DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

01 April 2010

ISU APCO : JANGAN TERLALU BANYAK PENAFIAN, TUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DENGAN SEGERA

Sejak isu pembabitan syarikat yahudi "APCO" yang didakwa terlibat dalam pembentukan 1Malaysia, beberapa syarikat dan individu telah membuat penafian atas dakwaan tersebut. Namun cabaran DS Anwar Ibrahim agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut masih belum disahut oleh Kerajaan Umno/BN.
Apakah dengan sekadar penafian dari syarikat atau individu tertentu termasuk Hj. Khairy Jamaluddin yang dikatakan terlibat membawa masuk syarikat APCO ini ke dalam pentadbiran kerajaan, maka suruhanjaya siasatan tersebut tidak perlu ditubuhkan???? Atau sememangnya Kerajaan Malaysia pimpinan Umno/BN merasa takut dan khuatir "rahsia besar" mereka terbongkar dan bakal diketahui oleh segenap rakyat yang mungkin akan menjatuhkan kreadibiliti parti pemerintah sekarang...??? Jika benar keterlibatan syarikat yahudi ini dalam urusan pentadbiran negara, maka keselamatan negara sebenarnya telah "dilacurkan" oleh pemimpin bangsat Umno/BN demi untuk kepentingan politik haprak mereka.

AMK Cabang Gelang Patah sentiasa berpegang pada "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah". Justeru kami mencabar Najib Razak dan Menteri bertanggungjawab segera menubuhkan Suruhanjaya diRaja bagi menyiasat dakwaan ini demi kepentingan rakyat dan negara Malaysia.

No comments: