DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

26 October 2009

TAHNIAH KEPADA SDR. SHAMSUL ISKANDAR

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Pusat telah mebuat rombakan bagi memantapkan lagi organisasi parti.

AMK Cabang Gelang Patah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin apabila beliau telah diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka.
AMK Gelang Patah yakin dan percaya bahawa perlantikan Sdr. Shamsul amat bertepatan dan mampu memberikan yang terbaik kepada PKR Melaka. Perlantikan Sdr. Shamsul juga mampu menarik ramai golongan muda untuk bersama PKR dan AMK Gelang Patah juga yakin bahawa beliau mampu membuat pembaharuan serta membuat penyusunan organisasi yang terbaik bagi memantapkan PKR Negeri Melaka dan seterusnya membawa kejayaan pada parti pada PRU akan datang.

Selamat maju jaya Sdr. Shamsul Iskandar dari Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah.

1 comment:

Suara Anak Muda said...

Salam reformasi!!Tahniah kpd Bro Sam..berdasarkan email Malim Deman di blog amkj.blogspot.com saya lihat johor juga wajar melakukan transformasi pemimpin di peringkat negeri sepertimana yang berlaku di Melaka..sekadar pandangan...tq