DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

28 November 2009

PERJUANGKAN HAK RAKYAT BUKAN KAUM !!!

Satu peringatan yang baik buat Masyarakat India yang merasakan diri mereka telah dipinggirkan....

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin masyarakat India supaya sebulat suara mendokong sepenuhnya semangat ‘perjuangan untuk rakyat Malaysia’, bukan disempitkan dengan ideoligi kepentingan sesuatu kaum saja.

"Perjuangan rakyat Malaysia perlu menjadi tunggak dalam kepimpinan dan pentadbiran sesebuah masyarakat kerana senario politik di negara ini sudah berubah," katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ulangtahun ke-2 Hindraf Peringkat Kebangsaan bertemakan “Raising of Malaysian Indian Voices” di Klang, semalam.

Anwar yakin, segala masalah yang dihadapi masyarakat India dapat diatasi sekiranya mereka bekerjasama memperjuangkan hak secara samarata, bukan menggunakan pendekatan kaum.

“Saudara, masalah orang India, Hindu dan Tamil perlu dilihat dan diperjuangkan sebagai masalah Malaysia. Baru boleh selamat," katanya.

Bagaimanapun, Anwar menasihati pemimpin Hindraf agar tidak mengkhianati kepercayaan yang diberi oleh kaum mereka sendiri.

"Mana-mana orang yang mengaku dia pemimpin Hindraf, siapa kata dia pemimpin Makhal Shakti, siapa dia pemimpin India? Saya orang Melayu, biar saya beritahu, sebagai rakyat Malaysia, jangan khianat kepercayaan masyarakat India dan Hindu di negara ini," katanya

Dalam ucapannya, Anwar turut menyeru masyarakat India menyokong perjuangan Pakatan Rakyat untuk menentang Umno yang mengamalkan politik perkauman.

Katanya lagi, “Kita bukan lawan untuk gaduh? Tidak, kita lawan untuk menangkan rakyat. Lawan tolak rasuah .Lawan tolak orang sombong. Lawan tolak orang bagi kita mati dan pukul kita. Lawan untuk selamatkan negara kita.

“Negara ini bukan negara miskin tetapi kaya. Kita ada upaya untuk bantu semua," tambahnya.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat yang telah berjaya mentadbir lima negeri tidak pernah lupa memperjuangkan nasib kaum India kerana pakatan berkenaan mengutamakan ketuanan rakyat bukannya ketuanan kaum tertentu.

"Ada orang kata bahawa Anwar, Keadilan, Pakatan Rakyat bila sudah menang lupa dengan kita. Saya mahu beritahu tahukah tuan-tuan bagaimana saya berkempen dan bahan politik saya. Masuk penjara keluar penjara saya tidak kira, tetapi saya bagi tahu, kami di sini untuk Melayu, Cina dan India di Malaysia”, katanya.


FreeMalaysiaToday

No comments: