DEMI RAKYAT
JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT
KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........
06 April 2010
SIAL PUNYA UMNO/BN... TAHAP KESELAMATAN NEGARA MAKIN TERANCAM DIBAWAH PENTADBIRAN UMNO
DS Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya semasa membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini. Apakah Umno/BN sudah membayangkan kekalahan mereka pada PRU-13 nanti..??? Apakah Umno/BN cuba menjual maklumat negara kepada negara yahudi ini setelah Syarikat APCO yang juga berpengkalan di Israel terlibat secara langsung dalam kerja2 mempertingkatkan sistem komunikasi negara dan syarikat ini juga dikatakan sebagai perunding/penasihat kepada slogan 1Malaysia, kini PDRM pula didakwa berkerjasama dengan perisik Israel...??? Apakah ini perancangan "sulit" Umno/BN sekiranya mereka kalah pada PRU-13 nanti..???? Semakin tergadailah maruah negara dan tahap keselamatan negara terus "dilacurkan" oleh pemimpin bangsat pimpinan Umno/BN...??? Satu demi satu "kebangsatan" Umno/BN semakin terserlah... Raja2 Melayu perlu campurtangan dalam menyelesaikan isu ini. Jika tidak Umno/BN dan koncu2nya akan terus mengadai maruah negara serta mendedahkan kerahsiaan negara kepada ancaman negara asing.
Kami Benci Zionis.. Kami Benci 1Malaysia (sekutu zionis)
05 April 2010
KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BERI RM100 KEPADA WARGA EMAS... JOHOR ?????
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan YAB Ketua Menterinya, Sdr. Lim Guan Engg telah memberikan RM100 kepada warga emas anak jati negeri tersebut.Walaupun sumbangan tersebut hanya RM100 namun ia besar maknanya kepada warga emas yang mana kekayaan atau hasil negeri dinikmati bersama tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
Berbeza di Johor, apabila wang pajakan kawasan tadahan air di Lengiu antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Republik Singapura telah dimasukan ke dalam Tabung Warisan Johor namun diberitakan bahawa wang tersebut telah habis digunakan untuk prasarana dan aktiviti seni negeri Johor termasuk "Zapin" yang menjadi kegemaran menteri besar Johor, Abdul Ghani Osman. Wang tersebut sepatutnya dimanafaatkan untuk rakyat Johor namun ianya dihabiskan untuk tujuan berhibur dengan alasan mengekalkan kebudayaan dan kesenian negeri.
Kerajaan Johor pimpinan Umno/BN wajar mencontohi sikap dan cara kerajaan negeri Pakatan Rakyat berbelanja secara berhemah serta mengembalikan hasil negeri kepada rakyat. Rakyat wajar dihargai bukan diperbodohkan seperti yang dilakukan oleh Umno/BN.
ANCAM BUNUH DS ANWAR
Seorang yang menggelarkan dirinya "Radon Rascesium" telah mengeluarkan ancaman bunuh terhadap DS Anwar Ibrahim di dalam laman
Apakah AMK hanya sekadar membaca sahaja..?????
AMK MUAR CABAR RAZALI BERDEBAT
Sdr. Ahmad Anwar Asyraf Ismail selaku Pemangku Ketua AMK Muar telah menghantar surat jemputan kepada Razali di Pusat Khidmat Parlimen Muar. Surat tersebut telah diterima oleh Pembantu Khas Ahli Parlimen Muar tersebut dan Razali diberi tempoh 3 minggu dari tarikh surat tersebut dan ianya adalah masa yang cukup panjang untuk beliau menyahut cabaran tersebut.
Mengenai tindakan bekas kepimpinan AMK Muar yang bertindak "melompat" ke Umno, Sdr. Anwar menjelaskan bahawa beliau mencabar individu tersebut yang mengatakan seramai 50 orang anggota PKR Muar keluar parti supaya menyenaraikan nama2 tersebut berserta dengan nombor keahlian mereka. Jika individu tersebut gagal menyenaraikan seperti yang diminta, individu terbabit dianggap sebagai balaci upahan Umno/BN yang mengambil kesempatan diatas kebodohan pemimpin Umno.
Sewajarnya AMK Muar wajar diberi pujian kerana keberanian mereka tampil memberi penjelasan berhubung isu anggota PKR Muar keluar parti. Keberanian AMK Muar mencabar Ahli Parlimen Muar untuk berdebat juga menunjukkan keyakinan mereka atas dasar perjuangan parti yang mereka dokongi.
AMK Muar wajar dijadikan contoh kepada AMK Cabang yang lain. Mereka berani kerana mereka yakin "Berani kerana Benar, Takut kerana Salah....."
Syabas dan tahniah kepada Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar.
02 April 2010
"DIN BERAMBOI" MENINGGAL DUNIA
Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi telah meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi akibat denggi berdarah.Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum solat Jumaat.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
RAKAMAN VIDEO ANWAR DIPENJARA MENJADI ALAT BTN PESONGKAN PEMIKIRAN RAKYAT
Tayangan video yang dirakam melalui CCTV yang dipasang di setiap sudut penjara nyata membuktikan bahawa ianya melanggar tatusila kemanusiaan apatah lagi rakaman video tersebut adalah dikategorikan "sulit" namun disebabkan kebangsatan Umno/BN maka tidak menjadi kesalahan menayangkan rakaman individu didalam penjara untuk tatapan umum apatah lagi rakaman video tersebut yang melibatkan DS Anwar telah disunting terlebih dahulu bagi menunjukkan seolah-olah DS Anwar sebenarnya tidak mengalami sebarang kesakitan pada ketika itu. Inilah kerja Umno/BN yang sentiasa memutarbelitkan sesuatu isu agar ianya dapat meracuni pemikiran serta memperbodohkan pemikiran rakyat agar terus menyokong Umno/BN sepanjang hayat mereka.
Sememangnya Umno tidak akan senang selagi melihat kelibat DS Anwar bebas menjalankan aktiviti politik demi memperjuangkan nasib rakyat dan memenjarakan DS Anawar adalah agenda besar mereka. DS Anwar yang dituduh dan difitnah oleh rakan dan lawan termasuk memiliki simpanan berbilion ringgit namun sehingga kini gagal dibuktikan.
"Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah"
01 April 2010
ISU APCO : JANGAN TERLALU BANYAK PENAFIAN, TUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DENGAN SEGERA
Apakah dengan sekadar penafian dari syarikat atau individu tertentu termasuk Hj. Khairy Jamaluddin yang dikatakan terlibat membawa masuk syarikat APCO ini ke dalam pentadbiran kerajaan, maka suruhanjaya siasatan tersebut tidak perlu ditubuhkan???? Atau sememangnya Kerajaan Malaysia pimpinan Umno/BN merasa takut dan khuatir "rahsia besar" mereka terbongkar dan bakal diketahui oleh segenap rakyat yang mungkin akan menjatuhkan kreadibiliti parti pemerintah sekarang...??? Jika benar keterlibatan syarikat yahudi ini dalam urusan pentadbiran negara, maka keselamatan negara sebenarnya telah "dilacurkan" oleh pemimpin bangsat Umno/BN demi untuk kepentingan politik haprak mereka.
AMK Cabang Gelang Patah sentiasa berpegang pada "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah". Justeru kami mencabar Najib Razak dan Menteri bertanggungjawab segera menubuhkan Suruhanjaya diRaja bagi menyiasat dakwaan ini demi kepentingan rakyat dan negara Malaysia.
31 March 2010
30 March 2010
SEKADAR KENANGAN
Saya percaya yang baik pasti dibalas dengan baik oleh Allah s.w.t.
Terima kasih kepada teman2 yang memberi semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan dan amanah serta tanggungjawab ini. Ayuh kita bersama kuburkan keangkuhan Umno/BN dan kuncu2nya.
"Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah.. "
Lawan tetap Lawan
Setiausaha AMK
Cabang Gelang Patah
ISU APCO : DS ANWAR GESA TUBUH SURUHANJAYA SIASATAN
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya agar kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan diRaja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara yang berstatus negara islam.Sikap kerajaan yang membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco yang secara tidak langsung mendedahkan kerahsiaan strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.
Umno/BN dalam satu masa berdemo kononnya anti-Israel, menentang Zionis dan kezaliman oleh Israel terhadap orang Islam di Palestin dan sebagainya namun dalam masa sama merekalah yang membenarkan serta bersengkongkol dengan negara yahudi tersebut. Apa kurangkah kepakaran anak2 jati tempatan. Bercakap soal melayu dan bumiputera namun menjadi petualang negara apabila membenarkan syarikat yahudi menjadi perunding telekomunikasi negara. Ianya amat jelas mendedahkan beberapa maklumat penting kepada Kerajaan yahudi Israel yang dicurigai hampir seluruh dunia.
Penglibatan S/usaha Akhbar Najib, Datuk Tengku Sharifuddin bin Tengku Ahmad yang menjadi saksi semasa proses menandatangani perjanjian. Kebiasaannya perjanjian tersebut ditandatangani oleh pegawai kerajaan.

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan ini amat bertepatan sekali namun mereka2 yang dilantik nanti bukanlah atas nasihat pihak pemerintah kerana dicurigai Ahli Panel Suruhanjaya yang dibentuk atas nasihat kerajaan boleh "dibeli".
Najib wajar akur dengan cadangan DS Anwar dan penubuhan suruhanjaya siasatan adalah tindakan paling "relevan" sekali bagi membuktikan kebenaran. Najib tidak perlu bersumpah dahulu untuk menafikan dakwaan ini, biarlah suruhanjaya siasatan yang bakal dibentuk nanti menyiasat isu ini secara menyeluruh...
29 March 2010
PRK P94 - HULU SELANGOR
Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang mempertimbangkan sekitar lima nama yang telah disyorkan untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dan ianya disahkan sendiri oleh Pengarah Pilihanraya Pusat, YB Fauziah Salleh. Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang akan berlansung pada 4 April ini akan memuktamadkan siapakah calon yang paling layak untuk bertanding di Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor.
Pengerusi PKR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan memilih calon yang berasal dari Hulu Selangor untuk bertanding mewakili PKR dan beliau menegaskan ianya adalah salah satu strategi PKR untuk mendapatkan sokongan pengundi, sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Abdullah Sani pula menegaskan bahawa gerakerja telah dimulakan dan mendapat kerjasama penuh dari pimpinan PAS dan DAP.
Pastinya akan berlaku sandiwara dari "pelakon2 politik" yang telahpun menyiapkan skrip dari awal2 lagi bagi mendapat imbuhan "besar" dari Umno/BN. Mereka yang terlalu bertuhankan duit pasti akan mengadai maruah mereka hanya kerana "duit". Selayaknya mereka2 ini di gelar "pelacur Politik". Kita nantikan "pelakon2 politik" yang akan muncul satu persatu seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
IBRAHIM ALI DAN MAHATHIR - 2 MANUSIA SIAL
Sewajarnya Ibrahim Ali merujuk kembali peristiwa dikala pimpinan Umno mahu mengurangkan kuasa Raja2 Melayu di zaman pemerintahan Mahathir yang bertindak merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa. Apakah ada pemimpin PAS atau DAP yang bersetuju bahawa kuasa Raja2 Melayu perlu dihadkan...???

Ibrahim Ali juga menyebut bahawa peristiwa 13 mei berpunca dari DAP sedangkan pemimpin manakah yang berkata " ayuh... kita basahkan keris ini dengan darah cina..." Adakah pemimpin itu datang dari Parti PAS...???
Penulis diingatkan oleh teman Ibrahim Ali semasa dalam Semangat 46 dimana beliau pernah berkata "Ikan tak nak masuk tong baru, dia tetap nak masuk tong lama... Jika saya masuk Umno balik saya akan jilat lubang bontot Mahathir..."
Boleh dipercayakah insan bernama Ibrahim Ali yang bijak menipu dan amat licik menimbulkan sentimen perkauman...??? Memperdaya PAS untuk bertanding atas tiket PAS pada PRU-12, namun selepas mendapat kemenangan beliau mengistiharkan beliau adalah Ahli Parlimen Bebas. Inilah manusia bernama Ibrahim Ali yang lidahnya sentiasa bercabang...
PROGRAM "SELAMATKAN MALAYSIA"
Hanya 10,000 rakyat dari pelbagai kaum memenuhi Stadium Mini Kuala Kubu Baru bagi mendengar penerangan mengenai kempen Selamatkan Malaysia yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Mac 2010 yang lalu. Kempen itu sebenarnya diatur sebelum pemergian Dr Zainal Abidin yang uzur selepas menang pilihan raya umum ke-12 dan kebetulan berlangsung ketika di ambang pilihan raya kecil.
Ketua Umum KEADILAN turut menggariskan beberapa pra-syarat penting bagi seseorang xalon yang bakal dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor termasuk yang berkelayakan teguh dasar perjuangan serta tidak mudah termakan dengan sogokan wang ringgit.
Pada ceramah tersebut Anwar melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia' yang menjadi tema siri ceramah beliau diseluruh negara sejak tiga bulan lalu. Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan daripada kerakusan dan kezaliman umno-BN kerana keadaan negara semakin terancam dan rakyat tidak lagi selamat. Walaupun jumlah kehadiran pada program tersebut mungkin tidak ramai berbanding dengan perasmian Perkasa di PWTC pada 27 Mac 2010 apabila bloggers2 upahan Umno mendakwa hampir 10,000 membanjiri PWTC yang menyokong penubuhan Perkasa.
27 March 2010
RINTIHAN RAKYAT "MELAYU" YANG INGIN SEDIKIT PEMBELAAN DARI PEMERINTAH
JAWATANKUASA BERTINDAK
SETINGGAN KAMPUNG DENAI PINGGIRAN
Kenyataan Media
23hb Oktober 2009
PERMOHONAN
BANTUAN KEWANGAN(SAGUHATI) DARIPADA PIHAK KERAJAAN
Kami penduduk Kg Denai Pinggiran, Tampoi Johor telah menerima notis daripada Pentadbir Tanah Johor Bahru untuk mengosongkan tanah kampung kami dalam masa 2 minggu daripada tarikh notis dikeluarkan pada 15hb Oktober 2009. Sehubungan itu pihak kami memohon jasa baik pihak Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak dan Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Y.A.B Dato’ Abdul Ghani Bin Othman untuk memberi bantuan kewangan atau saguhati kepada penduduk kampung sebagai timbalbalas kepada pengorbanan penduduk kampung yang telah tinggal lebih 20 tahun. Asas-asas permohonan kami adalah seperti berikut :
1. Kampung kami telah diteroka sejak 20 tahun yang lalu. Sebelum ini tanah ini adalah kawasan hutan yang menakutkan penduduk setempat. Kami telah membersihkan kawasan ini. Selama ini kami tidak mendapat bekalan air dan elektrik. Dengan penuh kesabaran, kami sesama penduduk saling bermuafakat membangunkan kampung ini dengan segala kekurangannya. Anak-anak dan cucu-cucu kami dibesarkan di sini. Kampung ini mempunyai sentimental value kepada kami semua. Kami sangat sayangkan kampung ini. Walaubagaimana pun kami memahami pihak kerajaan mempunyai keutamaan lain untuk membangunkan kawasan ini.
2. Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung penduduk kampung membekalkan tenaga buruh yang murah kepada pengembangan ekonomi negara. Penduduk kampung sangat komited dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
3. Penduduk kampung adalah golongan yang sangat setia kepada parti pemerintah khususnya UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Kami telah banyak kali menyokong parti ini dalam pilihanraya sebelum ini. Kami telah berkempen dengan sepenuh hati bagi menarik sokongan pengundi menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN). Atas sokongan padu ini BN telah menang mudah diperingkat DUN Kempas dan Parlimen Pulai.
4. Penduduk kampung kami adalah mejoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sebahagian kami berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Kelembapan ekonomi global masakini telah menyebabkan sebahagian kami kehilangan pekerjaan. Kehidupan di bandar besar seperti Johor Baharu memerlukan komitmen kewangan yang besar. Kami juga perlu menyara keluarga yang serba-serbinya memerlukan kewangan. Tawaran menyewa di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas juga memerlukan bayaran deposit dan sewa bulanan yang cukup membebankan kami.
5. Kami juga sangat tertarik dengan pendekatan pihak Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu setinggan di Kg. Seri Serdang Baru, Kg Seri Jaya Baru, Perling dan Kg Pasir, Tampoi. Penyusunan semula kampung mereka telah memberi peluang kepada penduduk memiliki tanah yang cukup strategik. Sebahagian penduduk di Kampung Gudang Beras, Kempas yang telah dipindahkan, menerima bantuan kewangan sebanyak RM10,000 ribu bagi sebuah rumah. Mereka amat bersyukur kerana kewangan tersebut dapat membantu mereka membina kehidupan baru.
6. Dalam jawapan kepada Dewan Undangan Negeri Johor pada November 2008, telah dinyatakan bahawa pada mesyuarat kerajaan negeri Johor bertarikh 14hb Ogos 2007 kerajaan negeri telah membuat keputusan bahawa kerajaan persekutuan perlu menjelaskan ¼ bayaran premium tanah kawasan tanah Hospital Permai sebanyak RM108,492,450 kepada kerajaan negeri Johor. Sebagai kerajaan yang perihatin kepada rakyat, tentulah pihak kerajaan boleh memperuntukan sebahagian kecil daripada nilai premium ini kepada rakyat untuk mengurangkan bebanan kami.
7. Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengariskan keutamaan membela rakyat sebagai agenda utama melalui slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kami merasakan agenda ini adalah sangat bersesuaian dengan kehendak masakini. Rakyat pelbagai lapisan memerlukan sentuhan secara terus pada mereka. Bantuan kewangan merupakan sentuhan yang sangat bermakna kepada penduduk kampung yang rata-ratanya adalah golongan yang memerlukan bantuan kewangan pihak kerajaan.
Berdasarkan kepada keutamaan pihak kerajaan untuk membangunkan kawasan ini maka kami sedia berkorban untuk pindah daripada kampung halaman kami. Sebagai timbalbalasnya pihak kami memohon pihak kerajaan memberi sumbangan kewangan bernilai RM30,000 setiap keluarga bagi membina kehidupan baru selepas berpindah.
Sehubungan itu pihak kami memohon agar kami diberi masa untuk tinggal di kampung ini sehingga sumbangan daripada pihak kerajaan diterima.
UTUSAN BAKAL DISAMAN LAGI
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung laporan sebuah akhbar yang disifatkannya telah menfitnah beliau telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Azan dalam laporannya berkata, akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mencetak laporan bertajuk: “Bahtera Siapa Semakin Bocor?” dengan tujuan memburukkan namanya dan parti tersebut yang disiarkan pada 6 Mac lepas.
Katanya, akhbar itu juga sengaja mencetak ruangan ralat dan menyatakan beliau tidak keluar dari PKR tetapi meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.
Beliau menafikan kedua-dua kenyataan tersebut sambil menyatakan bahawa berita tersebut bertujuan menunjukkan bahawa beliau adalah ahli parlimen yang tidak bermoral, tidak berpegang kukuh kepada kepimpinan Ketua PKR dan tidak mempedulikan penduduk Indera Mahkota.
Beliau turut menyatakan bahawa tulisan itu memberi implikasi sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan air muka dan maruahnya. Beliau membuat kenyataan kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesan daripada tulisan itu menyebabkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen terjejas dan dipandang rendah masyarakat.Saman ini sekaligus membuktikan bahawa akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar yang tidak bermaruah dan seringkali di saman akibat mengeluarkan berita fitnah dan mengeluarkan propaganda. Akhbar yang pernah dilabelkan sebagai "akhbar racist" oleh seorang pemimpin BN.