DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

27 February 2009

CERAMAH CHE'GU BARD DI SENGGARANG, BATU PAHAT

Ceramah Che'gu Bard malam semalam di Pt. Botak, Senggarang, Batu Pahat bersama YB Taufik (ADUN Paroi) banyak mengupas isu2 terkini mengenai situasi politik negara.

Che'gu Bard dalam ucapannya mengupas isu siapakah sebenarnya yang penderhaka kepada Raja2 Melayu dan bagaimana rakyat Perak sebenarnya mahukan pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat dan umno-bn sebenarnya tidak yakin dapat memenangi pilihanraya jika berlaku pembubaran DUN Perak. Umno Perak yang kini berbapakan Najib sebagai pengerusi perhubungan umno negeri sanggup mempergunakan apa juga cara asalkan tidak melibatkan pilihanraya untuk merampas dan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak. Terbaca di dalam sebuah blog semalam bahawa 3 ADUN Pengkhianat iaitu Osman Jailu, Jamaludin Radzi dan Hee Yit Fong (Toyota Camry) kini berada dalam keadaan serba salah disebabkan mereka tidak diterima oleh pengundi di kawasan mereka. Mereka berada dalam keadaan tertekan. Sehinggakan ada diantara ADUN ini merasakan yang mereka ingin kembali kepada Pakatan Rakyat. Inilah balasan kepada pengkhianat. Pilihanraya di Bukit Gantang, Perak adalah ketentuan ALLAH s.w.t. Dikala mereka merampas Kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat kini mereka diuji dengan PRK Bukit Gantang.

Dalam Isu pembunuhan Altantunya yang dikaitkan dengan Najib Razak bakal PM Malaysia, Che'gu Bard menerangkan bahawa Altantunya bukanlah seorang model yang digembar-gemburkan oleh media arus perdana yang menjadi pencacai umno-bn. Altantunya adalah seorang Businesswomen yang berpengkalan di segitiga emas Hong Kong. Beliau amat berpengaruh dalam urusan jualbeli senjata. Kedatangan beliau ke Malaysia adalah untuk menuntut hak beliau dalam urusan jualbeli senjata yang melibatkan Kerajaan Malaysia. Bahkan beliau membawa dokumen yang dipercayai boleh menjejaskan nama kerajaan dan individu yang terlibat. Altantunya dipercayai ditembak sebelum di'c4'kan. Tertuduh yang dijadikan 'kambing hitam' dalam kes ini juga menerangkan bahawa perancang pembunuhan gadis monggolia ini bebas diluar sana. Kita menunggu apakah Sirul dan Azila akan mendedahkan nama individu terbabit ??? Marilah kita berdoa, jika benar mereka berdua tidak bersalah maka kita pohon pada ALLAH s.w.t agar mereka berdua diberikan kekuatan dan keberanian untuk mendedahkan nama penjenayah, perancang dan pembunuh gadis moggolia ini.

Jika mahu diulas ucapan Che'gu Bard malam itu rasanya terlalu panjang. Apa yang dapat disimpulkan disini bahawa pimpinan PKR atau Pakatan Rakyat di semua peringkat bukan sahaja berdepan dengan umno-bn, akan tetapi kita berdepan dengan semua jentera kerajaan. Polis, Tentera, SPRM, Media Pencacai umno-bn dan apa juga instrument kerajaan serta kita juga terpaksa berdepan dengan samseng2/gangster2 belaan umno-bn. Jika kita tidak berani merubah keadaan politik negara kita sekarang nescaya anak-cucu kita akan dalam keadaan tidak selamat. Sejauh mana perjuangan kita untuk membebaskan negara ini dari ditadbir oleh perasuah dan penjenayah. Mungkinkah benar kenyataan Datuk Ramli dahulu bahawa perlantikan ketua-ketua polis ditentukan oleh gengster2 yang berpengaruh di Malaysia... Andai benar, dimanakah keselamatan kita, anak cucu kita dan masih ingatkah kita pada adik Syarlini dan adik Nurin Jazlin. Ada berita mengatakan bahawa anak2 ini masih hidup.... Siapakah yang menculik mereka. Hanya pihak tertentu yang tahu...

26 February 2009

PENGERUSI GERAK GERTAK TAN SRI KHALID SAMAN

Pengerusi Gerakan Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunos mencabar MB Selangor agar menyaman beliau berhubung jika benar laporan yang dikemukakan olehnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tohmahan semata-mata. Beliau juga menyatakan bahawa tindakan GERAK adalah semata-mata menjaga hak kepentingan rakyat dan menjaga intergriti perkhidmatan kerajaan.

Demikianlah beraninya anak muda didikkan Ezam akan tetapi ajaran songsang Ezam nampaknya semakin menjadikan anak muda ini hilang pertimbangan lantas merasa seronok dan bangga menjadi pencacai umno-bn.

Masih segar dalam ingatan, cerita Ezam bahawa dia pergi ke Pejabat PM untuk menyerahkan dokumen bukti rasuah seorang menteri kanan dan memberi tempoh 2 minggu (atau 2 bulan) kepada PM untuk mengambil tindakan. Sekiranya dalam tempoh itu PM gagal mengambil sebarang tindakan, maka Ezam akan mendedahkan nama menteri terbabit di Kepala Batas. Namun kini ia hanyalah sekadar omongan kosong Ezam yang tak ubah seperti tin biskut yang kosong.
Sehingga kini tiada apa juga tindakan dari Ezam mahupun GERAK. Mungkinkah berlaku tawar menawar antara Ezam/GERAK dengan menteri terbabit??? SPRM seharusnya menyiasat kes ini yang mana GERAK dan individu dalam GERAK adalah satu organisasi atau individu yang banyak memegang rahsia perasuah-perasuah yang masih bebas di luar sana. Berkemungkinan individu dalam GERAK ini mempergunakan pertubuhan ini untuk tujuan peribadi/kewangan. Ini bukan tuduhan tapi mungkin berlaku. Kerana ada individu dalam PKR dahulu yang mana individu terbabit telah pun keluar dari PKR dan menyertai umno, telah mempergunakan kos sesuatu program untuk memohon penajaan dari pihak tertentu dan jika jumlah penajaan telah melebihi kos program tersebut maka lebihan itu dipergunakan untuk tujuan peribadi. Perkara ini pernah didedahkan oleh Lokman Nor Adam yang mana sekarang beliau juga mencari makan dalam umno. Jika beliau dalam PKR mana mungkin beliau memiliki kereta mewah.

Seharusnya SPRM bersikap berkecuali dan menyiasat mengapa GERAK begitu bersungguh ingin mendakwa Tan Sri Khalid sedangkan GERAK mengetahui dan sedia maklum beberapa isu rasuah membabitkan pemimpin umno-bn. Masakan Ahmad Said yang bijaksana (kalau kurang pandai PM tak akan lantik beliau jadi Pesuruhjaya SPRM) tidak mampu memikirkan hal ini atau SPRM hanya berkerja jika laporan yang dikemukakan betul-betul kukuh tanpa perlu berkerja keras untuk menyiasat. Kalau begitulah cara SPRM berkerja, selayaknya individu yang gagal dalam SPM boleh menjawat jawatan Pesuruhjayanya SPRM.

Pada sekitar bulan May 2002, Ahmad Lutfi Osman (Allahyarham), pernah mendakwa bahawa
, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menyelesaikan siasatan terhadap Mentri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan sudah merujukkan perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara. Malah beliau percaya laporan hasil siasatan itu telahpun ditunjukkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebelum beliau mengambil cuti selama sebulan pada tahun tersebut dan siasatan itu terhenti begitu sahaja.

Jika Pengerusi GERAK mencabar Tan Sri Khalid, kami AMK Gelang Patah mendesak dan mencabar Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi GERAK serta Peguam Negara menyemak semula dakwaan Allahyarham Ahmad Lutfi dan memperjelaskan kedudukan kes tersebut jika mahu membuktikan dan memperlihatkan ketelusan SPRM.

BUKTIKAN !!!!!!!!


Ramli Ahmad
Naib Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

25 February 2009

SURAT TERBUKA ZAHID MAT ARIP KEPADA PM - APA SEBABNYA

PERMINTAAN TERBUKA KEPADA YAB DATO’ SERI ABDULLAH BADAWI

Tarikh : 16 Februari 2009 - Isnin

Daripada : Muhammad Zahid Bin Md Arip

No K/P : 660622-04-5355

No Ahli UMNO : 03468736


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah SWT Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, Keluarga Dan Para Sahabatnya.

YAB Dato’ Seri,

Di dahului dengan doa dan harapan mudah-mudahan Dato’ Seri beroleh sihat sejahtera.

Izinkan saya memulakan bicara dengan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kepada Dato’ Seri.

Buat pengetahuan Dato’ Seri, peristiwa yang bersejarah dan penting ini, sememangnya di tunggu-tunggu dan di harap-harapkan oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Walaupun (InsyaAllah) ianya hanya akan berlaku pada akhir bulan Mac 2009 - kira-kira 1½ bulan dari sekarang, namun saya tidak mahu ketinggalan untuk menjadi warganegara Malaysia yang pertama merakamkan secara terbuka ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan kepada Dato’ Seri.

Bagaimanapun, dalam kita menghitung hari menunggu tibanya saat tersebut, terdapat beberapa spekulasi yang tidak enak di dengar sekali gus ianya boleh menambah rosak imej Dato’ Seri yang sedia tercalar selama ini.

Bagi saya, saya tidak mahu imej rosak dan tercalar ini mengiringi pengunduran Dato’ Seri sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebaliknya, saya mahu Dato’ Seri berundur sebagai anak jantan yang punya maruah dan harga diri. Dato’ Seri seharusnya memperlihatkan keikhlasan yang tinggi, supaya sejarah dan anak cucu di kemudian hari akan menganggap Dato’ Seri lah pemimpin yang boleh di jadikan contoh – yang meletakkan kepentingan UMNO dan Negara melebihi segala-galanya dan bukannya pemimpin yang bacul yang terlalu sayangkan jawatan – sehingga sanggup memporak-perandakan UMNO dan Negara yang tercinta.

Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin mendedahkan beberapa spekulasi yang tersebar secara meluas yang sampai ke telinga saya. Saya harap pendedahan ini akan dapat di jawab dan di jelaskan oleh Dato’ Seri secara terbuka dengan ikhlas, supaya para penyebar spekulasi ini akan dapat di diamkan dan seluruh ahli UMNO mendapat kepastian yang sejelas-jelasnya.

SPEKULASI 1, menyatakan;

Dato’ Seri dan budak-budak “tingkat 4” sedang menggunakan para penulis blog pro pembangkang dan beberapa pemimpin pembangkang untuk memenafaatkan waktu 1½ bulan terakhir ini untuk terus menyerang, menghina dan mengaibkan Dato’ Sri Najib dan keluarganya. Konon katanya, ada kempen yang di lancarkan oleh mereka yang di restui sendiri oleh ahli keluarga Dato’ Seri – kempen tersebut diberi nama “NO TO NAJIB, YES TO PAK LAH”. Betul kah?

SPEKULASI 2, menyatakan;

Atas nasihat anggota keluarga dan penasihat-penasihat veteran dari kalangan sahabat, Dato’ Seri di katakan tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO. Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Presiden UMNO, Dato’ Seri konon katanya tetap tidak mahu berhenti dan akan terus menjadi Perdana Menteri. Konon katanya, Dato’ Seri terlalu sayangkan jawatan tersebut.

Dato’ Seri juga konon katanya sudah merancang untuk memasang seorang perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO untuk membawa usul tergempar supaya Dato’ Seri kekal sebagai Perdana Menteri. Kononnya keinginan Dato’ Seri sudah sampai ke tahap tidak menghormati tradisi pemilihan Perdana Menteri yang di amalkan oleh parti selama ini di mana sesiapa jua yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.

Spekulasi ini terus bertiup kencang apabila Utusan Malaysia (Khamis – 12 Feb 2009 – m/s 3) menyiarkan berita bergambar mengenai kempen secara besar-besaran promosi laman web Perdana Menteri yang mengajak rakyat berhubung secara terus dengan Dato’ Seri dengan menghantar cadangan, pandangan, teguran dan kritikan.

Ada logiknya juga, apa perlunya promosi laman web ini di buat secara hebat dan besar-besaran jika usia pemerintahan Dato’ Seri hanya tinggal kira-kira 1½ bulan? Mungkin juga Dato’ Seri mempunyai lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua keluhan yang di hantar ke laman tersebut dalam masa 1½ bulan sahaja.

Atau mungkin laman itu akan di gunakan oleh “gulungan tertentu” semahu-mahunya bagi merintih, merengek, merayu, memujuk dan mendesak Dato’ Seri supaya terus kekal menjadi Perdana Menteri walaupun tidak menjadi Presiden UMNO. Maklum sajalah – Dato’ Seri adalah Perdana Menteri “yang terhebat” dan “yang tersohor” yang pernah di lahirkan oleh UMNO.
Spekulasi ini juga menyebut, bahawa kononnya jadual Dato’ Seri sebagai Perdana Menteri telah di susun padat oleh pejabat Dato’ Seri sehingga 31 Disember 2009. Dan, ini menggambar dan menandakan Dato’ Seri tidak mahu berhenti.

Konon katanya lagi, satu gerakan yang begitu tersusun dan terancang sedang di laksanakan oleh budak-budak Dato’ Seri untuk membina keyakinan rakyat bahawa jika Dato’ Sri Najib menjadi Perdana Menteri, nescaya keadaan akan lebih teruk dan negara akan kucar kacir. Gerakan ini juga kononnya sedang membiayai beberapa NGO untuk mengutip tandatangan seberapa ramai orang untuk mendesak Dato’ Seri supaya jangan berundur sebagai Perdana Menteri. Soalan saya – betul kah?

SPEKULASI 3, menyatakan;

Dato’ Seri akan merombak kabinet dalam waktu terdekat ini. Konon katanya rombakan ini akan melibatkan Dato’ Sri Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin lain termasuk membawa masuk YBM Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam kabinet. Kononnya rombakan ini adalah bertujuan untuk merendahtarafkan Dato’ Sri Najib sebelum beliau di buang dari kabinet. Lebih dahsyat lagi, spekulasi ini juga menyebut, Dato’ Seri dan penasihat-penasihat Dato’ Seri sedang merekacipta cerita dan pertuduhan untuk mendakwa Dato’ Sri Najib di mahkamah. Betul kah?

SPEKULASI 4, menyatakan;

Dato’ Seri akan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan pemimpin-pemimpin UMNO bertaraf ikan bilis termasuk mereka yang di katakan rapat dengan Dato’ Seri dan anggota keluarga Dato’ Seri, sebelum menahan pemimpin-pemimpin yang bertaraf ikan jerung yang benar-benar tidak sehaluan dengan Dato’ Seri.

Manakala pemimpin-pemimpin yang bertaraf ikan jerung, yang menjadi kesayangan Dato’ Seri walaupun di katakan membeli pencalonan secara terang-terangan akan terselamat dari sebarang bentuk tindakan. Betul kah?

SPEKULASI 5, menyatakan;

Dato’ Seri sedang berusaha keras dengan melakukan pebagai cara untuk memastikan menantu kesayangan Dato’ Seri memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Betul kah?

SPEKULASI 6, menyatakan;

Dato’ Seri dan konco-konco Dato’ Seri sedang berusaha dengan begitu gigih dan keras dalam memastikan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin kalah untuk jawatan Timbalan Presiden. Konon katanya Dato’ Seri mahukan Dato’ Seri Ali Rustam memenangi jawatan tersebut. Betul kah?

SPEKULASI 7, menyatakan;

Dato’ Seri konon katanya akan menggunakan peluang semasa menyampaikan Ucapan Dasar untuk membelasah Tan Sri Muhyiddin bagi menarik simpati perwakilan memberikan undi dan kemenangan kepada Dato’ Seri Ali Rustam. Kononnya, inilah caranya untuk Dato’ Seri membalas dendam kesumat terhadap kelantangan dan keberanian Tan Sri Muhyiddin sebelum ini sehingga proses peralihan kuasa terpaksa di laksanakan.

Spekulasi ini juga menyebut, Dato’ Seri begitu yakin Dato’ Seri Ali Rustam akan memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana kononnya - dari 2 ribu lebih perwakilan yang akan berada di Dewan Merdeka, terdapat kira-kira 580 orang penerima darjah kebesaran DMSM yang membawa gelaran “DATUK”, DSM dan JP dari Melaka yang memangnya terhutang budi dengan Dato’ Seri Ali Rustam.

Andaian di buat, jika setiap seorang dari 580 orang ini berkempen dan dapat mencari seorang sahaja lagi perwakilan untuk mengundi Dato’ Seri Ali Rustam, tidak syak lagi dan sudah tentu Dato’ Seri Ali Rustam akan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sekali lagi saya mohon bertanya kepada Dato’ Seri – Betul kah?

Demikianlah spekulasi-spekulasi yang saya dengar mutakhir ini. Sebagai ahli parti yang bertanggung jawab, saya merayu dan memohon Dato’ Seri memberikan penjelasan dan menjawab spekulasi ini sejelas-jelasnya secepat mungkin atau dengan kadar segera. Tujuannya supaya UMNO yang kita dukung ini berada dalam keadaan jelas, aman dan proses peralihan kuasa berlaku dalam suasana ikhlas, aman dan damai.

Kegagalan Dato’ Seri untuk menjawab spekulasi-spekulasi yang saya dedahkan ini akan menyebabkan ianya terus hidup subur dan kesannya amat tidak molek bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada Dato’ Seri sendiri.

NASIHAT

Nasihat saya kepada Dato’ Seri, ikhlaskanlah hati. Pergilah Dato’ Seri sebagai pemimpin yang punya maruah dan harga diri yang tinggi.

Saya sangat-sangat berharap kepada Dato’ Seri, alang-alang berucap menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO nanti, tinggalkanlah pesanan dan wasiat yang baik-baik buat UMNO dan jangan sekali-kali Dato’ Seri lupa untuk mengumumkan sekali perletakkan jawatan Dato’ Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia di akhir ucapan dasar itu nanti.

InsyaAllah, Dato’ Seri akan dapat melihat dan akan dapat merasakan sendiri penghormatan dan tepukan bergemuruh sambil berdiri yang bakal diberikan oleh UMNO kepada Dato’ Seri.
Sesungguhnya, kemuncak kerjaya bagi seseorang pemimpin UMNO ialah apabila dirinya mendapat penghormatan di dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Akhirkata, saya hadiahkan 3 rangkap pantun buat mengiringi pengunduran dan persaraan Dato’ Seri sebagai Presiden UMNO yang ke 6 dan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.

