DEMI RAKYAT
JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT
KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........
18 March 2010
PEMIMPIN UMNO HIDANG ARAK - SETIAUSAHA AGUNG
Menteri kanan itu dikatakan tidak senang dengan kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat semalam bahawa ada pemimpin Umno yang menghidangkan minuman keras pada ulang tahun perkahwinannya.
Saifuddin juga memberitahu Dewan Rakyat dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Umno ke Amerika Syarikat, seorang pemimpin parti itu tertidur di kasino dan gagal mengikuti rombongan berkenaan.
Inikah namanya pemimpin Umno yang memartabatkan Islam..???? Masa depan Islam dan maruah orang melayu akan tergadai sekiranya parti "bangsat" ini terus diberi kuasa untuk memegang tampuk pemerintahan...
Bersama kita kuburkan Umno pada PRU-13 nanti...
ANWAR SEPERTI MELEPASKAN "ANJING" TERSEPIT
Begitulah pepatah melayu yang membawa maksud "sikap tidak mengenang budi orang yang dibantu dan akhirnya orang tersebut akhirnya menikam orang yang membantunya selama ini". Sikap yang sewajarnya dikalungkan kepada Zahrain Hashim bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru.Pendedahan beberapa bloggers tentang sikap Zahrain termasuk bagaimana beliau dan keluarga serta menantunya mampu menginap di sebuah hotel mewah di London selepas beliau mengistiharkan keluar dari PKR mungkin telah mencetuskan kemarahan beliau. Apakah Zahrain akan menjadi "babi laga" Umno/BN????
Sifat "kebinatangan" Zahrain yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada DS Anwar semalam wajar menjadi satu cabaran kepada Angkatan Muda Keadilan terutama AMK Pulau Pinang untuk membongkar "kebangsatan" Zahrain semasa menjadi Ahli Parlimen PKR di Bayan Baru.
AMK Cabang Gelang Patah mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan Zahrain yang menggunakan kekebalan dewan parlimen untuk melemparkan pelbagai tuduhan atau fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim. Keluarnya DS Anwar dari dewan parlimen semalam bukanlah disebabkan beliau pengecut seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen BN akan tetapi beliau tidak sanggup mendengar fitnah dari orang yang selama ini dibantunya.
Angkatan Muda Keadilan wajar mengistiharkan "perang" ke atas Zahrain.
17 March 2010
WEE KA SIONG & ONG KA TING PERCATURAN BARU PIMPINAN UMNO
Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong masih lagi menyembunyikan isu sebenar mengenai pembabitannya dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila mengemukakan perintah ex parte kepada Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Robert Phang.
Perkara itu terjadi ketika cubaan Robert untuk mendedahkan mengenai penglibatan Ka Siong dengan skandal penyelewengan PKFZ kepada pemberita semasa sidang media 22 Januari lalu di Kuala Lumpur.
Tindakan Wee menghalang Robert mengaitkan dirinya dengan PKFZ, jelas menunjukkan tindakan pengecut Ka Siong untuk mendedahkan hal sebenar kepada orang awam. Tindakan Ka Siong itu hanya akan menguatkan lagi tafsiran bahawa beliau memang ada kaitan dengan isu ini. Ka Siong sewajarnya berani tampil memberi penjelasan untuk membersihkan namanya jika benar beliau tidak terlibat dalam skandal terbabit, dan bukannya menghalang pegawai SPRM daripada menjelaskan isu sebenar.
Amat jelas, ada perkara yang beliau tidak mahu orang awam tahu mengenai penglibatan syarikatnya, Hijau Sekitar Sdn Bhd dengan isu penyelewengan PKFZ.
Mungkinkah kemunculan semula Tan Sri Ong Ka Ting yang menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Presiden MCA pada 28 Mac ini adalah atas desakan atau campurtangan pimpinan Umno/MCA yang merasakan diri mereka terancam dengan isu skandal PKFZ ini.
DS ANWAR BATAL RAYUAN HAKIM DIGUGURKAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuannya meminta Hakim Mahkamah Tiinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menggugurkan dirinya daripada mendengar kes liwat beliau.Permohonan itu telahpun difailkan di Mahkamah Rayuan oleh peguam DS Anwar, Karpal Singh. Keputusan itu amat mengejutkan ketika kritikan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu sengaja melewatkan perbicaraan. Pembatalan ini dibuat kerana DS Anwar memutuskan mahu mempercepatkan perbicaraan tersebut. Beliau juga tidak mahu perbicaraan tersebut terganggu kerana proses pengumpulan dokumen untuk rayuan akan memakan masa yang panjang.
Mungkinkah keputusan ini mengejutkan peguam2 dan saiful sendiri sedangkan mereka sendiri tidak menjangka DS Anwar akan bertindak membatalkan rayuan tersebut. Pastinya "skrip" yang tidak lengkap akan di dengar di mahkamah nanti sebagaimana awal perbicaraan kes ini yang telah berjaya menewaskan dialog Raja Lawak 4.
15 March 2010
HARIAN METRO - SATU LAGI AKHBAR PENCACAI UMNO

Bahkan keluarga mangsa amat kecewa apabila beberapa kenyataan yang tidak pernah sama sekali diucapkan oleh mereka namun ianya di tokok tambah dalam berita tersebut dengan tujuan untuk dipolitikkan.
Semalam juga dikhabarkan bahawa Ketua Pemuda Umno Tenggara dan Ahli Parlimen Kota tinggi turut mengutuk Tian Chua yang dilabel sebagai tidak bertanggungjawab. Hanya pihak keluarga dan Tian Chua sahaja yang mengetahui apa yang berlaku selepas kejadian tersebut.
Semoga kejadian ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati ketika memandu di jalanraya. Ianya juga pengajaran yang amat berguna Majlis Pimpinan Negeri Johor agar bertindak pantas sekiranya berlaku sesuatu yang tak di duga seperti ini sebelum ianya dimanipulasi oleh pihak tertentu. Sekiranya DS Anwar diberikan nombor telefon keluarga mangsa, pasti DS Anwar akan menghubungi keluarga mangsa dengan segera. Namun pihak MPN dan PKR Kota Tinggi gagal berbuat demikian sehingga berita ini dimanipulasikan oleh media pencacai Umno/BN yang sentiasa menunggu berita bagi memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat.
Sekiranya Majlis Pimpinan Negeri merasa keberatan untuk bertindak, arahkan sahaja Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (AMK Johor) untuk bertindak. Kami sentiasa bersedia.
LEE CHONG WEI - PENDATANG YANG MENGHARUMKAN MALAYSIA
Anak didik Datuk Misbun Sidek itu menjadi juara All England pada ulang tahun kejohanan tersebut yang ke-100. Beliau yang merupakan anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah melangkah ke perlawanan akhir All England tahun lalu, namun impiannya untuk merangkul gelaran juara ketika itu dihalang pemain China Lin Dan.
Kejayaan Chong Wei wajar menjadi kebanggaan Malaysia walaupun ada pihak terutama beberapa pemimpin Umno yang lantang bersuara mengatakan bahawa orang cina di Malaysia ini adalah pendatang.Apakah Umno yang dikatakan terlalu berjiwa melayu tidak merasa bangga dengan kejayaan Chong Wei ini atau Umno sendiri meletakkan kasta2 tertentu kepada bangsa lain selain dari bangsa Melayu.
KEDAH TAK MEMBANGUN - MUKHRIZ
Sewajarnya beliau selaku Timbalan Menteri menjenguk seketika apa yang berlaku di Johor yang selama lebih 50 tahun dibawah pentadbiran Umno/BN, sekarang berada diambang muflis berikutan ketidakcekapan kerajaan negeri mengurus tadbir kewangan negeri.
Begitu juga dengan peruntukan untuk sekolah2 yang kini dikurangkan bahkan ada pelajar sekolah berasrama dipaksa balik ke rumah masing2 pada setiap hujung minggu berikutan pihak sekolah mahu mengurangkan kos penyediaan makanan.
Apakah malang pelajar2 sekolah di Malaysia ini yang kaya raya dengan hasil buminya namun masa depan pelajar2 ini terpaksa dikorbankan demi kepentingan pemimpin yang tak pernah puas memunggah kekayaan. Inikah perjuangan Umno/BN selama lebih 50 tahun yang di bangga-banggakan. Inikah dinamakan kejayaan pembangunan yang diwar-warkan oleh pimpinan Umno.
Ini baru sedikit pendedahan. Belum lagi nasib pelajar2 di IPT tempatan.
Kepada Mukhriz, cerminlah dahulu prestasi negeri2 dibawah pentadbiran Umno/BN.
13 March 2010
DS ANWAR IBRAHIM DI MERSING - UMNO SEMAKIN GELABAH
Kedatangan DS Anwar Ibrahim ke Mersing buat julung kalinya telah disambut hampir 10 ribu orang yang hadir dalam Ceramah Perdana anjuran Pakatan Rakyat Mersing. Jumlah tersebut agak memeranjatkan kerana kawasan Mersing merupakan kubu kuat Umno selain dikelilingi felda2 dan perkampungan nelayan yang majoriti besarnya adalah melayu.

DS Anwar Ibrahim dalam ceramahnya mencabar Najib mendakwanya atas kenyataannya berhubung komisyen pembelian Jet Sukhoi, Kapal Selam serta keterlibatan Najid dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya Sharibu.
Beliau juga menyeru anggota tentera atau bekas pesara tentera yang memahami erti dan nilai perjuangan agar membuat bersama-sama Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan bagi menukar tampuk kepimpinan yang lebih baik.DS Anwar juga berjanji sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, hasil kekayaan negara akan dikecapi oleh seluruh rakyat sebagaimana berlakunya di negeri Selangor.
Sebelum beliau memulakan ceramah beliau, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia yang menjadi pencacai kepada Umno.
Kehadiran ribuan hadirin telah memberi isyarat kepada Umno bahawa rakyat Mersing akan membuat perubahan pada PRU-13 nanti. Kepada PKR Mersing walaupun baru di peringkat penajaan, jangan cepat berpuashati dengan kejayaan program tersebut. Lipat gandakan lagi usaha untuk Pakatan Rakyat menawan Johor.KENDERAAN TIAN CHUA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN
Kenderaan yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua telah mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandu oleh sahabatnya itu berlanggar dengan sebuah motorsikal malam tadi (12 Mac 2010). YB Tian Chua yang dalam perjalanan ke Mersing bagi menghadiri program ceramah bersama DS Anwar Ibrahim, terpaksa membatalkan kehadiran beliau ke program tersebut berikutan beliau dikehendaki memberi keterangan kepada pihak polis.Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motorsikal terbabit yang merupakan seorang anggota tentera cuba memotong sebuah bas yang menghala ke kota Tinggi lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki oleh Tian Chua.
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah dan kehilangan banyak darah akibat tangannya yang terputus manakala rakannya (pembonceng) mengalami kecederaan.
Jalan yang gelap kerana tiada lampu jalan serta keadaan jalan yang bengkang bengkok memberi sedikit kesukaran kepada pemandu yang tidak biasa melalui jalan tersebut.
Bapa mangsa yang ditemui di Balai Polis Kota Tinggi redha dengan kemalangan tersebut dan sempat berpelukan dengan Tian Chua dan menganggap kemalangan tersebut sebagai takdir.
Namun sedikit kekesalan apabila sekumpulan pemuda Umno yang cuba bertindak agresif terhadap Tian Chua namun ianya berjaya ditenangkan oleh beberapa AJK AMK Johor dan orang ramai yang segera bergegas ke tempat kejadian. Mereka kemudiannya berkumpul di hadapan balai polis terbabit sebelum diarah beredar oleh anggota polis yang bertugas.
Sifat tenang, budi bahasa dan perlakuan sopan Tian Chua semasa memperjelaskan situasi sebenar kepada bapa mangsa telah menarik perhatian beberapa anggota polis yang turut memuji sikap Tian Chua. Bahkan suasana sebak bila mana bapa mangsa sanggup memeluk Tian Chua dan sebagai reaksi balas Tian Chua bersalam dan mencium tangan bapa mangsa. Inilah sikap terpuji dari seorang pemimpin.
Pemandu/rakan beliau masih ditahan di balai polis berkenaan sehingga esok untuk siasatan lanjut.
Kepada keluarga mangsa, kami ucapkan takziah diatas kehilangan insan tersayang.
PROGRAM DS ANWAR DI KOTA TINGGI - UMNO SEMAKIN GELABAH
Bahkan mereka yang tidak dapat membeli tiket tersebut turut menghadirkan diri dan sanggup berada diluar restoran hanya semata-mata ingin mendengar amanat serta melihat sendiri DS Anwar Ibrahim.Namun gangguan bekalan elektrik selama 5 minit telah mencetuskan sedikit ketegangan apatah lagi sebaik sahaja bekalan elektrik terputus, lori TNB melalui depan restoran dan berhenti seolah-olah mahu mencari punca kenapa bekalan elektrik terputus. Namun lakonan dari mereka gagal memuaskan hati petugas2 di situ sehingga mencetuskan sedikit ketegangan. Laungan Reformasi bergema menandakan ketidakpuashatian mereka terhadap kebangsatan Umno.


Turut hadir pada Majlis Makan Malam tersebut adalah YB Tian Chua dan Datuk Chua Jui Meng.
Diharap malam tadi adalah malam kebangkitan semangat PKR Kota Tinggi untuk terus berjuang menumbangkan Umno di muka bumi Johor.

Tahniah PKR Cabang Kota Tinggi..
PENAHANAN AJK AMK GOMBAK - AMK JOHOR JANGAN GENTAR
Walaupun berita mengenai penahanan dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak telah ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat telah merentap keberanian atau semangat juang Angkatan Muda Keadilan di Johor ini, diharap ianya hanya bersifat sementara. Risalah penerangan terperinci dari PKR Pusat mesti dedarkan kepada rakyat agar ianya dapat memahamkan duduk perkara sebenar isu pertuduhan liwat yang kita anggap sebagai Fitnah ke-2 terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi mematikan langkah politik beliau. Angkatan Muda Keadilan di setiap cabang di Johor tidak wajar gentar dan takut terhadap sebarang ugutan dan tekanan kerana dengan cara ini sahaja kita dapat menerangkan kepada rakyat secara "detail" bahawa pertuduhan liwat ini hanyalah rekaan semata-mata.
Ayuh anak muda... Jangan rasa takut dan gentar.. Teruskan perjuangan...
12 March 2010
UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN "BACIN"
Bekas Ketua AMK Malaysia, Mohd Ezam Mohd Noor akan mengadakan Ceramahnya di Rimba Terjun, Pontian pada malam ini (12/3/2010) anjuran Umno Cawangan Rimba Terjun (Parlimen Tanjung Piai). Secara kebetulan ataupun telah dirancang, Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kota Tinggi/Mersing juga akan diadakan pada tarikh yang sama.
Namun begitu, perkhabaran dari teman2 di Pontian mengatakan bahawa SMS palsu dan khabar2 angin mula disebarkan dengan mengatakan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke ceramah "Mat Ezam" sebelum ke program rasmi beliau.Mungkinkah pihak penganjur khuatir sambutan dari penduduk setempat kurang memuaskan serta populariti "Mat Ezam" yang semakin menurun apatah lagi kebencian rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin meluap-luap, maka "aura" Dato Seri Anwar Ibrahim digunakan untuk menarik kehadiran orang ramai.
Begitulah "kebacinan" Umno Caw. Rimba Terjun di dalam Parlimen Tanjung Piai apabila terpaksa menggunakan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk programnya. Kepada Datuk MOY (pemilik majalah UJANG) adalah lebih bermaruah jika gunakan kartunis2 Datuk untuk menarik orang ramai datang ke ceramah Mat Ezam dari menghantar SMS palsu.
"BANGSAT PUNYA UMNO"
ISU LOMPAT PARTI - MOHSIN AKAN JAWAP MINGGU DEPAN

Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bersedia tampil ke hadapan bagi mendedahkan “perkara sebenar" yang berlaku dalam PKR sehingga mendorong beliau keluar parti dan menjadi wakil bebas.
Beliau yang kini dikatakan sedang bercuti di Indonesia menyatakan kesediaannya untuk ditemubual.
Beberapa persoalan pasti akan diajukan oleh wartawan antaranya berita yang menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan sebanyak RM4 juta oleh Umno Perak yang diketuai oleh Hj. Zahid Hamidi melalui Dr. Ibrahim Saad namun beliau hanya menerima sebanyak RM100,000.00 setakat ini dari jumlah yang ditawarkan.
Yang pastinya individu yang menjadi "orang tengah" dalam urusan ini bakal menerima habuan lumayan dan berlipat kali ganda walaupun permohonan untuk menjawat jawatan "tertinggi" dalam anak syarikat negeri Selangor di tolak oleh MB Selangor. Rajuknya sehingga beliau menjadi "broker" kepada mana2 Yang Berhormat dari PR ingin melompat parti.
Parti sewajarnya bersyukur apabila "si bangsat" pengkhianat parti secara sukarela keluar dari parti setelah mereka mengetahui bahawa merekalah pembawa penyakit dan kotoran di dalam PKR.
11 March 2010
- PROGRAM DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI KOTA TINGGI & MERSING -
Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan ke Johor pada 12 Mac 2010 (Jumaat) bagi meneruskan agenda/usaha Pakatan Rakyat Johor untuk menawan negeri ini pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Kali ini giliran Kota Tinggi dan Mersing akan menjadi tuan rumah bagi program beliau di Johor.Gabungan Pakatan Rakyat di Kota Tinggi dan Mersing telah bertungkus lumus sejak 2 minggu yang lalu untuk membuat persiapan terbaik. Komitmen tinggi yang diberikan oleh petugas2 telah memperlihatkan kesungguhan mereka mahukan Umno/BN di tumbangkan di bumi Johor ini.
Beberapa AJK Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah diberikan amanah untuk menjaga keselamatan Dato' Seri Anwar Ibrahim sepanjang program beliau di Johor manakala selebihnya akan dikerahkan ke Mersing kerana dijangkakan suasana "panas" akan berlaku namun diharapkan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menjaga keperibadian masing2 bagi menunjukkan sikap dan kematangan politik. Jangan termakan provokasi murahan dari golongan2 "bangsat" yang sentiasa mahu menggagalkan apa juga program Pakatan Rakyat di negeri Johor ini kerana mereka sudah mula gelisah dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat Johor mengenai kepincangan petadbiran yang diterajui oleh Umno terutama kelemahan dalam urustadbir kewangan negeri.
Berikut adalah tentatif program lawatan Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kota Tinggi dan Mersing :-
Kota Tinggi
- 07.30 mlm - DSAI bersama rombongan dijangka tiba di Kota Tinggi dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Jamek Kota Tinggi
- 0800mlm - Jamuan Makan Malam di Public Restoran, Kota Tinggi
- Yang Berbahagia Datuk Chua Jui Meng
- Yang Berhormat Tein Chua
- Yang Berhormat Gan Pei Nei
Mersing
- 0845pm - 1200pmCeramah Perdana Pakatan Rakyat
- Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim
- Yang Berbahagia Datuk Chua Jui Meng
- Yang Berhormat Tein Chua
- Yang Berhormat Gan Pei Nei
- Yang Berhormat Dr. Boo Cheng Hau
- Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed

