DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

26 December 2010

FITNAH DARI MyKMU JOHOR

Fitnah MyKMU disini (klik)

Ketandusan Idea. Itulah yang boleh diumpamakan apabila sebuah laman web pro Umno menyiarkan berita palsu dengan mendakwa Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor yang terletak di Taman Teratai dikatakan hendak dijual.
Pejabat ini yang disewa oleh Keadilan Johor sebagai ibupejabat Keadilan negeri akan berpindah ke pejabat baru dalam tempoh terdekat. Pejabat ini turut digunapakai oleh Keadilan Cabang Gelang Patah yang akan berpindah ke pejabat baru selewat-lewatnya sebelum Mac 2011 setelah menerima "CF" bagi menduduki pejabat baru tersebut.
Fitnah mengatakan bahawa Pejabat ini akan dijual kepada PAS atau DAP adalah tidak berasas sama sekali dan satu pembohongan dari MyKMU/Umno. Bahkan didalam gambar tersebut banner "DIJUAL" sengaja diada-adakan dengan teknik grafik menunjukkan bangunan/pejabat ini telah dijual dan mereka juga cuba menimbulkan suasana tidak senang dikalangan AMK apabila penulis artikel tersebut menggunakan nama "bekas AMK Gelang Patah". AMK Gelang Patah mencabar penulis artikel ini untuk bertemu dengan mana-mana AJK AMK Gelang Patah bagi membuktikan dirinya bekas ahli AMK Gelang Patah. Inilah kebangsatan Umno/BN yang ketandusan modal untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang semakin mengorak langkah menawan negeri Johor pada PRU-13 nanti. Bahkan beberapa bekas pemimpin Umno menjangkakan bahawa Umno/BN Johor bakal tersungkur pada PRU-13 nanti. Mereka amat bacul bila dicabar untuk berdepan. Buktinya ketika mereka diajak berdebat mengenai isu felda di Tenggara beberapa bulan yang lalu, wakil mereka tidak datang wallaupun persetujuan untuk hadir telah dipersetujui.
Fitnah sebegini menguatkan lagi dakwaan bahawa Umno/BN sememangnya terlibat dalam penyebaran banner yang memfitnah Datuk Chua Jui Meng akan menjadi Menteri Besar Johor sehinggakan Yang Mulia Tuanku Sultan Johor murka. Yang pastinya kes ini masih belum selesai dari siasatan polis walaupun sudah lebih 4 bulan kes ini disiasat. Kenapa..???? Persoalan yang perlu dijawap oleh pihak polis.....

25 December 2010

PRK N.05 TENANG : 30 JANUARI 2011 HARI MENGUNDI

Sama ada tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor yang telah ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan sememangnya dirancang terlebih dahulu bagi menghalang pengundi terutama mereka yang berbangsa tionghua yang berkerja diluar Labis untuk balik ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi pada hari tersebut. Ini kerana jika mereka pulang ke kampung pada hari mengundi iaitu pada 30 Januari 2011, mereka akan pulang ke kampung sekali lagi selang 5 hari iaitu pada ke 4 Februari 2011 kerana kaum tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina.

Penulis bertemu dengan beberapa peniaga berbangsa tionghua di sekitar Labis dan mereka menyatakan bahawa ini adalah taktik Umno/BN untuk memenangi kerusi DUN tersebut dan berkemungkinan majoriti mereka akan bertambah disebabkan ramai pengundi berbangsa tionghua ataupun bangsa lain yang tidak dapat pulang mengundi berikutan tarikh tersebut terlalu hampir dengan tarikh sambutan Tahun Baru Cina.

Sememangnya inilah kuasa mereka. Sama ada Suruhanjaya Pilihanraya jujur atau diarah oleh pimpinan Umno/BN bagi menetapkan tarikh mengundi tersebut, itu adalah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Pakatan Rakyat. Penamaan calon telah ditetapkan pada 22 Januari 2011.

DUN Tenang mempunyai 14,753 pengundi yang berdaftar dan layak mengundi dan hanya 18 pengundi pos yang layak memilih ADUN Tenang.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

Pilihan raya itu juga akan menggunakan tiga dewan dan sembilan buah sekolah sebagai tempat pengundian yang melibatkan 32 saluran mengundi.

Katanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Kepada para petugas Pakatan Rakyat terutama AMK Johor diharap dapat memberikan kesepakatan dan kerjasama yang baik dalam usaha menawan DUN Tenang.

Lawan tetap Lawan

16 December 2010

KONTRAKTOR MELAYU PULAU PINANG TERUS TERBELA DIBAWAH PAKATAN RAKYAT

Kontraktor Melayu mendapat 100 peratus nilai projek Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) dan 98 peratus nilai projek Jabatan Kerja Raya negeri (JKR) di bawah peruntukan kerajaan Pulau Pinang.
Itulah pendedahan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sekaligus menafikan dakwaan Umno Pulau Pinang yang mengatakan jumlah kontraktor melayu yang mendapat projek2 kerajaan negeri menurun. Kenyataan beberapa pemimpin Umno yang mendakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang pimpinan DAP mendikriminasikan kontraktor melayu sebenarnya segaja dibuat untuk memberi gambaran buruk kepada kerajaan negeri tersebut. Bahkan kenyataan tersebut mungkin diberikan setelah beberapa kontraktor2 belaan Umno gagal mendapatkan projek yang dibuat secara tender terbuka.
Kerjaan Negeri Pulau Pinang yang memperkenalkan urustadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka dan ianya juga telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka.
Yang tak mampu saing hanya kontraktor Umno yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik Umno dan hidup sebagai kontraktor kroni yang telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini.

15 December 2010

PENDEDAHAN : SIAPA DRs ZAID YUSOF

Gambar ini menunjukan Drs. Zaid Yusof sedang berbual rancak dengan 2 individu.
Salah seorang dari 2 individu tersebut adalah Special Branch (SB) yang sememangnya dahagakan maklumat2 penting untuk mereka laporkan kepada ketua mereka dan seterusnya akan memberikan maklumat tersebut kepada pimpinan Umno.
Jika perbualan/pertemuan ini adalah pertemuan biasa, ianya tidak menjadi isu namun jika pertemuan ini ada menyentuh atau memberi maklumat2 sulit parti maka wajarlah Drs Zaid Yusof digelar "PETUALANG" atau "PENGKHIANAT" parti. Dan tidak keterlaluan jika beliau dilabelkan sebagai "Perisik Umno" kerana beliau diberitakan masih lagi menjawat jawatan di dalam organisasi Umno.
Jika sebelum ini Drs Zaid begitu lantang mengatakan bahawa Datuk Chua Jui Meng yang dilantik oleh Presiden sebagai Pengerusi MPN Johor sedangkan tindakan atau gerakerja yang dilakukan oleh datuk Chua jui Meng sedikit sebanyak telah mengusarkan pimpinan Umno/BN sehinggakan Dr. Puad Zakarshi mengatakan bahawa impian PKR Johor akan menawan negeri Johor adalah angan2 kosong namun kenyataan Dr. Puad Zakarshi sebenarnya ingin menyembunyikan kegusarannya apabila melihat kesepaduan PKR, PAS dan DAP Johor semakin akrab.
Kepada Drs. Zaid Yusof, jika anda tidak keluar dari parti kami (Parti Keadilan Rakyat) percayalah bahawa kami (AMK) akan megeluarkan kamu dari parti ini seperti ANJING KURAP. Parti ini tidak memerlukan petualang seperti kamu untuk mejadi pimpinan dalam parti ini...

PENDEDAHAN WIKILEAKS : NAJIB "TUNDUK" DENGAN DAKWAAN SINGAPURA... KENAPA???

Beberapa hari yang lalu, akhbar/media arus perdana semalam amat bernafsu memaparkan berita yang dicedok dari Wikileaks kemudian diputarbelitkan. Wikileaks dalam pendedahannya menyatakan bahawa mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi "pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'. "
DS Anwar telah menyangkal dakwaan atau kenyataan tersebut dan mencabar Lee Kwan yew menjadi saksi dalam perbicaraan Kes Liwat yang melibatkan DS Anwar Ibrahim jika benar mantan Presiden Singapura itu mempunyai bukti.

Namun penafian lemah Najib berhubung dakwaan dari WikiLeaks yang mendakwa bahawa mengenai pembabitan Najib dalam siri pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Sharibu menimbulkan tanda tanya. Bahkan Najib mengambil sikap endah tak endah apabila beliau dilabelkan oleh Kerajaan Republik Singapura sebagi ANTI CINA dan meramalkan bahawa akan adanya rusuhan kaum. Najib pula ketika diminta mengulas dakwaan tersebut memberitahu bahawa pendedahan tersebut tidak perlu diendahkan.

Persoalannya "Kenapa Najib bersikap demikian....?"

10 December 2010

PENDEDAHAN : APA ISTIMEWANYA AHLI UMNO INI

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya. 'Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang.

"Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno itu berkenaan dengan sewenang-sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindeft.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 Juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan Punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks Tuan Punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Datuk Seri anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," terangnya.

Sebelum ini pada Mac tahun lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu kenyataan akhbar mendedahkan penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara.

Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli Umno (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.

Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90 peratus projek-projek pembekalan bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit.

16 November 2010

SALAM EIDUL ADHA


Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Pengorbanan yang ikhlas terbit dari hati yang suci...

KAN LEBIH BAIK KAU KELUAR JE...

Malam tadi bertempat di sebuah hotel di Pekan Parit Raja, Batu Pahat, Drs. Zaid Yusof bersama Pak Ngah (Saiman Marjuki) dan beberapa ahli PKR telah membuat sidang media yang cuba memperlekeh kepimpinan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi MPN Johor serta Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun sambutan malam tadi tidaklah seramai malam sebelumnya dan ini membuktikan bahawa mereka yang hadir dalam perjumpaan dan taklimat khusus bersama DS Anwar di Pulai Spring tempohari sudah mula memahami dan mengenali manusia2 yang cuba menghuru-harakan Keadilan negeri Johor.
Pak Habib @ Syed Hamid, Ketua Penerangan MPN Johor pada pertemuan Khas bersama Ketua Umum tempohari menjelaskan bahawa Pak Ngah ada memburuk-burukkan kepimpinan Pengerusi MPN Johor pada ketika itu iaitu Hj. Anuar Salleh di Pejabat keadilan Cabang Batu Pahat. Dan sekarang bekas setiausaha MPN Johor ini menyerang Datuk Chua Jui Meng. Cuma kali ini serangan tersebut agak keras dan berterusan apatah lagi isu "melayu" dimainkan. Apakah sebenarnya yang Pak Ngah mahukan. Jawatan?? atau apakah Pak Ngah sebenarnya adalah "talibarut Umno" yang berjaya menyelinap masuk ke dalam organisasi Keadilan?? Apatah lagi gelaran Cikgu sudah cukup membuat orang ramai percaya pada kejujurannya tanpa syak wasangka lagi. Ibarat "harapkan pagar, pagar makan padi" begitulah nasib Keadilan Johor yang hampir rebah akibat "politik bangsat" yang dilakukan oleh Drs. Zaid, Pak Ngah, Abdul Aziz dan beberapa individu lain.
Pada sidang media malam tadi, nada dan kata2 Pak Ngah seperti sudah condong kepada Umno/BN. Andai kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti maka adalah lebih baik PAK NGAH, DRS. ZAID, ABDUL AZIZ DAN BEBERAPA PIMPINAN PKR YANG BERSEKONGKOL DENGAN PERLAKUAN "BANGSAT" INI AGAR KELUAR DARI PARTI KEADILAN RAKYAT. APA GUNA JIKA KAMU SEBAGAI AHLI PARTI TERUS2AN MENGHINA DAN MENCERCA PARTI DAN KEPIMPINANNYA SECARA TERBUKA.

Berikut adalah rakaman video beberapa pencacai yang diupah untuk berdemo dihadapan Pulai Spring pada malam 14 November 2010.

PEMILIHAN 2010

Cabang Gelang Patah akan membuat pemilihan bagi menentukan kepimpinan pusat pada 21 November 2010 bermula jam 10am hingga 4pm. Ianya akan dijalankan di Pejabat PKR Cabang Gelang Patah, Taman Teratai, Johor.
AMK Gelang Patah mengharapkan agar semua ahli yang berdaftar agar dapat keluar beramai-ramai untuk membuat pemilihan pimpinan di peringkat pusat.
Satu ahli satu undi yang diperkenalkan oleh Parti Keadilan Rakyat merupakan satu dimensi politik baru yang diperkenalkan oleh parti. Walaupun ada pelbagai pertikaian dari pelbagai pihak, namun inilah keberanian pucuk pimpinan parti dan jika ianya tidak dimulakan dari sekarang, maka selamanya kita akan bergantung kepada pendekatan tradisional. Kelemahan dan kepincangan yang berlaku wajar diteliti dan diperhalusi agar ianya tidak berlaku lagi pada pemilihan akan datang. Kritikan yang diberikan wajar dijadikan iktibar dalam proses memberi pemahaman kepada masyarakat malaysia bahawa inilah pendekatan politik baru.
Pun begitu, AMK Gelang Patah mahukan setiap aduan perlu disiasat dengan terperinci dan bukan dinafikan kerana sindrom penafian hanya ada dipihak sebelah sana.

Anak Muda Pewaris kepemimpin Masa Depan..

JIKA BENAR....

Seperti yang dinyatakan oleh Sdr. Zaihan dalam blognya http://mohdzaihan.blogspot.com, JIKA BENAR kenyataan beliau maka AMK Johor mempunyai tugas khas iaitu menjejaki petualang2 yang hidup bak parasit dalam Keadilan Johor dan menghumbannya keluar dari PKR.
Sewajarnya kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri Johor tidak boleh berdiam diri dan membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja. Justeru AMK Gelang Patah mendesak Majlis Pimpinan Negeri Johor terutama Pengerusinya, Datuk Chua Jui Meng agar segera menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengesan saki baki petualang yang masih wujud dalam Keadilan Negeri Johor.
Dalam usaha menawan Negeri ini bersama PAS dan DAP, sewajarnya anasir2 ini perlu dihapuskan agar tidak merencatkan segala perancangan yang telah disusun.
Pada taklimat khas bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan pusat pada 14/11/2010 (Pulai Spring Resort), Ketua Penerangan Keadilan Negeri Johor mendedahkan bahawa perancangan menghancurkan Keadilan di negeri Johor ini bermula sejak kepimpinan Tn. Hj. Anuar Salleh sebagai Pengerusi MPN Johor iaitu sebelum Datuk Chua dilantik sebagai Pengerusi MPN Johor. Selepas sahaja perlantikan Datuk Chua diumum, kumpulan ini bergerak mempengaruhi pimpinan cabang termasuk ketika Perjumpaan Khas AMK dengan Setiausaha MPN Johor di Simpang Renggam.
Yang pastinya perancangan ini sememangnya didalangi oleh Umno/BN yang semakin gusar dan gentar dengan kebangkitan Keadilan di negeri Johor ini. Apatah lagi apabila Datuk Chua Jui Meng mengumumkan bahawa beliau optimis Keadilan bersama PAS dan DAP mampu memenangi 14 kerusi parlimen pada PRU-13 nanti.
AMK Gelang Patah mengetahui beberapa pimpinan Cabang telah memberi sokongan kepada petualang ini, mengesyorkan agar mereka kembali kepada matlamat perjuangan yang sebenar serta mengenepikan kepentingan peribadi.
AMK sebagai sayap kanan parti perlu lebih aktif dan agresif serta matang dalam segala tindakan dan gerakerja. Kepimpinan AMK perlu memikirkan strategi terbaik untuk menarik anak2 muda agar lebih condong kepada Keadilan. Walaupun pelbagai isu yang memberi gambaran buruk kepada parti namun jadikanlah ianya sebagai CABARAN untuk kita melangkah gagah kehadapan. Yakinlah jika kita mampu merentasi halangan ini maka kemenangan mampu kita capai.

Anak Muda Pewaris Kepimpinan Masa Depan...

31 October 2010

PULANGKAN SEGERA WANG BANTUAN WARGA EMAS

Umno Pulau Pinang yang suatu ketika dulu sibuk mengutip semula Wang Bantuan Warga Emas sumbangan kerajaan negeri yang didakwa oleh mereka datang dari sumber yang haram, namun sehingga kini wang tersebut masih belum dipulangkan kepada Kerajaan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tetap meneruskan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada mereka yang berusia 60 tahun dan RM1,000 kepada waris warga emas yang kematian ibu dan bapa.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Sdr. Lim Guan Eng mengesahkan bahawa belum ada lagi mana2 wakil pimpinan Umno hadir untuk memulangkan wang yang mereka kutip dari warga emas Pulau Pinang. Kenapa mereka (Umno) mengambil masa begitu lama untuk memulangkan wang yang mereka kutip dari senarai warga emas atau apakah ini "wayang" bikinan mereka sendiri.

Jelas selama ini Umno yang hampir kepupusan di Pulau Pinang
melihat sokongan yang diterima oleh kerajaan negeri dalam program penghargaan ini begitu memberansangkan serta menggugat kedudukan mereka, maka pelbagai cara yang akan mereka lakukan bagi mengganggu-gugat program yang telah direncanakan. Inilah kebangsatan Umno. Sentimen perkauman, agama dan isu Raja2 Melayu adalah talian hayat Umno jika mereka semakin nazak.

Tindakan Umno dengan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang dilihat sebagai tindakkan gopoh apabila melihat sokongan kepada umno sudah berkurangan dan sudah tentu
mereka cuba memainkan sentimen perkauman sempit dan agama dengan menuduh kerajaan negeri memberi sumbangan dari sumber yang tidak halal dengan harapan sokongan orang Melayu Pulau Pinang kembali kepada Umno.

26 October 2010

KETUA AMK MALAYSIA BERSAMA PRESIDEN IRINGI CALON PAKATAN RAKYAT DI PRK BATU SAPI

Sdr. Shamsul Iskandar bersama Presiden mengiringi calon Pakatan Rakyat dari Keadilan, Hj. Ansari Abdullah untuk piliharaya kecil Parlimen Batu Sapi pagi ini.Turut kelihatan adalah Naib Presiden Keadilan, Sdr.Mustaffa Kamil Ayub serta Hj.Mustaffa Ali dari Pas dan beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat tempatan hadir bersama ratusan penyokong pada hari Penamaan Calon PRK Parlimen Batu Sapi.
Lalulintas sesak di sekitar dewan masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon kerana sebelah laluan jalan ditutup.
Hj. Ansari Abdullah adalah yang pertama tiba untuk menyerahkan borang penamaan diikuti oleh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee pula memasuki dewan untuk menyerahkan borangnya seminit kemudian.
Penyokong Pakatan Rakyat dilihat lebih bersemangat dengan jeritan "Batu Sapi, kita tawan" dan "Reformasi", menenggelamkan teriakan oleh pihak BN, yang kebanyakannya mereka terdiri daripada ahli Puteri Umno. Ada khabar angin mengatakan bahawa calon BN bukan pilihan pengundi Batu Sapi walaupun cuba dinafikan oleh Shafie Afdal. Penyokong SAPP pula dilihat kurang memberi reaksi dalam 'perang mulut' itu dan lebih berminat mengibarkan bendera parti sahaja.
Setelah tamat waktu bantahan Pegawai SPR mengumumkan bahawa PRK Batu Sapi akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara Calon BN, SAPP dan Pakatan Rakyat.

Semoga Kemenangan Berpihak Kepada Calon Pakatan Rakyat, Hj. Ansari Abdullah...

MULAKAN GERAKERJA

Pemilihan peringkat Cabang sudah selesai. Hanya tinggal 2 atau 3 Cabang di Johor ini yang belum selesai berikutan ada beberapa masalah teknikal.
Keadilan Cabang Muar, Batu Pahat dan Kulai mula mengorak langkah dengan merancang beberapa program bahkan Muar dan Batu Pahat adalah antara Cabang yang awal mengadakan program2 ilmiah seperti forum, dialog dan beberapa program lagi. Sekalung tahniah untuk Cabang Muar, Batu Pahat dan Kulai.
AMK Cabang Gelang Patah juga mengambil pendekatan dan telahpun menyusun beberapa program kemasyarakatan serta tidak ketinggalan juga program2 yang mendekatkan AMK dengan anak2 muda disekitar Gelang Patah antaranya :-
  • Sambutan Deepavali peringkat Cabang Gelang Patah
  • Program Ibadah Korban
  • Konvoi bermotor
  • Dialog
Justeru mana-mana AJK yang telah dilantik/dipilih sebagai AJK AMK Cabang Gelang Patah diharap dapat memberi komitmen yang terbaik untuk menjayakan program2 yang telah dirancang. AJK2 perlu memberi perhatian yang lebih terhadap gerakerja di cabang dengan tanpa alasan.

25 October 2010

PRK BATU SAPI : ANSARI ABDULLAH CALON PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat hari mengumumkan pemilihan ketua cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berusia 56 tahun itu adalah seorang peguam lulusan Universiti Malaya.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan Ansari itu di satu majlis di Dewan Persatuan Hakka Sandakan petang ini.

Antara yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh dan pengerusi DAP Sabah, Hiew King Cheu.

Ahli parlimen DAP Lim Kit Siang tidak dapat hadir hari ini kerana tidak sihat.

Kira-kira 2,000 menghadiri majlis tersebut sambil melaungkan "reformasi" selepas pengumuman itu dibuat.

Ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku perpecahan undi di kalangan pembangkang apabila Parti Maju Sabah (SAPP) turut bertanding, Anwar memberitahu Bernama bahawa soal itu tidak timbul kerana SAPP tidak pernah menyifatkan diri mereka, termasuk di Parlimen, sebagai pembangkang.

Katanya SAPP adalah parti bebas yang boleh menyokong mana-mana pihak dan sehubungan itu undi mungkin berpecah di kalangan calon bebas.

Ansari pula mengakui pilihan raya kecil di Batu Sapi kali ini adalah

sengit namun yakin mampu memberi saingan kepada BN berdasarkan jumlah undi yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-12.

Pengerusi DAP negeri Ir Hiew King Cheu juga mengakui pilihan raya kecil berkenaan adalah sengit.

BN hari ini mengumumkan pemilihan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah Bahagian Elopura Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi.

SAPP pula memilih presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon pilihan raya kecil berkenaan.

Pilihan raya kecil Batu Sapi diadakan berikutan kematian penyandangnya, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lepas.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan pada Selasa ini dan pengundian pada 4 November.


Sumber berita dari Malaysiakini.com

22 October 2010

APAKAH INI PETANDA PRU-13 SEMAKIN HAMPIR...

Kerja2 penurapan jalan sedang giat dijalankan disebuah taman dimana selama 17 tahun (menurut penduduk setempat) tiada kerja2 penurapan jalan bahkan adakalanya jalan berlubang besar mengambil masa berbulan-bulan untuk ditampal.
Apakah ini petanda bahawa PRU-13 akan memunculkan diri dalam masa terdekat ini..???
Menurut pekerja2 yang menjalankan kerja2 penurapan tersebut bahawa selepas kerja2 penurapan selesai di taman ini, mereka akan melakukan kerja di 4 taman yang lain dalam DUN Skudai.
Ini menguatkan lagi ramalan penulis bahawa dalam tempoh 6 bulan akan datang akan berlakunya PRU-13 namun persoalannya, apakah Keadilan telah bersedia untuk menghadapi sebarang pilihanraya..???
Selepas selesai pemilihan pimpinan di peringkat Cabang, kini Keadilan menghadapi satu lagi pemilihan diperingkat pusat. Yang menjadi agent/wakil calon sibuk melobi dan bertemu ahli2 sedangkan tanggungjawab utama setelah dipilih sebagai pimpinan di peringkat Cabang diabaikan. Rakyat menanti apakah sentuhan atau tindakan dari pimpinan Cabang yang baru dilantik/dipilih. Tidak kira samada AMK/Wanita atau Cabang, yang pastinya mereka menanti apakah pendekatan baru yang mampu dilakukan oleh barisan kepimpinan keadilan Cabang yang baru.
Apakah kita akan membiarkan rakyat harus menunggu lagi???? Atau apakah kita masih mahu menunggu masa yang sesuai untuk bertindak...????

20 October 2010

PEMILIHAN 2010: JANGAN LUPA PRK GALAS DAN BATU SAPI

Dikala PKR sibuk dengan Pemilihan 2010, PRK terpaksa diadakan berikutan kematian penyandang kerusi di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.
Pakatan Rakyat akan mewakilkan calon dari PAS bagi DUN Galas manakala Parlimen Batu Sapi, PKR telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut dan berharap SAPP akan memberi laluan.
Pilihanraya kali ini amat penting dan mungkin sebagai satu ujian keampuhan serta keberkesanan jentera piliharaya samada di pihak BN mahupun Pakatan Rakyat sebelum kehadiran PRU-13 yang dijangka akan berlaku pada tahun hadapan.
Apa yang pasti, PKR mungkin terpaksa melupakan sebentar Pemilihan 2010 dan menumpukan kepada 2 PRK ini.
Pada 4 November nanti Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon bagi PRK Parlimen Bukit Sapi.
Batu Sapi mahupun Galas adalah medan awal yang menuntut komitmen dari pimpinan cabang2 yang telah dilantik atau dipilih setelah berakhirnya Pemilihan 2010 diperingkat Cabang.
AMK Gelang Patah akan turut serta dalam memenangkan calon2 Pakatan Rakyat yang akan bertanding pada PRK itu nanti. AMK Gelang Patah belum pernah gagal menghantar petugas di setiap PRK diseluruh negara. Tahniah AMK Gelang Patah atas komitmen yang diberikan. Semoga komitmen tersebut dapat diteruskan dan ilmu yang diperolehi dari pengalaman bertugas di PRK dapat diterapkan dalam gerakerja AMK di Gelang Patah.

13 October 2010

PENYERTAAN BERAMAI-RAMAI AHLI UMNO KE DALAM KEADILAN

Lebih dari 30 orang ahli Umno akan bertindak keluar dari Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam tempoh terdekat ini. Mereka yang telah kecewa dengan janji2 pemimpin Umno yang mahu menyelesaikan masalah mereka namun setelah bertahun menunggu perkara tersebut tidak juga selesai. Yang pastinya PRU-13 akan menjelma tidak lama lagi dan kali ini mereka tidak mahu mendengar janji2 palsu dari mulut pemimpin Umno.
Keperihatinan pemimpin PKR Cabang Gelang Patah dan kesanggupan Datuk Chua Jui Meng untuk menjenguk mereka, telah menyentuh hati penduduk setempat.
Majlis penyerahan borang keahlian sedang diatur dan dijangka akan diadakan tidak berapa lama lagi.

ISU PENCEROBOHAN MAJLIS HARI RAYA KEADILAN JOHOR

Walaupun perkara ini hampir seminggu berlalu, namun penulis merasakan ianya belum terlewat untuk diulas. Penulis juga punya alasan sendiri, kenapa dan mengapa isu ini lambat diberitakan. Kesibukan masa adalah penyebab utama dan tidak mahu "melukakan' lagi hati anggota2 Polis terutama OCPD Kulaijaya yang hatinya telah terluka pada malam 8/10/2010.
Sekalung tahniah kepada OCPD Kulaijaya yang sekali lagi berjaya merosakkan program Keadilan di tempat yang sama cuma lokasi yang berbeza.
Ketika Datuk Chua Jui Meng memulakan ucapan alu-aluan untuk majlis, OCPD Kulaijaya hadir dan terus meluru ke arah Datuk Chua. Datuk Chua mengalu-alukan kehadiran OCPD Kulaijaya sambil menjemput OCPD tersebut bersama beberapa anggota Polis yang mengiringi beliau untuk menikmati juadah yang ada. Layanan mesra Datuk Chua (berbangsa cina) terhadap OCPD Kulaijaya (melayu/islam) tidak mendapat reaksi positif oleh OCPD tersebut.

Beliau terus memaklumkan bahawa majlis tersebut tidak mempunyai permit dan terus mematahkan dan merampas "microphone" yang digunakan. Langsung tiada toleransi. Bukankah lebih mulia lagi sopan apatah lagi OCPD Kulaijaya adalah orang Melayu yang penuh dengan adat dan sopan menasihatkan agar majlis hari raya yang diadakan diteruskan tanpa sebarang ucapan. Bukankah itu lebih baik dari bertindak kasar dan agresif yang ditunjukkan kepada ratusan rakyat yang hadir pada malam tersebut. Kenapa OCPD Kulaijaya harus menimbulkan kebencian rakyat terhadap Polis.
OCPD Kulaijaya mendakwa bahawa Majlis tersebut telah melanggar seksyen 27 akta Polis. Namun Sdr. Hassan Karim yang merupakan seorang peguam menerangkan bahawa seksyen 27 akta Polis tidak terpakai jika perhimpunan itu dilakukan ditanah persendirian. Penerangan dari Sdr. Hassan Karim membuatkan OCPD Kulaijaya terpingga-pingga.

Namun beliau tidak mengaku kalah, beliau memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk memberi tekanan kepada majlis itu namun tetamu yang hadir tidak mengendahkan kehadiran FRU tersebut dan meneruskan menikmati juadah sambil beberapa pimpinan memberikan ucapan2 ringkas "TANPA PEMBESAR SUARA" kerana microphone telahpun dirosakan dan dirampas. Majlis selesai kira2 jam 11 malam.

Ketika para petugas sedang mengemas dan membersihkan kawasan majlis. Ketika para tetamu yang hadir sudah mula meninggalkan majlis. Tetamu VIP dan PEGUAM juga sudah pulang, OCPD Kulaijaya telah mengarahkan anggotanya merampas peralatan pembesar suara (speaker). Kami bertanyakan kenapa peralatan tersebut dirampas.. OCPD Kulaijaya dengan sombong dan angkuh mencabar kami membawa kes ini ke mahkamah. Tindakan dan kenyataan OCPD Kulaijaya tidak mencerminkan sikap penjawat awam yang profesional bahkan terlalu angkuh menggunakan kuasanya.
Penulis percaya bahawa OCPD Kulaijaya mendapat tekanan dari Umno Kulai yang sudah mulai gusar dan goyah apabila rakyat di Kulai sudah mulai condong kepada Pakatan Rakyat. Penulis juga percaya jika Umno yang menganjurkan majlis tersebut, sudah pasti OCPD Kulaijaya tidak berani menegur apatah lagi bertindak kasar walaupun majlis tersebut diadakan tanpa permit.
Datuk Chua Jui Meng telah mengarahkan beberapa peguam yang di ketuai oleh Sdr. Hassan Karim untuk membawa isu ini ke mahkamah seperti mana yang dikehendaki oleh OCPD Kulaijaya. Sdr. Hassan Karim juga menegaskan bahawa Keadilan Negeri Johor juga akan menuntut ganti rugi teladan atas pencerobohan dan provokasi yang dilakukan oleh pihak polis yang di ketuai oleh OCPD Kulaijaya, Supt. Zulkefly Yahya. Kita berjumpa di mahkamah...

06 October 2010

PEMILIHAN 2010

Suasana semakin "panas". Itulah yang dapat digambarkan setakat ini. Pelbagai kejadian yang tidak sepatutnya berlaku telah mencemarkan nama baik Keadilan. Semua cuba bersikap profesional namun emosi dan provokasi berlebihan menyebabkan kematangan fikiran ditewaskan oleh nafsu amarah.
Alhamdulillah.. Keadilan Cabang Gelang Patah telah menjalankan tanggungjawab pada Pemilihan 2010 peringkat cabang dengan jayanya. Tiada pergaduhan dan tiada provokasi. Pemilihan dijalankan dengan penuh kekeluargaan.
AMK Gelang Patah kini ber"boss"kan Ketua baru. Sdr. Nazri yang dahulunya Setiausaha AMK Cabang kini telah dipilih menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah yang baru. Tahniah diucapkan. Sekarang tanggungjawab telah terpikul dibahu, semoga beliau dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dan memimpin AMK Gelang Patah agar semakin berani, vokal dan mantap.
AMK Gelang Patah melihat senario Pemilihan 2010 ssebagai gelanggangan politik yang cukup hebat. Terkadang terfikir, kehebatan kempen dan kenyataan media lebih hebat dari bertempur dengan musuh politik kita yang sebenar. Masing-masing menggunakan media untuk menyerang satu sama lain. Politik kebudak-budakan semakin menjadi amalan oleh pimpinan Keadilan di peringkat pusat. Mengapa semua ini berlaku...?? Jika dikaji latarbelakang akademik setiap pemimpin yang bertelagah, mereka2 ini bukanlah calang2 orang namun terkadang perlakuan dan kenyataan mereka seperti kanak2 berusia bawah 15 tahun. Inikah dinamakan kematangan seorang pemimpin.
Kami sering menerima runggutan dari ahli2 biasa yang tidak berjawatan mengenai gelagat pemimpin2 ini. Mereka hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Sesekali terpacul dimulut mereka "BOSAN" dengan gelagat pemimpin2 ini yang seolah-olah "kemarukan kuasa". Perangai seperti ini menyebabkan rakyat semakin meluat dan menyampah dengan Keadilan. Apa lagi yang kami mampu lakukan diperingkat cabang sedangkan "ANDA" (Pimpinan diperingkat Pusat) bertelagah sesama sendiri. Memberi kenyataan kepada media arus perdana yang sentiasa mencari kelemahan parti untuk diputar belitkan, tanpa rasa bersalah sedangkan mereka juga tahu media arus perdana akan memanipulasikan kenyataan tersebut. itu belum lagi cercaan atau kenyataan di dalam alam maya seperti blog atau laman2 web sosial yang lain.
Gelagat, Sikap dan Perangai pemimpin seperti ini sebenarnya telah mencemarkan nama baik parti sekaligus mencerminkan bahawa parti ini masih belum matang dan persepsi ini amat merbahaya. Jangan biarkan "PERANGAI BURUK" 2 3 pemimpin seperti ini membuatkan rakyat "SALAH" mentafsir dan menilai kesediaan PKR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada PRU akan datang. Akibat Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga...

05 October 2010

PEMILIHAN CABANG GELANG PATAH 2010

Berakhir sudah Pemilihan 2010 peringkat Cabang Gelang Patah yang berlangsung pada 3 Oktober 2010 yang lalu. Walaupun kehadiran ahli agak mengecewakan berbanding dengan keahlian Cabang yang sebenar, namun proses pendemokrasian berjalan dengan lancar dan teratur. Sikap terbuka dan memahami tujuan pemilihan pucuk pimpinan cabang menjadikan proses pengundian dan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dapat dijalankan dengan suasana cukup2 harmoni. Berikut adalah keputusan Pemilihan 2010 Cabang Gelang Patah :-

Ketua Cabang : En. Abdul Manan bin Othman
Timbalan Ketua Cabang : En.Rony Murugan
Naib (1) Ketua Cabang : En. Tiong Ah Lek

Ketua AMK Cabang : Sdr. Mohamad Nazri Ismail
Timbalan Ketua AMK Cabang : Sdr. Mohd Ramly bin Ahmad
Naib (1) Ketua AMK Cabang : Sdr. Choong Thong Yuen

Ketua Wanita Cabang : Pn. Asmah binti Jumari
Timbalan Ketua Wanita Cabang : Pn. Rafiah bt Mohd Noh
Naib Ketua Wanita : Pn. Rosnah bt Abd Rahman

Tahniah kepada mereka2 yang telah dipilih untuk memimpin Cabang Gelang Patah untuk sesi 2010-2013. Cabaran utama semestinya persiapan menghadapi PRU-13 nanti. Justeru semua pimpinan yang telah dipilih perlu menyediakan beberapa perancangan yang efektif bagi menyaingi kekuatan Umno/BN. Setiap pimpinan perlu mempunyai misi dan visi yang jelas agar dapat mengemudi Cabang dengan jayanya.

27 September 2010

Harapan Untuk Sahabat AMK Gelang patah

Angin pemilihan sudah semakin kencang. Jawatan Ketua AMK Malaysia sudah terang dan bersuluh menjadi rebutan beberapa fraksi. Bahkan hari ini menjadi saksi betapa AMK telah meraikan gagasan demokrasi dengan terjadinya Debat Ketua AMK.

Di Johor, rasanya sudah dapat dikenalpasti suara majoriti terarah kepada susuk individu dan idealisme perjuangan beliau. Tidak lagi menjadi rahsia, comrad2 AMK Johor akan turut mencalonkan nama itu sebagai Jeneral AMK Malaysia.

Namun, tidaklah mahu berkempen untuk mana2 individu. Hanya ingin menyorot sedikit ungkapan @ pandangan yang didengari tempohari. Sgt menarik ungkapan AMK Johor menuju masalah.walaupun masalah yang dihadapi ini kecil, namun ia berupaya menjadi barah yang merosakkan.

Nama baru akan menjadi Jeneral AMK Johor walau siapa pun dipilih menjadi Ketua AMK Malaysia. Baik Che’gu Bard atau Rafizi. Hatta, Hasmi sekalipun perlu menamakan Jeneral baru di Johor. Hanya menanti masa tiba, pabila Sdr. Zabidie Abas akan melepaskan tanggungjawab itu dek kerana limitasi umur.

Berpeluang berkhidmat di bawah Sdr. Zabidie memberikan ruang untuk menyelami gagasan idea & permasalahan yang beliau telah hadapi. Walaupun masanya singkat, namun ruang ini dipenuhi dengan keutuhan semangat & ketekunan beliau dalam menjenamakan AMK Johor.

Apakah Jeneral baru ini akan mampu melaksanakan gagasan idea yang ditinggalkan oleh Sdr. Zabidie dan juga tidak mengesampingkan visi & misi beliau dalam mengemudi AMK Johor tidak menjadi persoalan di sini.

Persoalan lebih besar yang perlu dijawap & dilaksana oleh seluruh comrad AMK Johor adalah “APAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERSAMA JENERAL BARU MENGEMUDI BATALION BESAR INI atau sekali lagi Jeneral ini akan DIBIARKAN KESEORANGAN dalam peperangan & perjuangan ini?

Penyatuan hati & kerukunan kekeluargaan kita ini sebenarnya bukanlah peranan & tanggungjawab ketua semata2. Sebaliknya, ini adalah peranan kita comrad2 di bawah ini. Kita perlu menyokong susuk Jeneral ini untuk menggapai harapan kita mengangkat kredibiliti AMK Johor.

Tanpa sokongan erat seluruh comrad, pastinya misi Jeneral ini tidak akan berjaya sama sekali. Hatta, Jeneral itu tidak akan mampu menzahirkan hala tuju Ketua AMK Malaysia yang kita sendiri pilih & nobatkan.

Atas kesedaran ini pimpinan AMK Johor akan mengadakan taklimat kepimpinan dan pembentukan organanisasi AMK Johor akan diadakan pada 25hb September ini jam 9 malam bertempat di Kg Air Manis.

Laksanakan peranan kita untuk merapatkan ukhwah dan menjana iltizam mengorak langkah membantu Jeneral baru kita. Sudah pasti walau siapa pun Jeneral itu, beliau pasti harapkan kesepaduan & kesanggupan comrad2 untuk berjuang bersama beliau.

Amat penting kita rapatkan perselisihan, kurangkan perbedaan, dan pastikan diri akan melaksanakan prinsip Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata2.

Walaupun mungkin beberapa pimpinan AMK Johor akan mengangkat kaki meninggalkan kita kerana limitasi umur namun, perlu kita angkat nasihat & pengalaman mereka dalam menguruskan keluarga kita.

Siapa pun juga yang akan menjadi Ketua AMK Johor, kita patut menumpahkan kesetiaan & sokongan total. Insafi perjuangan untuk rakyat bukan perjuangan untuk menaikkan susuk2 individu. Baik Nazri, Fauzi atau siapa jua, mereka hanyalah susuk2 yang telah diamanahkan untuk memimpin perjuangan anak muda Johor.

MOHD RAMLY BIN AHMAD
Naib ketua AMK Johor merangkap Pemangku Ketua AMK Gelang patah

Al-FATIHAH


Adun Galas, Kelantan, Allahyarham Che Hashim Sulaiman telah kembali ke rahmatullah pada pukul 4.30 petang tadi di kampung baru medical centre setelah sekian lama mengidap kanser kolon.Allahyarham berusia 48 tahun meninggalkan 2 balu che bongsu jusoh dan aida zahari serta 12 anaknya

Bagi kami Angkatan Muda Keadilan Gelang patah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.Semoga rohnya ditempatkan di samping orang orang beriman..

Al-fatihah

Kempen Pilihanraya Keadilan...

Bahang kempen mula merasa sehingga 3 oktober ini...setiap cabang atau ranting mula berkempen hangat disetiap daerah atau negeri.pemilihan ini menentukan siapakah bakal bakal menerajui parti ini atau sebaliknya....tetapi adakah kita fikir bahawa..pemilihan yang kita pilih itu baik ,bagus atau sekadar memilih sahaja??

teringatkan kembali kata kata rakan saya yang membuat kita terfikir sejenak
“ Tidak ada pencetakan yang bisa mencetak pemimpin. Pemimpin tidak lahir
di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah,muncul
di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol dari kalangan rakan
seangkatannya lalu diterima dan di dokong oleh umat”

pemimpin yang bagus ialah Pemimpin yang Adil

Kepemimpinan lebih holistik dan lebih ampuh dalam memecahkan masalah bangsa dan negara. Misalnya kita mengingingkan pemerintahan yang bersih dan berwibawa, slogan yang berulang-ulang disebutkan oleh tokoh pemerintah maupun tokoh masyarakat. Tetapi banyak yang menyuarakannya tanpa makna, seperti suatu keharusan dalam isi pidato. Pemerintahan yang bersih dan berwibawa tidak bisa dicapai hanya dari tersedianya pemimpin yang bersih (tidak korupsi), tetapi rakyatnya perlu bersih juga (tidak korupsi dan sekaligus anti korupsi), juga system pengambilan keputusan dalam penggunaan dana negara harus bersih dan jelas. Lingkungan untuk berdialog antar pemimpin dan yang dipimpin juga ada. Jadi pemerintahan yang bersih dan berwibawa dapat dicapai apabila tersedia kepemimpinan yang bersih dan berwibawa.

Kita tidak perlu mengelu-ngelukan pesta demokrasi, karena hal yang terpenting adalah bagaimana memilih pemimpin tanpa pertikaian yang tajam, bahkan sampai menumpahkan darah, dan bagaimana mengawasi bersama jalannya pemerintah, dan yang lebih penting lagi membantu jalannya pemerintahan.

Tugas kepemimpinan itu adalah tugas pemimpin dan yang dipimpin, tugas seluruh umat tergantung pada skalanya masing-masing. Seorang pemimpin nasional tentu melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin nasional dengan segala urusannya, apakah itu sektor, pembangunan daerah, politik luar negeri dan seterusnya. Pemimpin daerah mengurus daerah, pemimpin departmen menangani departemen di bawah wewenangnya, dan seterusnya sampai pada tingkat rumah tangga dimana kepala rumah tangga bertanggung jawab mengurus rumah tangganya, bahkan sampai kepada tiap individu yaitu tiap orang bertanggung jawab mengatur dirinya sendiri sehingga memberi manfaat tidak saja bagi dirinya sendiri tetapi juga bagi keluarga dan masyarakat luas.

Jadi pada dasarnya tiap individu dari sebuah bangsa mengemban amanat kepemimpinan. Untuk kita yang beriman seikhlasnya kepada Allah, tuntunannya sudah jelas seperti yang difirmankan Allah dalam Al-Quran serta teladan dan ajaran dari Rasulullah SAW. Perhatikan Sabda Allah dalam Surat Saad: ayat 26 berikut ini: “Hai Daud, sesungguhnya Kami telah nobatkan kamu menjadi (pemimpin) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.

