DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

19 October 2009

PENUBUHAN BIRO FELDA & HAL EHWAL ORANG ASAL NEGERI JOHOR

Jutaan terima kasih kepada Datuk Fauzi Abdul Rahman atas kesudian beliau berkeringat merasmikan Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal PKR Johor pada 17 Oktober 2009 walaupun terpaksa berteksi beliau tetap memberikan komitmen untuk hadir demi sebuah perjuangan. Ianya wajar menjadi contoh terutamanya kepada kepimpinan muda supaya istiqamah dan berpendirian teguh dalam apa juga perjuangan. Pepatah melayu mengatakan " hendak seribu daya, tak nak seribu dalih"...

Dalam ucapannya, beliau mengimbau perjuangan zaman Tun Razak bersama arwah bapanya dan rakan dalam keperitan menubuh tanah rancangan Felda demi menyelamatkan anakbangsa dari tertinggal dari bidang ekonomi.

Kini lebih 100,000 peneroka Felda telah menjadi mangsa penipuan Pengurusan Felda Holding. Ini terbukti di dalam kes saman Felda Kemahang ke atas Felda di Kelantan.

Hasil perahan sawit dan pengurusan ladang oleh Technoplan memperlihatkan peneroka diperdaya dengan cukup halus. Tipudaya ini akan dibuktikan pula melalui kes saman Gugusan Moakil, Segamat.

Sudah pasti ia bukan penamat, Gugusan Taib Andak, Kulai juga akan menyusul dengan saman berikutnya , Insyallah.

Felda mengambil tindakan segera apabila sebelum ini perkampungan Felda hanya mempunyai seorang pengurus, kini mempunyai dua pengurus bagi menutup segala ketirisan.

Pencatat teruja cerita dan pengalaman Datuk Fauzi bersama bapa serta kelompok pejuang membangunkan tanah rancangan Felda. Namun kini keringat Tun Razak dijadikan habuan lumayan dari kelompok yang memperkayakan diri sendiri.

Datuk Seri Najib Razak dengan jelas memperkotak-katikkan peneroka bagi 'mencuri' undi dan hasil keringat peneroka secara cukup licik. Biro Felda & Anak Asal akan meneruskan perjuangan demi mempertabatkan keadilan anakbangsa.

Dalam pada itu Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal PKR Johor telah berjaya mengeluarkan kenyataan bersama untuk tindakan bersama peneroka Felda Gugusan Linggiu, Taib Andak dan lainnya.

Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Tn Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal PKR beserta Jawatankuasa Pusat.

Pihak kami telah menerima 5 aduan bertulis daripada peneroka dan akan menyiasat aduan tersebut dan akan mengambil langkah yang sewajarnya.

Ianya akan dibawa kepada Biro Politik PKR Pusat sebelum tindakan selanjutnya dan mahkamah diambil.

Resolusi yang telah dicapai adalah :

1. Tuntutan wang tanam semula berjumlah RM 17,000 setiap peneroka tanam sendiri beserta faedahnya.
2. Tuntutan harga perahan nilai sebenar, dan bukan mengikut penilaian Felda atau kilang.
3. Tuntutan hasil kernel isirong mesti dikembalikan kepada peneroka sejak peneroka menjual sawit kepada kilang Felda.
4. Menuntut kembali buah sawit yang telah digreding - penipuan kilang sawit Felda
5. Menuntut Lesen MPOB kepada peneroka.
6. Mendesak Technoplant dimansuhkan dan dikembalikan kepada Koperasi Peneroka.
7. Perumahan Generasi ke 2 perlu dilaksana segera seperti yang diumumkan oleh Menteri Felda
8. Pemilikan tanah peneroka mengikut Akta GSA 1960 perlu digubal mengikut keperluan masakini.

- Ulasan : Seharusnya PKR Johor wajar memberi pujian dan kredit kepada Sdr. Zabidi atas usahanya menubuhkan Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal Negeri Johor. Wakil AMK Gelang Patah telah dapat bertemu bual dengan beliau yang juga Pengerusi Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal Negeri Johor pada minggu lepas. Beliau yang begitu optimis ingin memperjuangkan dan membela nasib peneroka2 dan generasi anak2 Felda dari terus ditipu oleh kapitalis2 Umno yang semakin berselera membaham hasil2 peneroka Felda. Kesungguhan beliau wajar dijadikan iktibar dan contoh oleh semua pimpinan PKR baik diperingkat ranting, cabang mahupun negeri. AMK Gelang Patah berharap agar Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal diujudkan disetiap Cabang agar jentera biro tersebut dapat digerakan dengan lebih aktif lagi. AMK setiap cabang termasuk AMK Gelang Patah perlu mengambil kesempatan ini untuk kita mendekati lagi peneroka2 Felda yang terdiri dari orang melayu. Kita buktikan bahawa PKR bukan mahu menghapuskan hak2 orang melayu tetapi PKR berusaha untuk mempertabatkan hak2 orang melayu disamping menjaga hak2 kaum lain. Jadikanlah gerakan ini sebagai pemangkin kepada perjuangan kita untuk mengembalikan hak rakyat. AMK Gelang Patah menyokong penuh usaha2 Sdr. Zabidi menubuhkan Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal dan sedia berkerjasama. Sahutlah cabaran ini wahai Anak Muda....

Sumber berita dari blog amkj.blogspot.com dan diedit semula oleh S/usaha AMK Cabang Gelang Patah.

No comments: