DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

05 April 2010

AMK MUAR CABAR RAZALI BERDEBAT

Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar telah menghantar surat jemputan kepada Timbalan Menteri Belia Dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim untuk berdebat atas tajuk "Ketuanan Melayu vs Ketuanan Rakyat" pada 1 April 2010.
Sdr. Ahmad Anwar Asyraf Ismail selaku Pemangku Ketua AMK Muar telah menghantar surat jemputan kepada Razali di Pusat Khidmat Parlimen Muar. Surat tersebut telah diterima oleh Pembantu Khas Ahli Parlimen Muar tersebut dan Razali diberi tempoh 3 minggu dari tarikh surat tersebut dan ianya adalah masa yang cukup panjang untuk beliau menyahut cabaran tersebut.
Mengenai tindakan bekas kepimpinan AMK Muar yang bertindak "melompat" ke Umno, Sdr. Anwar menjelaskan bahawa beliau mencabar individu tersebut yang mengatakan seramai 50 orang anggota PKR Muar keluar parti supaya menyenaraikan nama2 tersebut berserta dengan nombor keahlian mereka. Jika individu tersebut gagal menyenaraikan seperti yang diminta, individu terbabit dianggap sebagai balaci upahan Umno/BN yang mengambil kesempatan diatas kebodohan pemimpin Umno.
Sewajarnya AMK Muar wajar diberi pujian kerana keberanian mereka tampil memberi penjelasan berhubung isu anggota PKR Muar keluar parti. Keberanian AMK Muar mencabar Ahli Parlimen Muar untuk berdebat juga menunjukkan keyakinan mereka atas dasar perjuangan parti yang mereka dokongi.
AMK Muar wajar dijadikan contoh kepada AMK Cabang yang lain. Mereka berani kerana mereka yakin "Berani kerana Benar, Takut kerana Salah....."

Syabas dan tahniah kepada Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar.

No comments: