DEMI RAKYAT
JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT
KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........
04 May 2010
RENUNGAN SEMPENA HARI IBU
Sayangilah Ibu...
Kenangilah jasa Ibu...
Hargailah pengorbanan Ibu...
Renungilah video clip ini semoga menyedarkan kita betapa besarnya jasa ibu pada kita...
03 May 2010
ZALEYSMB... BUKTIKAN YANG AMK JOHOR SEMAKIN LUMPUH
Pemilik laman web tersebut membuat kenyataan "kurang bijak" hanya berpandukan beberapa blog cabang yang tidak aktif lagi. Inilah bentuk kebodohan bloggers upahan APCO-Umno.
Jika pemilik blog agendabangsa.com yang menggunakan nama singkatan zaleysmb mengatakan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor lumpuh setelah beberapa blognya tidak aktif, sewajarnya penulis yang "kurang bijak" ini membuat carian "berapa banyakkah pula laman web pemuda APCO-Umno yang aktif...???.
Saya mencabar zaleysmb menyenaraikan berapa banyakkah laman web Pemuda APCO-Umno Bahagian yang aktif di Negeri Johor ini...?? Berdasarkan carian saya, setelah lebih 60 tahun parti APCO-Umno ini ditubuhkan, hanya separuh dari 26 Bahagian Pemuda APCO-Umno yang mempunyai laman web/blog rasmi. Bahkan hanya beberapa laman web/blog sahaja yang aktif. Ini amat2 memalukan Pemuda APCO-Umno yang merupakan parti tertua di negara ini.
Saya mencabar zaleysmb menyenaraikan nama dan nombor keahlian anggota Angkatan Muda Keadilan diseluruh negeri Johor yang bertindak keluar dari PKR seperti mana yang didakwa olehnya.
Saya juga mencabar beliau membuktikan ujudnya kumpulan "INSAF" seperti yang didakwa oleh zaleysmb yang telah berjaya melumpuhkan Angkatan Muda Keadilan di negeri Johor ini.
Jangan hanya kerana ingin melihat artikel kamu dilihat hebat, maka kamu menaburkan fitnah dan memberikan kenyataan bohong kepada rakyat. Jadilah penulis blog/laman web yang bermaruah.
Justeru, saya sebagai pimpinan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor mencabar pemilik blog agendabangsa.com @ zaleysmb untuk membuktikan dakwaannya terhadap Angkatan Muda keadilan Negeri Johor.
"Berani Kerana Benar"
Naib Ketua (I)
Angkatan Muda Keadilan
Negeri Johor
SERUAN UNTUK AMK DI NEGERI JOHOR... MASIH MAHU BERDIAM DIRIKAH KAMU
Apakah Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor tidak merasa tercabar membaca artikel ini (klik sini).... atau masih mahu tunggu dan lihat.
AMK Gelang Patah pernah membuat teguran mengenai blog2 yang tidak aktif dan akhirnya ianya digunakan oleh pemuda APCO-Umno untuk memutarbelitkan fakta dengan mengatakan AMK Johor sudah lumpuh.
Fikirkan dan bertindak segeralah demi maruah Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor.
TAWARAN RM4 JUTA UNTUK JATUHKAN NAJIB
Sebelum beliau dipecat, kickdafella hanyalah nama biasa setaraf dengan bloggers2 lain namun selepas beliau dipecat, pelbagai isu2 "haprak" cuba dibangkitkan beliau kerana dendamnya terhadap individu tertentu.
Bloggers2 Pakatan Rakyat tidak perlukan kekuatan wang untuk menjadi pahlawan siber bagi menjatuhkan kepimpinan "Pak Lah" pada ketika itu dan kini semua bloggers Pakatan Rakyat berpadu tenaga untuk menjatuhkan kepimpinan Najib Razak kerana jika manusia bernama Najib ini diberi kuasa untuk memerintah Malaysia, dikhuatiri Malaysia akan diceroboh atau digadai kepada Israel dengan begitu mudah. Sesungguhnya bloggers2 Pakatan Rakyat tidak seperti bloggers2 upahan APCO/Umno-BN sehingga mereka mampu berkereta mewah. Bloggers2 Pakatan Rakyat bangkit kerana kesedaran untuk mempertahankan hak rakyat dan menyelamatkan Malaysia dari mangsa kerakusan pemimpin bangsat APCO/Umno-BN yang sanggup menggadaikan keselamatn negara hanya kerana mahukan kuasa pemerintah kekal pada mereka.
Kalaupun benar dakwaan RM4juta oleh kickdafella itu, beliau bukanlah seorang bloggers yang hebat sehingga ada pihak yang sanggup membayar wang yang sebegitu banyak kerana jika RM4 juta itu diberikan kepada bloggers Pakatan Rakyat, kami yakin bukan setakat kerajaan negeri pimpinan APCO/Umno-BN tumbang akan tetapi kami akan pastikan Malaysia ini akan diperintah oleh Pakatan Rakyat..
TINDAKAN "GANAS" ANGGOTA POLIS
Kehadiran pihak polis yang menyerbu perhimpunan tersebut tanpa sebarang amaran seolah-olah hendak berperang. Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi. Program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.
Serbuan pihak polis terhadap majlis2 anjuran Pakatan Rakyat sering berlaku termasuk di Johor. Walaupun pihak penganjur telah mematuhi syarat proses permohonan permit seperti ceramah atau sebagainya iaitu 14 hari sebelum program tersebut diadakan, namun keputusan samada permohonan itu diluluskan ataupun ditolak menyebabkan pihak penganjur terpaksa meneruskan program tersebut walaupun tiada kelulusan permit dari pihak polis berikutan promosi program tersebut telahpun disebarkan. Adalah lebih profesional jika pihak polis memberi jawapan dalam masa 7 hari dari tarikh permohonan serta memberi cadangan lokasi yang sesuai untuk program tersebut jika permohonan itu ditolak.
Pihak polis wajar mengadakan hubungan baik dengan pimpinan Pakatan Rakyat kerana belum tentu pada Pilihanraya Umum akan datang kerajaan APCO-BN akan menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menjadi parti pemerintah kerana kebangsatan pemimpin APCO-BN ini semakin hari semakin terbongkar.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah mengucapkan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara yang meluluskan permit ceramah pada 1 Mei 2010 yang lalu. Nasihat serta kerjasama profesional yang diberikan oleh pihak IPD Johor Bahru Utara wajar menjadi contoh kepada IPD yang lain.
Sewajarnya pihak polis faham bahawa kami bukan mahu bermusuhan dengan pihak polis dan matlamat kami adalah untuk menumbangkan kedurjanaan kerajaan "bangsat' APCO/Umno-BN yang dilihat semakin terdesak untuk mendapat kepercayaan rakyat sehingga sanggup bersengkongkol dengan Yahudi semata-mata untuk memastikan mereka kekal berkuasa dibumi Malaysia walaupun terpaksa menggadaikan keselamatan negara kepada musuh islam.
29 April 2010
SKANDAL KOMISYEN KAPAL "TAK" SELAM : NAJIB BAKAL DIPAKAIKAN PAMPERS OLEH ZUL NORDIN
Joseph Breham, seorang daripada anggota perundangan Perancis yang telah memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal penjualan kapal selam kepada kerajaan Malaysia, akan mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan Pertubuhan Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan SUARAM yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.Najib pada sekitar 2002 yang pada ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahanan, adalah menteri yang bertanggungjawab keatas pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dollar. Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.
Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakkan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.
Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.
Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.
Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.
Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.
Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati. Namun begitu Najib mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.
Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada dengan nama "Allah" bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.
Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib. Selepas Altantuya dijumpai dibunuh dengan kejam, pihak berkuasa menjumpai sepucuk surat yang mengatakan bahawa wanita itu akan memeras ugut Razak Baginda untuk sejumlah US$500,000, walaupun tujuan wang itu tidak disebut.
Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu. Ini bermakna kos berbilion dollar yang dilaburkan oleh Kerajaan Malaysia hanyalah untuk membeli besi kosong.
Pembaca nilailah sendiri "kebangsatan" pemimpin Apco-BN/Umno yang hanya mementingkan perut mereka sendiri dan wang rakyat dibazirkan sebegitu sahaja.
28 April 2010
KEMEJA RASMI PKR CABANG GELANG PATAH
Kemeja T @ T Shirt (berkolar/tidak berkolar) PKR Gelang Patah akan dijual dengan harga RM20 - RM30 sehelai dan ianya boleh dibeli oleh setiap ahli PKR Gelang Patah yang telah berdaftar. Dan sekiranya ada individu yang berminat tetapi belum menjadi ahli, mereka perlulah mendaftar sebagai ahli PKR Gelang Patah.
Sehubungan dengan itu, semua AJK/Ahli PKR Gelang Patah diminta berhubung terus dengan Setiausaha Cabang (Sdr. Nazri) di 019-7482937 @ 017-7358397 bagi pengesahan saiz dan urusan bayaran. Contoh baju2 tersebut akan dipamerkan pada program Ceramah 1 Mei 2010 nanti.
MAJLIS TAHLIL & MERAIKAN PETUGAS PRK HULU SELANGOR
Tarikh : 06hb Mei 2010 (Khamis)
Masa : 08.45 malam
Tempat : Pejabat PKR Taman Teratai.
Aturcara program :-
08.45 -09.20 mlm - Majlis Tahlil dan Doa (akan dipimpin oleh Pemangku Ketua Cabang)
09.20 - 10.00mlm - Tazkirah oleh Utz. Zaifiddin bin Mat Isa
10.00 mlm - Jamuan
Semua AJK dijemput dan diwajibkan hadir.
*** Program Tahlil dan Tazkirah akan diadakan setiap 2 minggu bermula 6hb Mei 2010.
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 01hb Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 08.45malam
Tempat : Pejabat Pas Kwsn. Gelang Patah (Dewan Al-Razi)
Jalan Kebudayaan 10, Taman Universiti, Skudai
Antara penceramah yang akan hadir adalah YB Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai), YB. Manikavasagam (Ahli Parlimen Kapar), Sdr. Suhaizan Kaiat (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat) dan Sdr. Badrulhisham Shahrin @ Che'gu Bard (Majlis Pimpinan PKR Pusat).
Sebagai Pengarah Program tersebut, saya dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar penjelasan pimpinan Pakatan Rakyat mengenai kemelut politik negara yang semakin berkeceramuk akibat kerakusan Najib yang mahukan kemenangan bagi beliau terus kekal berkuasa. Saya turut mengalu-alukan kehadiran ahli2 Umno yang inginkan penjelasan lanjut mengenai isu APCO, 1Malaysia, Kewangan Negara dan pelbagai lagi isu yang akan dihujahkan oleh penceramah jemputan pada malam tersebut.
Sekian, terima kasih.
Mohd Fadzil bin Hashim
Pengarah Program
27 April 2010
PRK P212 SIBU : TERUSKAN PERJUANGAN....
Selepas penat berkempen di Hulu Selangor, kini tugas lebih getir menanti petugas Pakatan Rakyat apabila PRK Sibu pula menanti. 8 Mei 2010 merupakan hari penamaan calon manakala 16 Mei 2010 adalah hari pengundian sebagaimana yang telah ditetapkan oleh SPR.Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh SPR, Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos kalangan angota tentera dan polis. Daripada jumlah itu, 36,389 adalah pengundi Cina (66.7 peratus), 5,740 Melayu (10.5 peratus) dan 12,050 Bumiputera Sarawak (22.1 peratus). Seramai 27,679 adalah pengundi wanita dan kira2 4,000 pengundi berusia antara 70 hingga 90 tahun.
Dalam pada itu, 3,028 orang adalah pengundi baru ataupun mereka yang berpindah ke bahagian itu sejak selepas pilihan raya umum 2008.
Berdasarkan fakta tersebut dan mengambil kira sokongan atau "reform" yang ditunjukkan oleh kaum cina dan india pada PRK Hulu Selangor, peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi tersebut adalah besar. Apatah lagi keceluparan Presiden Perkasa yang mendesak kerajaan APCO-BN menangguhkan bentuk bantuan kepada kaum Cina dan India setelah mereka secara total menolak APCO-BN pada PRK Hulu Selangor baru2 ini.
Keceluparan Ibrahim Ali yang menang pada PRU-12 atas tiket PAS dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya Ahli Parlimen Bebas yang jelas menyokong APCO-BN, wajar diberikan pengajaran dan kaum yang dihina pemimpin "bangsat" ini mesti memberi mesej yang jelas bahawa politik perkauman bukan lagi relevan dimasa ini. Sewajarnya Ibrahim membantah kempen atau taburan wang yang cukup banyak oleh Najib Razak pada PRK Hulu Selangor untuk membeli undi terutama peneroka2 felda yang majoritinya orang melayu sekaligus memperlihatkan bahawa moral atau maruah orang2 melayu boleh dibeli dengan sejumlah wang sedangkan pada hakikatnya mereka diugut secara halus oleh Najib. Manakan tidak, apabila Najib mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada peneroka, kemudiannya memaklukan bahawa RM1,000 tunai diberikan kepada peneroka2 felda tersebut semasa kempen manakal bakinya akan diberikan jika APCO-BN menang pada PRK tersebut. Najib mewarisi kepimpinan penjajah yang merosakan jiwa dan minda orang2 melayu yang sememangnya layu bila menerima sogokan atau ganjaran. Seperti penulis katakan sebelum ini bahawa inilah "saka" warisan nenek moyang kita sejak zaman kesultanan melayu yang perlu dibuang dan diubah dari pemikiran orang2 melayu. Inilah cabaran hebat dan paling utama untuk pemimpin melayu Pakatan Rakyat bagaimana untuk mengubah minda orang2 melayu.
Cabaran getir bagi petugas Pakatan Rakyat pada PRK Sibu adalah kempen di kawasan2 pendalaman yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Namun Saketariat Pemuda Pakatan Rakyat (SEPAKAT) yang telah dibentuk bakal memberikan satu gerakan mantap yang dapat mengimbangi kekuatan jentera APCO-BN. Khabar2 angin mendakwa bahawa berkemungkinan besar ada pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan menjejaki bumi Sarawak berikutan larangan Ketua Menteri Sarawak yang mungkin risau akan berlakunya tsunami politik dibumi kenyalang.
Penulis dipelawa oleh YB Fauziah Salleh selaku Pengarah Pilihanraya PKR Pusat untuk ke Sibu bagi menimba pengalaman dan mempelajari gerakerja yang dilakukan oleh saketeriat yang telah dibentuk oleh beliau. Pengalaman dan Ilmu yang diperolehi akan diterapkan dalam gerakerja PKR Cabang Gelang Patah bagi menghadapi persedian PRU-13 nanti. Penulis masih mempertimbangkan pelawaan tersebut dan jika tiada aral, penulis bersedia bersama teman2 dari Semenanjung untuk ke Sibu. Namun jika sebaliknya berlaku, penulis akan iringi perjuangan teman2 dengan doa agar kemenangan rakyat diperolehi di bumi Sibu.
26 April 2010
MUHASABAH DEMI MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT
Walaupun kita boleh mengatakan kemenangan APCO-BN sebagai kemenangan yang tidak "gentleman" apabila taburan wang digunakan bagi mereka menguasai atau menawam semula kerusi Parlimen Hulu Selangor namun berdasarkan dari pengalaman penulis, parti perlu berbuat sesuatu jika kita ingin kemenangan mutlak dicapai pada pilihanraya akan datang.
Walaupun undi meningkat dikalangan pengundi bukan melayu, namun hakikatnya orang melayu atau lebih tepat maruah orang melayu mudah dibeli dengan wang ringgit. Felda yang dihuni oleh orang melayu masih merupakan "kilang" bagi APCO-BN untuk mengeluarkan pengundi2 tegar BN walaupun peneroka2 ini sudah diberikan penerangan yang cukup "solid" oleh Biro Felda & Orang Asal serta ANAK, namun mentaliti mereka dan iman yakin mereka masih bertuhankan $$$$. Mungkin tuduhan ini agak keras untuk diterima warga peneroka namun jika pemikiran warga peneroka ini dibandingkan dengan kebangkitan perjuangan Orang Asal/Asli, orang melayu di felda2 wajar malu dengan kesedaran Orang Asal/Asli yang hidup mereka jauh lebih susah dari warga peneroka.
Sememangnya sedari dahulu lagi jiwa & maruah orang melayu mudah dibeli. Ketika zaman kesultanan Melayu, Zaman pemerintahan British dan Zaman pemerintahan Jepun, ada sahaja nama petualang melayu yang mengkhianati agama, bangsa dan negara sendiri hanya kerana wang dengan alasan "sampai bila mahu hidup susah". Dengan sedikit tawaran walaupun penjelasan telah dibuat bahawa mereka sebenarnya ditipu oleh pemerintah namun orang melayu lemas bilamana tawaran wang dan ganjaran dijanjikan oleh pemerintah.
Pakatan Rakyat khususnya PKR perlu mencari formula terbaik untuk menjelaskan atau memberi kesedaran kepada orang melayu bukan sahaja di felda2 malahan diseluruh ceruk perkampungan tradisional yang mindanya masih tertanam "saka" zaman penjajah iaitu minda yang susah untuk berubah.
Permasalahan dalaman parti terutama pemimpin2 "haprak" yang bertindak keluar parti bilamana munculnya pilihanraya perlu dijadikan iktibar. Majlis Pimpinan Negeri perlu bertindak lebih agresif dan sentiasa berhubung dengan pimpinan Cabang untuk mengenal pasti AJK Cabang yang bermasalah dan menjadi "katak" bila sahaja adanya pilihanraya. Pimpinan Cabang perlu bijak mengenalpasti AJK bermasalah dan mendekati golongan ini agar ia tidak mudah dibeli oleh APCO-BN. Sebagai pimpinan baik diperingkat negeri/cabang/ranting, bukan sahaja tahu memberi arahan namun perlu membimbing, mengajar, membentuk, mendidik dan memberi penjelasan sepenuhnya sehingga mereka benar2 faham fungsi mereka dalam sebuah organisasi parti. Bukan menyalahkan mereka jika organisasi tepu dan lesu. Kesedaran perlu ditanamkan disetiap jiwa pimpinan parti bahawa menjawat jawatan didalam sebuah organisasi politik bukan sekadar suka2 tapi perlu serius dan kreatif untuk mengukuhkan organisasi tersebut. Inilah salah satu kelemahan yang ada dalam PKR yang perlu diperbaiki jika mahu dilihat sebagai sebuah parti yang lebih bermaruah. APCO-BN akan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk merobek maruah parti walau dengan apacara sekalipun yang pasti matlamat mereka tercapai. Pemimpin walau setinggi mana sekalipun perlu mendengar pandangan dari orang bawahan walaupun mereka hanyalah ahli biasa.
Semoga pandangan ini tidak disalahertikan oleh mana2 pimpinan. Yang penting kita sama2 perubahan ke arah yang lebih baik perlu ada dalam setiap jiwa pemimpin. Pemimpin perlu kreatif dan inovatif serta agresif untuk mencari kemenangan. Apa guna kita menang dihati rakyat tapi kita kalah pada pilihanraya sedangkan kemenangan itu adalah langkah pertama untuk membela nasib rakyat dan jika kita gagal memenangi pilihanraya, hanya janji yang mampu kita berikan atau taburkan kepada rakyat. Justeru KEMENANGAN itu adalah HARAPAN RAKYAT. Berjuangalah dan berkerjalah untuk MENANG demi rakyat.
22 April 2010
ANWAR AKAN BONGKAR LEBIH BANYAK SALAH LAKU PIMPINAN APCO-BN JIKA DIGANTUNG
DS Anwar Ibrahim tidak gusar atau bimbang untuk menghadapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen hari ini kerana sekiranya beliau digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat masa yang ada akan digunakan sepenuhnya untuk membongkarkan lebih banyak penyelewengan dan skandal APCO-Umno/Barisan Nasional. APCO-Umno kini semakin takut dan gusar dengan pendedahan beliau mengenai pembabitan unsur Zionis Yahudi dalam kerajaan melalui firma antarabangsa Apco Worldwide.Datuk Zaid Ibrahim yang telah dinobatkan sebagai calon PKR pada PRK Hulu Selangor kini menjadi sasaran blogger2 serta pimpinan APCO-Umno apabila mereka mula menyerang peribadi beliau. Namun kebijaksanaan dan ketenangan yang dianugerahi oleh Allah kepada beliau, "permainan nakal" bloggers serta pimpinan APCO-Umno/BN dapat ditangani dengan bijaksana dan sebaliknya APCO-Umno/BN pula yang kepanasan. Walaupun apa juga media massa digunakan termasuk TV, Radio, Akhbar harian dan pelbagai lagi namun kebenaran Allah s.wt. itu lebih besar.
DS Anwar turut menyatakan bahawa beliau tidak kisah dengan keputusan Jawatankuasa Hak Kebebasan Parlimen itu nanti walaupun beliau mungkin digantung dari menghadiri sidang parlimen selama setahun. Beliau turut menjelaskan bahawa pembongkaran Isu Apco yang didedahkan dalam parlimen tempohari kerana beliau ingin menyelamatkan Malaysia daripada diresapi oleh unsur Zionis Yahudi.
PRK P094 HULU SELANGOR : ADUHAI SHAHRIZAT... ADEH LA MUHYIDDIN
Respond dari komen Shahrizat Abd Jalil yang berpangkat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengatakan "sudah lebih 2 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor namun pembangunan di Hulu Selangor amat perlahan". Shahrizat berkata demikian bila ditemuramah oleh wartawan ketika berkempen di Hulu Selangor bagi membantu calon BN memenangi kerusi tersebut.Jika Sharizat yang juga Ketua Wanita APCO-Umno mempertikaikan pembangunan Kerajaan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor setelah 2 tahun memerintah, bagaimana pula dengan kerajaan APCO-Umno/BN yang memerintah negeri Selangor sebelum ini selama puluhan tahun. Kenapa Hulu Selangor masih mundur....??? Kenapa Hulu Selangor semakin "terhulu" di hati pemimpin APCO-Umno/BN dahulu. Selangor yang merupakan negeri terkaya di Malaysia namun rakyatnya masih terpinggir dengan pembangunan. Bukan 10 tahun APCO-Umno memerintah tapi sudah lebih 50 tahun APCO-Umno/BN memerintah Selangor sebelum ini, namun Hulu Selangor hanya menikmati pembangunan yang cukup minimum.
Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Johor yang kini menjawat Timbalan Perdana Menteri sekarang sibuk menabur janji kepada warga felda di Hulu Selangor namun banyak felda di Johor ini juga memerlukan pembelaan. Warga Felda Cahaya Baru, Masai, Johor yang telah sekian lama menderita namun masih tidak mendapat pembelaan. Apakah tindakan Timbalan Perdana Menteri atau pimpinan APCO-Umno Pasir Gudang..??? Berapa lama lagi mereka harus menderita....21 April 2010
CERITA PENDEK KAWAN EZAM
Pada malam tadi juga saya berkesempatan berjumpa dan berbual dengan rakan lama Ezam. Beliau mendakwa Ezam berbohong ketika memberi kenyataan berkaitan menarik balik sokongan terhadap DS Anwar Ibrahim atas pertuduhan liwat. Rakan Ezam mendakwa bahawa dalam mesyuarat Exco AMK Pusat, Ezam tidak pernah sama sekali mengusulkan untuk membebaskan DS Anwar. Apa yang Ezam sering nyatakan dalam mesyuarat Exco AMK pusat adalah bagaimana ingin menjatuhkan kerajaan dan menghuru-harakan negara. Rakan lama Ezam juga menceritakan ketika Ezam menjadi tahanan ISA dan dipenjarakan atas kesalahan dibawah OSA, Ezam telah menghantar surat kepada pimpinan AMK yang bebas dan memaki hamun mereka ini dengan mengatakan bahawa pimpinan AMK yang berada diluar penjara/lokap sebagai "pengecut" kerana tidak berani mengadakan demontrasi sedangkan beliau sanggup dipenjarakan kononnya "mempertahankan DS Anwar Ibrahim". Penulis dimaklumkan juga bahawa seorang bekas ketua hakim merupakan bapa saudara kepada isteri Ezam dan bekas ketua hakim inilah yang dikhabarkan sering mengaturkan perancangan Ezam semasa didalam penjara.
Apakah Ezam sebenarnya merupakan "api dalam sekam" ketika dia menerajui AMK dan PKR dahulu...??? Mungkinkah DS Anwar telah menghidu perancangan licik Ezam dan membiarkan Ezam meninggalkan PKR..???
Kepada pemuja dan "penjilat" bontot Ezam yang masih berada dalam PKR, penulis menasihatkan agar "si kitul" ini dilupakan. Dipenjarakan kerana berjuang bukan satu tiket untuk kita mengatakan bahawa kita adalah pejuang yang hebat namun istiqamah dalam perjuangan serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna adalah lebih mulia.
20 April 2010
PARASIT DALAM PKR
Ketua dan Timbalan Ketua AMK Shah Alam berjalan megah bersama Ezam setelahberjaya mencemar nama PKR. Reformiskah mereka.....???
Ketua dan Timbalan Ketua AMK Cabang Shah Alam yang bertindak keluar parti setelah tidak berpuashati dengan pencalonan Zaid sebagai calon PRK Hulu Selangor bahkan menyifatkan tindakan DS Anwar Ibrahim mencalonkan Zaid hanyalah untuk mempertahankan beliau dengan kepakaran undang2 yang dimiliki Zaid ketika di parlimen nanti. Tindakan keluar parti oleh 2 pimpinan AMK Shah Alam ini dikaitkan dengan sms dari Ketua AMK Selangor yang juga Naib Ketua AMK Pusat yang dikatakan tidak berpuashati dengan pencalonan Zaid.
Dr Halili umum keluar parti PKR dan dibelakangnya adalah bekas Setiausaha Agung PKR.
Tindakan Dr. Halili yang bertindak keluar dari parti dan menyertai Umno walaupun beliau antara orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999 sedikit sebanyak menggangu perjalanan kempen di PRK Hulu Selangor namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengendurkan kempen di Hulu Selangor. Kenyataan Dr. Halili dalam sidang akhbarnya jelas menggambarkan kekecewaannya apabila tidak terpilih sebagai calon PRK Hulu Selangor dan rakyat dapat menilai keikhlasan perjuangan beliau selama ini.
Mengharapkan pangkat dan imbuhan itu bukan prinsip dalam perjuangan PKR dan jika ada pemimpin PKR yang bersikap demikian, walau setinggi mana sekalipun kedudukan anda dalam parti, percayalah bahawa kami yang berada dibawah akan "menjahanamkan mereka". Jika masih ada golongan yang berkepentingan peribadi dalam parti ini maka ini adalah amaran buat "golongan bangsat" itu, jika kamu ingin kekal dalam parti untuk membela nasib rakyat, maka berubahlah dan insaflah tetapi jika kamu tidak mahu berubah dan insaf maka setinggi mana kedudukan kamu dalam parti ini, kami menasihatkan anda agar "berambus" keluar dari parti ini sebelum kami halau kamu seperti "anjing kurap".
"Golongan bangsat" ini wajar sedar apabila melihat gelombang rakyat, kuasa rakyat menumbangkan keangkuhan Umno/BN pada PRU-12 yang lalu dan ianya juga tidak mustahil bahawa ahli biasa dibawah ini mampu untuk menjatuhkan mereka sekaligus menjahanamkan "golongan bangsat" ini dari terus menjadi parasit dalam parti.