Tinggi Bukit Gilang-gemilang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit payah nak hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur Badan di kandung tanah
Budi sedikit ku kenang juga

Terbang tinggi si rama-rama
Hinggap mari di pohon redup
Budi Tuan walau sedikit kami terima
Jadi kenangan seumur hidup

Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum WHB.

Yang benar,
MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP

24 February 2009

PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA OLEH KHIR TOYO

Berikut adalah bentuk penyelewengan atau salahguna kuasa oleh bekas MB Selangor Al-Penyapu Khir Toyo. AMK Gelang Patah mencabar Pengerusi GERAK yang sebelum ini begitu garang melaporkan yang kununnya MB Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya, membuat homework bagi mengesahkan ataupun menafikan penyelewengan bekas MB penyapu ini....

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.


12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Di Johor ini tidak kurang hebatnya. Bahkan ada seorang YB telah menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi pihak atasan bagi menukarkan pegawai beruniform hanya akibat pegawai tersebut telah mengesan berlakunya penyelewengan minyak diesel di stesen minyak kepunyaan YB tesebut. Rata-rata masyarakat setempat telah mengetahui kes ini.

Kami AMK Gelang Patah sekali lagi mencabar GERAK dan SPRM menyiasat dengan berani dan telus, senarai penyelewengan dan salahgunakuasa Khir Toyo. Jangan jadi seperti "LEMBU" dicucuk hidung...

Azlan Ishak
Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

23 February 2009

LAPORAN POLIS TERHADAP PENGARAH SPRM

Hari ini seluruh AMK Negeri membuat laporan polis berhubung kenyataan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataan beliau yang bertindak selektif mengumumkan bakal mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim atas tuduhan penyalahgunaan kuasa beliau dalam urusan penyelenggaraan kenderaan peribadi beliau dan juga pengagihan lembu korban oleh PKNS di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Ketua AMK Gelang Patah iaitu Sdr. Azlan Ishak dan beberapapa AJK AMK Gelang Patah mengiringi Sdr. Zabidie bin Abas (Ketua AMK Johor) membuat laporan polis di Balai Polis Central, Johor Bahru. Turut mengiringi Sdr. Zabidie adalah Naib 1 Ketua AMK Johor, Sdr. Mohamad Nazri Ismail dan Ketua AMK Bahagian Tebrau iaitu Sdr. Magendran. PKR Bahagian Gelang Patah juga memberi sokongan kepada Sdr. Zabidie dengan kehadiran Pemangku Ketua Bahagian iaitu En. Abdul Manan bersama En. Ramli Radam.

Zabidie, Nazri dan Magendran diiringi seorang pegawai polis kelihatan memasuki balai kira2 jam 12.30 tengahari. Kemudiannya Zabidie dipanggil berseorangan untuk siasatan. Kira jam 4.00 petang barulah proses laporan polis terhadap Pesuruhjaya SPRM selesai.

Kenyataan Pesuruhjaya SPRM juga kelihatan selari dengan usaha jahat dan terancang oleh Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor selepas kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Apa yang ingin dipersoalkan disini adalah kreadibiliti dan sikap profesionalisme SPRM dalam mengendalikan siasatan kes-kes rasuah, khususnya yang dibuat oleh AMK sendiri dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak laporan membabitkan penyelewengan kes pembelian Eurocopter; kes rasuah mantan MB Selangor Khir Toyo; laporan penyelewengan wang kerajaan oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti didedahkan oleh Laporan Audit Negara; laporan lesapnya wang kerajaan melalui anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu; laporan mengenai akuan bersumpah Ketua Bahagian keADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mengenai usaha Najib membeli ADUN-ADUN PR di Perak; laporan campurtangan PM yang didedahkan oleh Datuk Raymond Tan di dalam kes membabitkan Datuk Seri Yong Teck Lee; dan puluhan lagi laporan rasuah dan salahguna kuasa yang dikemukakan oleh AMK Pusat namun kesemuanya dibakulsampahkan oleh SPRM.

AMK Gelang Patah percaya bahawa rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri-siri pembodohan dan pembohongan rakyat yang sedang giat dilakukan oleh Umno-BN.

Ingat!!!! AMK Gelang Patah bersedia untuk menerangkan kepada seluruh masyarakat Gelang Patah mengenai isu ini dengan lebih terperinci serta perancangan pimpinan umno-bn yang begitu rakus untuk menakluki semula negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dengan cara yang begitu jijik.

Zulkaria Ali
Ketua Penerangan
AMK Gelang Patah

PERJUMPAAN KHAS PKR GELANG PATAH

Satu perjumpaan khas malam semalam (22 Februari 2009) bertempat di Pejabat PKR, Taman Teratai. Perjumpaan tersebut antara Ketua Bahagian bersama AJK Bahagian, AMK Bahagian dan Wanita Bahagian yang mana perjumpaan ini lebih kepada merencana gerak kerja dan menetapkan hala tuju perjuangan PKR Bahagian Gelang Patah. Rata-rata yang hadir melahirkan kerisauan yang amat dengan situasi politik negara masa kini dan meminta agar PKR Bahagian Gelang Patah kembali bangkit setelah dilihat lesu kebelakangan ini.

Pada perjumpaan khas tersebut, Ketua Bahagian iaitu Dr. Hajjah Zaliha binti Mustafa memaklumkan bahawa beliau akan bercuti dari arena politik untuk sesuatu tempoh yang agak panjang berikutan faktor kesihatan yang mana ianya tidak mengizinkan beliau bergiat aktif dalam arena politik. Namun beliau tetap akan memberikan perhatian dan tumpuan mengenai perjalanan parti. Beliau juga berjanji akan membantu PKR Gelang Patah mencapai matlamat. Semasa beliau bercuti, tanggungjawap Ketua Bahagian akan dipangku oleh Naib 1 Ketua Bahagian iaitu En. Abdul Manan bin Othman.

En. Abdul Manan pula mengharapkan agar semua AJK, baik dalam Bahagian, AMK mahupun Wanita memberi kerjasama yang padu kepada beliau dan mahukan matlamat sebenar dapat dicapai akhirnya. Beliau menerima tanggungjawap tersebut dengan hati yang terbuka.

