DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

08 November 2008

Pembelian Eurocopter ‘Bersih’: PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang mengambil keputusan untuk menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut dan penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.
Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 buah helikopter yang sama pada kadar RM1 billion.

AMK juga kesal apabila PAC sekadar ‘kurang senang’ dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, uji cuba perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan.

AMK melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan, sebaliknya hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang pastinya telah diatur dan disusun supaya ‘cantik dipandang dan sedap didengar’.

Apa yang menghairankan ialah sebarang kes melibatkan Najib, seperti kes Altantuya dan yang terbaru kes Eurocopter ini, pasti akan ‘disenyapkan’ oleh pihak berkenaan. Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri menjelang Mac 2009?
AMK kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa BPR perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya.

Imej kerajaan dan negara perlu dibersihkan agar wang rakyat tidak dibazirkan oleh pemimpin Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

Kemenangan Obama membuka lembaran baru kepada hubungan US-Muslim

Kenyataan MediaAngkatan Muda Keadilan Malaysia


Kemenangan Obama membuka lembaran baru kepada hubungan US-Muslim
Sorotan sejarah Amerika Syarikat kini memasuki era baru dan bermakna dengan terpilihnya Barack Obama sebagai Presiden AS yang baru, sekaligus meletakkan noktah kepada babak yang pelbagai di dalam sejarah geopolitik yang dibentuk di bawah pentadbiran Bush.

Untuk keseluruhan dunia, kami meletakkan harapan yang tinggi agar penguasaan Obama akan turut membuahkan era baru di dalam hubungan antarabangsa, dalam keadaan AS memainkan peranan konstruktif di dalam sistem antarabangsa, memainkan peranan yang positif dalam memperbaiki ekonomi dunia untuk keluar daripada kemelut kewangan seiring dengan penyelesaian konflik di peringkat global.

Adalah menjadi harapan kami agar Obama dapat menjalinkan hubungan yang lebih bermakna dengan negara-negara Muslim di rantau ini, termasuklah Malaysia dan Indonesia untuk menyelesaikan kemelut-kemelut utama yang mengenai hubungan bagi negara-negara berdaulat ini dan AS, yang mana ini kelak disusuli dengan kerangka penyelesaian ke arah mencapai persefahaman yang lebih jitu dan kerjasama yang efektif.

Dalam keadaan kita percaya bahawa trauma 911 akan terus mengesani persepsi dan halatuju polisi AS, kami percaya bahawa kepimpinan yang progresif dan intelektual di kalangan pimpinan-pimpinan Muslim di rantau Asia Tenggara akan mengalu-alukan kedua-dua kumpulan untuk menghubung-jalin perbezaan dan berikhtiar ke arah persefahaman yang berterusan.

Selain itu, kami juga percaya bahawa kemenangan besar Obama memberikan contoh yang sewajarnya bagi rakyat Malaysia untuk meninggalkan dogma politik berasaskan perkauman yang sudah ketinggalan untuk memulakan budaya politik baru yang mengkehendaki pencarian pemimpin yang boleh menawarkan visi yang bermakna, kebolehupayaan untuk menterjemahkan idea kepada dasar-dasar yang boleh meningkatkan taraf rakyat dan negara, dan mampu meletakkan Malaysia di tempat yang sewajarnya di kalangan komuniti dunia.
Kemenangan Obama telah menunjukkan bahawa sesuatu yang mustahil boleh diatasi, jika kita mempunyai iltizam dan kemahuan untuk berubah.

Saya menyertai rakyat Malaysia keseluruhannya mengucapkan tahniah kepada

Presiden Obama dan Naibnya, Joe Biden atas kemenangan pilihanraya mereka.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

KISAH BENAR *Hidayah Allah swt ada dimana-mana*

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...Baca dan Renungkanlah. ...Kisah Farhan b. Abdullah, seorang mualaf yang mengisahkan perjalanannya memeluk Islam.

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat.

Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!! Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu).... "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah Kaabah-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan- kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat iaitu:-

1. Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
2. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
3. konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz ituke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... " Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan, "Cikgu Islamkan saya........ ." Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.

Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu. 6 tahun saya di PERKIM, Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.

Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja! Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik.

Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam! Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa Agungnya kekuasaanMu. ...Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.Kini saya pendakwah bebas.

Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... .....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!! Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..pura-pura ....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!! Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah!!!

Kulat: Anda nilaikanlah sendiri, keimanan yang dimiliki oleh seorang Mualaf, lebih teguhnya dari seorang Islam yang sejak ianya dilahirkan Islam dan mengaku Islam . Wallahualam

Akibat Terlalu Angkuh Budget 7B tidak Sah

PARLIMEN, 6 November (SK) - Parlimen membuat keputusan menolak bajet tambahan yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan Najib Razak semasa menggulung Bajet 2009 pada Selasa lalu.Menurut Ketua Pakatan Rakyat (PR) Anwar Ibrahim, belanjawan tambahan yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu tidak sah dan melanggar peraturan mesyuarat Parlimen.

Akibat tekanan daripada PR yang diketuai oleh Anwar tentang perkara terbabit, akhirnya, persidangan Parlimen semalam terpaksa ditangguhkan lebih dua jam bermula 12.15 tenggah hari semalam.Pada jam 2.30 petang, apabila mesyuarat disambung semula, Timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat keputusan bahawa ‘bajet Najib’ itu tidak sah dan melanggar peraturan.kah kah kah …. kantoi…. nak menipu… kantoi…. kah kah kah….hairan berita bujet mat mongol kena batal tak ada laporan dalam media … kah kah kah kah… nak tipu lagi….woit cukuplaaa…. dah 50 tahun bodoh kan melayu… cukuplaaa…. dah ramai melayu jadi bodoh…. ubahlaaa… ubah … obamalaaaa…. kah kah kah..tu apa jadi dengan 7 bilion ringgit tu… jarjis jarjislaaaa dalam poket mana tahu…. ada bujet lagi… kah kah kah..

Sumber.... tukartiub

Eksklusif: Ke Arah Perubahan Kerajaan Pakatan

Eksklusif: Ke Arah Perubahan Kerajaan Pakatan, Sekadar Jawapan Kepada Seribu Satu Persoalan !!

Ramai dikalangan penyokong Pakatan Rakyat peringkat akar umbi yang begitu kecewa dengan perubahan kerajaan yang tidak berlaku sekarang ini. Ada yang merasa seolah-olah diri mereka ditipu oleh Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar mewar-warkan bahawa perubahan kerajaan akan berlaku pada 16 September 2008 yang lalu. Namun segalanya tidak berlaku,
menyebabkan mereka tiada alasan untuk memberi jawapan apabila ditanya oleh rakan-rakan. Tidak kurang juga dikalangan ahli UMNO yang mengejek mereka tatkala berbicara soal ini. Maka ramailah dikalangan mereka ini yang mula sangsi dengan kejujuran Anwar atas perkara ini. Apakah mereka dipermain-mainkan oleh mantan TPM itu. Justeru itu, kami ingin membangkitkan disini bahawa isu perubahan kerajaan sebenarnya tetap akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Tarikh keramat 16 September adalah sebagai pemangkin ke arah itu. Ini bermakna jika tiada aral melintang maka 16 September adalah tarikh perubahan yang bakal terjadi. Namun jika ada sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan, maka itulah ia perlu diubah atau ditunda.

Samalah yang berlaku dalam UMNO sekarang ini. Tarikh perubahan peralihan kuasa yang dirancang ialah 2010, namun dek kerana terdapat desakan yang kuat dari kalangan pemimpin kanan parti itu maka akhirnya tarikhnya dipercepatkan pada Mac 2009. Maka perubahan kerajaan Pakatan Rakyat juga pasti berubah kini. Itu adalah amalan biasa dalam setiap perancangan. Kita hanya merancang namun segalanya Allah yang menentukan. Jika dilihat kepada sebab musabab mengapa tarikh penting itu dipinda setelah gagal pada 16 Sept lalu. Sudah pasti ia ada rasionalnya. Antaranya ialah :-

Ahli Parlimen BN yang sudah menyatakan persetujuan untuk "melompat parti" telah dibawa lari keluar negara (Taiwan). Ini menyebabkan mereka tidak dapat berada dalam beberapa pertemuan penting ke arah perubahan tersebut. Biarpun mereka sudah menyatakan persetujuan ke arah itu, namun untuk pengesahan mereka harus ada dalam pertemuan khas yang bakal dilakukan. Kami difahamkan semua mereka yang terlibat sudah menandatangi surat persetujuan tersebut, cuma ia tidak boleh diumumkan oleh Anwar memandangkan dikhuatiri terdapat "kacau ganggu" yang akan ditimbulkan oleh pihak kerajaan seperti apa yang berlaku kepada Yong Teck Lee di Sabah sebelum ini. Lantaran itulah perkara yang lebih detail ini tidak boleh diumumkan secara terbuka dan hanya jumlahnya sahaja yang diumumkan.

Senario politik semasa, yang memperlihatkan gambaran bahawa jika perubahan berlaku baru-baru ini, pasti akan terjadi satu insiden yang tidak diingini yang akan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Maknanya jika perubahan berlaku, dalam masa yang sama sudah pasti ada pihak yang akan membuat kacau bilau ataupun huru-hara dan menyebabkan berlakunya darurat . Bukankah ini akan mencetuskan sesuatu yang lebih memalukan sebenarnya jika ia terjadi juga. Maka itulah keadaan ini terpaksa diredakan dan tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan demi memberi ruang yang lebih luas kepada Pakatan Rakyat untuk mengatur stratgei seterusnya dalam usaha Perubahan Kerajaan ini.

Terdapat saranan daripada "pihak tertentu" yang mahu perkara perubahan ini dirundingkan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. Ini bermakna para pemimpin Pakatan Rakyat mstilah mengadakan perjumpaan tertutup dengan Perdana Menteri supaya perubahan dapat dilakukan dengan tertatur, sistematik, profesional tanpa gangguan daripada mana-mana pihak yang ingin menimbulkan huru-hara. Maka itulah pemimpin Pakatan Rakyat telah menandatangani satu surat rasmi bagi melahirkan hasrat tersebut. Syarat yang bertarikh 15 September 2008 itu telah dihantar "by hand" ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Namun tiada respon dan berbagai helah pula diberikan oleh PM atas perkara berkenaan. Maka sekali lagi ia gagal. Sila klik salinan surat disini untuk bukti yang lebih jelas lagi.

Akhirnya, pihak terbabit menyarankan bahawa jika surat pertemuan itu tidak diendahkan oleh PM jalan terakhir perlu dilakukan ialah mengadakan sidang khas parlimen. Sidang itu bagi membenatng usul undi tidak percaya terhadap kerajaan dan Perdana Menteri. Ia termaktub dalam perlembagaan dan wajar dilaksanakan bila dilihat kerajaan yang ada seolah-olah sudah "gagal berperanan" dan ditolak rakyat. Namun perkara ini juga tidak diendahkan oleh Perdana Menteri atas alasan ia tidak perlu dan beliau yakin masih mendapat sokongan dan mandat daripada Ahli Parlimen BN. Biarpun tidak mendapat majoriti 2/3 di parlimen, namun katanya kerajaan BN masih menang dan dipilih secara majoriti. Walhal semua tahu kemenangan itu juga penuh dengan tipu muslihat "undi pos" dan "pengundi hantu" dengan kerjasama SPR. Akhirnya perkara ini ditolak bulat-bulat oleh Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah Badawi.

Terdapat juga suara agar Kerajaan Perpaduan diwujudkan bagi menggabungkan Pakatan Rakyat dengan beberapa orang pemimpin UMNO/BN yang "murtad" dan sedia berkerjasama dalam hal ini. Maka itu terdengar suara-suara dan rundingan ke arah itu. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ku Li (Ahli Parlimen Gua Musang) dalam berapa sidang medianya baru-baru ini. Menurut sumber, jika Kerajaan Perpaduan ditubuhkan maka pemimpin "UMNO Murtad" akan mengambil tempat sebagai PM sementara pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Sebaliknya Anwar hanya akan menjadi TPM sebagai langkah berjaga-jaga. Alasan yang diberikan jika Anwar mengambil-alih jawatan PM sekarang, maka akan wujud sikap "tidak puas hati" dan "kecewa yang teramat" sangat dikalangan pemimpin kerajaan terutamanya yang bakal ditabalkan sebagai PM tidak lama lagi. Oleh itu, dengan mengabungkan UMNO,BN, PKR,PAS dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan sudah pasti ia bakal meredakan sedikit keadaan. Alasan diberikan bahawa jika Anwar jadi PM sekarang ada pihak yang akan lakukan huru-hara dan jika Najib pula jadi PM sekarang ada pihak yang akan kecewa dan tahu banyak rahsia tentang kesnya. Maka itulah, orang tengah yang akan diterima oleh kedua-dua pihak perlu "wujud" sebagai jalan penyelesaian. Jika tidak terpaksalah Anwar dan Pakatan Rakyat menunggu sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti untuk melakukan perubahan yang sebenarnya.

Jika Pakatan Rakyat menang majoriti 2/3 dalam PRU-13 maka secara automatik Anwar akan ditabalkan sebagai PM. Ketika itu sudah tiada lagi unsur-unsur sabotaj dan ketidakpuasan hati, sebab ia dilakukan secara "demokrasi" dalam satu proses pilihanraya.Maka itu, bersandarkan kepada hujah-hujah kami berikan ini adalah diharapkan agar rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dapat memahami situasi sebenar keadaan ini. Maka itu janganlah terlalu mengharapkan sangat perubahan berlaku dalam masa terdekat ini.

Namun segalanya berkemungkinan kerana ia terletak ditangan Perdana Menteri itu sendiri. Jika beliau bersetuju sama ada mengadakan pertemuan, mengadakan sidang khas parlimen dan sebagainya. Maka ia kemungkinan besar dapat berlaku bila-bila masa dari sekarang, dan Anwar bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri ke-6 selapas Pak Lah dan bukannya Najib Razak. Ada banyak rasional yang memungkinkan ke arah itu akan kami huraikan satu persatu. Sebelum ini banyak pendedahan Eksklusif kami yang mengejutkan pembaca terutamanya dalam kes Altantunya. Di mana kami awal-awal lagi membuat kesimpulan sama ada ketiga-tiga tertuduh dibebaskan atau pun hanya Razak Baginda yang dibebaskan. Akhirnya terbukti kini Razak akhirnya dibebaskan.

SAIFUL BUKHARI - Jangan Abaikan Suara Bloger 1

Keraguan Saiful Sudah Di Ketahui Sejak MacSatu lagi yang menarik tentang kisah liwat ini ialah bagaimana Saiful diambil bekerja sebagai pembantu khas Anwar. Sedangkan perkara ini sudah didedahkan dilaman-laman blog tentang keraguan "Siapa Saiful" itu. Membuat laporan polis Jun 2008, sedangkan keraguan terhadap diri beliau ini telah ditimbulkan sejak Mac 2008. Maknanya, orang luar lebih "arif" daripada orang pejabat Anwar.

Soal sukarela atau tidak bukanlah alasan untuk tidak menyiasat seseorang itu. Ini kerana, perkara ini telah didedahkan dikebanyakkan laman blog. Bukti jelas bahawa kelibat Saiful di pejabat Anwar sudah diragui. Mengapa orang luar lebih tahu daripada kakitangan pejabat atau Anwar sendiri?. Inilah masalahnya, bila menganggap semua laporan laman blog tidak betul dan berunsur fitnah. Akhirnya kejadian buruk berlaku selang 3 bulan kemudian. Jika awal-awal lagi perkara ini disiasat, mungkin perkara ini dapat dibenteras sejak dari awal lagi.

Ramai pihak yang kecewa kenapa Anwar menerima Saiful bekerja di pejabatnya? Apakah sudah tiada orang lain yang lebih diyakini dan berwibawa dari anak muda itu?.Sila lihat bukti disini. Tanggal 11 Mac 2008, seorang Blogger iaitu saudara Najwan (foto) di dalam blognya, telah menulis artikel yang bertajuk "Awas! Ada Musang Berbulu Ayam". Dalam artikel tersebut, beliau telah memberi amaran bahawa terdapat individu yang dicurigai yang bekerja untuk Anwar. Jika kita ikuti blognya dari mula, sememangnya dapat diketahui bahawa individu yang dimaksudkan adalah Saiful Bukhari Azlan iaitu mangsa "liwat" Anwar itu. Jadi, Anwar dan konconya mempunyai masa 3 bulan untuk menyiasat latar belakang Saiful.

Kalau diandaikan pihak Anwar telah menjalankan siasatan yang secukupnya tentang latar belakang Saiful, mungkin saja Anwar sengaja membiarkan Saiful memainkan plotnya dan kemudian mengeksploitasi plot tersebut sebaik-baiknya. Adalah mustahil untuk pihak Anwar terlepas pandang seorang budak hingusan buangan Uniten ini, dengan mengambilkira apa yang telah berlaku ke atas Anwar 10 tahun dahulu. Kami difahamkan beliau adalah sepupu kepada Rahimi Osman dan amat dikenali juga oleh Saiful ketika belajar di Uniten dulu. Malahan ramai pimpinan PKR amat mengenali Blogger Najwan Halimi ini.

Bersambung....

SAIFUL BUKHARI - Jangan Abaikan Suara Bloger 2

Misteri Sebuah Diari Merah

Menurut laman blognya, dua orang pembantu khas Anwar telah berjaya dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor dan Pulau Pinang. Nik Nazmi Nik Ahmad (foto kiri) dan Sim Tze Szin (foto bawah) masing-masing telah diamanahkan untuk mewakili rakyat di DUN Seri Setia dan Pantai Jerejak. Kini khabarnya, kerusi panas Pembantu Khas Anwar Ibrahim mulai menjadi rebutan beberapa individu yang dikatakan cukup berminat untuk mengisinya. Mewarisi "diari merah" sememangnya sesuatu yang paling dihajati oleh ramai anak muda yang punyai rencana untuk mengembangkan jaringan politik mereka. Menyelia jadual Anwar Ibrahim sememangnya bukan tugas yang mudah, pun begitu ianya suatu keistimewaan yang sukar dikecapi. Azmin Ali merupakan antara tokoh politik yang dahulunya bermula sebagai pemegang "diari merah" Anwar.

Dan kini, selepas Nik Nazmi, saya difahamkan "diari merah" menanti pewaris barunya. Beliau kira ramai yang mulai mengetuk dan menempelkan diri di pejabat Anwar semenjak kebelakangan ini dalam usaha untuk mewarisi meja kerja Nik Nazmi. Ada juga yang tiba-tiba ligat menjadi peminat setia majlis-majlis ceramah Anwar walhal sebelum ini begitu taksub dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Malah ada yang cukup berani sehingga mendakwa yang dirinya kini merupakan kakitangan dan pembantu khas Anwar menggantikan Nik Nazmi. Dikira dari lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar, mantan TPM itu harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut. Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak. Barangkali sikap waspada cukup penting dalam keadaan sebegini. Jangan sampai ada musang berbulu ayam yang kemudiannya memangsakan seluruh reban sebagai santapannya.

Inilah sebenarnya punca yang berlaku. Orang luar lebih mengetahui apa yang berlaku disebaliknya. Justeru itu, pandangan dan suara "Blogger" harus didengar dan diambil perhatian. Ia bagi membolehkan perkara yang sama tidak berulang lagi di masa-masa yang akan datang. Apa yang lebih menghairankan kita ialah bagaimana pula Saiful boleh dikatakan sebagai orang kanan atau Pembantu Khas Anwar? Sedangkan beliau hanya sukarelawan dan dikatakan sebagai Pembancuh Kopi sahaja.

Ini kerana biasanya semua PA Anwar akan dipilih dari kalangan mereka yang "Educated" dan "Pintar". Lihat sahaja kepada bekas orang kanan Anwar terdahulu iaitu Ezam (Econs,UIA), Pak Khalid (Masscomm, ITM), Azmin (Master Math, Minnessota), Dr Mansor (PhD), Nik Nazmi (King College,UK) dan Nat (BA Arts Harvard).

bersambung lagi......

SAIFUL BUKHARI - Jangan Abaikan Suara Blogger 3

Jawapan Saiful Terhadap Artikel Blogger

Cuba lihat dibawah ini, jawapan yang ditulis oleh Saiful Bukhari Azlan selepas maklumat yang ditulis oleh Blogger Najwan ini didedahkan dalam blognya pada 11 Mac 2008 iaitu 3 hari selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Jawapan ini tidak diedit dan ia merupakan jawapan yang asal ditulis oleh Saiful Bukhari dalam blog terbabit.Jawapan 1 : 13 Mac 2008 (Masa 3:45 am)"

Assalammualaikum..Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.. Cukuplah saudara dah malukan saya, jatuhkn jatuh, sampai saya terpaksa tarik diri dari Universiti.. Hidup dalam kegelapan tanpa arah tuju.. Rahimi sepupu saudara tu sahabat saya. (foto) Sepanjang kempen pilihanraya, beliau perlu mengalas 4 jawatan iaitu Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik. Bayangkan betapa beratnya beban yang beliau terpaksa pikul. SEORANG.

Tiada siapa yang tampil utk membantu beliau walaupun kononnya ramai yang menyokong dan mahu menolong kempen Pilihanraya DSAI. Apalagi saudara sbg sepupunya. Salah ke saya pergi dengar ceramah? Ceramah tu hanya utk org tertentu shj ka? Beliau sendiri yang meminta pertolongan saya utk membantu beliau menguruskan program DSAI sepanjang pilihanraya. Jadi sbg kawan saya membantu beliau kerana beliau sudah tiada daya lagi untuk memikul 4 tanggungjawab sekali gus. Kawan punya hal, saya tidur hanya 2-5 jam sahaja dlm satu hari. Sedangkn saya ni bukan ada apa2.Saya pon hairan, mana pergi penyokong parti atau kawan Rahimi semasa beliau amat memerlukan pertolongan. Mana pergi orang2 yang konon2 mengelar dirinya pejuang parti semasa pejabat DSAI kekurangan Pekerja.

Saya sendiri terkejut dengan bilangan anggota kerja Pusat PKR. Boleh dikira dengan jari sahaja tenaga kerja semasa kempen pilihanraya di pejabat DSAI. 1 pekerja buat 4/5 kerja. Dari menjaga DSAI hinggalah menghantar poster ke P.Pinang, itu lah kerja Rahimi Osman. Sekarang bila sudah habis pilihanraya dan MENANG dengan 5 kerajaan, barulah semua berebut2nak masuk pejabat DSAI. Manusia.. Dan untuk makluman, Diari Merah itu adalah milik En Rahimi Osman dan saya rasa ramai yang dah tahu. Tak pernah terlintas langsung saya nak mengambil kedudukan itu dan tak pernah saya cakap saya ni Pegawai Khas atau Setiausaha Sulit DSAI..

