DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 March 2009

BERULANGKAH "ERA MAHATIR" BILA NAJIB MENJADI PM

Mahatir kian tersenyum apabila 'anak murid' yang sangat taat setia kepadanya mula menerbitkan hasil yang semakin ranum. Jelas dengan tindakan ala zaman Mahatir telahpun dimulakan dan ini adalah petanda bahawa satu petaka besar akan berlaku dalam sistem demokrasi negara. Namun, diharap ugutan2 ini sedikit pun tidak menggentarkan para pejuang yang mahukan kerajaan yang benar2 telus, adil dan berintigriti.

Najib sebenarya gerun dan takut dengan beberapa skandal yang boleh menggugat kedudukannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kenapa Najib masih berdiam diri apabila seorang wartawan akhbar antarabangsa mendedahkan bahawa Najib pernah bertemu Altantuya. Berkemungkinankah wartawan terbabit mempunyai bukti2 yang berasas sehingga berani mendedahkan pembohongan Najib. Isu lain seperti Kapal Selam, Jet Pejuang, Eurocopter dan beberapa isu yang lain amat membimbangkan Najib kerana berkemungkinan isu2 ini 'bisa' membuatkan impian untuk duduk di kerusi empuk Menteri Perdana terlepas dari tangannya,

Akibat kekhuatiran, ketakutan dan hilang keyakinan Najib inilah menyebabkan kita terasa sekarang bahananya. Permulaan bila mana Bajet tambahan RM7 billion yang dibuat tidak ikut peraturan dewan, media diarah supaya mengeluarkan berita yang indah2 sahaja.

Kemudian apabila YB Gobind yang lantang membangkitkan isu Altantuya di dalam parlimen dan akibatnya beliau telah digantung tak bertali selama setahun. Mungkin nama Altantuya hanya eklusif untuk Najib sahaja tanpa orang lain boleh menyebutkannya. Diikuti kemudian larangan ceramah dan yang terbaru permit Suara Keadilan dan Harakah digantung 3 bulan.

Mungkinkah Najib boleh dianggap telah diresapi oleh mahluk halus peliharaan Mahathir yang mula merasuk Najib. Pada pandangan beliau, kekalahan BN pada PRU-12 adalah disebabkan keterbukaan Pak Lah. Dan sebagai cara untuk mengekang, menghadkan kemaraan Pakatan Rakyat, Najib berpendapat perlunya penyekatan maklumat benar, tekanan politik ala 'era' mahatir dilakukan.

Akan tetapi percayalah, tindakan 'desperado' ini sebenarnya hanya menambah kebencian rakyat terhadap Umno-Bn. Sewajarnya Umno di 'kafan'kan.

30 March 2009

TAKZIAH UNTUK SDR. ROSLEE


Kira2 jam 2.00 pagi tadi (30 Mac 2009) Ketua AMK Gelang Patah telah memaklumkan kepada saya bahawa bonda tercinta Sdr. Roslee (S/Usaha Bahagian Gelang Patah) telah meninggal dunia pada kira-kira jam 11.00 malam (29 Mac 2009). Allahyarhamah dipercayai diserang sakit jantung dan menurut Sdr. Roslee lagi arwah bondanya telah lama menghidapi penyakit tersebut.


Takziah daripada kami AMK Bahagian Gelang Patah dan bersamalah kita mendoakan agar roh Allahyarhamah berada bersama-sama mereka yang bertaqwa.

SALAM TAHNIAH UNTUK KETUA AMK GELANG PATAH

Tarikh 29 Mac 2009 kira-kira jam 5.15am kelahiran puteri ke 2 Sdr Azlan selamat dilahirkan di Hospital Kulai, Johor. AMK Gelang Patah mengucapkan jutaan tahniah untuk Sdr. Azlan sekeluarga atas kehadiran "orang baru".

28 March 2009

BENARKAH INI...


Apakah perasaan anda jika anda terpandang iklan sebegini...???
Sekali lagi kerajaan Johor yang dipimpin oleh umno-bn diperlekehkan oleh syarikat yang berpengkalan di Singapura. The Casino Collage @ Agmi International (laman web : www.agmi.sg) dipercayai melatih bakal-bakal pengendali meja judi dan sebuah hotel di Johor Bahru telah digunakan untuk mereka menemuduga pelajar2 mereka sebelum dilatih di Singapura.
Apakah ini satu kerjasama antara kerajaan Johor dan Singapura.
Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai penerangan iklan juga seperti mempunyai maksud tertentu yang tersirat. Bukan kami mahu menanamkan sikap anti kerajaan Singapura namun apa yang pasti kerajaan Johor terus diperlekeh dan dipersenda oleh Singapura.
Masih boleh berbanggakah kamu wahai Umno jika kedaulatan negara terus diperlekeh oleh negara jiran... Mana ketegasan kamu sebagai kerajaan...

PANDANGAN ANAK MUDA

Bakal Timbalan Perdana Menteri yang baru akan muncul dari Johor. Naib Ketua Pemuda Umno juga berasal dari Johor manakala Naib Presiden Umno yang mendapat undian ke-2 tertinggi juga anak kelahiran Johor...

Bersediakah PKR Johor untuk berdepan dengan gabungan mereka ini...?? Keadaan PRU-12 pastinya berbeza dengan PRU akan datang ini kerana yang pastinya dengan kombinasi 3 pimpinan tertinggi Umno ini mampu untuk merubah pemikiran pengundi yang dahulunya menyokong Pakatan Rakyat. Apakah kita masih mengharap berlakunya TSUNAMI POLITIK seperti pada PRU-12????

PKR Bahagian Gelang Patah perlu melipat kaligandakan usaha2 jika benar2 mahu menawan Parlimen Gelang Patah. Strategi perlu disusun mulai sekarang.

Keakraban yang telah dirosakan oleh "mereka" yang tidak bertanggungjawab, mestilah dipupuk kembali. Yang pasti "petualang" ini tidak akan mendapat tempat di PKR Gelang Patah. Pergilah "engkau" jauh dari kami... Betapa sukarnya kami membina keakraban namun kerana dendam kesumat "engkau" sanggup pecah belahkan kami... Pergilah, kemana "engkau" mahu pergi...

Yang pastinya fokus PKR Bahagian Gelang Patah perlu jelas. Sekiranya berkehendakan kemenangan, maka kita harus berkerja dan bergerak untuk menang... AMK Bhgn. Gelang Patah cukup yakin dengan kekuatan yang kita ada mampu menawan Parlimen Gelang Patah.
Mereka2 yang telah dipilih/dilantik serta berjawatan, semestinya menunaikan dan melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat. Kita memikul harapan rakyat yang mahukan perubahan.

