Jika mengambil situasi semasa politik negara, sekaranglah merupakan masa yang terbaik dan sesuai bagi parti menyakinkan rakyat agar membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang. Jika Umno/BN begitu yakin untuk bangkit selepas kemenangan dicipta di Bagan Pinang, sewajarnya seluruh pimpinan PKR di semua peringkat perlu bermuhasabah diri, menilai prestasi kepimpinannya dan kecapaian apakah yang berjaya diraih setakat ini.
Ahli2 PKR yang berada diluar organisasi parti seharusnya berani tampil bersemuka dengan pimpinan parti bagi memberi lontaran idea2 bernas demi mempertingkatkan kualiti parti. Pimpinan parti di semua peringkat pula wajar mendengar dan mempertimbangkan harapan ahli diakar umbi kerana suara mereka adalah suara ikhlas. Suara yang tiada berkepentingan peribadi namun mereka punya harapan dan keyakinan agar kepimpinan yang dilantik/dipilih mampu khidmat yang terbaik serta berupaya menumbangkan Umno/BN. Jangan sampai ada mana2 yang pimpinan dituduh mengkhianati parti serta amanah rakyat apabila gagal melaksanakan dan sekadar menjadi parasit dalam organisasi.
Perubahan serta anjakan pemikiran itu amat penting kerana rakyat pada umumnya dapat membezakan antara keupayaan sesebuah parti itu mampu memberi pulangan yang terbaik untuk mereka atau sebaliknya. Jika mahu rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk mentadbir, maka pelan tindakan mesti lebih efektif dari yang sebelumnya. Kualiti kepimpinan serta kualiti kerja parti di semua peringkat Ranting, Cabang, Negeri mahupun Pusat mesti dipertingkatkan. Apa yang penting kualiti PKR haruslah mengikut acuan dan adunannya. Perlu mempunyai identiti yang beza dari Umno/BN agar rakyat merasai perubahannya.
Jika kita bernafsu untuk menawan Johor maka tunjukan keghairahan atau kehendak kita untuk tujuan tersebut, bukan setakat untuk diperbualkan. Namun keghairahan perlu batasan agar ianya tidak menjolok mata kerana dikhuatiri kita lemas dan hanyut sendirian sebelum berdepan dengan realiti yang sebenar-benarnya. Pimpinan parti disemua peringkat perlu ada perasaan risau jika sokongan serta kepercayaan rakyat kepada parti berakhir sebelum waktunya disebabkan pentadbiran serta pengurusan organisasi yang lemah. Tidak berdaya saing apatah lagi dapat memberi tekanan kepada pihak lawan.
Reformasi... Reformasi... Reformasi...
No comments:
Post a Comment