Walaupun sudah lebih seminggu isu mengenai ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Kg. Air Manis, Kulai , Johor yang terpaksa dibatalkan berikutan ketakutan Umno membuat bantahan terhadap ceramah tersebut, namun bahangnya masih terasa sehingga kini. Walaupun ceramah pada dasarnya ceramah itu gagal, namun Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor seolah-olah mendapat suntikan semangat yang luar biasa untuk terus bergerak bersama menggempur kubu2 Umno. Amat jelas, jika kita konsisten dalam usaha2 untuk menawan Johor pada PRU-13, kami amat yakin dan percaya bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat. Namun, kesedaran ini bukan hanya untuk 2 3 kelompok yang kecil, ianya perlu dirasai oleh keseluruhan kepimpinan AMK di setiap cabang. Kesedaran Ketua AMK Cabang untuk memantapkan dan menggerakkan organisasinya perlu ada dan gerakan2 perlu sering diperbincangkan bersama AJK2 yang lain.
AMK Johor merancang untuk mengadakan "road tour" untuk turun ke setiap Cabang bagi menerangkan, memperjelaskan serta merangka beberapa program yang dapat membantu setiap cabang menarik lebih ramai anak muda untuk bersama dalam AMK. Ketua AMK Johor amat mengalu-alukan idea2 bernas dari mana2 pihak agar dapat membantu dalam usaha2 pemantapan dan pemahaman serta halatuju perjuangan parti.
Berkemungkinan pada Disember nanti akan diadakan Konvensyen Khas Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor dan jika perkara ini berlaku, diharap ianya mendapat sokongan padu dan menyeluruh dari setiap Cabang untuk menghantar peserta2 agar mereka dapat dibimbing, membimbing, digilap, menggilap, diajar, mengajar serta berkongsi idea bagi memantapkan dan semangat juang dalam setiap peserta agar dapat diterjemahkan kepada rakan yang alin disetiap cabang. Kita bersatu hati dengan satu suara "Menghancurkan Umno/BN pada PRU-13..."
No comments:
Post a Comment