Perubahan pastinya akan berlaku namun ia menuntut kerjasama dari semua pihak. Yang berjawatan janganlah terlalu angkuh dengan jawatan yang disandang sebaliknya jadikanlah diri anda sebagai contoh kepada yang lain. Jangan jadikan jawatan yang disandang sebagai keseronokan dan nama sebaliknya ianya perlu diterjemahkan melalui sikap penuh tanggungjawap demi matlamat perjuangan parti.

Jangan sibuk bercerita rumahtangga orang lain, namun rumahtangga sendiri bercelaru. Umpama anak di Segamat dan di Sekijang berebut tanah manakala Anak di Kota Tinggi rumahtangganya bercelaru. Cucu tak tau ke mana... Dalam hal ini "Bapa" perlulah menggunakan kebijaksanaan menjernihkan keadaan.

Ketua Penerangan
AMK Bhgn Gelang Patah

APAKAH AKAN BERLAKU PERPECAHAN DALAM PEMUDA UMNO????

Kemenangan Khairy Jamaluddin (KJ) pada pemilihan dalam Perhimpunan Agung Pemuda Umno baru2 ini agak kontroversi. Terdapat satu kumpulan berteriak menjerit "KJ Rasuah" ketika mana Khairy sedang berucap selepas dinobatkan sebagai "Ketua Pemuda Umno". Saksikanlah rakaman video ini....

27 March 2009

KES KEMATIAN P RAMLEE B SALAM TELAH DIADUKAN KE WISMA PUTRA

Khamis (26 Mac 09), Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah telah ke Wisma Putra untuk merujuk kes kematian Allahyarham P. Ramlee bin Salam (En. Salam - berbaju merah) ke Kemeterian Luar. Kedatangan kami telah disambut oleh kakitangan Bahagian Konsular dan kami kemudian dibawa ke bilik mesyuarat. Dlam perbincangan tersebut Pegawai Kementerian terbabit telah membacakan laporan dari pihak kedutaan Malaysia di Singapura yang mana dalam kenyataan tersebut mendakwa Allahyarham bersama rakan beliau (Sdr. Khamis) telah menyeludup 7 rakyat China ke Singapura. Allahyarham di dakwa cuba melarikan diri menggunakan bot berukuran 20 kaki panjang dengan 55 kuasa kuda bersama-sama Sdr. Khamis. Ketika kejar mengejar berlaku, Khamis telah meminta Allahyarham menyerah diri namun tidak diendahkan oleh beliau. Khamis yang cacat (kudung kaki) itu kemudiannya bertindak nekad terjun ke laut manakala Allahyarham terus melarikan diri walaupun telah beberapa kali diberi amaran oleh pihak Marin Singapura supaya menyerah diri. Setelah Allahyarham tidak mengendahkan amaran tersebut maka Polis Marin Singapura kemudiaannya bertindak melanggar bot Allahyarham dan menyebabkan beliau tercampak ke laut dan pengsan. Semasa diberikan bantuan kecemasan beliau telah meninggal dunia.

Berkemungkinankah cerita ini direka...???

Antara beberapa persoalan yang timbul dari laporan yang diterima oleh kedutaan Malaysia ialah :-
  1. agak mustahil Sdr. Khamis yang cacat berani terjun keluar dari bot
  2. masakan berlaku kejar mengejar sedangkan bot Polis Marin Singapura bergerak dengan kekuatan 400 kuasa kuda sedangkan bot Allahyarham hanya 55 kuasa kuda
  3. dalam laporan itu juga mendakwa Allahyarham melarikan diri menggunakan "speed boat"
  4. kesan kecederaan yang teruk diseluruh badan dan kepala
Pihak keluarga En. Salam akan menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Singapura dan akan bertemu sendiri dengan Sdr. Khamis yang masih ditahan di Singapura.

24 March 2009

"ISU APARTHEID" - YB DR BOO CHENG HAW DIMINTA BERI KETERANGAN PADA PIHAK POLIS


YB Dr. Boo (ADUN Skudai) dari DAP telah diminta untuk hadir ke Balai Polis Central, Johor Bahru untuk memberi keterangan mengenai "isu apartheid" yang ditimbulkan ketika Sidang DUN Johor yang lalu. YB Dr. Boo diminta hadir pada jam 2.30 petang dan beliau akan disiasat dibawah "Penal Code Seksyen 500" (Punishment for defamation - Section 500. Whoever defames another shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years or with fine or with both).

Berkaitan dengan isu "aparthied" yang di suarakan oleh YB Dr. Boo sebenarnya cuba dimainkan oleh puak2 Umno yang melihat dari sudut sempit. Sedangkan YB Dr Boo menyuarakan suara rakyat Johor tidak kira bangsa dan agama yang merasakan penjualan balik Dana Johor dengan harga RM0.50/sesaham adalah tidak adil sedangkan penjualan balik Amanah Saham Johor adalah RM1.00/sesaham.

Manakala dari segi polisi pinjaman sesetenggah bank yang juga tidak bertindak adil dimana faedah yang berbeza untuk ahli dan bukan ahli. Sebenarnya, keahlian tidak ditawarkan kepada Bukan Bumiputera walaupun mereka miskin. Dasar ini bukannya tindakan afirmatif tetapi lebih bercorak segregasi dan menjejaskan perpaduan warga Malaysia.

Semoga YB Dr. Boo tidak luntur semangat juangnya walaupun pelbagai ugutan dan provokasi dari kerajaan Umno/Bn cuba membantutkan niat beliau untuk membela nasib rakyat.

GERAK TARI NAJIB SUDAH BERMULA

Apakah Najib telah memulakan rentaknya apabila Kementerian Dalam Negeri semalam telah menggantung permit akhbar Suara Keadilan dan Harakah selama 3 bulan berkuatkuasa semalam. Menterinya Syed Hamid Albar mendakwa bahawa permit akhbar Suara Keadilan dan Harakah di gantung kerana menerbitkan berita-berita yang tidak benar dan berunsur hasutan.

Akhbar Utusan Malaysia yang telah beberapa kali tewas di mahkamah dan disaman oleh mangsa fitnah akhbar terbabit namun tiada tindakan dari KDN. Namun jika benar akhbar Harakah atau Suara Keadilan ini menerbitkan berita yang tidak betul serta menghasut, sewajarnya akhbar terbabit disaman dan biarlah mahkamah yang menentukan samada berita yang dikeluarkan benar ataupun palsu. Namun apa yang jelas tindakan cuba menyekat pengedaran maklumat benar dari 2 akhbar terbabit adalah tindakan bacul dari kementerian tersebut.

Sementara itu di Bukit Selambau, kira-kira 18 penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat telah ditahan dalam satu Ceramah Perdana pada malam tadi. Ceramah yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kedah dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PRK Bukit Selambau Sdr. S. Manikumar. Tindakan ganas pihak Polis dan FRU jelas mahu menyekat penyaluran maklumat terus kepada rakyat.

AMK Gelang Patah menjangkakan bahawa selepas ini tekanan untuk Pakatan Rakyat pasti bertambah dengan pertabalan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

"Katakan Tidak Pada Najib"

23 March 2009

MAJLIS TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM P RAMLEE BIN SALAM

Semua AJK Bahagian, AJK AMK Bahagian, AJK Wanita PKR Bahagian, Cawangan PKR Bahagian serta Ahli2 PKR Bahagian Gelang Patah dapat hadir ke Majlis Tahlil untuk Allhayarham P Ramlee bin Salam pada 24 Mac 2009 (selasa). Majlis akan bermula jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut, hubungi Pemangku Ketua Bahagian Gelang Patah.

ISU KEMATIAN RAKYAT MALAYSIA DAN KEDAULATAN NEGARA

Pada 21 Mac 2009 (Sabtu) lalu, kira-kira jam 11 pagi, Saketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah bersama En. Salam bin Awang telah membuat laporan polis bagi meminta menyiasat punca sebenar Allahyarham P. Ramlee bin Salam yang dikatakan botnya telah berlanggar dengan bot Polis Marin Singapura di Perairan Punggol Barat (menurut laporan Polis Marin Singapura) sehingga menyebabkan Allahyarham mendapat kecederaan yang teruk di kepalanya dan menyebabkan kematian. Mangsa yang diberitakan pergi memancing bersama bekas iparnya yang juga orang kurang upaya (OKU), Khamis Mohammad, 50, di perairan Stulang, 13 Mac lalu dan Khamis akan diberitakan akan didakwa diatas tuduhan menyeludup.

Walaupun pada hakikatnya ibubapa Allahyarham menerima ketentuan takdir yang anak kesayangan mereka telah meninggalkan mereka untuk selamanya, namun kesan kecederaan yang teruk pada mayat P. Ramlee amat-amat memerlukan penjelasan dari pihak berkuasa republik tersebut. Apa yang amat dikesalkan oleh En. Salam ialah sikap pihak Polis Singapura yang dikatakan tidak mahu mengeluarkan laporan mengenai kematian anak beliau. Keangkuhan pihak Polis Singapura untuk bertegas tidak mahu mengeluarkan laporan polis tersebut mendorong En. Salam membuat laporan polis ke dua dan seterusnya akan meminta kerjasama pihak Kementerian Luar di Wisma Putra. Saketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah akan bersama keluarga En. Salam akan ke Wisma Putra pada 24 Mac ini untuk mendesak campurtangan kementerian terbabit.

Persoalan sekarang, pertama ; kenapakah Polis Marin Malaysia tidak dimaklumkan perkara ini walaupun Polis Marin Singapura telah mengetahui mengenai kemalangan yang melibatkan rakyat Malaysia..??? En. Salam mendapat berita kemalangan tersebut melalui jirannya dan setelah Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru mengesahkan tidak menerima mayat anak beliau akhirnya beliau membuat laporan polis dan meminta kerjasama Polis Marin Malaysia berhubung dengan Polis Marin Singapura jika polis negara jiran itu ada menjumpai mayat di periaran negara tersebut. Pada ketika itu barulah mereka mengesahkan bahawa mayat Allahyarham ada di negara republik tersebut... Apa akan terjadi jika keluarga mangsa buntu dan tidak merujuk kepada Polis Marin Malaysia. Kenapa kejadian dan kematian ini seolah-olah mahu dirahsiakan.

Kedua ; mengapakah begitu longgar kawalan perairan negara sehinggakan ada sumber mengatakan bahawa Polis Marin Singapura bebas melangkaui sempadan perairan negara mengejar pemancing/nelayan Malaysia yang dikatakan memasuki perairan republik tersebut. Adakalanya nelayan/pemancing dari Malaysia yang kurang arif dengan sempadan perairan ini terkeluar dari sempadan perairan negara akan dihambat oleh pihak Polis Marin Singapura. Diberitakan juga kes ini bukan pertama kali berlaku bahkan nelayan-nelayan di perairan tersebut mempunyai cerita tersendiri mengenai Polis Marin Singapura yang dikatakan "GANAS".. Adakah benar dakwaan mereka...????

Sewajarnya pihak yang berkuasa terhadap perairan negara dan kementerian yang terbabit mengawasi perairan negara dengan lebih rapi agar Nelayan/Pemancing dapat mencari rezeki dengan selamat. Pengawasan Polis Marin Singapura cukup rapi dan anggota Polis Marin mereka berkawal disetiap kilometer perairan negara tersebut. Cukuplah ruang udara kita diperkosa oleh Tentera Udara Singapura. Empangan Lingyu yang mempunyai koodinat "0" yang cukup strategik dalam ketenteraan di serahkan dan kini dikawal oleh tentera bersenjata republik tersebut, isu air mentah kita mengalah kini mempelawa pula republik tersebut untuk melabur di WPI dan apakah selepas ini perairan kita pula mudah dicerobohi oleh tentera atau pasukan keselamatan republik ini dengan sewenang-wenangnya. Apa lagi yang ingin kita sedekahkan kepada Singapura setelah banyak kali kita beralah, mengalah dan terus kalah.... Dimanakah kedaulatan Negara kita....

20 March 2009

KENAPA MAHATHIR TIBA2 MENYALAK

Semenjak kebelakangan ini Tun. Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri begitu lantang melontarkan komen2 beliau yang pedas2.

Baru2 ini, ketika isu Datuk Seri Ali Rustam dinafikan hak untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno penhujung Mac ini, Tun Dr. Mahathir mencadangkan agar Ketua Menteri Melaka itu meletak jawatan ekoran terlibat dalam skandal politik wang.

Tun yang menjadi penyokong kuat kepada bakal Presiden Umno, Najib Razak turut mencadangkan agar Najib memilih barisan kabinet beliau dari mereka yang benar2 bersih dari pelbagai skandal...

PERSOALANNYA....

Siapakah pimpinan Umno yang benar-benar bersih dari apa juga skandal. Jawap Tun... Siapa??? Bahkan Najib sendiri yang akan ditabalkan sebagai Presiden Umno, sudah terpalit dengan pelbagai skandal. Jika benar Najib akan menaiki takhta Perdana Menteri, calon Timbalannya juga pernah terlibat dengan pelbagai skandal.
Isu pembunuhan gadis Monggolia sudah cukup melabelkan Najib sebagai orang yang tidak boleh dipercayai apatah lagi isu eurocopter, kapal selam dan pelbagai lagi. Apakah Najib akan mendapat pengiktirafan dari negara2 luar...??? Kami percaya mungkin hanya Israel mengiktiraf Najib.
Muhyiddin Yassin pula pernah terlibat dalam isu tanah semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor. Bahkan beliau pernah di gelar "Menteri Brooker" tanah. Khabar2 angin mengatakan bahawa beliau adalah perancang untuk menyingkirkan Ali Rustam dari bersaing dengannya dalam perebutan kerusi timbalan presiden Umno.
Muhammad Taib pula pernah dikaitkan dengan skandal melarikan seorang "puteri" istana dan berkahwin di Thailand dan kini mereka telah bercerai. Beliau juga pernah ditahan oleh pihak berkuasa (tak pasti pihak berkuasa Malaysia atau Australia) kerana nak bawak lari duit berjuta-juta. Yang pasti skandal beliau lebih hebat dari Muhyiddin.

Samada Najib akan bergandingan dengan Muhyiddin ataupun Muhammad Taib, yang pastinya mereka ini tidak bersih ataupun boleh dikategorikan sebagai 'kepala tahi' dan bakal kabinet yang akan dibentuk serta pengikutnya juga adalah dikalangan 'tahi2'.

Oleh itu, jika ada pembaca blog ini terdiri dari pengikut dan penyokong umno maka fikirkanlah masa depan generasi akan datang sekiranya mereka2 ini diberi kepercayaan untuk memimpin negara. Sanggupkah pewaris kita nanti adalah perasuah. Tidak hancurkah negara kita pada ketika itu. Lihat sahaja betapa rosaknya moral anak2 muda sekarang... sanggupkah kita membiarkan mereka bertambah rosak dengan dipimpin oleh orang2 yang rosak akhlak dan moralnya...

Fikirkanlah, jika kita benar2 sayangkan pewaris generasi kita akan datang tidak dirosakkan oleh pemimpin yang rosak akhlaknya dan runtuh moralnya, kesedaran perlu ada dan kita adalah insan yang bertanggungjawab kelak sekiranya membiarkan mereka ini terus memimpin negara... Katakan "TAK NAK PADA NAJIB" KITA PASTI SEJAHTERA TANPANYA....

LAPORAN POLIS

Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah akan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah untuk membuat laporan polis berhubung kematian Allahyarham P. Ramlee bin Salam. Laporan polis akan dibuat pada esok hari (22 Mac 2009) di Balai Polis Tampoi, Johor Bahru, jam 11 pagi.

Laporan polis dibuat berikutan bapa Allahyarham, Sdr. Salam bin Awang mahukan siasatan terperinci kematian anak beliau yang mengalami kecederaan yang teruk diseluruh badan terutama di kepala. Menurut En. Salam, anak beliau telah keluar memancing di perairan Pasir Gudang pada malam 13 Mac 2009 bersama seorang kawan. Namun pada keesokan harinya anak beliau masih belum pulang dan cubaan menghubungi anak melalui telefon mudahalihnya juga gagal. Beliau seterusnya merujuk dan membuat laporan polis mengenai kehilangan anak beliau. Setelah siasatan dibuat, Polis Marin Singapura mendakwa telah menjumpai satu mayat di perairan Ponggol Barat, Singapura.

Setelah disahkan oleh keluarga beliau bahawa mayat yang dijumpai adalah Allahyarham P. Ramlee, maka urusan membawa keluar jenazah tersebut dari Singapura dibuat.

Yang menjadi persoalan kini ialah Allahyarham dan rakannya didakwa oleh Polis Singapura telah cuba menyeludup sesuatu ke Singapura. Rakannya pula dipercayai masih hidup dan kini ditahan oleh pihak berkuasa Singapura merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mana kaki beliau telah kudung. Tambah mencurigakan apabila pihak Polis Singapura enggan mengeluarkan Laporan berhubung kematian Allahyarham.

Laporan polis yang akan dibuat esok adalah langkah pertama sebelum meminta pihak Wisma Putra campurtangan dalam kes ini.

Sehubungan dengan itu, semua wartawan adalah dijemput pada sidang akhbar yang akan dibuat selepas laporan polis itu dibuat. Kronologi peristiwa tersebut juga akan diedarkan esok.

19 March 2009

APAKAH UMNO AKAN HANCUR KERANA "WANG"

Rakyat semakin keliru dengan situasi yang melanda parti politik tertua di Malaysia iaitu Umno. Baru2 ini calon Timbalan Presiden yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam telah didapati bersalah kerana terlibat dalam "politik wang" oleh Lembaga Disiplin Umno serta hilang kelayakan bertanding pada perhimpunan agung Umno penghujung Mac ini. Menantu Perdana Menteri pula juga didapati bersalah namun hanya diberikan amaran. Manakala Umno Pahang pula mendesak Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakub meletak jawatan ekoran beberapa ADUN dan Ahli Parlimen Pahang didapati bersalah dalam "politik wang".

Apa yang telah terjadi kepada Umno...?? Dikala rakyat menolak Umno pada PRU-12, sewajarnya pimpinan Umno sedar dan harus mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka. Apakah mereka yang terlibat ini mahu dilihat dan dinilai oleh rakyat "Politikus Bangsat" dan Umno sebagai "Parti Bangsat" yang tidak mahu bermuhasabah diri setelah rakyat memberi amaran pada pru-12??? Apa yang mereka cari dan kejar sehingga sanggup menggunakan kekuatan "wang" untuk mencari pengaruh atau mengejar pangkat...?? Sekiranya ahli bawahan mereka telah "dibiasakan" dengan amalan sebegini, menggunakan wang untuk mencari pengaruh masakan "politik wang" dalam Umno dapat dihapuskan malah untuk dibendung pun sukar.

Ketua Angkatan Muda Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam bersama Ketua Angkatan Muda Melaka, Sdr. Hairis Nordin dan Ketua Pemuda PAS Negeri Kamarudin Sidek telah membuat laporan kepada SPRM berkaitan isu politik wang yang melibatkan Ali Rustam. Namun rombongan mereka telah di"provok" oleh samseng2 murahan Umno bahkan kereta Sdr. Shamsul Iskandar telah dibaling dengan batu. Menurut sumber, terdapat beberapa Pegawai Polis ditempat kejadian bagi mengawal keadaan namun kejadian yang menimpa Sdr. Shamsul adalah amat dikesalkan. AMK Gelang Patah percaya bahawa tindakan Sdr. Shamsul dan beberapa kepimpinan AMK Melaka adalah untuk melihat Negeri Melaka ditadbir oleh seorang pemimpin yang benar2 bersih, telus, adil serta jujur. Bukan menggunakan kekuatan wang untuk dilihat lebih berpengaruh.

Sewajarnya pimpinan PKR di peringkat cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat mengambil iktibar dari "isu politik" wang dalam Umno sebagai pengajaran. Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah memberi amaran kepada pemimpin2 PKR atau dalam AMK diperingkat mana sekalipun, yang berura-ura menggunakan kekuatan "wang" untuk dilihat lebih berpengaruh agar menghentikannya. Jika adanya laporan berlakunya genjala ini dalam PKR, AMK Bahagian Gelang Patah bersedia membongkar isu ini dan melaporkan kepada pucuk pimpinan parti agar tindakan tegas diambil.
Ketegasan dan keberanian Ketua AMK Kepala Batas, Amizudin Ahmat membongkar penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pimpinan PKR Pulau Pinang sewajarnya diberi pujian jika beliau benar2 ikhlas dan mahukan PKR dilihat rakyat sebagai parti yang bermaruah. Jika benar mereka2 ini menerima "imbuhan" dari "tauke2" kuari seperti yang dilaporkan, pemimpin seperti ini perlu diserahkan kepada SPRM agar mereka dihukum oleh undang2 yang sedia ada.

Bagaimana di Johor??? Menurut sumber dari dalam Umno sendiri, banyak dakwaan berlakunya ketidaktelusan dalam pemilihan perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno bahkan ada juga berlakunya "politik wang" sehinggakan jumlah undi melebihi perwakilan ketika Mesyuarat Agung Umno Bahagian??? Manakah laporan tersebut??? Adakah laporan tersebut telah di"bakul sampah"kan oleh Menteri Besar Johor??? Sekiranya benar Menteri Besar cuba menyembunyikan kes2 "politik wang" yang berlaku pada Mesyuarat Agung Umno Bahagian agar Umno Johor dilihat "bersih" dari genjala tersebut, maka sewajarnya ahli Umno yang bermaruah bertindak mendakwa Abdul Ghani Osman ke Lembaga Disiplin Umno. Kepincangan Mesyuarat Agung Umno Bahagian Pontian, Gelang Patah dan beberapa Bahagian lagi dipercayai akibat ada calon yang ingin menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno menggunakan kekuatan wang untuk meraih undi, apakah ini benar...??? Masakan "jika tiada angin pohon bergoyang"....

Jika benar berlakunya "politik bangsat" dan adanya "politikus bangsat" dalam Umno Johor yang cuba dilindungi oleh Menteri Besar, kami menyeru agar ahli2 umno yang bermaruah dan tidak mahu dilabelkan sebagai "ahli umno yang bangsat" agar menyertai Pakatan Rakyat. Akan tetapi mereka harus membuang amalan2 yang tidak baik ketika mereka dalam Umno dan mentaliti Umno dalam pemikiran mereka mestilah dikikis. Bagi Rakyat Johor yang cintakan pemerintahan yang bersih, telus, adil dan berintergriti, marilah kita bersama-sama menolak kempimpinan Umno/Bn pada pilihanraya akan datang.... Ayuh... kita sama2 lakukan perubahan ke arah kebaikan....

"REFORMASI, REFORMASI, REFORMASI"

S/Usaha AMK Gelang Patah
Naib Ketua (I) AMK Johor

17 March 2009

PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH

Tanggal 17 Mac 2009 bertempat di Dewan Ar Radzi (Pejabat PAS Bhgn Gelang Patah), Taman Universiti, Skudai, Johor adalah detik bersejarah bagi PKR, PAS dan DAP dimana terbentuknya organisasi bagi memantap dan mengeratkan lagi kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Bermula dari cetusan idea Sdr. Nazri yang mahukan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat di Gelang Patah dipereratkan dan susulan pertemuan pada 06 Mac 2009 lalu, maka satu mesyuarat telah diadakan pada malam tersebut. PKR Bahagian Gelang Patah diwakili oleh En. Abdul Manan Othman (Pemangku Ketua Bahagian), Sdr. Mohd Nazri Ismail (Pen. Setiausaha), Sdr. Ramli b. Ahmad (Naib Ketua AMK), Sdri. Dewi (Wakil Wanita), Sdr. Zainalhelmi (Pengerusi Tetap AMK) dan beberapa pimpinan yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut.
PAS Gelang Patah pula diwakili oleh Tn. Hj. Md Shah bin Lamat (Yang Dipertua), Tn. Hj. Dzulkifli Ahmad (Timbalan Yang Dipertua), Sdr. Musa bin Abdul Wahab (Setiausaha), Utz. Zaifiddin Isa (Ketua Pemuda), Pn. Sabariah bt Mohd Amin (Ketua Muslimat) dan Sdr. Ayob bin Embong (Ketua Penerangan) manakala DAP di wakili oleh Sdr. Low (Ketua Pemuda), Puan. Ng (Ketua Wanita) dan Pn. Tan (Ketua Penerangan). YB Dr. Boo (ADUN Skudai) tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut berikutan beliau dijemput sebagai Penceramah Jemputan di Kempas, Johor.
Dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan bahawa 2 organisasi dibentuk iaitu :-
  1. Majlis Pengerusi Pakatan Rakyat Gelang Patah
  2. Saketeriat Pakatan Rakyat Gelang Patah
Pada mesyuarat tersebut, semua telah bersetuju untuk memperkemaskan dan menyelaraskan program/aktiviti serta gerak kerja bagi memperkukuhkan lagi semangat kerjasama. Keputusan pilihanraya umum ke-12 adalah sebagai rujukan untuk memperkuatkan dan memperkemas lagi gerak kerja. Memperbanyakan perjumpaan dengan masyarakat setempat dan beberapa program bersama telah juga telah diusulkan untuk diperbincangkan dengan lebih lanjut.

Harapan dengan terbentuknya Majlis Pengerusi Pakatan Rakyat Gelang Patah dan Saketeriat Pakatan Rakyat Gelang Patah agar jentera setiap parti bergabung bagi menumbangkan Umno/Bn di Gelang Patah serta mengekalkan kemenangan di DUN Skudai.

