DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

24 March 2009

GERAK TARI NAJIB SUDAH BERMULA

Apakah Najib telah memulakan rentaknya apabila Kementerian Dalam Negeri semalam telah menggantung permit akhbar Suara Keadilan dan Harakah selama 3 bulan berkuatkuasa semalam. Menterinya Syed Hamid Albar mendakwa bahawa permit akhbar Suara Keadilan dan Harakah di gantung kerana menerbitkan berita-berita yang tidak benar dan berunsur hasutan.

Akhbar Utusan Malaysia yang telah beberapa kali tewas di mahkamah dan disaman oleh mangsa fitnah akhbar terbabit namun tiada tindakan dari KDN. Namun jika benar akhbar Harakah atau Suara Keadilan ini menerbitkan berita yang tidak betul serta menghasut, sewajarnya akhbar terbabit disaman dan biarlah mahkamah yang menentukan samada berita yang dikeluarkan benar ataupun palsu. Namun apa yang jelas tindakan cuba menyekat pengedaran maklumat benar dari 2 akhbar terbabit adalah tindakan bacul dari kementerian tersebut.

Sementara itu di Bukit Selambau, kira-kira 18 penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat telah ditahan dalam satu Ceramah Perdana pada malam tadi. Ceramah yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kedah dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PRK Bukit Selambau Sdr. S. Manikumar. Tindakan ganas pihak Polis dan FRU jelas mahu menyekat penyaluran maklumat terus kepada rakyat.

AMK Gelang Patah menjangkakan bahawa selepas ini tekanan untuk Pakatan Rakyat pasti bertambah dengan pertabalan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

"Katakan Tidak Pada Najib"

1 comment:

Suara Anak Muda said...

SJ dah kate dah zaman pemerintahan REJIM NAJIB dah mula..apa yang amkgelangpatah cakap memang benar.
wahai amkgelangpatah kalu nak tau REJIM NAJIB lagi popular dari REJIM ISRAEL sekarang ni..