Pada 13 Jun 2009 (Sabtu) Parti Keadilan Rakyat telah mengadakan Kongres Khas bagi meminda beberapa perkara dalam Perlembagaan Parti. Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah ingin memberi pandangan mengenai perkara 19.16 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat yang menyebut "Had umur anggota Angkatan Muda Keadilan adalah 35 tahun pada 31hb Disember tahun berkenaan tetapi seseorang pemegang jawatan dalam Majlis Pimpinan Angkatan Muda yang mencapai usia melebihi 35 tahun ketika memegang jawatan berkenaan boleh terus memegang jawatan itu sehingga penggal tersebut berakhir kecuali beliau berhenti atau diberhentikan".
AMK Gelang Patah berpendapat dan memperakui bahawa pindaan tersebut adalah baik untuk masa hadapan bagi kita menyediakan pemimpin2 muda yang cemerlang dalam kepimpinan, aktif, agresif, vokal serta berpendirian. Pada mulanya kami juga terkejut kerana di Negeri Johor hampir 60% Ketua2 AMK Cabang yang aktif adalah terdiri dari mereka yang berumur lebih dari 35 tahun. Jika perkara ini diimplimentasikan dalam masa terdekat, dikhuatiri AMK di Negeri Johor akan lesu dan lumpuh kerana kegagalan dalam proses transformasi kepimpinan. Namun jaminan yang diberikan oleh Datuk seri Presiden sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada AMK kerana masih ada ruang untuk kami mendidik dan memimpin pemimpin muda ini menjadi lebih baik dari kami.
Pembahas ada mengatakan bahawa mereka yang berumur 35 tahun ke atas takut dan khuatir atas perubahan ini kerana jawatan mereka akan terlucut sama sekali. AMK Gelang Patah menafikan sekeras-kerasnya. Bukan jawatan yang kami risaukan akan tetapi adalah ketandusan kepimpinan akan berlaku sekiranya perkara ini dijalankan serta merta. Pembahas dari Selangor dan Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kepimpinan AMK menolak perkara 19.16 pindaan Perlembagaan. Berkemungkinan di Selangor atau Pulau Pinang mahupun di Negeri2 yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat tidak menghadapi masalah untuk mencari pemimpin2 muda dibawah 35 tahun. senario itu berbeza di Johor, dan ianya adalah cabaran bagi kami. Cabaran yang cukup hebat. sekurang-kurangnya mereka yang hendak kami tampilkan sebagai Ketua AMK Cabang mahupun Negeri mempunyai pengalaman politik atau akademik yang baik bagi menghadapai jentera Umno/Bn yang serba lengkap.
Bersediakah Ketua2 Cabang atau MPN mahupun MPP memperuntukan 30% kepada bekas pimpinan AMK yang telahpun melewati umur 35 tahun ini duduk dalam AJK/EXCO Negeri atau MPP pada masa akan datang. Dikhuatiri mereka2 ini diletakkan di jawatan Pemeriksa Kira2 sahaja. Bukan hendak merendahkan jawatan tersebut, namun jika selama ini mereka lantang bersuara namun selepas umur mereka lebih dari 35 tahun, suara mereka2 ini terpadam terus dalam memperjuangkan hak rakyat.
Draf Perlembagaan telah pun diluluskan, AMK Cabang Gelang Patah meminta Ketua AMK Pusat dan EXCOnya terutama individu yang telah dipertanggungjawabkan di Biro Latihan dan Biro Penerangan agar dapat mengadakan beberapa Kursus Kepimpinan dan Pidato bagi melahirkan pemimpin yang benar2 berkualiti. Jika tiada tindakan serta usaha2 yang drastik dari AMK Pusat bagi melahir, melatih dan mendidik pemimpin2 muda ini, dikhuatiri Angkatan Muda Keadilan akan terumbang ambing umpama "kolek ditengah lautan di pukul badai yang menggila". Jika faktor umur menjadi persoalan, AMK Gelang Patah menekankan bahawa perlunya kita menyedarkan mereka2 yang berjawatan agar melakukan kerja yang sepatutnya. Janganlah "glamour" dengan jawatan yang disandang, namun tiada gerak kerja yang dilakukan. Sedarlah bahawa anda2 yang berjawatan, sebenarnya anda memikul amanah rakyat yang mahukan pembelaan.
No comments:
Post a Comment