DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

28 November 2009

MUHYIDDIN YASSIN - DULU PENGKHIANAT SEKARANG PEMBOHONG

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN). Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro dibawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman dan berkepentingan politik yang melampau.

Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor termasuk kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan negeri.

Program BTN adalah sebagai indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama. Peserta BTN akan dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada pihak tertentu terutama kepada pimpinan dan parti pembangkang.

Sebenarnya Muhyiddin tidak perlu menafikan kenyataan ini kerana rata2 peserta memperakukan bahawa kursus BTN ini adalah agenda Barisan Nasional untuk menanamkan sifat kebencian kepada Pembangkang (Pakatan Rakyat) dan pimpinannya. Penulis sendiri pernah menghadiri kursus BTN semasa berkhidmat dengan sebuah IPT mengakui bahawa dalam kursus tersebut diselitkan agenda Kerajaan Umno/BN dengan memainkan isu Anwar agen Yahudi, Anwar Peliwat, Anwar Pengkhianat, PAS Parti Ajaran Sesat, DAP lebih Komunis dari Komunis dan pelbagai lagi, namun isu yang sering dimainkan dalam kursus tersebut ialah mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ketakutan dan kegusaran Umno/BN kepada kekuatan dan pengaruh Dato' Seri Anwar amat jelas apatah lagi sekarang telah terbukti bahawa agenda perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim semakin diterima rakyat.

Sewajarnya kursus BTN ini diisi dengan silibus2 yang dapat menguatkan jatidiri pelajar/kakitangan kerajaan disamping diberikan pemantapan mengenai kebertanggungjawaban terhadap amanah dan tugasan bukannya menanamkan sifat kebencian kepada pemimpin politik (Pakatan Rakyat) yang boleh memecah-belahkan kaum dan masyarakat serta menjadi agen kepada Umno/BN untuk menyampaikan agenda jahat mereka.

Kakitangan kerajaan diseluruh Malaysia yang pernah mengikuti kursus BTN wajar memikirkan kenyataan bohong Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini. Sesungguhnya "Bangkai Gajah usah ditutp dengan Nyiru". Bahkan dalam PKR sendiri ada pimpinan yang pernah menjadi fasilitator BTN. Apakah yang mahu Muhyiddin pertahankan lagi...

Keputusan dan tindakan dari Menteri Besar Selangor amat bertepatan bagi mengelakan pemikiran kakitangan/pelajar di bawah kerajaan negeri, dirosakan oleh dakyah2 songsang Umno/BN.

No comments: