Institusi ketenteraan masih lagi dihormati kerana tugas-tugas yang dilaksanakan samada di dalam dan di luar negara, semasa aman mahupun semasa darurat.
Institusi tersebut sewajarnya dihormati oleh semua pihak kerana ianya adalah satu2nya institusi yang masih tidak terlibat secara langsung dengan sebarang politik kepartian sebagaimana institusi lain yang telah dipergunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Namun begitu, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi Al-Haj telah cuba mengheret Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kancah politik. Zahid Hamidi juga telah menggunakan tiga helikopter tentera ketika merasmikan mesyuarat agong UMNO Bahagian Jasin. Mungkin Zahid Hamidi berpendapat tidak ada sebab untuk menafikan kuasa beliau bagi menggunakan helikopter tentera untuk tujuan politiknya apatah lagi beliau adalah Menteri Pertahanan sedangkan Tan Sri Muhyiddin sendiri boleh menggunakan helikopter tentera untuk merasmikan mesyuarat Umno di Sabah.
Di PRK Manek Urai dan Permatang Pasir, Pasukan Kebajikan Tentera dipergunakan untuk memberi khidmat kepada penduduk setempat. Bahkan ambulan2 kementerian kesihatan disalahgunakan apabila ianya digunakan untuk mengangkut dan mengagihkan makanan seperti beras dan gula kepada penduduk. Persoalannya, kenapa kerja2 kebajikan dari ATM digunakan apabila adanya pilihanraya kecil seperti yang berlaku di Manek Urai dan Permatang Pasir.
AMK Gelang Patah juga percaya dan berpendapat bahawa pasukan perisikan tentera mungkin diperalat oleh Umno/BN untuk mendapat maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan Pakatan Rakyat. Jika kenyataan ini benar, sewajarnya Pasukan Perisikan Tentera sedar bahawa mereka diperalat oleh pimpinan Umno. AMK Gelang Patah juga percaya, selain parti Umno, tiada parti lain dalam BN yang berani atau sanggup bertindak sedemikian rupa kerana mereka tahu menghargai maruah pasukan ATM. Namun tidak pada Umno yang merasakan mereka cukup berkuasa dan berhak melakukan apa saja yang mereka rasakan perlu untuk kekal berkuasa. Inilah sifat pengkhianat sebenar.
Perlu diingat bahawa di zaman pemerintahan Suharto, Angkatan Tentera Indonesia dikerah untuk mengawal dan memaksa rakyat menyokong dan mengundi GOLKAR. Mungkinkah Umno akan bertindak sedemikian...???? Tidak mustahil kerana Umno umpama kerbau yang ditembak... Akan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menyerang si penembak sebelum ia mati.
No comments:
Post a Comment