
Rakyat Bagan Pinang mesti menolak pemimpin yang korup dan juga perasuah... Biar Ahmad Maslan dan Muhyiddin Yassin sahaja yang menerima pemimpin "lakhnat" ini...
Sebagaimana desakannya terhadap Pak Lah agar melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib, mantan Perdana Menteri itu melahirkan kebimbangan bahawa sokongan rakyat (terutama kaum india) terhadap BN akan merosot kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC. Beliau mendesak agar DS Samy Vellu perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri juga kalah. Beliau turut membandingkan prestasi Pak Lah yang lebih baik dari DS Samy namun Pak Lah mengmbil keputusan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri ekoran pretasi buruk BN pada PRU-12 yang lalu.
Dr Mahathir seolah-olah lupa yang dirinya hanyalah bekas Perdana Menteri berkata beliau berhak menegur sesiapa pun termasuk Pak Lah apatah lagi DS Samy Vellu yang jelas gagal dalam kepimpinannya.
Siapapun liabiliti kepada BN samada Mahathir ataupun Samy Vellu yang penting Umno/BN mesti dikuburkan pada PRU-13 nanti..Satu berita yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah perihal keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tuduh mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Keputusan berkenaan telah dibuat oleh Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin. Anwar sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes beliau sekarang ini. Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan susulan daripada keputusan hakim ini ialah "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dilihat bertambah yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada beliau. Tanpa mengambil kira laporan perubatan hospital yang telah mengesahkan dia masih "suci".
Saiful tiba-tiba nampak berani untuk tampil dikhalayak ramai bagi menunjukkan yang beliau berada di pihak yang benar. Biarpun seluruh rakyat melihat bahawa adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu adalah satu "konspirasi", namun dari hati kecil Saiful beliau tetap mahu mengaku dia memang diliwat. Tanpa laporan perubatan secara klinikal, DNA bakal dijadikan bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Malah, ada juga puak-puak UMNO yang menyatakan memang terdapat "Air Mani" Anwar di dalam dubur Saiful.
Entah dari mana mereka mendapat maklumat tersebut agaknya. Semua ini bakal mengesahkan lagi Anwar akan menjadi "mangsa" permainan jahat musuh-musuh yang ingin menamatkan karier politik beliau selama ini.
Tarikh diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuarat khas di sini sebentar tadi.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 September lalu.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pagi Isnin berkata, pihaknya memberi jaminan pengundian secara pos akan dilakukan secara telus.
"Tidak mungkin akan ada penipuan dalam pengundian pos memandangkan syarat-syarat ketat yang dilaksanakan semasa proses pengundian," ujarnya.
Berikut adalah sedikit info mengenai PRK DUN Bagan Pinang, Negri Sembilan.
Tarikh penamaan calon: 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Tarikh pengundian: 11 Oktober 2009 (Ahad)
Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Tempat proses pengeluaran dan pengiraan undi: Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.
Tarikh daftar pemilih dikemas kini: 4 September 2009
Jumlah pemilih berdaftar: 13,664 orang
Jumlah pemilih biasa: 9060 orang
Jumlah pemilih pos: 4604 orang
Jumlah pusat mengundi: 8 pusat melibatkan 8 sekolah
Jumlah saluran mengundi: 18 saluran
Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah sudah pasti akan bersama-sama dengan teman2 yang lain dalam usaha untuk merampas kerusi DUN Bagan Pinang dari Umno/BN. AMK Cabang Gelang Patah juga menyeru teman2 pimpinan AMK Cabang diseluruh Negeri Johor agar dapat bersama-sama untuk berkerja bagi memenangkan siapa juga calon Pakatan Rakyat yang dipilih nanti.
Berjuanglah... Berjuanglah... Berjuanglah... Berjuanglah...
Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Yunus semalam berkata, SPRM dilihat lambat bertindak sehingga tiada apa apa laporan dikeluarkan sejak kes itu dibangkitkan sejak tiga bulan lalu. Sewajarnya SPRM perlu bertindak secara adil dan saksama tanpa mengira seseorang yang didakwa itu dari Pakatan Rakyat atau pemimpin penting Umno sendiri.
Ditanya mengapa perlu tunggu tujuh hari untuk mengantar memo tersebut, Nazri menjelaskan bahawa pihaknya akan bersemuka dengan SPRM bukan untuk membuat pengaduan atau laporan, sebaliknya menunggu maklum balas siasatan berbangkit.
Beliau turut menjelaskan bahawa laporan mengenai kes Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) dan kes peruntukan DUN Selangor telah diambil tindakan oleh SPRM dalam tempoh dua minggu dan siasatan terus dimulakan tetapi sebaliknya kes yang melibatkan Khir Toyo masih belum ada siasatan.
Perkara serupa juga berlaku keatas laporan SPRM yang dibuat oleh Ketua AMK Johor, Sdr. Zabidie Abas ke atas Muhyiddin Yassin atas penyelewengan penggunaan harta kerajaan untuk kegunaan politik dan isu penjualan kawasan tadahan air Empangan Lingyu di Kota Tinggi kepada Kerajaan Singapura. SPRM perlu membuktikan ketelusan siasatan dan tidak dipengaruhi oleh mana2 pimpinan parti politik. SPRM wajar membuktikan bahawa mereka tidaklah "sebangsat" pemimpin Umno/BN namun jika mereka bertindak dengan secara "pilih kasih" iaitu hanya segera bertindak terhadap mana2 laporan yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat, sewajarnya label "BANGSAT SEBANGSAT-BANGSATNYA" adalah layak untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Seperti lazimnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.
Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.
Bagan Pinang merupakan salah satu dari lima DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Pada PRU-12 yang lalu, Pakatan Rakyat berjaya memenangi 3 DUN iaitu Chuah(PKR), Port Dikson(PKR) dan Lukut (DAP). Dalam PRU-12 juga melihat Parlimen Telok Kemang berjaya di tawan oleh Pakatan Rakyat apabila Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR) berjaya menewaskan penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk S. Sothinathan (MIC) dengan majoriti 2,804 undi.
Untuk rekod, Negri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dan pada PRU-12 yang lalu, BN menang 21 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat menang 15 kerusi DUN (PAS (1) PKR (4) DAP (10). Mampukah Barisan Nasional mempertahankan kerusi Bagan Pinang jika berlaku pilihanraya kecil nanti.
AMK Cabang Patah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Marilah kita sama2 menghadiahkan Allahyarham dengan bacaan al-fatihah, semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-fatihah..
P142 Labis MCA - Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
P144 Tangkak MCA - Goh Tee Tee
P148 Ayer Itam MCA - Wee Ka Siong
P149 Parit Yaani MCA - Ng See Tiong
P150 Penggaram MCA - Koh Chee Chai
P152 Kluang MCA - Hou Kok Chung