Perjumpaan tersebut juga dapat menguraikan beberapa kekusutan dalaman yang timbul akibat beberapa salah faham antara AJK. En. Manan juga dalam ucapannya meminta agar segala kekusutan hendaklah diperbincangkan dan AJK adalah dinasihatkan agar tidak mengambil keputusan sendiri.

AMK Gelang Patah mendoakan agar Dr. Zaliha cepat sembuh dan kembali ceras dalam parti dan mendoakan juga agar En. Manan berjaya membawa PKR Gelang Patah ke mercu kejayaan. AMK Gelang Patah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya terhadap program parti.

Azman bin Idris
Timbalan Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

16 February 2009

BILA DATUK AJIS MENGELUH

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian meminta Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRDA) serta pihak berkuasa tempatan menangani dengan segera kebanjiran pekerja asing di Nusajaya yang bebas bergerak tanpa sebarang kawalan.

"Ribuan pekerja asing ini telah menceroboh pelbagai kemudahan awam yang disediakan untuk penduduk tempatan seperti padang permainan dan pusat rekreasi di taman-taman sekitar Nusajaya dan menjadikannya milik mereka.

"Apa yang terjadi ketika ini adalah Nusajaya serta pekan sekitarnya seperti Gelang Patah dan taman-taman perumahan yang lain kelihatan seperti sebuah koloni pekerja asing," katanya.

Penduduk tempatan menurut Abdul Aziz, kini terpaksa berebut-rebut dengan pekerja asing untuk menggunakan kemudahan awam dan rekreasi seperti padang permainan bola sepak, gelanggang bola keranjang dan sepak takraw.

"Bukan itu sahaja, taman permainan kanak-kanak turut menjadi mangsa kepada pencerobohan pekerja asing yang menjadikannya sebagai kawasan untuk melepak sambil meminum minuman keras," katanya.

Itu tidak termasuk lagi pelbagai masalah sosial dan keselamatan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk tempatan kesan daripada kebanjiran tanpa kawalan ribuan pekerja asing di Nusajaya dan kawasan sekitarnya, kata beliau.

Menurut Abdul Aziz, masalah kebanjiran ribuan pekerja asing itu berpunca daripada tindakan syarikat-syarikat dan kilang yang beroperasi di pusat perindustrian Nusajaya yang menempatkan asrama pekerja mereka di rumah-rumah kedai yang terdapat di taman perumahan bandar terbabit.

Mungkin Aziz Sapian ni buat-buat lupa atau terlupa, maklumlah sibuk tetiba orang ngadu pasal kebanjiran pekerja asing kat DUN Nusa Jaya... Harap Aziz dapat rujuk Akta IRDA iaitu :-

Pengambilan pekerja asing tanpa had. Bermakna majikan dibenarkan mengambil 100% pekerja asing untuk semua jawatan. Bermakna syarikat pelabur boleh mengambil pekerja asing dari jawatan Pengawal Keselamatan hingga ke jawatan CEO. Ini sama sekali akan mengecilkan peluang anak2 tempatan mendapat menafaat pembangunan ini.

Jangan la buat2 lupa Jis. Harap Pegawai IRDA yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera sebelum beliau menunjukan kuasanya seperti yang berlaku di Kangkar Pulai... Apa yang berlaku????? Tanya la YB kita Datuk Aziz Sapian. YB Aziz... Orang Pontian kirim salam... Dia mintak Datuk kirakan undi pemilihan Ketua Blok. Dia orang kira asik salah je. 1 untuk kau 2 untuk aku... Pening-pening....

15 February 2009

KETERLALUAN...!!!!!!

Tindakan sebuah blog yang menyokong menantu perdana menteri mengelar Pemuda DAP sebagai BABI Muda amatlah keterlaluan.
Dipercayai penyokong setia Khairy berasa tidak puas hati berikutan tindakan Pemuda DAP membuat laporan polis berikutan idola mereka mengetuai perhimpunan haram Padang Sultan Abdul Jalil di sini, Isnin lepas. Laporan itu dibuat oleh Naib Pengerusi DAPSY, Wong Kah Woh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning kira-kira pukul 10.50 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.

AMK Bahagian Gelang Patah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penyokong Khairy menyamatarafkan Pemuda DAP sebagai BABI Muda dan ianya amatlah keterlaluan. Tindakan penyokong Khairy juga boleh menimbulkan ketidakpuashatian di sebelah pihak dan ianya boleh juga ditafsirkan sebagai cubaan membangkitkan kemarahan dan menyalakan api perkauman. Oleh itu AMK Bahagian Gelang Patah memohon agar mana-mana pihak tidak menimbulkan sesuatu isu yang boleh menyebabkan perselisihan kaum.

Naib Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

KAH KAH KAH... KHIR TOYO KENA TAHAN POLIS

Aku nak pecah perut bila terbaca satu artikel kat Restoran Ayub Taman U tadi. Khir Toyo kena tahan sebab dia dengan konco2nya cuba menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengerusi DAP di rumah Karpal di Jalan Kebun Bunga hari ini.. Dia kata kereta dia ditahan polis dalam perjalanan balik dari Demo yang kununnya tak ada permit.
Pertama kali aku dengar selepas berpuluh-puluh demonstrasi yang dilakukan juak2 umno nie yang confirm tak de permit tetiba Khir Toyo kena tahan... kah...kahh...akahhh..... Nak pecah perut ketawa...
Berlakon lagi la orang tua nie... Wei... cari publisiti murahan la tu. Tau la dah nak dekat pemilihan Agung UMNO... Idea ko ke Man (Lokman Nor Adam) suruh Khir buat demo pas tu kunun2 kena tahan dengan polis.... kah...kah...kahhh.... Aku tau akal ko dengan kawan ko yang kat Johor nie sama jer...
Pak Hamid memang tegas la... Sejak jadi menteri dlm negeri nie dia tak kira sapa yang buat salah. Pemimpin UMNO pun dia tahan. Buktinya Khir Toyo kena tahan sebab demo tak pakai permit. Tegas la Pak Hamid nie...
Ari tu SPRM di tuduh dera Pemuda UMNO masa siasat isu politik wang dalam UMNO. Sampai SPRM di dakwa dera Pemuda UMNO sampai ada yang kena guling2, diugut la dan mcm2 lagi... Entah la... akal logik aku nie memang susah nak percaya apatah lagi kenyataan puak2 UMNO nie... senang cerita mati idup balik pun akal aku cakap nie "Kencinggg Punya Cerita".... Dah la aku nak pegi toilet....

14 February 2009

Speaker ada hak keluar waran tangkap MB, Exco baru Perak

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap kepada Menteri Besar baru Perak dan enam Exco jika mereka tidak hadir perbicaraan khas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Rabu ini.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

PENDERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU... SIAPA???

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tiada satu pun mampu menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (belakulah) perpindahan tahta dari istana ke muzium seni dan budaya...." itulah antara kandungan titah Baginda Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang2 di Majlis Konvokesyen, USM Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

Berikut pula adalah peristiwa2 yang boleh dikategorikan Penderhakaan Pimpinan BN terhadap Raja-Raja Melayu....

(a) Pasa 10 Disember 1993, Allahyarham Tun Ghafar Baba mengemukakan usul khas mengikut Fasal 38(4) Perlembagaan Persekutuan bagi mengurangkan imuniti Raja2 Melayu. Ini berikutan seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez mendakwa dirinya telah dicederakan oleh Sultan Johor di Bukit Serene pada 30 Nov. 1992

(b) Beberapa Menteri Kabinet pula mendedahkan skandal pemilikan harta Raja2 Melayu yang mana membabitkan pemberian konsesi balak di ribuan hektar kepada Raja tertentu. Juga isu2 pemilikan saham2 utama oleh Raja2. Manakala Filem2 Melayu terus dimainkan di kaca tv yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan zaman kesultanan raja melayu dahulu.

(c) Seorang Ahli Parlimen Arau pada ketika itu mendedahkan keburukan seorang Sultan yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang seperti memukul, mencedera atau merogol sejak dari tahun 1972. Beliau juga mendedahkan keburukan sikap orang istana.

(d) 29 April 1983, Annuar Musa dan Ibrahim Ali menabalkan Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan oleh Annuar Musa bagi menggantikan Sultan Ismail Petra yang didakwa bukan sultan kelantan yang sah.

(e) Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas, mencetuskan perarakan yang dipimpin oleh Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana Kelantan dan menyerahkan memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.

Nah... sekarang nilailah sendiri siapakah penderhaka kepada Raja-Raja Melayu dan mereka-mereka ini yang terlibat mendokong parti politik mana... adakah PAS, PKR atau DAP..??? Yang pasti penderhaka ini adalah dari puak UMNO... UMNO lah sebenarnya penderhaka.
Istana seharusnya tidak diheret dalam kemelut atau kancah politik. Raja/Sultan seharusnya diletakkan sebagai orang tengah atau sebagai pendamai kepada sesuatu isu bukan sebagai pemuas nafsu sebelah pihak sahaja.
Sesungguhnya UMNO hanya berani ketika ramai sahaja namun tidak menyahut cabaran dari YB Yusmadi (Ahli Parlimen Balik Pulau) untuk berdebat bagi menentukan "SIAPAKAH PENDERHAKA RAJA2 MELAYU"... Kalau benar UMNO atau Pemuda UMNO hatta Puteri UMNO berada di pihak yang benar, sahutlah cabaran YB Yusmadi untuk berdebat secara terbuka... Kalah atau menang adalah adat pejuang yang penting rakyat kena tahu duduk perkara sebenar....

BOLASEPAK - RANGKING MALAYSIA KE-161


Sejarah bolasepak Malaysia tercipta lagi tetapi kali ini adalah sejarah yang amat2 memalukan sukan No. 1 negara. Setelah jutaan ringgit wang rakyat dilaburkan demi untuk membangunkan dan memantapkan skuad bolasepak kebangsaan namun kekalahan demi kekalahan yang diterima.
Telah ramai Jurulatih yang mencuba untuk membantu meningkatkan mutu bolasepak negara namun jawapannya tetap sama, kekalahan ada perkara yang biasa tetapi jika skuad bolasepak kebangsaan mencipta kemenangan, itu adalah perkara yang luar biasa.
Berapa juta ringgit lagi wang rakyat mahu dilaburkan untuk membangunkan mutu bolasepak negara agar dapat bersaing diperingkat antarabangsa. Perlukah lagi syarikat2 gergasi menaja skuad kebangsaan sedangkan hasilnya tidak seberapa....
Mungkinkah perlunya kita mengimport pemain luar untuk bermain dengan skuad kebangsaan..?? Mungkinkah ini jalan penyelesaiannya..?? Sampai bila kita mahu menunggu muncul bakat2 baru seperti Mokhtar Dahari??? Pelbagai pembangunan sukan bolasepak dilaksanakan, bermula dari peringkat sekolah rendah namun Malaysia belum mampu melahirkan bintang seperti Mokhtar Dahari apatah lagi untuk melahirkan bintang seperti Messi atau Ronaldo. Mana silapnya??? Mana perginya bakat-bakat yang dilahirkan disekolah2..?? Adakah berlakunya deskriminasi diperingkat pemilihan sehingga mereka2 yang sememangnya berbakat tidak dapat diketenggahkan..??? Atau perlunya penghantaran pemain2 muda menjalani latihan bersama kelab2 ternama di eropah??? Atau mungkinkah perlunya "Reformasi" dalam FAM itu sendiri???
Hakikatnya, peminat bolasepak Malaysia sudah menyampah, muak dan mual dengan prestasi bolasepak negara. Kita lihat mutu bolasepak Benua Afrika yang jauh lebih baik dari Malaysia. Negara mereka mundur tapi mutu permainan bolasepak mereka tinggi. Mereka tidak menghantar pemain mereka untuk menjalani latihan bersama dengan kelab2 ternama eropah sebaliknya kelab2 tersebut melamar mereka. Apa formula mereka...??? Yang ini harus dipelajari oleh FAM.
Jika FAM mahu dilihat sebagai sebuah persatuan yang disegani maka perubahan mesti dilakukan baik diperingkat Pengurusan, Kejurulatihan dan Pemain itu sendiri. Sampai bila FAM hendak dituduh sebagai "perabih wang rakyat". Tidak ada maruahkah kamu atau kamu sudah biasa memakan wang rakyat???

13 February 2009

SPR JADI TUNGGANGAN UMNO/BN

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN)Bukit Selambau di Kedah diadakan serentak bagi mengelakkan tempoh berkempen terlalu panjang atas faktor keselamatan. Alasan beliau ialah apabila tempoh berkempen terlalu panjang, pelbagai isu akan ditimbulkan dan keadaan itu boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan di kawasan terbabit serta keselamatan negara.

Namun, AMK Gelang Patah berpendapat SPR sekali lagi menjadi tunggangan umno/bn untuk merampas kedua-dua kerusi pada PRK nanti. Ini kerana tarikh penamamaan calon adalah selepas Perhimpunan Agung umno dan pada ketika itu Najib telah dinobatkan sebagai Presiden umno sekaligus sebagai Perdana Menteri dan kami percaya dengan adanya kuasa yang cukup kuat maka Najib akan mempergunakan dan menghalalkan apa saja tindakan demi mencapai kemenangan pada PRK ini. Sekali lagi wang rakyat akan ditabur untuk mengabui mata rakyat agar menyokong calon umno/bn.

Perlu diambil kira 2 PRK sebelum ini yang mana tiadanya pengundi hantu dan tidak mustahil pada 2 pilihanraya serentak ini mereka akan menggunakan Pengundi Hantu untuk mencapai kemenangan. Jentera Pilihanraya perlu dibentuk sebeberapa cepat yang mungkin dan palulah gendang untuk untuk mengejutkan pejuang-pejuang kita agar berjuang demi mempertahankan 2 kerusi milik Pakatan Rakyat.

Walauapa pun khabar angin yang kita terima, saya menyeru kepada semua Jentera Anak Muda Keadilan Gelang Patah dapat memberikan sepenuh komitmen untuk membantu Jentera Pilihanraya di kedua-dua tempat ini. Jangan Takut dan Jangan Gentar dengan provokasi serta khabar angin yang dibuat oleh umno/bn.

"HIDUP HIDUP HIDUP RAKYAT" "JANGAN JANGAN TAKUT MAHLUK"

Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

PRK BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT GANTANG

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.

Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.

Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu. Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan. Keputusan ini sudah dijangka oleh kebanyakan penganalisis politik yang mana selepas perhimpunan tersebut Najib akan mendapat kuasa yang lebih besar untuk menjalankan taktik jijik dan kotor serta menghalalkan apa juga cara demi mencapai kemenangan mutlak.

Ayuh Jentera Anak Muda Keadilan Gelang Patah, mari kita bersama-sama dengan jentera Pakatan Rakyat yang lain untuk turun ke Bukit Selambau dan Bukit Gantang dengan satu tekad iaitu memenangkan calon dari Pakatan Rakyat.


12 February 2009

BILA WANG RAKYAT DIKATAKAN ZAKAT

Pada hari Isnin (09/02/09) saya menghadiri ceramah di Bandar Baru UDA bersama rakan-rakan dari Gelang Patah. Penceramah undangan pada malam itu adalah Sdr. Hamid (Ketua Penerangan DPP Johor) dan YB Taufek Abdul Ghani (Ketua DPP Negeri Sembilan/ADUN Paroi, Negeri Sembilan).
Tertarik dengan ucapan Sdr. Hamid yang mana beliau mengatakan bahawa seorang ADUN UMNO dari Johor memberi kenyataan semasa PRK P036 Kuala Terengganu bahawa wang yang disalurkan dari seluruh pelusuk negera ke Kuala Terengganu untuk memancing/membeli undi rakyat disana dikira sebagai ZAKAT untuk penduduk Kuala Terengganu. Mungkin selepas ini YB tersebut boleh di gelar Al-Ustaz YB.....

Pesanan khusus untuk YB ini agar merujuk kepada memanda Menteri Besarnya terlebih dahulu sebelum apa2 kenyataan di keluarkan agar kenyataan2 yang kurang bijak tersebut tidak menjadi bahan ketawa orang ramai. Khabarnya juga YB ini mempunyai hubungan rapat dengan memanda Menteri Besar Johor. YB ini juga dikhabarkan mempunyai 2 stesen minyak petronas bahkan ada isu yang tersembunyi melibatkan stesen minyak beliau. Bahkan beliau juga terlibat dalam kontroversi pemilihan Ketua Bahagian UMNO salah satu bahagian di Johor.

DASAR SI PENIPU

Adik kepada YB haprak Osman Jailu iaitu Norliza mengatakan bahawa abangnya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur kerana masalah jantung dan tidak dapat hadir ke mahkamah pada perbicaraan tersebut. YB haprak ini dituduh bersama sahabat kamcingnya YB haprak Jamalludin Mohd Radzi serta seorang ahli perniagaan Usaili Alias dan dua orang lagi iaitu, juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) Ruslan Sahat dan bekas anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul bin Hassan telah dituduh dalam 16 pertuduhan menerima dan meminta rasuah berkaitan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar...

Agak malang YB haprak lagi penipu ini apabila Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.
YB haprak Osman Jailu tidak keseorangan apabila YB haprak Jamalludin Mohd Radzi juga memberi alasan bahawa beliau kurang sihat kebelakangan ini berikutan tekanan keadaan politik di Perak dan beliau juga ada mengalami sakit pinggang.

Majistret Sharmila Abdul Samad telahpun mengeluarkan waran tangkap ke atas 2 YB haprak ini.

Pesanan untuk YB haprak "Sudah2 la menipu, ingatlah akhirat sikit"...

11 February 2009

TIADA TEMPAT UNTUK PENGKHIANAT PARTI

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah memandang serius kes yang berlaku di Perak dimana 2 orang ADUN PKR iaitu Jamalludin Mohd Radzi dan Osman Jailu yang mengkhianati Parti dan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Tindakan mereka telah menjadikan suasana politik Perak bercelaru.
Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah amat berharap pucuk pimpinan parti baik diperingkat Bahagian, Negeri mahupun Pusat memandang serius proses pemilihan calon untuk bertanding pada pilihanraya akan datang. Sesungguhnya kami tidak rela spesis Jamalludin Mohd Radzi dan Osman Jailu ini ada di dalam parti apatah lagi spesis ini diberi ruang untuk duduk dalam organisasi parti.
Saya berharap AMK Gelang Patah tidak terperangkap dengan taktik dan teknik pengkhianat ini yang mana dia akan sentiasa menghampiri dan mempengaruhi kita. Dia akan melakukan apa saja sehingga kita menganggap dia adalah pejuang namun tangan2 ajaib pengkhianat ini bakal menghancurkan parti dan pengkhianat ini akan menaburkan fitnah melalui e mail2. Pengkhianat ini tidak berani mengkritik secara berdepan sebagai pejuang sebenar tapi dia akan berselindung disebalik email2 ini dengan ertikata "baling batu sembunyi tangan" atau bagi kami orang2 yang seperti ini kami anggap "pengecut". Untuk makluman si pengkhianat yang masih ada dalam PKR Johor... "kami dah tahu siapa anda dan ip address anda telahpun kami kesan". Bersedialah untuk kami dedahkan siapa anda jika anda terus memporakperandakan PKR Johor.

Pengerusi Tetap
AMK Gelang Patah

04 February 2009

Just Kite Renungkan...Nmpak jer Pendekkk....Tapiiiiiiiiiiiiii

Pendek ja ......tapi banyak makna dlm diri kita.

Bila الله cepat makbulkan Doamu, Maka الله Menyayangimu,
Bila الله Lambat Makbulkan doamu, Maka الله Ingin Mengujimu,
Bila الله Tidak Makbulkan Doamu, Maka الله Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada الله Dalam Apa Jua Keadaan
Pun... Kerana Kasih sayang الله Itu Mendahului KemurkaanNya.

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan Hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.


Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.



InsyaALLAH

mutiara kata

SEBAGAI PEDOMAN BERSAMA

MUTIARA KATA
* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
* Imaginasi menguasai dunia.
* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.
* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.
* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.
* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.
* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari
* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.
* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.
* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki
* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai
* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.
* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.
* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.
* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.
* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia
* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai
* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal
* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.
* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan
* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi
* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.
* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.
* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian
* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan
* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan
* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar
* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar
* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia
* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya
* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri
* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan
* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Perletakan Jawatan Adun, MB mengadap Sultan Perak

KUALA LUMPUR,2 FEBRUARI (SK) - Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengadap Sultan Perak pagi ini di Istana Kinta yang agi membincangkan isu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu yang diisytihar telah melepaskan kerusi mdipercayai asing-masing semalam.
Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan daripada dua ADUN terbabit di Ipoh pukul 5.45 petang semalam.
Kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.
Sebelum ini, dua Adun berkenaan, menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Teks Akuan Fauzi Muda: Najib tawar RM50 Juta

Berikut yang teks yang terdapat dalam surat akuan yang dikeluarkan oleh Ketua KeADILan Ipoh Barat Fauzi Muda mengenai tawaran Timbalan Presiden Umno, Najib Razak keatas beliau

SURAT AKUAN

Saya, FAUZI BIN MUDA (K/P :591222-11-5063)(5738489) Yang beralamat di No.9, Laluan Perpaduan Selatan 2, Taman Malar, 31150, Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan dengan sesungguh dan sebenarnya mengaku bahawa:-
Adalah dimaklumkan bahawa gerakan untuk membeli sekurang-kurangnya dua orang ADUN negeri Perak bermula selepas pilihan raya ke-12.
Pada 11hb Mac 2008, saya selaku Ketua Bahagian PKR Ipoh barat, telah dibawa oleh seorang kenalan saya yang dikenali sebagai Sulaiman untuk pergi ke Kuala Lumpur yang kononya atas urusan perniagaan yang baik.
Setibanya kami di tol Jalan Duta, saya telah ditunggu oleh tiga orang lelaki yang menggunakan kereta KIA NAZA. Salah seorang lelaki tersebut saya kenali sebagai Dato’ Zainal Abidin Zain (bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri).Mereka telah memberitahu saya tujuan sebenar saya dibawa ialah untuk berbincang dengan Dato’ Seri Najib tentang masalah politik. Saya tiada pilihan dan terpaksa mengikuti mereka ke kediaman rasmi Najib di Putrajaya.
Semasa saya tiba di kediaman Dato Seri Najib, saya telah disambut oleh Dato Seri Najib dan telah dibawa ke bilik mesyuarat khas bersama-sama dengan rombongan yang membawa saya. Dalam perbincangan tersebut, Dato’Seri Najib telah merayu kepada saya agar dapat membantu bagi memujuk sekurang-kurangnya dua orang ADUN Negeri Perak terutama dari PKR agar melompat kepada UMNO atau menjadi sebagai wakil BEBAS.
Beliau sanggup menawarkan kepada saya sebanyak RM 50 juta bagi tujuan tersebut dan terpulang kepada saya berapa jumlah yang saya hendak bayar kepada mana-mana ADUN PR yang mahu lompat.
Beliau juga berjanji akan berusaha untuk memastikan untuk majlis perlantikan Menteri Besar Perak ditangguh sekurang-kurangnya dua hari bagi memberi masa saya menguruskan agenda tersebut.
Walau bagaimanapun, selepas pertemuan itu, saya tidak membuat apa-apa tindakan bagi memenuhi hasrat Dato’ Seri Najib. Mereka sentiasa berhubung dengan saya dan sentiasa berusaha agar hasrat bagi membeli dua ADUN PR terutama Jamaluddin dan KPT (B) Osman berjaya.
Usaha mereka memujuk saya bagi tujuan tersebut semakin kerap semenjak kes dua EXCO PKR didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah. Mereka telah mensasarkan kedua-dua EXCO tersebut agar dapat dipujuk dan kali terakhir ialah sebelum hari Tahun Baru Cina dimana mereka telah berjumpa saya dan menawarkan jika kedua-dua EXCO tersebut bersetuju untuk melompat PKR, Dato’ Seri Najib bersedia membayar sebanyak RM 5 juta, menurut agen Dato’ Seri Najib itu. Kes tuduhan kedua-dua EXCO tersebut juga akan digugurkan serta akan kekal sebagai EXCO yang disandang sekarang.
Akibat rasa bimbang dan takut ada unsur-unsur rasuah terhadap kedua-dua EXCO ini, kerana Dato’ Seri Najib melalui agen-agen yang sentiasa berusaha untuk membuat tawaran dan pujukan melalui saya, maka itulah sebabnya saya terpaksa dedahkan dan membuat laporan kepada pihak SPRM.
Dan saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut didalamnya, serta menurut Undang-Undang Surat Akuan, 1960.
DIPERBUAT dan dengan sebenarnya
}Diakuai oleh orang yang tersebut namanya
}Di atas iaitu FAUZI BIN MUDA
}Di IPOH dalam NEGERI PERAK
}Pada 2hb. Februari, 2009 }