Saya hanya membantu Rahimi sahaja semasa kempen. Jangan memfitnah sembarangan saudara Najwan.. Saya memberi tenaga secara Ikhlas demi membantu seorang rakan semasa beliau dalam kesusahan. Bukan menjadi penyokong fanatik yang kononnya menyokong tetapi hanya sokong sahaja, buat kerja tak ada. p/s: Najwan, berhenti lah memfitnah dan buangkan lah perasaan hasat dengki ko tu. Tak kemana Najwan. Tambah kan dosa shj. Sebagai manusia, aku xkn berbuat apa utk melawan.. Tapi, aku harus mempertahankan diri dan menegakkan kebenaran.. Aku berserah kdp Allah s.w.t.. Salam.
Jawapan 2: 13 Mac 2008 (3:45 am)

"Assalammualaikum, Saya sihat dan gembira dengan kehidupan yang saya ada sekarang. Kalau nak berjumpa, saya sudi. Telephone je, kite set time n blh kene teh tarik same2 dan luahkan apa yang tidak puas hati.. Saya ni temporary staf je.. Bulan 6 ni nak masuk flying school dah.. DSAI sendiri pon tau.. Niat saya cuma membantu seorang rakan yang meminta bantuan saya.. Bukan saya yang tergila2 nak masuk pejabat DSAI.. Saya dah mual dengan politik, cukup semasa MPP dulu.. Pilot lagi best.. Saya berserah kepada tuhan.. Fitnah dan tohmahan dah jadi mcm makanan kepada saya.. Saya reda.. Saya anggap setiap dugaan adalah persiapan utk diri saya bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang..

Dan kepada saudara-saudari yang menghantar gambar2 saya menerusi e-mail kepada staf2 pejabat DSAI e.g Pak Ibrahim Yaacob dan saya tak tahu siapa lagi, terima kasih byk2 kerana mempromosikan saya.. Tak tau la tapi depan saya mereka gelak dan buat lawak, sehingga forwardkan e-mail kpd saya. Yang paling best, si penghantar tu siap buatkan e-mail adress untuk saya.. Manusia Manusia.. Sekian Saiful Bukhari"

Lagi satu je kisahnya akan bersambung.....

SAIFUL BUKHARI - Jangan Abaikan Suara Bloger 4

Saiful Kaki Perempuan

Masa Di UnitenKenyataan ini dibuat oleh rakan Saiful yang mengelarkan dirinya -H- dalam posting ke Blog Najwan pada 16 Mac 2008, jam 4:11 pagi. Sesungguhnya apa yang diperkatakan kini terbukti kebenarannya. Cuba teliti kenyataan beliau dibawah ini (salinan asal) :-

"assalamualaikum. im looking for a hypocrite by the name of saiful bukhari! mana pergi saiful bukhari? kenapa senyap je? mana kau saiful ooii! org tak fitnah kau pun. kau yg fitnah diri kau sendiri aku rasa. bila aku baca-baca balik posting najwan ni, mmg aku tak jumpa pun dia sebut nama kau.

so apasal kau kata dia fitnah kau? kau ni saiful, rupenya pendendam orangnya ye. najwan tak pernah fitnah kau pun tp kau nak tunjuk kat org yg seolah2 najwan ni jahat sgt sampai sanggup fitnah kau dan jatuhkan kau apa semua. kat uniten ni semua dah tahu cerita kau masa jd mpp dulu. apa yg kau dah buat? gila kuasa, gila publisiti, gila glamer! itulah kau wahai saiful. kerja kau itu je. org lain buat kerja, kawan2 lain mati-mati buat kerja, kau dapat nama! dulu kau bising, marah dan bengang tgok gambar najwan dgn dsai. kau nak tuduh dia main politik. siapa yg main politik skrg ni saiful oi? kat frenster kau tu gambar2 apa? gambar kau dgn su najib, gambar kau dgn menteri umno, tok pa, syed hamid, shahir samad apa semua tu.

apa tu saiful? skrg kenapa nak rapat dgn dsai pulak? kau kecoh suruh org pangkah BN dlm friendster, siap buat prime pic gambar bendera BN, kat tepi tu ada X besar. hey saiful apa ni beb? kau ni lalang ke apa? bacul ke apa? kau melatah kenapa beb? najwan ada ckp pasal kau ke? atau mmg betulla yek kau ni org najib utk spy kegiatan dsai. pastu mengaku nk tolong la apa la!kau ingat kau bagus sgt ke? stakat tolong menempel kat ceramah dsai lebih baik tak payah! dasar gila glemer! pastu nak kecoh kat semua org kata kau skrg kerja dgn dsai. kau ingat org semua kagum dgn kau la yek bila ckp mcm tu??? sudah la saiful, tembelang kau semua budak uniten dah tahu. kalau kau nak tahu, blog najwan ni HEP UNITEN pun baca beb. aku yakin org2 hep semua duk gelak2 je baca komen kau, hahhaha.

gaya kononnya kau ni baik sangatla yek. "Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.." cuba tgok balik ayat kau ni? BM pun terabur.. kalau betul najwan ni memfitnah, kau patut tulis mcm ni: "masyallah najwan, bila saudara nak berhenti memfitnah..." tapi aku nak modify skit la ayat ni.."masyaallah saiful, sampai bila anda nak jadi mcm ni?? bila anda nak berubah?" apapun, aku nak tanya kau lagi ni, ada ke najwan sebut dan fitnah kau dlm posting ni???? aduhai, bodohnya la kau ni. posting semudah ni pun kau dungu tak reti nak paham. melatah tak tentu hala! mcm ni nak jd pembantu dsai???? well, since semua nak main kotor utk burukkan nama org lain, meh sini aku nak burukkan nama dia pulak. aku harap aku tak berdosa buat benda ni. niat aku sekadar nak bagi tahu korang siapa saiful ni yg sebenarnya!!!! drpd aku biarkan semua tertipu dgn si saiful ni, itu lagi bahaya!aku kenal kau saiful.

kenal sangat. kalau aku nak bukak satu2 cerita kau mmg teruk kau beb! kau tak ingat ke dulu kau bergaduh bertumbuk sebab berebut perempuan masa kat universiti? kau lupa ke awek kau budak indonesia yg kau dump tu? betapa baik dan sayangnya dia kat kau. last2 kau dump dia dan cari perempuan lain! itu poin pertama: saiful kaki pompuan! skrg ni aku nak tanya kau saiful, apa sebenarnya motif kau? kenapa kau sanggup tipu orang kata najwan fitnah kau? masalah akademik kau, masalah kau kat uniten, kenapa kau nak salahkan org lain? kenapa nak salahkan najwan? hidup kau, kau la tanggung, apasal nak salahkan org lain? dan yang paling aku pelik...najwan tak sebut nama sape2 pun dalam posting dia tu. dia mention nama najib je...kau kenal ke najib razak tu? boss kau ke? eh silap..boss kau skrg ni rahimi osman! pewaris diari merah! kan? saiful saiful! berubah la bro! aku kecewa la dgn kau.

ingatkan skrg kau dah ok, rupanya masih gile glemer gile kuasa mcm dulu lagi.buat DSAI, kalau tuan baca blog ini dan tuan baca komen2 ini, saksikanlah tuan, inilah dia orang yg nak berdampingan dgn tuan. kalau si saiful ni mintak nak kerja dgn tuan, saya nasihatkan janganlah amik dia! mmg punah lah keadilan dgn tuan sekali jatuh terduduk. silap2 tuan masuk jail balik nanti. buat budak2 dsai semua, bagi tahu dsai yg saiful ni dulu pelajar uniten yg gila kuasa dan gila glemer. dia berangan dan perasan bagus. ckp nak lebat je. gaya nak macho je but seriesly, dia ni kosong je..sampah tak berguna langsung. dia ckp mmg manis, gaya mmg gentle tp itu sume hipokrti je!dia mmg pandai berlakon.. saya budak uniten dan saya simpati dgn dsai.

kalau buleh saya tak nak terlibat pun dlm komen2 ni, tp bila saya tgok mangkuk ayun ni kecoh lebih dan tunjuk bagus, mmg saya tak bleh berdiam diri! saiful, berubahlah! please..."Kesimpulannya: Kesilapan yang jelas disini, ialah akibat orang pejabat Anwar tidak percaya kepada Blogger Najwan dan lebih percayakan Rahimi dan juga Saiful Bukhari. Akibatnya mereka diangkat, sedangkan ia sudah diberi amaran oleh Najwan yang merupakan sahabat Saiful dan juga Sepupu Rahimi Osman. Jika Anwar cepat bertindak dulu, maka semua yang terjadi hari ini dapat diatasi lebih awal. Namun sekarang "Nasi Sudah Menjadi Bubur". Soalannya kini, kemanakah hilangnya Rahimi Osman setelah kes ini dihebohkan?. Khabarnya beliau amat tahu kisah hidup Saiful dan senantiasa berdampingan dengan anak muda itu sejak sekian lama.

Apakah Rahimi juga terlibat? Atau ? Semua ini menimbulkan spekulasi dalam kes liwat ini. Kami juga difahamkan Rahimi juga pernah mengikuti Saiful berjumpa dengan pemimpin kerajaan. Maknanya memang ada konspirasi peringkat dalaman sebenarnya dalam hal ini. Apapun, kesimpulannya berhati-hatilah memilih rakan, sahabat atau kawan. Kerana dalam diam mereka akan menikam kita dari belakang.

dAH hABiS DaAAAA......

SAIFUL BUKHARI - Jauh disudut hati

Keraguan: Saiful Bukan Kemaskini BlognyaSoalnya disini, siapakah yang menulis dalam blog beliau jika dirinya tidak sihat?. Dari pengalaman kami sejak 10 tahun mengendalikan "blog" kami pasti bukan Saiful yang menulis dan menguruskan blognya itu. Tambahan pula ia jarang dikemaskini dan terdapat perubahan layout yang ketara. Terutamanya dengan "gambarfoto beliau di Mekah" yang diambil dari ruangan firendstar beliau.

Kami pasti, ini bukan kerja beliau berdasarkan kepada penyiaran foto tersebut yang dibuat sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini, kami sering masuk ke blog beliau dan memang tidak mempunyai foto tersebut.Bagaimana beliau boleh masukkan foto terbabit, sedangkan beliau memang mahu melarikan diri dari kenyataan. Bahkan, wajahnya langsung tidak dilihat kebelakangan ini. Mengapa pula tiba-tiba beliau letakkan foto gambarnya di tanah suci itu dalam blog peribadi beliau?. Satu perkara yang menimbulkan kemusykilan pula ialah gambaran foto yang dikatakan diambil di Mekah bertarikh 30 Jun 2008.

Maknanya dia berada di sana pada tarikh itu jika tiada pindaan dibuat. Atau, mungkin juga itu gambar lama, dan beliau masukkan ke dalam Friendster pada 30 Jun 2008. Maka, bagaimana dalam keadaan "kecoh dan bercelaru kononnya diliwat" beliau boleh berbuat demikian (kemaskini blog). Sedangkan pada 28 Jun (dua hari sebelum itu), Saiful dikatakan telah membuat laporan di balai Polis Travers, mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kejadian itu dikatakan berlaku pada 26 Jun di sebuah tempat di ibu negara (tidak dinyatakan lokasi) sebenar.Makanya, berdasarkan pengalaman kami. Mana mungkin seseorang yang sudah "trauma" akibat diliwat dan membuat laporan polis kemudiannya boleh bergembira dengan memasukkan gambar beliau ke dalam ruangan friendsternya itu. Itu jika diambil pada tarikh beliau masukkan gambar ke dalam friendster.

Tetapi, bagaimana pula jika tarikh 30 Jun 2008 itu beliau memang berada di Mekah?. Maknanya selepas membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, Saiful telah terbang ke Mekah. Bagaimana pula beliau boleh membotakkan kepalanya. Sedangkan dalam masa yang sama beberapa hari sebelum itu beliau telah membuat laporan polis dia diliwat. Jika benar beliau ke Mekah, siapakah yang menaja perjalanan beliau ke sana?. kami juga mengesyaki foto tersebut bukanlahh dirinya.Kepincangan jalan cerita ini juga berlaku pada tarikh 29 Jun 2008.

Pada 29 Jun 2008, telah dinyatakan pada profile friendster Saiful bahawa kali terakhir dia login adalah 3 hari sebelum itu, bermakna 26 Jun 2008. Sedangkan tarikh tersebut adalah kali terakhir berlaku kejadian liwat ke atasnya dan sebelum tarikh tersebut, dia juga mengatakan dia telah diliwat beberapa kali tanpa kerelaan. Apabila berlaku sesuatu tanpa kerelaan ke atas diri seseorang, ini akan mengakibatkan trauma. Bagaimana seseorang yang trauma masih ingin melayari Friendster.

Mungkin tunang yang login akaun Friendster Saiful. Ataupun sekiranya ada sesiapa yang menyaksikan Saiful login Friendster pada 26 Jun 2008. Sekarang, semua maklumat ini telah dipadamkan untuk menutup segala bukti berkaitan. Dan juga apabila berlaku sesuatu tanpa kerelaan, bagaimana ia boleh berlaku berulang kali? Ini menunjukkan samada kejadian itu berlaku ataupun berlaku dengan kerelaan.

Amaran Awal buat Big Mama

Petra Lepas, Malapetaka Buat Najib & Bik Mama - malaysiakini

Minggu ni ialah minggu yang penuh dengan kejutan...Rentetan peristiwa penting, 31hb.Oktober, 2008 - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu - ref malaysiakini.Berita gembira buat keluarga Abdul Razak Baginda dan berita sedih buat keluarga Atlantuya. mungkin juga satu berita gembira buat Najib dan Bik Mama kerana dengan bebasnya Razak Baginda, maka tidak akan timbul lagi nama Najib dalam penghakiman yang seterusnya dalam kes tersebut.

Pagi ini pula lebih kurang jam 10:00 pagi - Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today juga memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta ref malaysiakini.Ini satu berita yang juga menggembirakan sebahagaian rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tapi mungkin berita paling menakutkan buat bakal Pi Em Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga bakal "1st shop lady" Bik Mama...Bebasnya Razak adalah khabar indah buat kedua-dua bakal nombor 1.tiada lagi kaitan dengan kes Atlantuya manakala bebasnya Petra adalah malapetaka bagi kedua-dua bakal nombor 1.

Umum bukan tak tahu betapa bergegar-gegar kedudukan kedua merpati se"JOLI" (kuat joli) masa petra berada diluar berbebas-bebasan... boleh katakan tiap bulan ada je "pendedahan-pendedahan" terbaru dari si botak ni.Maka dengan terbebasnya Petra hari ini, terbukalah kembali "neraka dunia" buat kedua-dua pasangan merpati se"JOLI" ni.Mungkin langkah Najib ke kerusi Presiden bakal terjejas sekiranya Petra melakukan "come back" lepas ni?*aku rasa esok mungkin ada "pendedahan terbaru" dari Petra...Najib secara tak rasmi telah "rasmi" sebagai Presiden parti yang memperjuangkan melayu tetapi menggunakan nama bahasa penjajah (UMNO). tetapi jangan lupa, "rasmi"nya yang rasmi ialah pada Mac, 2009. masih berbaki 4 bulan untuk Najib survive sebelum dinobat secara rasmi atau dijatuhkan dengan aib.

Kalau Najib dijatuhkan, percayalah... jatuh Najib bukan jatuh buah kelapa (jatuh buah kelapa, masih boleh dituai hasilnya dengan cambah pokok baru) tapi jatuhnya Najib kali ni ialah jatuhnya kepingan kaca... berderai tanpa secebis pun dapat diguna kembali. hanya tong sampah dan pusat recycle sahaja tempatnya.Percayalah "come back" yang bakal Petra lakukan bukan sebarangan "come back".Petra pasti tahu bebasnya dia hari ini bukan untuk selamanya, cuma sementara. Najib pasti tidak akan bertahan selagi Petra bebas berlegar-legar kesana kemari.Informer-informer disekeliling Petra telah menyimpan berbagai maklumat untuk didedahkan selama 2 bulan dan sekarang hanya menunggu masa untuk menekan butang "enter" sahaja.1 hari bagi Petra adalah 1 tahun bagi Najib dan Bik Mama.informer-informer pula bukan sahaja dari kalangan pro Pakatan Rakyat, malahan dari kalangan UMNO/BN sendiri.Petra tidak akan mempersia-siakan masa kebebasan yang ada untuk duduk diam berseronok-seronok sahaja tapi aku percaya perkara pertama yang akan dialkukan oleh Petra ialah

"BONGKAR, BONGKAR, BONGKAR, BONGKAR & BONGKAR...!!!"

.Mulai hari ini, Najib akan terus tersenyum... tapi perhatikan senyuman Najib dalam-dalam... senyuman dalam syurga atau senyuman dalam malapetaka???Huhuhuhuhuhu......huruhara la depa sat lagi.....!!!!!

BERITA TERBARU DARI AMERIKA dari Tat

Washington DC 5 Oktober - Beberapa buah van Fed Ex dan van-van yang tidak berjenama kelihatan keluar masuk ke dalam Rumah Putih. Di sebelah belakang West Wing kelihatan asap berkepul-kepul. Tiga orang pembuat kunci juga telah didatangkan ke Rumah Puteh.Apabila Michel Ikonis jurucakap Rumah Puteh ditanya media beliau hanya berkata .. …kami belajar dari Khir Toyo… dia koyak dan bakar fail….Bila ditanya tentang kesampaian tiga orang tukang pembuat kunci, Ikonis telah berkata ‘… kami ikut nasihat Tajul Rosli…. Luara Bush menangis tak hendak meninggalkan Rumah Puteh macam Tajul Rosli dan isterinya dulu….. kah kah kah kah… (AjensiTT

06 November 2008

K'jaan bayar RM10.5 juta pada 6 bekas hakim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan hari ini bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam orang bekas hakim, termasuk bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas.
Beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa daripada jumlah tersebut, RM5 juta telah dibayar kepada Salleh.

Jumlah tersebut dibayar oleh kerajaan kepada enam bekas hakim tersebut yang dipecat sewaktu krisis kehakiman pada 1988.

Selain Salleh, lima lagi penerima saguhati tersebut ialah lima bekas hakim Mahkamah Agung - Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.
Menjelaskan mengapa enam hakim tersebut masih menerima bayaran pension sejak 20 tahun lalu walaupun mereka diberhentikan perkhidmatan, Nazri berkata, mereka tidak dipecat tetapi perkhidmatan mereka ditamatkan lebih lebih awal dari kebiasaannya.

Minggu lalu, Nazri menjadi sasaran ahli Parlimen pembangkang apabila menyatakan yang beliau tidak tahu jumlah sebenar yang dibayar kerajaan kepada bekas hakim-hakim tersebut.

Tegas mahu Rosmah disingkirkan dari Unisel

Pemuda Pakatan Rakyat bertegas mahu isteri timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan daripada jawatan canselor Universiti Industri Selangor (Unisel). Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan tidak bercadang menggugurkan Rosmah Mansor seperti desakan Pemuda Pakatan Rakyat semalam.Kerajaan negeri ingin mengekalkan keputusan lembaga pengarah Unisel - dimiliki sepenuhnya oleh Selangor - yang melantik isteri Najib pada Ogos 2006.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, setiausaha DAP negeri Lau Weng San berkata pemimpin Pemuda ketiga-tiga parti itu akan membangkitkan isu kedudukan Rosmah dalam pertemuan dengan barisan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat malam ini.Pertemuan peringkat negeri Selangor itu yang diadakan di kediaman rasmi Abdul Khalid akan disertai oleh ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan ketua Pemuda PAS negeri Sallehen Mukhyi.

Dalam surat bantahan yang diserahkan kepada menteri besar semalam, mereka mendakwa Rosmah Mansor "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."Lau, Khairul Anuar dan Sallehen yang menegaskan pendirian mereka itu dijangka turut membangkitkan kedudukan ahli-ahli lembaga pengarah Unisel dalam pertemuan di Shah Alam, dijadual bermula 8.30 malam ini.

Kekosongan naib canselor Unisel belum lagi berganti selepas perkhidmatan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus ditamatkan oleh Abdul Khalid, sebagai pengerusi syarikat yang mengurus universiti itu, mulai akhir Jun lepas.
Penamatan kontraknya berkuatkuasa 31 Julai lepas

Anak Muda Malaysia perlu turun ke Dataran Merdeka 10 November

Nota ini ditujukan kepada semua anak muda Malaysia yang bakal mewarisi negara ini.
Negara ini perlu segera diselamatkan. Tiga tonggak penting negara; parlimen, kehakiman dan eksekutif sedang mereput perlahan-lahan oleh kerana amalan rasuah dan tidak amanahnya mereka yang dipilih.
10 November 2007 ini, jam 3.00 petang satu perhimpunan aman rakyat akan berlangsung untuk cuba memulihkan salah satu tonggak penting negara kita.
Sebagai pewaris masa depan, perhimpunan ini sangat signifikan dan dekat dengan kita, justeru kita sangat perlu untuk datang ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur, jam 3.00 petang, untuk bersama-sama rakyat lainnya menyatakan solidariti dan sokongan menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melangsungkan pilihanraya yang bebas dan adil.
Perhimpunan 100,000 rakyat yang sedang di buruk-burukkan ini oleh pimpinan Umno adalah sangat penting untuk kita generasi muda dan seluruh rakyat Malaysia. Himpunan ini adalah perhimpunan aman rakyat yang mahukan keamanan. Dan himpunan ini adalah berobjektifkan pilihanraya yang bebas dan adil.

Jelas mereka yang tidak mahu dan membenci perhimpunan ini adalah mereka yang tidak mahu keadilan dan kebebasan tertegak, yang mahu terus berkuasa dengan cara yang jijik dan kotor melalui penipuan pilihanraya berterusan.

Ini juga bukan perhimpunan anti-kerajaan ataupun menjatuhkan kerajaan. Himpunan ini ditujukan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, bahawa rakyat mahukan pilihanraya yang bebas dan adil.

Pilihanraya bebas dan adil sangat perlu bagi kita memperoleh ahli-ahli pembuat dasar dan pimpinan kerajaan yang benar-benar disokong dan mendapat kepercayaan dari rakyat. Barulah dasar dan hala tuju negara tidak diperkuda sewenang-wenang oleh mereka yang kita lantik untuk mewakili kita di parlimen.

Kita tidak perlu lagi ditipu oleh sistem pilihanraya sekarang yang dipenuhi dengan kecurigaan kecurangan yang sebahagiannya telah dibuktikan di dalam mahkamah.

Anak muda Malaysia,mari kita turun semua ke Dataran Merdeka agar kita tidak dikutuk oleh generasi pewaris kita kerana membiarkan negara ini mereput sistem moral dan demokrasinya!

Shamsul Iskandar Md Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat