datuk Adam Hamid dan Pemuda Umno Kulai agak terkesan dengan berita kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Kulai.
AMK Gelang Patah yang sudah beberapa malam berkampung di Kulai bagi membantu PKR cabang Kulai membuat sebaran mengenai ceramah tersebut menerima berita bahawa terdapat cubaan membatalkan program ini apabila Pemuda Umno Kulai mendesak pihak Polis supaya tidak meluluskan permit ceramah tersebut. Perbuatan "bangsat" tersebut amat2 di kutuk dan jelas memperlihatkan kebaculan Pemuda Umno Kulai yang tidak berani berdepan dengan kenyataan. Jika sebelum ini Pemuda Umno Kulai begitu lantang melabelkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat termasuk Ketua Bahagiannya, pada 22 November nanti Dato' Seri Anwar Ibrahim akan memperjelaskan kepada hadirin siapakah sebenarnya pengkhianat.
Apakah rumah Ketua Umno Bahagian Kulai yang bernilai lebih RM3juta ringgit tiada unsur2 "PENGKHIANATAN" beliau kepada rakyat...????
Jika kamu berani menjual, kami AngkatanMuda KeadilanNegeri Johor sanggup membeli... Jika benar Pemuda Umno Kulai anak jantan, ayuh kita bertempur secara ilmiah bukan bertindak umpama pondan mensabotaj program kami....
**** Kepada mereka2 yang mengaku ahli atau mana2 pimpinan PKR yang bertindak untuk mensabotaj/tidak membantu gerakerja program ini kerana masalah peribadi, kami mendesak mereka2 ini keluar dari PKR dan jangan membarahi ahli2 yang lain dengan perangai "bangsat" yang berkepentingan peribadi. Sewajarnya semua ahli PKR bersatu hati untuk menyambut kehadiran Ketua Umum dan mengenepikan seketika masalah peribadi namun jika ada pimpinan/ahli yang berperangai seperti Umno yang mengharapkan program ini gagal, nyah kamu dari PKR. Kami tidak perlukan ahli atau pimpinan sebangsat ini.
Semua ahli PKR diseluruh Negeri Johor wajar menghadirkan diri pada upacara penutup Konvensyen Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor yang dijadualkan pada 22 November 09 di Hotel Arena, Kluang, jam 5.00ptg. Ada amanat khas dari Dato' Seri Anwar Ibrahim yang perlu difahami dan dijiwai oleh setiap ahli.
Sokongan dan komitmen semua ahli untuk hadir ke majlis tersebut amat2 diharapkan.
Jika sebelum ini PAS diserang sebegitu teruk oleh pencacai2 Umno termasuk media dan kenyataan beberapa pemimpin Umno, kini giliran Parti Keadilan Rakyat pula menerima serangan.
Bermula dari isu Anwar Ibrahim diberitakan mempunyai simpanan berjumlah RM3bilion dan mukhtahir ini isu pemilikan saham oleh YB. Azmin Ali dan isterinya hangat diperkatakan.
Hari ini, bekas Setiausaha Sulit Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjawat Menteri di Kementerian Kewangan (1996-98), Anuar Shaari membuat laporan polis bersama beberapa dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank milik Azmin dan isterinya yang bernilai jutaan ringgit. Apakah dakwaan ini benar atau hanya ugutan semata-mata untuk memperlahankan atau menghalang kemaraan "aura" politik Pakatan Rakyat yang semakin merebak ke seluruh negara.
Jika Dato' Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka meminta Kerajaan Malaysia menyiasat akaun kewangan beliau bagi membuktikan kebenaran maka Sdr. Azmin wajar bertindak sedemikian rupa untuk membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau adalah fitnah semata-mata. AMK Gelang Patah tidak menuduh Sdr. Azmin dan isterinya bersalah bahkan kami percaya ianya hanyalah provokasi "bangsat" ciptaan Umno/BN yang mahu mencemar kreadibiliti parti dan pemimpin PKR.
Apakah lagi selepas ini.... Yang pastinya pimpinan Pakatan Rakyat amnya dan pimpinan PKR khususnya, jauhkanlah diri dari sumber fitnah yang boleh mencemar nama baik parti. Umno/BN sentiasa menanti peluang terbuka untuk memanipulasi berita yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat.
Ceramah YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di Batu 31, Kg. Air Manis, Jalan Air Hitam, Kulai, Johor pada 22 November 2009, bermula jam 8.30malam.
Semua Ketua AMK Cabang diminta hadir bersama sekurang-kurangnya 5 orang AJK yang akan bertindak sebagai urusetia ceramah tersebut. Komitmen anda amat2 ditagih bagi menjamin kesempurnaan program ini. Ia juga sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Kerisauan dan kekhuatiran akan berlaku perpecahan dikalangan pimpinan anak muda menyebabkan pengendali blog Suarajohoronline.blogspot.com mengeluarkan artikel tersebut. Ianya wajar diselami dan difahami oleh setiap individu samada penyokong atau pelobi pemimpin tersebut.
AMK Cabang Gelang Patah mengutuk sekeras-kerasnya cubaan melaga-lagakan kedua-dua pemimpin ini dan sikap "bangsat" seperti pemikiran Umno perlu dibuang dari kotak pemikiran anak2 muda dalam PKR. Justeru, kami meminta kepada pelobi2 kedua-dua pimpinan ini agar menghentikan perbuatan tersebut demi kesejahteraan parti.
Dato' Seri Anwar Ibrahim meminta pihak kerajaan Umno/BN menyiasat akaun kewangan beliau berikutan ada dakwaan/fitnah dari beberapa pihak termasuk Dato' Nallakarupan dan Khairi Jamaluddin yang mengatakan bahawa beliau mempunyai sumber kewangan berbilion ringgit.
Beliau membuat cabaran tersebut di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa semalam. Beliau juga amat kesal dengan tindakan media2 pro Umno/BN yang terus2an memainkan isu lapuk ini.
Akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia pada tahun 1998 yang mendakwa bahawa Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. Namun Badan Pencegah Rasuah mendapati tiada bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut dan telah menutup fail siasatan tersebut.
Sekiranya Dato' Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mencabar Kerajaan Malaysia menyiasat akaun kewangan beliau bagi membuktikan kebenaran apakah ada pimpinan Umno/BN yang sanggup bertindak sedemikian bagi membuktikan bahawa dirinya benar2 bebas dari penyelewengan wang rakyat??? Atau apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berani bertindak menyiasat akaun2 milik pimpinan tertinggi Umno/BN??? Sampai bilakah kreadibiliti SPRM terus mahu diperlekeh???
Pelbagai dakwaan dan bukti yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat diberikan kepada SPRM agar menyiasat kebenaran dakwaan tersebut namun sehingga kini SPRM terus membisu atau apakah bukti dan dakwaan tersebut di "tong sampah"kan...
Penulis percaya akan ada nanti kenyataan dari pimpinan Umno/BN yang mengatakan bahawa kenyataan terbuka Dato' Seri Anwar Ibrahim hanyalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu liwatnya. Sesungguhnya "BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SALAH" tidak ada dalam jiwa pimpinan Umno/BN kerana mereka kebal dan mungkin dilindungi oleh pihak tertentu...
Pada 22 November 09, Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor akan mengadakan Konvensyen di Kluang, Johor. Konvensyen ini diadakan untuk memantapkan lagi organisasi parti diperingkat negeri mahupun cabang. Yang pastinya konvensyen itu nanti akan merumuskan sesuatu yang terbaik untuk PKR Negeri Johor.
Sepertimana yang diminta oleh Majlis Perhubungan Negeri yang mana setiap Cabang perlu menghantar sekurang-kurangnya 20 orang AJK Cabang untuk hadir dalam konvensyen tersebut wajar ditunaikan oleh setiap Ketua Cabang jika mereka benar2 serius mahu keadilan bertapak kukuh di Negeri Johor ini. Kesedaran dan komitmen dari setiap AJK Cabang untuk menghadirkan diri pada program tersebut turut ditagih jika mahu serius dalam berpolitik. Jika sekadar untuk mencari nama dan populariti adalah lebih baik dan mulia mengundurkan diri dengan cara terhormat.
Jika masih ada mana2 AJK atau Ketua yang tidak boleh mengikat kesepaduan antara satu sama lain, adalah lebih baik mereka duduk diluar parti kerana PKR amat mengutamakan kesepaduan bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Setiap Ketua/AJK tidak kira Cabang/Wanita/AMK perlu mempunyai kesedaran dan serius dalam usaha2 memantapkan kawasan masing2. Sebarang permasalahan meruncing perlu diselesaikan secara ilmiah dan bijaksana agar ianya tidak membarah kepada keseluruhan organisasi. Jika Cabang lesu dan layu sewajarnya ia menimbulkan kerisauan kepada keseluruhan organisasi, oleh kerana itu kepedulian kita terhadap prestasi organisasi parti perlu diterapkan dijiwa setiap penjawat parti. Menuding jari kepada pihak tertentu bukanlah jalan penyelesaiannya namun kesedaran dan komitmen semua pihak akan mengukuhkan lagi akar tunjang sebuah oragnisasi.
Konvensyen PKR Johor nanti pastinya akan menghuraikan segala kemelut yang ada dan semoga ianya dapat menerbitkan satu kesedaran yang tinggi kepada semua peserta konvensyen yang hadir. Keikhlasan peserta yang hadir untuk duduk sama memikirkan jalan terbaik demi kesahteraan parti kerana jika mahu keputusan yang terbaik perlunya idea yang paling baik. "Menggilap Harapan Rakyat"
Berikut adalah pengakuan Penyiasat Persendirian, PI Bala yang mengaku bahawa beliau ditawar RM5 juta untuk menarik balik Akuan Sumpah pertamanya yang mengaitkan Najib dan Rosmah adalah 2 individu utama yang terbabit dalam pembunuhan model Monggolia, Altantunya Sharibbu.