
"Najib mungkin 'terkencing' ketika dihubungi Obama tetapi masih cuba melindungi bank Malaysia itu. Persoalannya kenapa Najib begitu bersungguh melindungi bank Malaysia itu....Adakah Bank itu 'CIMB' yang kini dimiliki oleh adik kesayangannya Datuk Nazir Razak...?," soal penulis.

"CIMB juga sebenarnya terlibat dalam memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel di mana syarikat tersebut terlibat secara langsung dalam pensejantaan pertahanan Israel yang membunuh orang Palestin," jelas Badrul lagi.
Pada 26 Jun lalu, Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama telah menyentuh pelbagai isu termasuk isu ekonomi semasa bercakap melalui telefon selama 20 minit.

Mengenai pemilikan saham oleh Nazir dan Isterinya, Pemuda Umno dilihat tidak serius dalam meneliti kes pegangan adik Perdana Menteri ini dan Isterinya Azlina Aziz yang berjumlah kira - kira 28,353,261 unit saham CIMB. Maklumat ini merupakan maklumat awam dan jelas dapat dilihat dalam laporan tahunan CIMB tahun 2008. ini menunjukkan bukti pendedahan selama ini berbentuk politik semata-mata.
Che'gu Bard juga mendedahkan laporan tahunan CIMB 2008 dalam muka surat 69 yang menyatakan Nazir Razak memiliki saham berjumlah 27,953,261 unit dan dalam muka surat 71, dinyatakan juga isterinya, Azlina Aziz memiliki 400,000 unit saham. Ini bermakna mereka suami dan isteri memiliki 28,353,261 unit saham yang dari segi nilaian tunainya sudah pasti lebih RM 30 juta pada kewangan berakhir pada 31 Disember 2008. Itu belum termasuk lagi nilai saham yang dilupus atau jual dalam tahun tersebut yang hampir 1 juta unit saham.
No comments:
Post a Comment