DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

02 March 2009

PANDANGAN NAIB KETUA (1) AMK JOHOR

Semalam saya berkesempatan duduk bersama Naib Ketua (1) Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor sambil menikmati tom yam udang di Restoran Noor, Taman Universiti, Skudai. Apa yang menarik dalam perbincangan malam itu adalah berkaitan dengan pemikiran EXCO AMK Johor dan Ketua2 dan EXCO2 Bahagian...

Beliau yang baru sahaja pulang dari Mesyuarat EXCO AMK Johor dan beliau berpandangan bahawa EXCO AMK Johor dan Ketua2 AMK Bahagian perlu ada anjakan paradigma di luar kotak pemikiran jika mahukan AMK atau PKR itu sendiri dihormati lawan dan kawan. Bersama-sama pimpinan lain berusaha mematlamatkan misi dan visi parti.
Seharusnya EXCO AMK Johor memikirkan bersama bagaimana hendak mempertingkatkan lagi jentera AMK/PKR di 26 Bahagian dalam Negeri Johor. Tidak terlalu memikirkan Bahagian yang diwakilinya. Manakala Ketua AMK Bahagian & Exconya pula perlu memikirkan beberapa JDM untuk digerakkan dan dimantapkan di Bahagian masing2. Jika membiarkan beberapa individu dalam AMK Johor merencana gerak kerja seluruh negeri, di khuatiri mereka rebah sebelum ke medan perang. Sehubungan dengan itu beliau mahukan pemikiran EXCO AMK Negeri Johor berubah.
Beliau juga mengingatkan bahawa jawatan yang disandang adalah AMANAH dan penjawat juga perlu bersedia untuk menjalankan amanah. Bukan mahukan populariti dengan jawatan yang disandang. Jika tidak mampu memberi komitmen terhadap gerak kerja parti, adalah lebih baik berundur dan memberi peluang kepada individu yang lebih layak. Cabaran politik negara semakin hebat.

Kita perlu ingat bahawa matlamat kita adalah menumbangkan kerajaan umno-bn. Tetapkan matlamat dan sasaran kita....

Faizul Amer
Pen. Setiausaha
AMK Bahagian Gelang Patah

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

MINTA KOMEN PEMIMPIN PEMUDA PKR JOHOR TENTANG KOKEN INI :

assalammualaikum wbt.

saya dari parit yaani.sebelum ni saya dan rakan2 tercari2 kat mana le pejabat pemuda pkr ni kat kawasan parit yaani.dah la x jumpa...takde sorg pun pemuda parit yaani yang tau siapa ketua atau orang2 kuat pkr kat parit yaani.memang sah...x de langsung..dah la tu langsung x pernah ada program pkr atau kelibat bendera pkr di parit yaani.
akhirnya...kami kecewa dgn keadaan tersebut..terus daftar sebagai ahli PAS cawangan pekan parit yaani.
masalahnya...betulker wujud cawangan2 atau organisasi pemuda pkr di daerah2 kat Johor ni.Hampeh...indah khabar dari rupa.!

Suara AMK Gelang Patah said...

Saudara dari Pt. Yaani... Pt. Yaani adalah dibawah PKR Bahagian Sri Gading. Saya selaku Naib Ketua AMk Johor amat menghargai komen dari anda. Tahniah kerana menjadi ahli Pakatan Rakyat tapi jika anda benar2 berminat untuk menubuhkan Cawangan PKR di Pt. Yaani, saya sedia berbincang dengan PKR Bahagian Sri Gading.
Untuk makluman Saudara, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor memang wujud sejak 10 tahun yang lalu.
Saudara boleh menghubungi saya di 017-7358397 atau e amil : nazri.pkrgp@gmail.com
Mungkin kita boleh berkerjasama.