Pengerusi Gerakan Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunos mencabar MB Selangor agar menyaman beliau berhubung jika benar laporan yang dikemukakan olehnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tohmahan semata-mata. Beliau juga menyatakan bahawa tindakan GERAK adalah semata-mata menjaga hak kepentingan rakyat dan menjaga intergriti perkhidmatan kerajaan.
Demikianlah beraninya anak muda didikkan Ezam akan tetapi ajaran songsang Ezam nampaknya semakin menjadikan anak muda ini hilang pertimbangan lantas merasa seronok dan bangga menjadi pencacai umno-bn.
Masih segar dalam ingatan, cerita Ezam bahawa dia pergi ke Pejabat PM untuk menyerahkan dokumen bukti rasuah seorang menteri kanan dan memberi tempoh 2 minggu (atau 2 bulan) kepada PM untuk mengambil tindakan. Sekiranya dalam tempoh itu PM gagal mengambil sebarang tindakan, maka Ezam akan mendedahkan nama menteri terbabit di Kepala Batas. Namun kini ia hanyalah sekadar omongan kosong Ezam yang tak ubah seperti tin biskut yang kosong.
Sehingga kini tiada apa juga tindakan dari Ezam mahupun GERAK. Mungkinkah berlaku tawar menawar antara Ezam/GERAK dengan menteri terbabit??? SPRM seharusnya menyiasat kes ini yang mana GERAK dan individu dalam GERAK adalah satu organisasi atau individu yang banyak memegang rahsia perasuah-perasuah yang masih bebas di luar sana. Berkemungkinan individu dalam GERAK ini mempergunakan pertubuhan ini untuk tujuan peribadi/kewangan. Ini bukan tuduhan tapi mungkin berlaku. Kerana ada individu dalam PKR dahulu yang mana individu terbabit telah pun keluar dari PKR dan menyertai umno, telah mempergunakan kos sesuatu program untuk memohon penajaan dari pihak tertentu dan jika jumlah penajaan telah melebihi kos program tersebut maka lebihan itu dipergunakan untuk tujuan peribadi. Perkara ini pernah didedahkan oleh Lokman Nor Adam yang mana sekarang beliau juga mencari makan dalam umno. Jika beliau dalam PKR mana mungkin beliau memiliki kereta mewah.
Seharusnya SPRM bersikap berkecuali dan menyiasat mengapa GERAK begitu bersungguh ingin mendakwa Tan Sri Khalid sedangkan GERAK mengetahui dan sedia maklum beberapa isu rasuah membabitkan pemimpin umno-bn. Masakan Ahmad Said yang bijaksana (kalau kurang pandai PM tak akan lantik beliau jadi Pesuruhjaya SPRM) tidak mampu memikirkan hal ini atau SPRM hanya berkerja jika laporan yang dikemukakan betul-betul kukuh tanpa perlu berkerja keras untuk menyiasat. Kalau begitulah cara SPRM berkerja, selayaknya individu yang gagal dalam SPM boleh menjawat jawatan Pesuruhjayanya SPRM.
Pada sekitar bulan May 2002, Ahmad Lutfi Osman (Allahyarham), pernah mendakwa bahawa, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menyelesaikan siasatan terhadap Mentri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan sudah merujukkan perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara. Malah beliau percaya laporan hasil siasatan itu telahpun ditunjukkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebelum beliau mengambil cuti selama sebulan pada tahun tersebut dan siasatan itu terhenti begitu sahaja.
Jika Pengerusi GERAK mencabar Tan Sri Khalid, kami AMK Gelang Patah mendesak dan mencabar Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi GERAK serta Peguam Negara menyemak semula dakwaan Allahyarham Ahmad Lutfi dan memperjelaskan kedudukan kes tersebut jika mahu membuktikan dan memperlihatkan ketelusan SPRM.
BUKTIKAN !!!!!!!!
Ramli Ahmad
Naib Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah
No comments:
Post a Comment