
Akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia pada tahun 1998 yang mendakwa bahawa Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. Namun Badan Pencegah Rasuah mendapati tiada bukti kukuh mengenai dakwaan tersebut dan telah menutup fail siasatan tersebut.
Sekiranya Dato' Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mencabar Kerajaan Malaysia menyiasat akaun kewangan beliau bagi membuktikan kebenaran apakah ada pimpinan Umno/BN yang sanggup bertindak sedemikian bagi membuktikan bahawa dirinya benar2 bebas dari penyelewengan wang rakyat??? Atau apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berani bertindak menyiasat akaun2 milik pimpinan tertinggi Umno/BN??? Sampai bilakah kreadibiliti SPRM terus mahu diperlekeh???
Pelbagai dakwaan dan bukti yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat diberikan kepada SPRM agar menyiasat kebenaran dakwaan tersebut namun sehingga kini SPRM terus membisu atau apakah bukti dan dakwaan tersebut di "tong sampah"kan...
Penulis percaya akan ada nanti kenyataan dari pimpinan Umno/BN yang mengatakan bahawa kenyataan terbuka Dato' Seri Anwar Ibrahim hanyalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu liwatnya. Sesungguhnya "BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SALAH" tidak ada dalam jiwa pimpinan Umno/BN kerana mereka kebal dan mungkin dilindungi oleh pihak tertentu...
No comments:
Post a Comment