Pada 21 Mac 2009 (Sabtu) lalu, kira-kira jam 11 pagi, Saketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah bersama En. Salam bin Awang telah membuat laporan polis bagi meminta menyiasat punca sebenar Allahyarham P. Ramlee bin Salam yang dikatakan botnya telah berlanggar dengan bot Polis Marin Singapura di Perairan Punggol Barat (menurut laporan Polis Marin Singapura) sehingga menyebabkan Allahyarham mendapat kecederaan yang teruk di kepalanya dan menyebabkan kematian. Mangsa yang diberitakan pergi memancing bersama bekas iparnya yang juga orang kurang upaya (OKU), Khamis Mohammad, 50, di perairan Stulang, 13 Mac lalu dan Khamis akan diberitakan akan didakwa diatas tuduhan menyeludup.
Walaupun pada hakikatnya ibubapa Allahyarham menerima ketentuan takdir yang anak kesayangan mereka telah meninggalkan mereka untuk selamanya, namun kesan kecederaan yang teruk pada mayat P. Ramlee amat-amat memerlukan penjelasan dari pihak berkuasa republik tersebut. Apa yang amat dikesalkan oleh En. Salam ialah sikap pihak Polis Singapura yang dikatakan tidak mahu mengeluarkan laporan mengenai kematian anak beliau. Keangkuhan pihak Polis Singapura untuk bertegas tidak mahu mengeluarkan laporan polis tersebut mendorong En. Salam membuat laporan polis ke dua dan seterusnya akan meminta kerjasama pihak Kementerian Luar di Wisma Putra. Saketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah akan bersama keluarga En. Salam akan ke Wisma Putra pada 24 Mac ini untuk mendesak campurtangan kementerian terbabit.
Persoalan sekarang, pertama ; kenapakah Polis Marin Malaysia tidak dimaklumkan perkara ini walaupun Polis Marin Singapura telah mengetahui mengenai kemalangan yang melibatkan rakyat Malaysia..??? En. Salam mendapat berita kemalangan tersebut melalui jirannya dan setelah Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru mengesahkan tidak menerima mayat anak beliau akhirnya beliau membuat laporan polis dan meminta kerjasama Polis Marin Malaysia berhubung dengan Polis Marin Singapura jika polis negara jiran itu ada menjumpai mayat di periaran negara tersebut. Pada ketika itu barulah mereka mengesahkan bahawa mayat Allahyarham ada di negara republik tersebut... Apa akan terjadi jika keluarga mangsa buntu dan tidak merujuk kepada Polis Marin Malaysia. Kenapa kejadian dan kematian ini seolah-olah mahu dirahsiakan.
Kedua ; mengapakah begitu longgar kawalan perairan negara sehinggakan ada sumber mengatakan bahawa Polis Marin Singapura bebas melangkaui sempadan perairan negara mengejar pemancing/nelayan Malaysia yang dikatakan memasuki perairan republik tersebut. Adakalanya nelayan/pemancing dari Malaysia yang kurang arif dengan sempadan perairan ini terkeluar dari sempadan perairan negara akan dihambat oleh pihak Polis Marin Singapura. Diberitakan juga kes ini bukan pertama kali berlaku bahkan nelayan-nelayan di perairan tersebut mempunyai cerita tersendiri mengenai Polis Marin Singapura yang dikatakan "GANAS".. Adakah benar dakwaan mereka...????
Sewajarnya pihak yang berkuasa terhadap perairan negara dan kementerian yang terbabit mengawasi perairan negara dengan lebih rapi agar Nelayan/Pemancing dapat mencari rezeki dengan selamat. Pengawasan Polis Marin Singapura cukup rapi dan anggota Polis Marin mereka berkawal disetiap kilometer perairan negara tersebut. Cukuplah ruang udara kita diperkosa oleh Tentera Udara Singapura. Empangan Lingyu yang mempunyai koodinat "0" yang cukup strategik dalam ketenteraan di serahkan dan kini dikawal oleh tentera bersenjata republik tersebut, isu air mentah kita mengalah kini mempelawa pula republik tersebut untuk melabur di WPI dan apakah selepas ini perairan kita pula mudah dicerobohi oleh tentera atau pasukan keselamatan republik ini dengan sewenang-wenangnya. Apa lagi yang ingin kita sedekahkan kepada Singapura setelah banyak kali kita beralah, mengalah dan terus kalah.... Dimanakah kedaulatan Negara kita....
No comments:
Post a Comment