Malam tadi (28/10/09) AMK Cabang Gelang Patah telah bermesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara.
Beberapa jawatan terpaksa dirombak bagi memantapkan lagi gerakerja AMK di Gelang Patah. Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik 2 muka baru untuk diserapkan sebagai AJK AMK Gelang Patah dengan harapan dapat membawa beberapa perubahan yang terbaik dalam apa juga aktiviti politik di Gelang Patah.
Pengajaran pada PRK Bagan Pinang akan dijadikan sandaran untuk AMK Gelang Patah memperkuatkan uhkuwah antara satu dengan yang lain. Berbeza pendapat bukan bererti membenci akan tetapi yang pastinya perkongsian idea dan pendapat bagi mencari jalan terbaik memantapkan AMK Gelang Patah dan seterusnya dapat menyaingi kekuatan pihak lawan.
Ketetapan juga telah dibuat untuk memberi sokongan padu kepada kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim disamping meminta kepimpinan AMK Johor lebih proaktif dalam usaha membangkitkan semangat perjuangan anak muda dan mencari formula yang terbaik untuk menarik golongan muda bersama-sama dalam perjuangan. Adalah satu kerugian jika anak muda tidak bersama dalam perjuangan ini. Insya-ALLAH, AMK Gelang Patah akan memberi sepenuh komitmen atas gerakerja yang diputuskan oleh pimpinan AMK Johor.
AMK Gelang Patah juga akan bersama-sama rakan2 yang lain untuk memberi sokongan moral kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari perbicaraan beliau 3 November nanti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Yang pastinya kami menyeru rakan2 yang lain untuk sama2 memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dengan menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 November nanti. Kita semarakkan semula Gelombang Reformasi '98...
No comments:
Post a Comment