DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 November 2009

INILAH YANG DINAMAKAN "KETUA BAHAGIAN BOREK, KETUA PEMUDA RINTIK"

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor hari ini atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.

Difahamkan kesemua suspek kini disoal siasat di ibu pejabat SPRM negeri.

Pengarah SPRM negeri Simi Abdul Ghani enggan memberi komen berhubung tangkapan itu.

Ketua Umno bahagian Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata biarlah SPRM menyiasat perkara itu.

Ulasan :-
Hairankah anda dengan berita ini...??? Bukankah sudah menjadi adat dan tradisi pimpinan Umno yang sentiasa dipalit dengan dosa2 rasuah. Begitulah "kebangsatan" pimpinan Umno yang sentiasa tamakkan harta dan kuasa. Apakah masih ada harapan rakyat yang mahukan pembelaan tersemat disanubari mereka jika kepimpinan mereka sentiasa diselubungi dengan pelbagai skandal. Rasuah sudah menjadi darah daging kepimpinan Umno dan sudah sebati dalam amalan hidup mereka...

No comments: