Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan YAB Ketua Menterinya, Sdr. Lim Guan Engg telah memberikan RM100 kepada warga emas anak jati negeri tersebut.
Walaupun sumbangan tersebut hanya RM100 namun ia besar maknanya kepada warga emas yang mana kekayaan atau hasil negeri dinikmati bersama tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
Berbeza di Johor, apabila wang pajakan kawasan tadahan air di Lengiu antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Republik Singapura telah dimasukan ke dalam Tabung Warisan Johor namun diberitakan bahawa wang tersebut telah habis digunakan untuk prasarana dan aktiviti seni negeri Johor termasuk "Zapin" yang menjadi kegemaran menteri besar Johor, Abdul Ghani Osman. Wang tersebut sepatutnya dimanafaatkan untuk rakyat Johor namun ianya dihabiskan untuk tujuan berhibur dengan alasan mengekalkan kebudayaan dan kesenian negeri.
Kerajaan Johor pimpinan Umno/BN wajar mencontohi sikap dan cara kerajaan negeri Pakatan Rakyat berbelanja secara berhemah serta mengembalikan hasil negeri kepada rakyat. Rakyat wajar dihargai bukan diperbodohkan seperti yang dilakukan oleh Umno/BN.
No comments:
Post a Comment