DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

26 April 2010

MUHASABAH DEMI MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT

Kekalahan di PRK Hulu Selangor memang memeritkan namun ianya harus diterjemahkan sebagai satu kesedaran kepada kita bahawa persiapan yang lebih rapi perlu dibuat jika kita mahukan kemenangan apatah lagi harapan menggunung untuk menawan Putrajaya perlu disusuli dengan usaha keras.
Walaupun kita boleh mengatakan kemenangan APCO-BN sebagai kemenangan yang tidak "gentleman" apabila taburan wang digunakan bagi mereka menguasai atau menawam semula kerusi Parlimen Hulu Selangor namun berdasarkan dari pengalaman penulis, parti perlu berbuat sesuatu jika kita ingin kemenangan mutlak dicapai pada pilihanraya akan datang.
Walaupun undi meningkat dikalangan pengundi bukan melayu, namun hakikatnya orang melayu atau lebih tepat maruah orang melayu mudah dibeli dengan wang ringgit. Felda yang dihuni oleh orang melayu masih merupakan "kilang" bagi APCO-BN untuk mengeluarkan pengundi2 tegar BN walaupun peneroka2 ini sudah diberikan penerangan yang cukup "solid" oleh Biro Felda & Orang Asal serta ANAK, namun mentaliti mereka dan iman yakin mereka masih bertuhankan $$$$. Mungkin tuduhan ini agak keras untuk diterima warga peneroka namun jika pemikiran warga peneroka ini dibandingkan dengan kebangkitan perjuangan Orang Asal/Asli, orang melayu di felda2 wajar malu dengan kesedaran Orang Asal/Asli yang hidup mereka jauh lebih susah dari warga peneroka.
Sememangnya sedari dahulu lagi jiwa & maruah orang melayu mudah dibeli. Ketika zaman kesultanan Melayu, Zaman pemerintahan British dan Zaman pemerintahan Jepun, ada sahaja nama petualang melayu yang mengkhianati agama, bangsa dan negara sendiri hanya kerana wang dengan alasan "sampai bila mahu hidup susah". Dengan sedikit tawaran walaupun penjelasan telah dibuat bahawa mereka sebenarnya ditipu oleh pemerintah namun orang melayu lemas bilamana tawaran wang dan ganjaran dijanjikan oleh pemerintah.
Pakatan Rakyat khususnya PKR perlu mencari formula terbaik untuk menjelaskan atau memberi kesedaran kepada orang melayu bukan sahaja di felda2 malahan diseluruh ceruk perkampungan tradisional yang mindanya masih tertanam "saka" zaman penjajah iaitu minda yang susah untuk berubah.
Permasalahan dalaman parti terutama pemimpin2 "haprak" yang bertindak keluar parti bilamana munculnya pilihanraya perlu dijadikan iktibar. Majlis Pimpinan Negeri perlu bertindak lebih agresif dan sentiasa berhubung dengan pimpinan Cabang untuk mengenal pasti AJK Cabang yang bermasalah dan menjadi "katak" bila sahaja adanya pilihanraya. Pimpinan Cabang perlu bijak mengenalpasti AJK bermasalah dan mendekati golongan ini agar ia tidak mudah dibeli oleh APCO-BN. Sebagai pimpinan baik diperingkat negeri/cabang/ranting, bukan sahaja tahu memberi arahan namun perlu membimbing, mengajar, membentuk, mendidik dan memberi penjelasan sepenuhnya sehingga mereka benar2 faham fungsi mereka dalam sebuah organisasi parti. Bukan menyalahkan mereka jika organisasi tepu dan lesu. Kesedaran perlu ditanamkan disetiap jiwa pimpinan parti bahawa menjawat jawatan didalam sebuah organisasi politik bukan sekadar suka2 tapi perlu serius dan kreatif untuk mengukuhkan organisasi tersebut. Inilah salah satu kelemahan yang ada dalam PKR yang perlu diperbaiki jika mahu dilihat sebagai sebuah parti yang lebih bermaruah. APCO-BN akan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk merobek maruah parti walau dengan apacara sekalipun yang pasti matlamat mereka tercapai. Pemimpin walau setinggi mana sekalipun perlu mendengar pandangan dari orang bawahan walaupun mereka hanyalah ahli biasa.
Semoga pandangan ini tidak disalahertikan oleh mana2 pimpinan. Yang penting kita sama2 perubahan ke arah yang lebih baik perlu ada dalam setiap jiwa pemimpin. Pemimpin perlu kreatif dan inovatif serta agresif untuk mencari kemenangan. Apa guna kita menang dihati rakyat tapi kita kalah pada pilihanraya sedangkan kemenangan itu adalah langkah pertama untuk membela nasib rakyat dan jika kita gagal memenangi pilihanraya, hanya janji yang mampu kita berikan atau taburkan kepada rakyat. Justeru KEMENANGAN itu adalah HARAPAN RAKYAT. Berjuangalah dan berkerjalah untuk MENANG demi rakyat.

No comments: