DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 May 2010

SAHUT SERUAN DAN CABARAN PRESIDEN

Kongres Nasional telah pun berlalu. Pelbagai kritikan secara terbuka oleh pembahas2 yang mahukan PKR ditadbir dengan sebaiknya serta mahukan PKR menjadi sebuah parti dominan dalam politik negara.
Kita telah dengar bagaimana Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor paling banyak dikritik oleh perwakilan namun beliau memberi respond yang cukup positif. Beliau tidak kecewa dengan kritikan tersebut namun menganggapnya sebagai satu cabaran bagi memantapkan lagi PKR di negeri tersebut. Beliau juga melahirkan pendapat bahawa jika Selangor tidak dapat ditadbirkan dengan baik, maka ianya juga akan menjadi sebab kukuh untuk musuh menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya meminta agar semua kepimpinan samada diperingkat pusat, negeri, cabang atau ranting memantapkan struktur organisasi masing2. Semua pimpinan mesti bertanggungjawab dan melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi.
Presiden juga mahukan setiap cabang menggandakan usaha untuk menambah keahlian parti disamping mempertingkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam selok belok politik tanahair. Ia amat penting sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti. Beliau juga mahukan kerja2 piliharaya seperti daftar pemilih dilakukan dengan sistematik dan berterusan.
Permuafakatan antara komponen Pakatan Rakyat juga perlu dipereratkan bagi menjamin kerjasama utuh menghadapi cabaran yang mendatang.
AMK Gelang Patah menyeru semua pihak agar menyahut cabaran dan seruan dari Presiden jika mahu kemenangan dan kejayaan dicapai. Ketepikan segala kepentingan peribadi didalam parti. Perkukuhkan organisasi parti. Jauhkan sifat dengki dan khianat yang boleh merosakan keharmonian organisasi. INGAT... Kita mahu jatuhkan lawan bukan kawan...
Disamping kita berusaha untuk memperkukuhkan organisasi, amaran dari Faris Musa @ Cikgu Faris (Timbalan Ketua AMK Pusat) perlu jadi ingatan...
"AWAS... MUSUH DALAM SELIMUT"

KENYATAAN "BANGANG" ORANG TUA

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang merupakan kerajaan negeri yang pertama mengharamkan pertaruhan piala dunia 2010 yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dibawah pentadbiran Najib Razak. Walaupun yang membentangkan usul tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, hakikatnya Menteri Kewangan iaitu Najib sebagai Menteri Kewangan I atau Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Menteri Kewangan II yang mempunyai kuasa penuh meluluskan lesen "judi" tersebut.
Walaubagaimanapun, tindakan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, mengharamkan pertaruhan piala dunia tersebut mendapat reaksi berbeza dari ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang menganggap arahan pengharaman tersebut adalah "mainan politik" Lim Guan Engg.
Sebagai seorang muslim yang sudah puluhan tahun menganuti agama islam, beliau (Arif Shah) sewajarnya menyokong tindakan Lim Guan Eng yang bukan sahaja tindakan yang memberi kebaikan kepada rakyat bahkan menyelamatkan rakyat terutama orang melayu/islam terjerumus ke lembah perjudian. Dan jika perlunya penambahbaikan atau pemantauan rapi, Arif Shah sebagai ahli politik yang berpengalaman sewajarnya berkongsi idea dan pendapat dengan Lim Guan Eng demi kebaikan rakyat bukan mengkritik tindakan "baik" dari Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Ketepikan soal politik buat sementara waktu, yang penting adalah "gaya hidup baru yang lebih sihat" tanpa perjudian.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga mengambil tindakan yang sama untuk mengharamkan "pertaruhan piala dunia" yang disifatkan oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai "penyakit sosial". Tindakan Kerajaan Pusat meluluskan lesen pertaruhan tersebut sebenarnya memburukan lagi "penyakit sosial" ini kerana bagi mereka yang berfikiran cetek maka pertaruhan ini akan dijadikan tempat untuk mencari kekayaan "segera" walaupun terpaksa meminjam dengan ceti2 haram. Inilah tindakan yang amat2 "bodoh" yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Mufti Johor, Datuk Hj Tahrir bin Dato' Hj Shamsuddin secara peribadi telah menyatakan kekesalan beliau keatas tindakan kerajaan Malaysia meluluskan lesen pertaruhan piala dunia ketika Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Johor menghantar memorandum bantahan terhadap kelulusan lesen tersebut. Namun kerajaan negeri Johor dibawah pimpinan Abdul Ghani Othman belum menyatakan pendirian beliau mengenai kewajaran kerajaan pusat meluluskan lesen pertaruhan piala dunia.

Kita nantikan kenyataan dari Ghani Othman ataupun beliau "bacul" dan membiarkan sahaja "penyakit sosial" ini menular kepada rakyatnya. Jika beliau mendiamkan diri, apakah beliau seorang "Menteri Besar" yang baik..????

29 May 2010

DAKWAAN EZAM : DS ANWAR ADA PERANGAI

Ezam dalam kenyataan akhbar Utusan Malaysia keluaran Jumaat (28 Mei 2010) mendakwa bahawa DS Wan Azizah sebenarnya tahu bahawa DS Anwar Ibrahim mempunyai perangai "jijik".
Isu ini sebenarnya pernah dibangkitkan oleh Lokman Nor Adam dan Hamdan Taha semasa penulis makan bersama mereka di sebuah restoran nasi kandar di Permatang Pauh sehari sebelum penamaan calon PRK Permatang Pauh.
Seperti dakwaan Ezam, Hamdan Taha dan Lokman juga membuat dakwaan bahawa DS Wan Azizah pernah melihat sendiri perlakuan "jijik" DS Anwar dan akhirnya DS Wan Azizah menceritakan perkara tersebut kepada Ezam.
Hamdan Taha dan Lokman juga mendakwa bahawa hubungan DS Anwar dengan anak lelakinya, Ehsan juga reggang berikutan peristiwa tersebut.
Hamdan menyuruh penulis berjumpa dengan DS Wan Azizah dan mendesaknya agar bersumpah bahawa perlakuan jijik DS Anwar sebenarnya telah diketahui olehnya. Bahkan beliau mendakwa bahawa pemandu peribadi DS Anwar (Abg Sani) juga menghantui perangai "buruk" DS Anwar.

Namun diakhir pertemuan kami, saya sempat mencabar Hamdan Taha dan Lokman untuk melakukan solat sunat 2 rakaat dan kemudiannya bersumpah dengan nama Allah s.w.t bahawa apa yang didakwanya itu adalah benar. Nyata cabaran tersebut membuatkan mereka terkedu dan akhirnya memilih untuk meninggalkan saya keseorangan. Ternyata jelas keberanian mereka sekadar berani membuat tuduhan namun "bacul" ketika dicabar menyatakan kebenaran.

AMK PERLU LEBIH AGRESIF, INOVATIF DAN KREATIF

Dalam perbahasan perwakilan AMK pada Kongres AMK semalam, rata2 perwakilan menyeru agar AMK di semua peringkat, tidak kira diperingkat pusat, negeri, cabang mahupun ranting harus lebih agresif memainkan peranan mempromosikan nama parti sebagai satu langkah untuk menjamin kemenangan pada PRU-13 akan datang.
AMK perlu diberikan lebih banyak kursus dan latihan bagi memantapkan lagi pengisian tentang misi dan visi parti serta memahami nilai2 perjuangan agar tidak mudah "terjebak" dalam perangkap parti lawan yang sememangnya "teruja" apabila PKR menjadi sebuah parti yang begitu dominan. Jiwa dan semangat juang perlu disemarakkan agar dapat menyaingi kekuatan lawan yang serba lengkap apatah lagi parti lawan sentiasa disokong oleh pelbagai instrument kerajaan.
AMK perlu lebih agresif memberi penerangan kepada rakyat terutama rakyat yang berada di pendalaman seperti golongan nelayan, petani2 & pekebun2 kecil yang info medianya hanya bergantung kepada akhbar2 dan tv perdana yang terus menjadi alat propaganda Umno/BN. AMK perlu ada semangat daya saing yang tinggi untuk menyaingi kehebatan parti lawan juga perlu mempunyai idea yang kreatif untuk menawan dan menyakinkan rakyat tentang perjuangan PKR.
Pemimpin2 disemua peringkat perlu lebih bertanggungjawab terhadap organisasinya. Sewajarnya mereka yang digelar pemimpin mempunyai azam dan tekad serta wawasan yang jelas untuk menjadikan organisasi pimpinannya sebagai organisasi yang cukup kuat dan berjaya. Sudah pasti pemimpin semacam ini akan dihormati kawan dan lawan. Seseorang pemimpin yang baik tidak akan membiarkan organisasinya lemah. Justeru kesedaran dalam setiap pemimpin perlu ada dan mulai saat ini perlu berubah ke arah yang lebih baik. Jangan menuding jari ke arah orang lain sekiranya kita gagal menguruskan organisasi kita dengan baik namun kita harus menilai diri kita sendiri dan sejauh manakah sumbangan kita kepada parti dan organisasi.

Sedarlah bahawa kejayaan bukan semudah jeritan "reformasi". Jeritan "reformasi" hanya pembakar semangat namun hakikatnya semangat kerjasama, usaha, perancangan, stratergi, iltizam, istiqamah dalam perjuangan merupakan antara elemen2 penting untuk kita pertingkatkan lagi nilainya jika mahu kejayaan yang mutlak menjadi milik rakyat.

Jadikan kongres ini sebagai pemangkin perubahan minda dan corak kepimpinan yang baik demi kejayaan masa depan.

PELACUR POLITIK : SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH SHAMSUL ISKANDAR

Hari ini Ketua AMK Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mat Akin akan membuat pendedahan sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau apabila dalam ucapan pembukaan pada Kongres Angkatan Muda Keadilan di Kota Bahru. Beliau akan mendedahkan "pengkhianat" yang disifatkan sebagai "pelacur politik". Dalam ucapannya juga, Sdr. Shamsul menyatakan ikrarnya untuk membersihkan parti itu daripada "para pengkhianat' yang bisa merosakan nama baik parti. Dengan nada yang cukup tegas beliau memberi amaran kepada golongan pengkhianat itu bahawa"kita akan terajang pelacur-pelacur politik ini".

Siapakah individu terbabit yang dikatakan seorang lulusan universiti antarabangsa dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang kenamaan. Bahkan individu terbabit pernah dilaporkan akhbar New York Times sebelum ini

AMK Gelang Patah menanti pendedahan yang akan dibuat oleh Sdr. Shamsul Iskandar dan jika benar individu tersebut melakukan pengkhianatan kepada parti, AMK wajar membawa usul tergempar pada Kongres Nasional PKR hari ini untuk memecat "individu" serta merta.

27 May 2010

UMNO TAKUT PADA DS ANWAR

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terus-menerus menjadi sasaran serangan dengan dilihat diselubungi krisis politik semata-mata kerana “impian” Umno mahu menamatkan kerjaya politik beliau selepas dipecat 12 tahun lalu.
Di sebalik serangan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, PKR sudah pun menyediakan barisan kepimpinan pelapis daripada kalangan golongan muda untuk meneruskan perjuangan parti dan agenda reformasi.
PKR menjadi sasaran hanya kerana Anwar berada di sini. Dan, anda boleh lihat fobia dan obsesi ke atas Anwar, sesuatu yang agak keterlaluan.
Ini terbukti dalam bentuk “penggunaan kekerasan” dan juga rasuah, yang dirujuk kepada sebab beberapa wakil rakyat bertindak keluar PKR sejak tahun lalu. Musuh politiknya itu menggunakan kekerasan dan ganjaran kewangan untuk menghancurkan beliau daripada arena politik.
Beliau sebenarnya telah “menjangkakan” serangan bertubi-tubi ke atasnya sejak era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan serangan ke atas beliau adalah berterusan selama 12 tahun hanya patennya agak berbeza. Ketika Dr Mahathir, serangan adalah bentuk keganasan, tahanan dan dipukul dan sekarang, ia secara langsung dan juga bawah sedar.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh 10 tahun, yang parti itu dan beliau sendiri telah menganggap sebagai satu ‘perangkap” untuk menamatkan kerjaya politiknya.
Umum juga mengetahui bagaimana pada sidang Parlimen yang lalu telah merujuk Anwar kepada Jawatankausa Hak dan Kebebasan atas alasan telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan membawa isu APCO. Jika usaha itu berjaya Anwar mungkin boleh digantung.
PKR kini mempunyai formula baru di mana ia sedang memfokus ke atas generasi kedua kepimpinan dengan golongan pemimpin muda yang ada pengalaman untuk menggerakkan parti pada masa depan.

Berjanjilah wahai Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor, jika DS Anwar dizalimi maka kitalah yang akan bangkit menentang kezaliman.

KENYATAAN "BIADAP" VINCENT TAN

Tan Sri Vincent Tan yang diberikan oleh pimpinan Umno lesen judi sukan memperlekehkan bantahan rakyat terhadap tindakan kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi Piala Dunia 2010.

Bercakap kepada pemberita di London ,pemilik rangkaian kedai Spot Toto itu dengan angkuh dan sombong membidas pihak yang melarang kerajaan BN untuk meluluskan lesen judi sukan tersebut sebagai "amat berpemikiran cetek" dan tidak "berfikir secara munasabah".

Vincent Tan menyatakan bahawa lesen perjudian tersebut perlu diluluskan kerana ia memberikan sumber kewangan kepada negara dan mengekang perjudian haram.

Mungkin inilah "fatwa" yang menjadi rujukan Najib sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan Awang Adek (Timbalan Menteri Kewangan) bagi meluluskan Partaruhan Piala Dunia. Bagi Umno segalanya halal jika memberi kebaikan kepadanya..

KONGRES NASIONAL PKR

Seramai 2,000 perwakilan dan 200 pemerhati dijangka hadir pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertema "Harapan Baru Selamatkan Malaysia" di Kelantan Trade Centre, Kota Bahru, Kelantan pada 28-30 Mei ini.

Kongres yang sepatutnya diadakan pada tahun lalu terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Kongres Khas PKR pada tahun lalu yang mana ianya telah meluluskan beberapa pindaan yang dapat memperkasakan lagi parti.

Kongres Nasional PKR akan bermula dengan perasmian kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita yang dijadual diadakan pada 27hb Mei 2010 jam 9.00 malam dan akan disempurnakan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali.

Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita akan diteruskan pada 28hb Mei 2010 bermula jam 8.00am - 6.00pm. Sementara Kongres Nasional PKR akan diadakan pada 29 dan 30hb Mei 2010 nanti.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah mengucapkan selamat berkongres kepada semua perwakilan dan pemerhati serta mengharapkan kongres ini dapat dijadikan sebagai kuliah pembakar semangat untuk dijadikan iltizam dan tekad bagi meneruskan perjuangan hingga kemenangan dicapai.


SELAMAT BERKONGRES KEPADA SEMUA PERWAKILAN & PEMERHATI


25 May 2010

PEMUDA PAKATAN RAKYAT NEGERI JOHOR SERAH MEMORANDUM BANTAH KELULUSAN LESEN JUDI BOLASEPAK PIALA DUNIA

Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Johor hari ini (25hb Mei 2010) akan menyerahkan Memorandum Bantahan Kelulusan Lesen Pertaruhan Piala Dunia di Pejabat Mufti Negeri Johor pada jam 10.30 pagi. Ketiga-tiga kepimpinan Pemuda dijangka akan hadir bagi menyatakan bantahan tersebut.
Justeru, semua ahli PKR, PAS dan DAP diseru untuk hadir beramai-ramai ke Pejabat Mufti Negeri Johor bagi sama-sama menyokong bantahan kelulusan lesen pertaruhan piala dunia yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang diketuai oleh Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Kami turut mempelawa Umno, Perkasa, Pekida dan mana2 NGO Melayu untuk turut serta menyatakan bantahan ini.
Kelulusan lesen pertaruhan ini sekaligus telah mengaibkan nama Malaysia apatah lagi negara ini berstatuskan sebuah negara islam.
Ayuh kita nyatakan bantahan kita...

24 May 2010

SIAPAKAH PENGKHIANAT RAJA2 MELAYU

GAMBAR-GAMBAR MENARIK (PRK HULU SELANGOR) SERTA ULASAN

Berikut adalah gambar2 yang menarik untuk tatapan pembaca bagaimana "sempoi"nya pemimpin PKR walaupun sudah berstatus ADUN, Ahli Parlimen bahkan yang bertaraf Timbalan Ketua Menteri. Namun mereka menganggap diri mereka adalah seperti rakyat biasa. Apakah pemimpin Umno sanggup merendahkan diri mereka sebegini..??? Inilah pemimpin berjiwa rakyat yang sebenar...

YB Azmin Ali (Ahli Parlimen), Datuk Mansor (Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang)
dan Sdr. Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia)
sedang menikmati biskut
kering dan air mineral bersama petugas yang lain di Bilik
Gerakan Utama.


Juada istimewa untuk santapan petugas PKR.
Sanggupkah petugas UMNO
makan hanya berlaukkan sardin...???


Sdr. Faris Musa yang dilokap kerana membawa senjata yang
cukup merbahaya sehingga boleh menyebabkan huru-hara.
Sdr. Faris membawa pisau lipat yang
berharga RM0.20... Sdr. Samsul memberikan "pose"
istimewauntuk tatapan pembaca...


YB Amir (ADUN Batu Caves) bakal pemimpin masa depan.
Turut kelihatanKetua AMK Gelang Patah


Sikap dan sifat YB Amir (berkopiah) wajar menjadi contoh
kepada pimpinan AMK yang lain...

FELDA CAHAYA BARU BUKTI UMNO KHIANATI RAKYAT (Siri 1)

Lebih 370 orang peneroka Felda Cahaya Baru dekat Masai, Johor Bahru sedang menghadapi kemungkinan hilang hak milik ke atas tanah mereka kerana tanah-tanah itu telah digadai oleh pihak pemaju kepada bank.

Seluas 1,047 hektar tanah milik 374 orang peneroka telah digadai oleh syarikat pemaju, Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) kepada sebuah bank tempatan.Tanah-tanah peneroka itu hendak dibangunkan untuk tujuan komersial (projek perumahan dan perindustrian).

CBDB sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Felda Cahaya Baru dianggotai 13 ahli lembaga pengarah terdiri di kalangan peneroka. Syarikat itu ditubuhkan pada 1 September 1993. Bagi membangunan projek komersial itu CBDB bersama Syarikat Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang bernama Pinggir Setar (M) Sdn Bhd.

Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah mendapat pinjaman sebanyak RM100 juta daripada Allied Bank (M) Bhd pada bulan September 1996 dengan mencagarkan tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru. Daripada jumlah tersebut RM75 juta telah dibayar kepada CBDB. Peneroka-peneroka yang telah menyerahkan hak milik mereka kepada CBDB telah menerima RM140,000 tiap-tiap seorang sebagai pembayaran peringkat pertama.

Cadangan pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu telah mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu, pimpinan Menteri Besar, Muhyiddin Yassin. Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju pada dasarnya pada 7 Jun 1995 bagi tujuan pembangunan tanah Felda Cahaya Baru. 374 orang peneroka Felda terbabit telah menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka untuk tujuan pembangunan komersial itu. CBDB telah menggunakan surat serah kuasa para peneroka itu untuk mendapatkan pinjaman bank.

Projek pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu sampai hari ini tidak dapat dimulakan. Sebabnya kerana tanah-tanah itu dikategorikan dalam kelas Tanah Rezab Melayu. Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar sekarang, Datuk Abd Ghani Othman tidak membantu peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru itu yang kini berasa tertipu dan teranianya oleh Lembaga Pengarah CBDB yang terdiri dari pimpinan Umno dan juga janji-janji kosong sokongan awal Kerajaan Negeri Johor yang terdahulu.

Alasan-alasan peneroka bahawa mereka teraniaya dan tertipu ialah:

Pertama, pihak pengurusan CBDB masih belum menyelesaikan baki pampasan tanah-tanah peneroka Felda itu;

Kedua, 7 peneroka yang menjadi anggota Lembaga Pengarah CBDB tidak menyerahkan surat kuasa bagi tanah mereka kepada bank, sedangkan 374 peneroka yang lain sudah berbuat demikian. Dengan lain perkataan, tanah-tanah milik tujuh ahli Lembaga Pengarah CBDB tidak digadai;

Ketiga, maklumat berhubung pembangunan semula tanah-tanah peneroka secara komersial itu tidak dijelaskan secara terperinci kepada peneroka ketika mereka bersetuju menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka kepada CBDB;

Keempat, beberapa ahli lembaga pengarah CBDB mempunyai kepentingan sendiri yang cuba dilindungi ketika memujuk peneroka-peneroka menandatangani surat serah kuasa.

Kelima, janji-janji sokongan pimpinan Kerajaan Negeri Johor sebelum ini dan kepimpinan Umno Teberau ternyata kosong. Setelah lebih 10 berlalu, kini lebih 370 orang peneroka Felda Cahaya Baru itu berada dalam keadaan tersepit. Tanah-tanah mereka kini tergadai di bank. Wang baki pampasan yang dijanjikan masih tidak dibayar oleh CBDB. Mereka mahu supaya cadangan pembangunan kawasan mereka itu diteruskan. Tetapi pembangunan itu tidak boleh dilakukan kerana Menteri Besar, Ghani Othman tidak mahu campur tangan dengan alasan kawasan Felda berkenaan adalah Tanah Rezab Melayu.

Nasib peneroka-peneroka Felda Cahaya Baru itu yang telah berlarutan begitu lama sejak zaman Menteri Besar Muhyiddin Yassin hinggalah ke zaman Ghani Othman. Sewajarnya Ghani Othman segera campur tangan secara aktif bagi menyelesaikan masalah peneroka-peneroka itu. Oleh kerana projek pembangunan itu tidak dapat dijalankan, maka tuntutan utama para peneroka itu ialah mendapatkan kembali hak milik mereka ke atas tanah-tanah mereka yang telah tergadai itu. Mereka menuntut untuk membatalkan surat kuasa yang telah mereka tandatangani itu.

Kerajaan Negeri Johor tidak boleh lepas tangan dan mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab. Sebabnya pada 7 Jun 1995, Kerajaan Johor telah bersetuju memberikan kelulusan "pada dasarnya" bagi tujuan pembangunan komersial ke atas tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru. Cadangan pembangunan di Felda tersebut tidak mungkin bermula pada awalnya jika tiada sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu, khususnya di pihak Menteri Besarnya yang pada ketika itu adalah Muhyiddin Yassin.

Lebih menyedihkan lagi apabila musim pilihanraya tiba, pelbagai janji manis ditabur oleh pemimpin Umno/BN. Namun janji tersebut adalah janji palsu, bahkan ADUN kawasan terbabit, Maulizan Bujang mengatakan kepada penduduk bahawa "NASI SUDAH MENJADI BUBUR".

Ikuti pendedahan seterusnya nanti...

RAYUAN PENEROKA FELDA TEBING RUNTUH

Pada 22hb Mei 2010, Najib telah mengadakan lawatan rasmi ke johor dan salah satu destinasi lawatan beliau adalah di Puteri Harbour, Nusa Jaya.
Diberitakan ketika Najib melawat kawasan tersebut, sekumpulan 5 orang peneroka Felda Tebing Runtuh, Gelang Patah yang terdiri dari kaum ibu membuat tindakan nekad mahu berjumpa dengan Najib, namun beberapa anggota polis dan pengawal peribadi Najib diarah menghalang tindakan kaum ibu tersebut yang mahukan Najib menerima memorandum dan mendengar masalah mereka. Akhirnya mereka usaha mereka sia2 setelah Najib meninggalkan mereka begitu sahaja.
Kaum ibu ini terdiri dari Peneroka Felda Tebing Runtuh yang diperdaya oleh pihak yang mendakwa mereka dilantik oleh kerajaan untuk menguruskan pampasan bagi penduduk Felda Tebing Runtuh yang bersetuju dengan tawaran yangdiberikan oleh kerajaan. Kumpulan ini telahpun menerima pampasan terdahulu dan baki lebih dari RM200ribu akan dibayar secara berperingkat. Namun mereka telah diperdaya oleh pihak kerajaan apabila peneroka ini ditawarkan wang sebanyak RM30ribu sebelum menjelang hari raya dan wang tersebut dikatakan wang ikhsan dari kerajaan. Kemudiannya mereka diminta menandatangani satu perjanjian yang akhirnya memerangkap mereka. Lebih mendukacitakan, peguam yang dilantik oleh mereka (dipercayai ahli Umno) tidak bertindak melindungi mereka sebaliknya bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu peneroka yang daif ini. Dan akhirnya dari RM200ribu baki pampasan tersebut, peneroka ini hanya menerima RM30ribu sahaja.
Kaum ibu ini wajar diberi pujian kerana keberanian mereka dan tidak kelihatan pun kaum lelaki (suami) yang berani kehadapan untuk berjumpa dengan Najib. Namun usaha berani kaum ibu ini hampa apabila mereka ditarik ketepi oleh pihak polis yang bertugas. Mereka menjerit untuk menarik perhatian Najib namun tidak diendahkan.
Semalam mereka menghubungi Setiausaha Sulit Najib dan menceritakan segala masalah mereka. Setiausaha Sulit Najib bertanyakan siapakah ADUN kawasan tersebut, dengan berani kaum ibu ini mengatakan bahawa "ADUN Nusa Jaya adalah Datuk Aziz Sapian yang hanya tahu berjanji manis bila hampir pilihanraya namun tidak langsung membantu nasib peneroka Felda Tebing Runtuh yang telah ditipu. Begitu juga dengan Menteri Besar Johor yang hanya tahu berzapin sahaja. Berpucuk surat rayuan agar campurtangan Menteri Besar Johor dalam permasalahan ini namun tiada tindakan dari pejabat Menteri Besar..."

KEAHLIAN BARU PKR

Berpuluh borang keahlian telah dihantar ke Pejabat PKR Pusat namun berdasarkan senarai keahlian PKR Gelang Patah yang dihantar oleh PKR Pusat sebelum MATC yang lalu, kami mendapati berpuluh nama tercicir walaupun borang tersebut telah dihantar ada yang melebihi setahun.
Isu ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh PKR Negeri Johor agar ianya dapat dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR pada 28 - 30 Mei 2010 nanti. Bahkan mereka yang telah menukar Cabang juga masih tidak tersenarai dalam PKR Gelang Patah.
Pihak PKR Gelang Patah telah menghubungi beberapa kali PKR Pusat untuk bertanya status permohonan namun pelbagai alasan diberikan termasuk borang tidak diterima dan sabotaj dari adanya unsur bekas Setiausaha Agung PKR sebelum ini.
Sewajarnya PKR telah mempunyai Sistem Pendaftaran Keahlian secara "online" sebagaimana parti2 lain sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini.
Isu keahlian sering menjadi bahan pertikaian dan perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak. Jangan jadikan permohonan menjadi ahli PKR seperti proses permohonan meminta kerja.

21 May 2010

22 MEI 2010 - NAJIB AKAN KE JOHOR

Najib Razak dijangka akan mengadakan lawatan kerja ke Johor pada 22hb Mei 2010 (Sabtu) dan beliau dikatakan akan merasmikan satu program di Nusajaya.
Semalam penulis menerima 3 panggilan dari Polis Cawangan Khas yang menanyakan apakah AMK Johor atau Pemuda Pakatan Rakyat akan berbuat sesuatu semasa kehadiran Najib.
Penulis menjawab "tidak" sebab kami Pemuda Pakatan Rakyat punyai maruah dan tidak akan bertindak sebagaimana yang dilakukan oleh budak2 upahan Umno yang menyalak dan melakukan provokasi ketika kehadiran DS Anwar Ibrahim di Johor.
Namun kesabaran kami ada hadnya. Jika pihak polis gagal mengawal tindakan liar "budak2 upahan Umno" yang menggangu program kami, jangan salahkan kami jika kami bertindak balas yang mungkin akan menimbulkan kekecohan.
Sudah 2 kali program yang melibatkan DS Anwar Ibrahim diganggu oleh "budak2 upahan Umno" yang cuba melakukan provokasi "bangsat".
Bermula di Air Manis, puluhan "banner" yang memaki hamun DS Anwar digantung dimerata tempat di seluruh laluan utama di sekitar Kulai. Namun AMK bertindak pantas dengan memotong serta menurunkan banyak "banner2" tersebut. Pada malam ceramah pula, segerombolan "askar upahan Umno" telah berkumpul dibahu-bahu jalan menanti kehadiran DS Anwar Ibrahim dengan tujuan untuk melakukan provokasi. Penulis yang pada ketika itu berada ditempat tersebut melihat pihak polis memberi kerjasama penuh kepada "askar upahan Umno" memaki hamun DS Anwar dan melakukan provokasi yang melampau tanpa sebarang tindakan oleh pihak polis bagi memberhentikan perlakuan bangsat "askar upahan Umno" tersebut. Pihak Polis dilihat langsung tiada kuasa dan pada malam tersebut "askar upahan Umno"lah sebenarnya dilihat paling berkuasa. Jika "Tuan Zul' dilihat begitu tegas apabila berdepan dengan pimpinan Pakatan Rakyat namun apabila berdepan dengan "askar upahan Umno" beliau dilihat seperti....... (pembaca punyai andaian sendiri)
Pada 7 Mei 2010, sekali lagi memperlihatkan kegagalan pihak polis menghentikan provokasi oleh sekumpulan 50 orang "askar upahan Umno" yang menyalak dan melakukan provokasi terhadap program ceramah DS Anwar Ibrahim. Bahkan "banner" yang memaki hamun DS Anwar dibiarkan digantung berhampiran tapak ceramah. Sekali lagi dilihat "askar upahan Umno" ini lebih berkuasa dari pihak Polis. Sepanjang program berlangsung mereka menjerit dan mencemuh sehingga membangkitkan kemarahan beberapa petugas program namun perbuatan tidak bermoral oleh "askar upahan Umno" itu langsung tidak diambil tindakan oleh Polis walaupun adanya beberapa anggota FRU dan Polis Cawangan Khas.

Persoalanya, jika kami Pemuda Pakatan Rakyat khususnya AMK Johor bertindak seperti mana yang dilakukan oleh "askar upahan Umno", apakah pihak Polis akan mendiamkan sahaja..??? Jika "askar upahan Umno" diberi hak dan kebenaran yang tidak rasmi untuk memaki hamun pemimpin kami, maka kami juga ingin diberikan sedikit ruang bagi kami menanyakan kepada Najib "SIAPAKAH PEMBUNUH ALTANTUYA"