AMK Cabang Gelang Patah amat2 kecewa apabila setiap kali melayari blog PKR Negeri Johor, tiada berita/maklumat terkini kerana blog tersebut tidak dikemaskinikan. Maklumat terakhir dikemaskini pada 03 April 2009.
Amatlah malang sekali kerana blog yang sepatutnya menjadi rujukan kepada semua ahli ataupun penyokong PKR Negeri Johor tidak dapat memainkan peranan sepatutnya akibat kecuaian kita.
Saya diberitahu semasa sesi soaljawab bersama Pengarah Strategik PKR Pusat (YB Tian Chua) dan PKR Negeri Johor (Sdr. Noor Azman), Sdr. Zabidie dan Sdr. Nazri yang mewakili AMK Negeri Johor membangkitkan isu blog yang tidak aktif. Blog Negeri/Cabang/Ranting yang sepatutnya menjadi media alternatif untuk menyebar maklumat kepada orang ramai bahkan ianya juga boleh dijadikan senjata bagi membongkar segala penyelewengan dan "kebobrokkan" pentadbiran kerajaan Umno/BN Johor, gagal berperanan akibat sikap sambil lewa pengendali/individu yang dipertanggungjawabkan mengendalikan blog tersebut.
AMK Cabang Gelang Patah akan terus menegur dan mengkritik demi kebaikan semua. AMK Gelang Patah mahu semua pihak serius dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN Johor dan jangan sekadar "melepas batuk ditangga". Perlu diingat bahawa Barack Obama berjaya menjadi Presiden Amerika kesan dari media alternatif namun jika kita tidak mengambil peluang dalam kebangkitan era teknologi maka kita akan terus menjadi pembangkang dan terus-terusan membangkang.
Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri Johor dan Setiausaha Majlis Perhubungan Negeri Johor wajar bertindak segera dengan mengaktifkan semula blog PKR Negeri Johor. Sewajarnya semua cabang diwajibkan mewujudkan blog sendiri yang aktif dan blog negeri bertindak sebagai "bank issue" serta bertindak menyiarkan semula isu2 diperingkat cabang dengan sedikit ulasan sejajar dengan peranannya sebagai blog negeri dan ini sedikit sebanyak dapat "menyegarkan" blog tersebut dengan isu2 terkini sekitar negeri Johor.
AMK Gelang Patah menyeru semua pihak termasuk PKR Cabang Gelang Patah sendiri membuat satu perubahan dan anjakan paradigma jika benar2 serius mahu menawan negeri Johor. Apakah kita tidak malu jika cabang kita dianggap bergantung kepada kekuatan PAS dan DAP yang sentiasa "berkerja" demi untuk satu kemenangan.
No comments:
Post a Comment