Dari firman Allah tersebut diatas kata Khalifah melekat dengan berlaku adil dan menahan diri dari hawa nafsu. Jadi kedua sifat ini sudah menjadi prasyarat khalifah atau pemimpin. Disiplin ilmu seperti organizational development dan institutional development membedakan antara leader dan ruler (administrator). Untuk orang awam kosa kata ini kelihatan sama saja. Sama-sama memerintah, sama-sama berkuasa, sama-sama punya pengikut dan umat dan banyak sekali kesamaannya.

Pemimpin seharusnya orang yang dicintai rakyatnya, orang yang memberi semangat, motivasi, dan inspirasi kepada yang dipimpin, dan orang yang mempunyai visi ke depan yang dapat dimengerti orang banyak dan bermanfaat bagi orang banyak. Sedangkan penguasa atau administrator adalah orang yang menjalankan roda pemerintahan karena faktor kewajiban saja, demi mencapai akses kepada kemakmuran pribadi yang lebih tinggi tingkatannya maka penguasa tersebut akan menjalankan kewajibannya sebagaimana yang lajim berlaku pada masa lalu.

Penguasa ini seringkali tidak mampu beradaptasi dengan perkembangan jaman. Kebiasaan menganiaya rakyat diteruskan tanpa menyadari perkembangan hebat dari internet. Penguasa ini berpikir bahwa perbuatannya menganiaya rakyat tidak ada yang mengetahui, padahal begitu ada peluang terbuka maka seseorang dapat saja merekam perbuatan penguasa tersebut, cukup dengan up loading ke You Tube, terbongkarlah segala perbuatan busuk penguasa tersebut. Belum lagi akan ditanya pertanggung jawabannya di akhirat oleh Allah SWT.

Teknologi You Tube akan menjadi usang di akhirat nanti, karena tangan, kaki, dan seluruh anggota badan akan berbicara melaporkan perbuatan durjana dari penguasa tersebut kepada Allah. Belum lagi rakyat yang teraniaya, tentu akan mendapat kesempatan menjadi saksi atas perbuatan terkutuk penguasa tersebut. Menjadi khalifah atau wakil Allah di muka bumi ini, bukanlah pekerjaan enteng. Menjalankan peranan khalifah sebagai administrator/ruler saja bukanlah hal yang mudah mengingat perannya paling tidak menjalankan tradisi yang sudah berlaku dan meningkatkan mutu kehidupan negara dan bangsa. Apalagi menjadi Khalifah dengan kualitas sebagai pemimpin yang membawa muslim sebagai rahmatan lil alamin. Manusia yang membawa berkah kepada alam semesta.

Dalil adil dan kemampuan menahan diri dari hawa nafsu adalah dalil mutlak. Sudah disabdakan oleh Allah jauh sebelum penciptaan Adam A.S., jauh sebelum pengusiran Iblis dari surga kerena pembangkangannya (Surat Al- Baqarah ayat 30 menceritakan dialog pertama sebelum kehadiran Adam A.S.). Dalil adil dan kemampuan mengontrol diri jauh lebih penting dari faktor keturunan, lebih penting dari hubungan darah. Entah kenapa dunia ini didominasi pemikiran bahwa faktor keturunan sangatlah penting dalam pewarisan kepemimpinan. Anak bekas presiden atau wakil presiden memenuhi persyaratan menjadi presiden atau ketua partai.

Banyak sekali perdebatan apakah faktor biologi (keturunan) lebih penting dari faktor lingkungan dalam pertumbuhan seorang manusia. Kedua faktor tersebut memang sangat penting, ada faktor pembawaan yang memang diwariskan dari anak ke orang tua, namun apabila lingkungan tidak kondusif, maka faktor bawaan itu tidak berkembang seperti yang diharapkan. Anak-anak Presiden atau Wakil Presiden walaupun pergi ke sekolah umum, tidak dikungkung di dalam pagar istana. Namun tetap dalam lingkaran steril, karena kemanapun mereka pergi selalu dikelilingi pengawal.

Hal tersebut tidak menjamin bahwa anak-anak tersebut akan mewarisi bakat kepemimpinan dari ayah mereka.

Banyak anak Presiden atau anak pejabat gagal menyelesaikan pendidikan , kalaupun ada yang dapat selesai banyak sekali intervensi dari pengaruh orangtua. Kita menyaksikan betapa banyak anak-anak orang terpandang gagal menjalankan roda organisasi sosial atau gagal berbisnis, kalaupun kelihatan bisnisnya berhasil, sekali lagi faktor keberhasilannya adalah hasil intervensi pengaruh orangtua.

Kisah Nabi Ibrahim A.S. bukti dari ketetapan Allah bahwa faktor adil adalah lebih utama dari faktor keturunan. Firman Allah dalam Al Baqarah - 124: “
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia".

Ibrahim berkata: "
(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang lalim". Orang yang lalim adalah orang yang tidak adil, walaupun itu keturunan nabi Ibrahim apa bila tidak adil, maka mereka tidak layak melanjutkan tugas kepemimpinan yang telah dianugrahkan Allah kepada Nabi Ibrahim A.S.

Dari surah Al-Baqarah ayat 124 Allah menunjukkan bahwa proses penciptaan, pembinaan, dan pengembangan seseorang menjadi pemimpin tidak lah mudah. Ibrahim A.S. harus menempuh berbagai macam ujian yang melewati batas kemampuan manusia biasa. Nabi Ibrahim menentang penyembahan berhala pada jaman kerajaan Babilonia.

Dengan keberanian yang luar biasa, Nabi Ibrahim mempertahankan prinsip monotheisme yaitu hanya satu Allah yang patut disembah. Kemudian dengan ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, Nabi Ibrahim menjalani hukuman dibakar hidup-hidup karena terbukti menghancurkan berhala sesembahan orang-orang Babilonia.

Ketika Allah memerintahkannya untuk pergi ke suatu tempat yang kering tanpa air dan makanan bahkan jauh dari permukiman lainnya, Nabi Ibrahim A.S. mematuhi perintah itu. Ketika Allah memerintahkannya untuk menyembelih putranya Ismail, yang kelahirannya telah ditunggu-tunggu berpuluh-puluh tahun, Nabi Ibrahim langsung melaksanakannya tanpa ragu-ragu, padahal hati seorang ayah akan tersayat dalam apabila tega menyembelih anaknya, darah daging kecintaannya. Namun kecintaan dan ketaatan kepada Allah adalah segalanya bagi Nabi Ibrahim sehingga ditunaikanlah perintah Allah.

Berdasarkan hal itulah Allah menobatkan seorang pemimpin dunia, Khalifah di muka bumi ini. Sudah tentu Nabi Ibrahim sangat bersuka cita dan memohon kepada Allah agar anak keturunannya juga menjadi pemimpin. Allah menegaskan bahwa hukum Allah tidak berlaku bagi orang-orang yang zalim.

Sekali lagi orang yang zalim adalah orang yang selalu melanggar hukum Allah. Pemaksaan diri untuk menjadi pimpinan negara seumur hidup yang mutlak adalah salah satu pelanggaran utama. Kekuasaan mutlak dan abadi hanyalah dimiliki oleh Allah. Kezaliman juga bisa dalam bentuk pamer kekuasaan, siapa yang menentang penguasa akan menerima hukuman. Memiliki kekuasaan absolut dan abadi adalah sebuah upaya menyetarakan diri dengan Allah. Kita harus ingat Firman Allah dalam Al Ikhlas ayat 4: “Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan DIA (Allah).” Rasulullah memberikan definisi luas namun sederhana tentang siapa yang tidak adil, seperti yang diriwayatkan oleh Abdillah-ibn-Mas'ud. “…adalah mereka yang sujud kepada zat lain selain Allah dan meninggalkan perintah Allah, dan Allah telah berjanji bahwa orang yang tidak adil ini tidak akan jadi pemimpin dan tidak berharga menjadi pemimpin umat manusia.

Banyak sekali orang yang terbuai dan berlomba-lomba untuk menjadi penguasa dan atau menjadi pemimpin. Namun banyak juga yang melupakan konsekuensi menjadi penguasa atau pemimpin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ma’qil bin Yasa’r: Rasulullah SAW bersabda. “Bila ada penguasa/pemimpin yang menelantarkan umat yang dipimpin, dia tidak akan masuk surga, bahkan tak akan tercium bau surga olehnya.” Dan dalam hadis lain yang diriwayatkan juga oleh Ma’qil bin Yasa’r Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bila seorang penguasa/pemimpin meninggal ketika dia dalam keadaan menipu, berbohong, menyembunyikan sesuatu dari umat, maka Allah akan menutup pintu surge baginya.”

oleh itu saya mengingatkan bahawa Allah berikan pangkat dan harta didunia bukannya percuma...tetapi untuk disoal di akhirat kelak...

09 September 2010

03 September 2010

BACA, RENUNGKAN DAN NILAILAH.... ADAKAH ANDA LEBIH HEBAT DARI FAEKAH???

Selepas 20 tahun menjadi peguam, Faekah Husin terpaksa melepaskan pegangan dalam firma guamannya Faekah & Chong setelah dilantik sebagai setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Abdul Khalid Ibrahim mahu pegawainya bebas daripada sebarang konflik kepentingan.

Faekah juga berkata, beliau tidak pernah menimbulkan soal gaji dalam menjalankan tugasnya. Malah, selepas beberapa bulan bekerja, Faekah berkata beliau tidak memperdulikan bayaran gaji yang patut diterima sebagai pegawai kerajaan gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) C.

"Saya masih ada simpanan tunai dan beberapa buah rumah yang boleh dijual," katanya yang menganggap tugasnya dalam pentadbiran Selangor sebagai satu "khidmat masyarakat."

Katanya, pandangan itu juga dikongsi oleh Abdul Khalid yang mampu meraih pendapatan sehingga RM1.5 juta setahun sekiranya masih bergiat dalam sektor korporat.

Singkir pegawai kerajaan

Menurutnya lagi, cabaran utama yang dihadapinya dalam menjalankan tugas seharian ialah mengubah tanggapan, bukan saja di kalangan masyarakat dan anggota parti, malah di kalangan warga pentadbiran Selangor.

Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat tidak bertindak sewenang-wenangnya dalam menyingkirkan para pegawai yang tidak menyokong aspirasi politik mereka.
"Tugas saya ialah menarik mereka kepada kita. Dalam pertemuan saya yang pertama dengan kakitangan di sini, saya beritahu mereka (bahawa) kalau bukan kerana sokongan mereka, kita tidak akan berjaya tubuhkan kerajaan.

Tambahnya lagi, beliau juga perlu mengubah persepsi di kalangan anggota parti bahawa pegawai kerajaan negeri akan menjalankan sabotaj ke atas dasar-dasar yang ingin dijalankan mereka.

"Tapi sekarang saya juga seorang pegawai kerajaan, Macam mana anda boleh kata saya ingin sabotaj parti?," soalnya.

Beliau mengakui terdapat beberapa individu yang mahu menimbulkan masalah, namun tuduhan tersebut tidak boleh dilemparkan kepada kesemua pegawai kerajaan negeri.
Amalan berbeza
Tambahnya, dalam menjalankan usaha tersebut, kaedah penyampaian kepada rakyat perlu berbeza daripada amalan BN sebelum ini.
Beliau memberi contoh, antara amalan BN ialah menggunakan isu pemberian geran tanah sebagai medium tawar-menawar dengan para pengundi menjelang pilihan raya.

"(Sebaliknya) kita akan beri dahulu. Kalau mereka undi kita, alhamdulillah. Kalau mereka tidak undi pun, mereka masih dapat tanah itu," katanya lagi.

Faekah turut mengakui wujudnya keresahan di kalangan pengusaha bumiputera yang tidak lagi mendapat projek-projek selepas Pakatan Rakyat mengambil alih.

"Apabila pentadbiran (didakwa) tidak adil, maka wujudlah perasaan tidak puas hati antara mereka. Makin lama (perasaan ini) makin tebal. Sama ada ia dimainkan oleh ahli politik yang jumud ini (atau tidak), bunga-bunganya kita sudah nampak," katanya lagi.

Tambahnya, keadaan itu boleh dilihat melalui kemunculan NGO pro-Melayu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan melalui pandangan daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS).

Ditanya sekiranya NGO berkenaan mempunyai alasan yang wajar dalam menyuarakan rungutan mereka, Faekah berkata perkara berkenaan tidak dapat dikenalpasti memandangkan kumpulan berkenaan enggan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.
Tolak jemputan

Tambahnya, isu melibatkan kontraktor kelas F juga tidak timbul kerana projek berkenaan disalurkan melalui Kementerian Kewangan.

"Kita hubungi (DPMMS), kita hantar surat untuk meminta mereka ambil bahagian dalam Pelan Pembangunan Selangor dan juga dalam sesi dialog bajet. Tapi mereka tolak jemputan itu tanpa apa-apa sebab. Kemudian di depan sultan pula dalam satu majlis berbuka (Tan Sri Rozali, pengerusi DPMMS) kata Melayu dipinggirkan (di Selangor).

"Kita panggil untuk perbincangan untuk kenalpasti apakah masalah mereka. Kalau mereka hendak bandingkan dulu dengan sekarang, dulu ada unsur-unsur favouritism. Kebanyakan daripada (syarikat tersebut) ada kaitan politik dan disokong kerajaan.

"Sekarang kita ketepikan amalan ini, tapi kita tidak ketepikan kumpulan tersebut. Ada syarikat yang 100 peratus bumiputera, apabila kita tolak permohonan mereka, mereka kata 'ini sebab kerajaan negeri hendak balas dendam.' Tetapi ada yang kita terima," katanya lagi.

31 August 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH

Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat setempat tanpa mengira budaya, kaum dan agama. Berikut adalah maklumat ringkas mengenai program tersebut :-

Tarikh : 31hb Ogos 2010 (selasa)
Masa : 6.00 ptg ~ selepas solat sunat Tarawikh
Tempat : Dewan Al-Razi (Pejabat PAS Kwsn. Gelang Patah), Taman Universiti, Skudai

Semua dijemput hadir.

UMNO - CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Berikut ini adalah gambar2 yang membuktikan bahawa Pemimpin Umno ini "cakap tak serupa bikin". Cakap mengalahkan Nabi tapi perangai macam ba**. Anda nilailah sendiri berdasarkan gambar2 yang diberi. Kami juga cuba mendapatkan gambar dimana seorang YB telah menggunakan bukan setakat masjid malahan sekolah juga dijadikan gelanggang politik sempit pemimpin "haprak" Umno...
Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.

1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.

2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!
3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di SINI...
5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?
6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.
7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?
10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?
13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.
14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.
15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin.

Artikel berkaitan (mesti baca dan sebarkan):
1. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid?...ini apa?
2. Cakap tak serupa bikin: Lagi bukti Umno salahguna masjid untuk tujuan politik sempit mereka
3. Umno hina titah Sultan: Lagi kes Umno salahguna masjid demi tujuan politik kepartian!