Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Polis DiRaja Malaysia masih terus diperguna UMNO-Barisan Nasional. Beliau turut menyatakan kekecewaaannya terhadap sikap dingin Ketua Polis Daerah yang tidak mahu mengadakan sebarang perbincangan.
“Walaupun kita minum teh tarik semeja dengan Najib ini tidak bermakna polis sudah tidak diperlukan oleh UMNO, malah akan terus menjadikan polis sebagai perkakas UMNO. Dan saya diberitahu oleh OCPD, tidak ada permit tidak boleh berucap," katanya.
“Malam tadi semasa Keadilan Kluang memaklumkan bahawa tiada halangan untuk berceramah disitu kerana kawasan merupakan kawasan persendirian. Malah ceramah masih diteruskan oleh pemimpin kawasan tersebut dari Johor, seterusnya saudara Tian Chua berceramah, tetapi sebaik tiba giliran saya, saya dihalang oleh OCPD," jelasnya.
Semalam Anwar terpaksa membatalkan ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi ekoran bantahan 30 Pemuda Umno.
“Saya minta 10 minit untuk terangkan kepada orang ramai dan meleraikan mereka,dan apa yang lebih mengecewakan alasan yang diberikan ialah terdapat 30 pemuda UMNO menjerit-jerittidak sepatutnya," ujarnya.
Anwar berkata, beliau kemudiannya bertanya kepada pegawai polis tersebut adakah tindakan sama akan dilakukan terhadap Umno-Barisan Nasional sekiranya terdapat bantahan dari sebilangan kecil kelompok.
Katanya bagaimanapun, pegawai berkenaan hanya mampu berdiam diri dan kemudiannya menjawab “saya tidak mahu berbincang”.
sumber berita dari suaraselatanonline.blogspot.com
No comments:
Post a Comment