Kebangsatan, keresahan dan ketakutan Umno Kulai semakin ketara apabila mereka berusaha untuk menggagalkan Program Ceramah Perdana YB. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dijadulakan akan berlangsung pada 22 November 09 di Batu 31, Kg. Air Manis, Kulai, Johor. Mereka cuba menekan dan mendesak pihak Polis agar tidak mengeluarkan permit untuk ceramah tersebut. Kami amat mengharapkan pihak Polis bersikap adil dan tidak gentar dengan mana2 desakan.
Kami amat faham jikalau permit ceramah tidak dikeluarkan/diluluskan jika program tersebut diadakan di kawasan perumahan/kedai kerana akan berlaku masalah lalulintas, namun jika ceramah yang akan kami adakan ini juga tidak mendapat kelulusan pihak Polis, kami meminta pihak Polis Daerah Kulai mencadangkan kepada kami lokasi terbaik untuk ceramah tersebut kerana ceramah itu akan diadakan di tanah lapang seluas 6 ekar. Kawasan tersebut juga jauh dari kediaman atau kawasan perumahan. Tanah itu telah kami sewa dan mendapat persetujuan bertulis dari pemilik tanah tersebut.
Olehitu, Parti Keadilan Rakyat sebagai sebuah parti yang berdaftar secara sah di Malaysia dan kami sebagai warganegara Malaysia yang mendaftar secara sah sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat semestinya diberi hak untuk mengadakan sebarang aktiviti parti kami selagi ianya tidak mengancam keselamatan negara. Yang terancam sebenarnya adalah Umno/BN.
Justeru, atas rasa tanggungjawab kepada parti, kami Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah menyeru sekalian teman2 dari Angkatan Muda Keadilan seluruh Cabang di Negeri Johor atau luar dari Johor untuk bersama-sama melakukan kerja2 akhir ditapak ceramah tersebut. Ia sebagai salah satu sokongan moral kepada Ketua AMK Johor, Sdr. Zabidie Abas yang sebelum ini terpaksa melakukan kerja2 yang sepatutnya dilakukan oleh jentera2 AMK yang lain berikutan kekurangan jentera petugas. Sokongan dan kerjasama dari seluruh kepimpinan AMK di seluruh cabang serta EXCO AMK Johor yang lain amatlah dituntut. Kepedulian kita kepada setiap program parti perlu ditingkatkan. Kerisauan kita jika program ini gagal perlu ada dalam sanubari kita. Janganlah kita berlagak seperti orang luar. Kita kenal kekuatan dan kelemahan masing2. Hulurkanlah bantuan yang termampu.
Jika Umno Kulai meneruskan niat mereka untuk berdemontrasi di hadapan tapak ceramah sebagai usaha menggagalkan program kami, Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah memberi amaran "JANGAN CUBA BERMAIN API, KELAK MEMBAKAR DIRI". Kami tidak gentar dengan ugutan, ancaman dan desakan dari puak2 kamu. Kami amat2 kenal dengan Ketua Umno Bahagian Kulai dan kami bersedia memperkenalkan lebih terperinci siapakah sebenarnya Ketua Umno Bahagian Kulai kepada seluruh rakyat Kulai. Justeru, kami menasihati Umno Kulai.. "JANGAN AJAK KAMI BERPENCAK SILAT JIKA LANGKAHMU MASIH SUMBANG"...
Ayuh Saudara2ku, kita hadirkan diri ke tapak ceramah dengan seramai mungkin demi mempertahankan "MARUAH" parti. Jika kita gagal menghadirkan seramai 500 jentera parti pada 22hb November nanti, maka usah kita bermimpi untuk menawan Johor. Anak Muda adalah penentu masa depan negara. Maka bertindaklah dengan bijaksana dan jangan termakan provokasi "bangsat" dari parti yang selama ini "membangsatkan" orang2 melayu.
LAWAN TETAP LAWAN
No comments:
Post a Comment