11hb April 2010 (Ahad), Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah telah mengadakan majlis Sambutan Ulangtahun Penubuhan PKR yang ke-11 di Bilik Gerakan Ranting Kg. Laut. Majlis yang dihadiri oleh AJK Cabang, Wanita dan AMK serta ahli2 PKR Cabang Gelang Patah mendapat sambutan yang agak baik dari masyarakat sekeliling walaupun majlis yang sederhana tapi meriah. Bendahari MPN Johor, Sdr. Tan mewakili pimpinan negeri turut hadir memeriahkan majlis tersbut. Beliau sendiri begitu memperakui bahawa majlis disusun dengan cukup baik dan beliau memberi komitmen sehingga majlis tersebut tamat walaupun pada awalnya beliau menyatakan bahawa beliau akan menghadiri program lain selepas itu.



Jamuan "BBQ" diadakan secara gotong royong dikalangan AJK2 PKR Cabang Gelang Patah dimulakan sejak jam 2.30 petang. Menu BBQ disediakan dan ditaja oleh Naib Ketua AMK Cabang Gelang Patah, Sdr. Ramly Ahmad @ Bob. Walaupun pada awalnya beliau tidak sihat sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran, namun komitmen beliau wajar menjadi contoh kepada yang lain. Sdr. Amir pula menaja minuman kesihatan, produk keluaran keluarganya. Begitu juga dengan AJK yang lain seperti Abg. Ramli sekeluarga, Abg. Fadil (Juruteknik bertauliah) ,Abg Manan sekeluarga, Zainalhelmi (The Undertaker), Zulkaria, Azlan, Saiful (The Great Cheff), Amir (Tauke Mahkota Dewa), Choong (Tauke Hi5). Kerjasama yang terbaik akhirnya dapat memberikan kepuasan kepada semua.



No comments:
Post a Comment