Mungkin agak terlewat kami memberi "respond" pada Program Ceramah Perdana YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kg. Air Manis, Kulai, Johor pada 22hb November 09 yang lepas. Ini berikutan blog ini telah diceroboh pada 21 November 09 @ 0422hrs oleh penceroboh yang takut akan tersebarnya kebenaran dari blog ini. Sesungguhnya Umno/bn Johor kini berada dalam kedudukan yang amat2 terancam dan percayalahlah bahawa sedikit usaha lagi terutamanya gerakan dari anak2 muda Johor, kami amat2 berkeyakinan bahawa Umno/BN akan mengalami penyakit "trauma" yang amat kritikal apabila mendengar/terpandang perkataan/lambang PKR,PAS atau DAP.Pada tengahari 22 November 09, ketika dalam perjalanan ke tapak ceramah melalui jalan Kulai - Sedenak, kami dapat melihat sebuah kereta peronda polis ada ditempat dimana Pemuda Umno berkumpul. Setiba kami ditapak ceramah, 2 buah kereta yang dinaiki Pemuda Umno kelihatan berhenti berhampiran dengan tapak ceramah dan kelihatan mereka cuba untuk menggantung "banner" dihadapan tapak ceramah dengan tujuan melakukan provokasi namun mereka hampa kerana kami "malas" melayan kerenah bodoh Pemuda Umno dan kami meneruskan kerja2 persiapan. Turut kelihatan beberapa buah kenderaan yang dinaiki Pemuda Umno mundar mandir dihadapan tapak ceramah sambil menjerit-jerit perkataan lucah dan kasar dengan tujuan agar kami respond kepada mereka, namun mereka kecewa kerana kami "langsung" tidak menghiraukan mereka.
Pada sebelah malam bermula jam 7mlm, kereta peronda dan lori polis bertindak menutup laluan masuk ke dalam kawasan ceramah. Walaupun halangan dibuat, namun ianya tidak menghalang ribuan orang ramai masuk ke tapak ceramah tersebut tanpa menghiraukan halangan2 polis malahan ada yang berkata "kami akan ajar Umno jika polis bertindak kasar pada malam ini".
Jika masih ada Ketua2 AMK Cabang/AJK AMK Cabang atau mana2 Exco AMK Johor yang masih selesa berpeluk tubuh dan tidak terpanggil untuk bersama-sama dengan kami serta terus-terusan mencipta dan mereka apa juga alasan, teruskanlah namun kami akan tetap bergerak melaksanakan amanah parti. Jika anda bermaruah, bertanggungjawab serta ingin melaksana amanah parti yang terpikul dibahu dengan penuh iltizam dan tidak berperangai seperti Umno, maka hadirkanlah diri dalam setiap program yang melibatkan pimpinan parti. Adalah lebih baik anda memikirkan semula untuk terus menjawat jawatan sekarang atau bertindak dengan lebih bermaruah terhadap parti.
Kepada AMK Pasir Gudang, AMK Batu Pahat, AMK Simpang Renggam, AMK Tenggara, AMK Sri Gading, AMK Kulai (tuan Rumah), AMK Semberong, Anak Muda Kg. Plentong Tenggah, Sdr. Ishak (Persatuan Datuk2 Melaka), Ketua AMK Sekijang, Ketua AMK Kluang, Unit Amal, NGO2, rakan2 Pakatan Rakyat dan mana2 individu yang membantu menjayakan program ini kami ucapkan tahniah dan terima kasih diatas komitmen yang diberikan.
Kepada jentera AMK Gelang Patah yang sentiasa memberi respond dan komitmen yang terbaik dalam setiap program parti di negeri Johor diharap dapat terus memberikan komitmen yang terbaik. Sesungguhnya tujuan kami hanya 1, "MAHU MENUMBANGKAN KERAJAAN UMNO/BN PADA PRU-13 NANTI..."
"AYUH... BANGKIT ANAK MUDA JOHOR UNTUK BERSAMA DALAM GERAKAN REFORMASI ANAK MUDA JOHOR"...
No comments:
Post a Comment