Walaupun kekalahan dalam mana2 pilihanraya adalah suatu perkara biasa bagi Pakatan Rakyat namun amat berlainan sekali dengan PRK DUN Bagan Pinang. Di PRK Bagan Pinang inilah kita berdepan dengan cabaran sebenar dari BN walaupun sebelum ini di Manek Urai kita diberikan tetangan sengit oleh BN namun kemenangan tetap berpihak kepada kita walaupun dengan majoriti yang tipis.
Kekalahan di Bagan Pinang boleh diibaratkan kita gagal dari segi taktik dan teknik. Taktik dan teknik yang mungkin sudah lapuk, terlalu mudah dibaca oleh pihak lawan walaupun BN telah tewas di 7 pilihanraya kecil sebelum ini. Kita gagal memanipulasi provokasi "bangsat" yang dibuat oleh BN sebaliknya mereka berjaya memutarbelitkan fakta dan berita walaupun punca provokasi dimulakan oleh mereka. Dibantu dengan media2 pencacai Umno/BN yang tanpa rasa malu terus memberikan maklumat yang salah kepada seluruh rakyat Malaysia terutama pengundi di Bagan Pinang. Apa yang pasti sebenarnya jentera serangan Pakatan Rakyat sebenarnya belum cukup "ampuh" untuk bertandang di tempat lawan. Kita hanya memenangi 1 dari 3 kerusi yang asalnya milik BN.
Ada yang membuat rumusan "kedai kopi" bahawa isu pembinaan kuil dan kenyataan Datuk Hasan Ali berkaitan isu SELCAT yang menjadi punca kekalahan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang maka ianya perlu menjadi iktibar kepada semua pimpinan tertinggi mana2 parti agar lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana media pencacai 1malaysia sentiasa dahagakan berita2 kontroversi dari mana2 kenyataan "celupar' pimpinan Pakatan Rakyat untuk diputarbelitkan agar boleh dijadikan modal untuk merosakan pemikiran rakyat yang hanya bersumberkan "media bangsat" ini. "Media bangsat" 1malaysia yang sememangnya tidak bermaruah ini amat berbangga sekiranya berjaya meracuni pemikiran rakyat dengan berita putar alamnya.
Tidak kurang pula bertanggapan bahawa sikap tidak mesra dan kurang perihatin seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat adalah punca pengundi beralih arah dengan mengundi calon "rasuah" BN yang sememangnya sokongan terhadapnya telah berakar umbi sejak sekian lama. Sikap sombong dan angkuh pemimpin ini telah menjadi buah mulut penduduk setempat bahkan ada yang memberitakan bahawa terdapat beberapa penduduk yang menerima hamper/sumbangan hari raya baru2 ini bertindak memulangkan semula sumbangan tersebut kepada Yang Berhormat ini. Berkemungkinan ini adalah cerita rekaan BN namun jika ianya benar wajarlah pemimpin ini bermuhasabah diri dan perlu menginsafi kesilapannya.
Iktibar Bagan Pinang wajar dijadikan tauladan dan sempadan kepada mana2 pimpinan di Johor. Kesombongan, keangkuhan, sikap tidak boleh menerima teguran atau kritikan perlu dihindarkan dan seorang "Naqib" perlulah lebih bertanggungjawab terhadap ahlinya agar kewibawaan dan kepimpinannya tidak dipersoal oleh mana2 pihak. Keikhlasan adalah teras utama dalam setiap perjuangan. Mengambil kata2 Sdr Azlan (Ketua AMK Gelang Patah) "walauapa pun percayalah bahawa keikhlasan perjuangan ini akan menjadi sejarah satu masa nanti".....
Jadikanlah apa juga yang berlaku samada yang baik atau sebaliknya sebagai garis panduan untuk kita mempersiapkan jentera pilihanraya yang lebih ampuh dan mampu menyerang dengan baik bukan setakat bertahan dan terus bertahan.
No comments:
Post a Comment