SINONIMNYA PIMPINAN UMNO DGN RASUAH/POLITIK WANG

Desas desus mengatakan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang pada mulanya menawarkan diri untuk bertanding bagi kerusi Timbalan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno penghujung Mac ini, akan menarik diri dari bertanding jawatan tersebut berikutan ada dakwaan yang mengaitkan beliau dengan politik wang. Beliau juga disebut-sebut antara pemimpin kanan UMNO yang bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO hari ini.

Begitulah sinonimnya pemimpin Umno dengan rasuah/politik wang. Pemimpin Umno sewenang-wenangnya mempergunakan wang untuk kepentingan politik mereka manakala penerima rasuah pula seperti tiada maruah dan harga diri serta sanggup turut menjadi 'si bangsat' politik. Dikala rakyat semakin menolak Umno, namun pemimpin Umno sanggup mempergunakan kekuatan wang demi menyambung karier politik mereka. Inikah pemimpin yang ahli2 Umno mahukan...?? Inikah pemimpin kamu wahai ahli Umno...??? 'Si Bangsat' ini membeli kamu demi politik mereka manakala kamu wahai ahli umno yang menerima wang dari mereka seumpama 'Pelacur' politik.... Sanggupkah kamu dihina oleh pimpinan kamu sendiri. Mana maruah kamu... Dan duit yang kamu terima, kamu beri pula pada anak bini kamu... aduhhhh... hinanya kamu.. Sanggup kamu diperlakukan dan memperlakukan begitu. Masih berbanggakah kamu menjadi ahli/penyokong Umno...

Beberapa hari yang lepas, calon Majlis Tertinggi Umno Mohamad Norza Zakaria telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah/politik wang. Siapakah dalam Umno yang benar2 bersih dari rasuah. Najib... Muhyidin... Muhd Taib... Ali Rostam... Khalid Nordin... Hishamuddin.. Azalina... Idris Jusoh... Shahidan Kassim... Khir Toyo.. Inilah nama2 besar dalam Umno. Siapakah antara pemimpin2 ini yang benar2 bersih dari RASUAH...??? Mungkin Datuk Aziz Sapian (ADUN Nusajaya) sahaja yang dalam Umno benar2 bersih dari politik wang... Betulkan Datuk... Orang Pontian kirim salam....

16 March 2009

NAJIB FENIN...

Kurang 6 jam sebelum pembentangan bajet tambahan RM60 bilion (secara kebetulan ataupun memang ianya sudah dirancang) berlaku satu pertemuan bersejarah antara PM Datuk Seri Abdullah Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika ianya memang dirancang, pastinya Najib semakin kecelaruan dan semakin tertanya-tanya kesudahan angan2nya.. Adakah ianya realiti atau sepertinya angan2 mat jenin. Rosmah pula semakin celaru. Kerisauannya makin menjadi-jadi. Persoalan timbul dibenaknya "apa kejadahnya Dollah jumpa Anwar pulak, tercapai ke cita2 aku nak jadi 1st Lady ni..... Macam makin jauh je". Segala persiapan mungkin telahpun Rosmah beli setaraf dengan gelaran isteri kepada Perdana Menteri nanti...

Nantikan sahaja kesudahannya... Umum mengetahui bahawa Anwar punyai strategi politik yang dikagumi oleh kawan dan lawan... Nantikan sahaja kesudahannya...

APAKAH SARIP DOL MASIH WUJUD...


Gambar ini diambil ketika ADUN Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dihalang dari bersidang. Inilah lagak samseng upahan Umno...

14 March 2009

MAKLUMAN

Program Siri Ceramah Perdana Sdr. Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia) bersama YB Nik Nazmi (ADUN Sri Setia) terpaksa dibatalkan dan ditunda ke bulan April kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

PKR Bahagian Gelang Patah memohon maaf diatas perkara tersebut.

PKR GELANG PATAH MENERUSKAN GERAK

Parti Keadilan Bahagian Gelang Patah meneruskan usaha2 mendekati rakyat di sekitar Parlimen Gelang Patah. Beberapa usaha telah digerakkan bermula di kalangan ahli yang berdaftar. AJK Bahagian dan AMK Bahagian Gelang Patah akan berjumpa dengan mengunjungi rumah ahli2 PKR Parlimen Gelang Patah sambil memberikan surat pengesahan keahlian.

Antara program lain yang masih dalam perancangan adalah seperti aktiviti senamrobik, kejohanan badminton, kejohanan bowling dan pelbagai lagi.

Semoga semua yang terlibat diberi kekuatan semangat perjuangan yang tinggi.

Teruskan sahabat ku.....

13 March 2009

ISU KETUA PEMUDA UMNO GELANG PATAH

Ada individu yang mendakwa dirinya rakan sekolah kepada Sdr Norhisham telah memberitahu kami bahawa Ketua Pemuda Umno Gelang Patah ini mempunyai satu isu berhubung kait dengan KRU. Kami masih mendapatkan pengesahan cerita tersebut dan jika benar cerita tersebut maka kami akan dedahkan...

Tungguuuuuuuuuu........

ANTARA AYAM BETINA DAN SAIFUL

"Saiful Bukhari mendakwa dirinya diliwat oleh DSAI"...

1) Tidak melawankah Saiful pada ketika itu
2) Berdayakah DSAI melawan tenaga muda Saiful
3) Apakah Saiful diugut untuk diC4kan seperti Altantuya

Sedangkan Ayam Betina pun melawan sebelum "ditenggek" oleh Si Ayam Jantan.. Sekiranya benar DSAI meliwat Saiful, masakan Saiful begitu lemah merelakan "duburnya" diliwat...

Mungkin ada benarnya kenyataan Pahang Daily Online, jika benar Saiful ingin mempertahankan dakwaannya, mengapa PUSRAWI tidak disaman...

Apakah selepas ini Mahkamah di Malaysia di tertawakan oleh dunia.... Tunggu sajalah...

SINONIMNYA PEMIMPIN UMNO DAN RASUAH

Baru2 ini Setiausaha Azalina Othman Said telah ditahan berikutan penemuan sejumlah wang (dianggarkan RM70,000.00) di dalam keretanya. Wang itu dipercayai untuk membeli undi perwakilan pada perhimpunan agung umno penghujung bulan ini. (pelik ke.....)

Pada 11 Mac 2009, Pakatan Rakyat Negeri Johor telah membuat laporan rasuah di pejabat SPRM Johor Bahru, yang mendakwa Sdr.Azman B. Abdul Rahman bersama Abdul Rahim Bin Adlan yang mewakili Datuk Halimah Sadiq, cuba merasuah Hj. Sanip (calun PAS) supaya calun PAS tersebut menarik diri dari pada PRU ke-11. Ianya berlaku pada 16 mac 2004 jam 12.00 tengahari. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bukit Besar dan 2 Agen Halimah Sadiq diserahkan kepada Sarjan Mansur. Kira2 jam 4.15 petang pada hari yang sama 7 anggota BPR (SPRM) dari cawangan Johor telah datang ke lokasi dan mengambil pengaduan dan duit bukti sebanyak RM5,000.00. Tawaran yang diberikan kepada Tn. Hj Sanip adalah berjumlah kira2 RM100,000.
Walaubagaimanapun Halimah Sadiq masih dibenarkan bertanding pada pilihanraya umum tersebut dan memenanginya dengan majoriti yang agak besar. Hairan kan... Beliau boleh menang dan yakin menang tapi masih mahu merasuah calon lawan... Kenapa???? Mungkin jawapan ini boleh diguna pakai.. "jika berlakunya pertandingan, maka peruntukan perbelanjaan pilihanraya akan digunakan untuk memancing undi. Sekiranya Kerajaan Rasuah Umno/Bn memperuntukan setiap calon RM500,000.00 dan ada pertandingan berlaku, maka peruntukan tersebut akan digunakan. Mungkin cukup2 atau tidak cukup. Akan tetapi jika dengan bermodalkan RM100,000 untuk memujuk calon lawan supaya tidak bertanding, maka RM400,000.00 confirm masuk poket... Untung beb...

Hari ini, Malaysiakini melaporkan bahawa Norza Zakaria sebak kerana dituduh memberi rasuah atas dorongan untuk diagihkan kepada anggota-anggota perwakilan yang boleh membantu mengundi beliau untuk memenangi jawatan sebagai ahli MT Umno pada pemilihan Umno hujung bulan ini.

Antara petikan berita tersebut adalah "Sambil menitiskan air mata, Mohamad Norza yang ditemui pemberita selepas kesnya disebut di mahkamah, berkata beliau berasa amat sedih terhadap perkara yang berlaku ke atas dirinya hari ini kerana menganggapkan beliau banyak berjasa kepada parti"...

Kawan malas nak komen pasal petikan berita tu sebab nak tergelak besar... Terbayang muka Norza yang sememeh menanggis.. Abihla tak dapat nak sebat projek umno lagi..

Loman Nor Adam dah lama kawan tak ada dengar cerita dia, kat mana dia sekarang???.... Cuba bloggers kesan dia.. Atau mungkin ada disekitar Gelang Patah...

MENTERI BESAR & EXCO SELANGOR ISYTIHAR HARTA

Kesediaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk mengisytiharkan aset/hartanya kepada orang awam wajar diberi pujian. Beberapa hari yang lepas Baginda Tuanku Sultan Selangor menitahkan agar Menteri Besar dan Exconya mengisytiharkan aset/hartanya bagi bagi melaksanakan dasar pentadbiran baik seperti yang dipromosikan dalam konsep kompeten, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Seharusnya Negeri Kerajaan Pakatan Rakyat mencontohi kesediaan dan keikhlasan Menteri Besar Selangor untuk membuktikan ketelusan kepimpinannya. Kerajaan Negeri lain dibawah pemerintahan Umno/Bn pula dialu-alukan untuk mengisytiharkan harta2 Menteri Besar/Ketua Menteri bersama Exconya kepada rakyat jelata bagi membuktikan ketelusan pemimpin2 Umno/Bn.

Bersediakan Menteri Besar/Ketua Menteri Kerajaan Umno/Bn mengisytiharkan hartanya...??? Bak kata anak muda sekarang "ada beran........".

Angkatan Muda Gelang Patah yakin sekiranya Menteri Besar Johor dan Exconya diwajibkan mengisytiharkan harta, maka orang yang pertama menghantar borang yang telah lengkap diisi ialah Datuk Aziz Sapian walaupun umum mengetahui bahawa YB Aziz bukanlah Exco Kerajaan Negeri Johor namun untuk membuktikan yang dirinya bersih, kami yakin YB Aziz secara sukarela mengisytiharkan hartanya. Tak gitu Datuk...... :P

12 March 2009

BESAR SANGAT KE KUASA BILA BERJAWATAN DALAM UMNO

Pada 10 Mac 2009, beberapa Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas premis2 makanan di sekitar Mutiara Rini, Lima Kedai dan Taman Universiti.

Sekitar jam 11.30am, Kakitangan Jabatan Kesihatan ini telah memeriksa sebuah restoran yang di kenali sebagai Restoran Mama Lynn di Mutiara Rini. Hasil pemeriksaan tersebut, restoran tersebut telah diberikan Notis Tutup 14 hari berikutan tahap kebersihan dan kesihatan di restoran tersebut amat teruk.

Akan tetapi seorang pelanggan tetap restoran tersebut iaitu Pandak Ahmad (Timbalan Ketua Umno Bahagian Gelang Patah) bertindak luar batasan dengan melemparkan kata2 kesat terhadap kakitangan Jabatan Kesihatan Johor Bahru serta mengugut akan mengadukan atau membawa perkara tersebut ke pihak atasan.

Sikap angkuh beliau jelas menunjukkan bahawa mereka yang berjawatan dalam Umno merasakan dirinya cukup berkuasa. Ini bukan pertama kali pemimpin Umno Gelang Patah bersikap dan bertindak liar seperti ini. Menurut sumber, beberapa tahun yang lalu ketika krisis penyeludupan disel hangat diperkatakan, seorang pemimpin Umno Gelang Patah telah menggunakan kuasa dan pengaruhnya serta hubungan baiknya dengan pimpinan negeri untuk menukarkan 2 penjawat awam yang telah mengesan adanya kegiatan penjualan disel yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan di stesen minyak miliknya. Inilah sikap pimpinan umno yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Isu Timbalan Ketua Umno Gelang Patah yang melemparkan kata2 kesat kepada kakitangan Jabatan Kesihatan juga dilihat tidak menghormati penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab dan tugasannya. Kakitangan Jabatan Kesihatan Johor Bahru ini bertindak untuk melindungi pelanggan restoran terbabit termasuk Timbalan Ketua Umno Gelang Patah ini dari diserang penyakit akibat kelalaian pemilik restoran menitikberatkan faktor kebersihan dan kesihatan premisnya. Sewajarnya beliau sebagai pemimpin masyarakat menegur serta menasihati pemilik restoran terbabit agar lebih menjaga kebersihan demi pelanggannya.

Apa kaitan beliau dengan pemilik restoran tersebut sehingga mereka begitu lancang mengherdik serta melemparkan kata2 kesat kepada kakitangan kerajaan yang melaksanakan tugasnya...?? Jangan fikir anda berjawatan dalam Umno anda bebas melakukan itu dan ini...

PERJUMPAAN PENTING !!!!!

Semua ahli Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah diminta hadir ke Pej. PKR Taman Teratai pada malam ini jam 9mlm. AJK Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah adalah diwajibkan hadir. Agenda akan dimaklumkan pada perjumpaan tersebut.

10 March 2009

CUCU MAT KILAU DITAHAN POLIS

Editor Pahang Daily Online, Cucu Mat Kilau telah diringi oleh beberapa pegawai polis ke Balai Polis Daerah Kuantan bagi membantu siasatan atas laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari mengenai artikel yang tersiar di Pahang Daily yang mengatakn bahawa Saiful mengalami penyakit kelamin yang teruk akibat sumpah lakhnatnya.

Sebelum ini beliau pernah berjumpa terus dengan Najib untuk menyokong permohonan biasiswa pengajiannya walaupun keputusan pengajiannya teruk. Dan sekarang pihak polis segera bertindak bila beliau membuat laporan polis.

Apa cerita laporan polis dari pihak Pakatan Rakyat. Adakah laporan kami di bakulsampahkan???? Apa istimewanya Saiful ini...????

Teringat kata YB Wahid Endut... Polis Malaysia seharusnya sedar bahawa PDRM adalah Polis Diraja Malaysia bukan Polis Raja Di Malaysia...

KENYATAAN SEORANG PENGAMPU

Kenyataan Tuan Haji Ruslan bin Madon, AMN., PPN., PJK. iaitu Yang Dipertua,
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) bahawa beliau merasa kesal dengan penglibatan pimpinan Pakatan Rakyat yang terlibat sama dalam himpunan 100 ribu bantahan PPSMI baru2 ini nampak seperti mengampu menteri pelajaran.

Bahkan kenyataan beliau mendakwa pimpinan parti pembangkang menjadi dalang penganjuran demonstrasi jalanan membantah dasar itu Sabtu lalu bagi mencapai kepentingan politik, menggambarkan seolah-olah mereka ingin menonjolkan diri sebagai pejuang isu berkenaan. Bahkan beliau menuduh bahawa keterlibatan pimpinan parti pembangkang sebagai mengucar kacirkan keadaan.

Antara kenyataan beliau berbunyi "GMGBM menaruh sepenuh kepercayaan terhadap keikhlasan Menteri Pelajaran berusaha menyelesaikan isu PPSMI.

Kenyataan biadap Guru Besar Sekolah Kebangsaan Setiawangsa Kuala Lumpur yang menuduh pimpinan pembangkang mempunyai motif politik dalam isu ini jelas mempunyai maksud tertentu namun bukan demi kebaikan anak2 murid beliau. Seharusnya kita menelanjangkan siapakah Roslan Madon ini. Ayuh... Blogers.. kita mulakan siasatan...

09 March 2009

Kenyataan dangkal Hishamuddin Hussein (Menteri Pelajaran) yang mendakwa bahawa perarakan 100 ribu rakyat ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum Bantahan PPSMI adalah di dalangi oleh pemimpin pembangkang dilihat sebagai kenyataan yang terdesak dan memperlihatkan bahawa Pemuda Umno ini sebagai seorang yang angkuh lagi "bodoh sombong" serta ingin mengalih pandangan rakyat kepada isu sebenar.

Bagi memperbetulkan kenyataan Ketua Pemuda Umno yang hampir "expired" ini, bahawasanya kehadiran kami dan beberapa pemimpin pembangkang adalah kerana kami merasakan betapa pentingnya memperjuangkan bahasa melayu ini demi anakcucu kami. Masakan Datuk A. Samad Said dan beberapa kepimpinan GMP yang sudah agak berumur, sanggup berkorban apa saja demi bahasa melayu ini. Bahkan Datuk A. Samad Said tidak kisah sekiranya gelaran "sasterwan negara" ditarik balik. Apakah Pemuda Umno yang "kunun"nya gagah perkasa, sanggup berkorban seperti Datuk A. Samad Said...???? Hampeh la....

Sekiranya kerajaan ikhlas mahukan anak2 kami mahir berbahasa inggeris sewajarnya guru2 diberikan kemahiran khusus serta meningkatkan mutu pengajaran dalam mengajar subjek bahasa inggeris ini agar dapat mendidik anak2 kami ini dengan lebih sempurna serta penuh rasa tanggungjawab. Walaupun dibekalkan dengan alat bantuan mengajar yang canggih namun kepertanggungjawapan sesetengah guru2 ini adakalanya seperti melepas batuk ditangga.

07 March 2009

PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH MENGORAK LANGKAH

Malam semalam (06 Mac 2009) saya turut hadir dalam pertemuan Pimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah. Antara yang hadir adalah dari DAP, YB Dr. Boo (ADUN Skudai), Tn. Hj. Md Shah Lamat (Bekas Calun PAS DUN Nusajaya), En. Abdul Manan Othman (Pemangku Ketua Bahagian PKR Gelang Patah), Tn. Hj. Zulkifli (Timbalan Yang Dipertua PAS Bhgn. Gelang Patah), Sdr. Mohamad Nazri Ismail (Setiausaha AMK Gelang Patah), Sdr. Rooney, Sdr. Bala, Sdr. Yusri dari PKR Bahagian Gelang Patah dan beberapa pimpinan dari PAS, PKR dan DAP. Pertemuan diadakan dengan cukup mesra dan terbuka.

Pertemuan ini hasil cetusan idea oleh Sdr. Nazri yang mahukan permuafakatan dan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat di Parlimen Gelang Patah dapat dipereratkan lagi. Pertemuan ini lebih menjurus kepada perkongsian maklumat mengenai sisio politik di kawasan Parlimen Gelang Patah, gerak kerja, penyelarasan program dan dalam pertemuan itu juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan Tn. Hj Zulkifli untuk menubuhkan Majlis Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah dan juga Saketariat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah.

Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat kali pertama akan diadakan di Dewan Ar-Radzi, Taman Universiti pada 12 Mac 2009 jam 9.00mlm.

Semoga pertemuan ini dapat membuka era baru untuk Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah. Teruskan usaha murni ini demi kepentingan rakyat.

Ketua Penerangan
PKR Bahagian Gelang Patah

05 March 2009

ZALIM ZALIM ZALIM

Akhbar Perancis yang mendakwa bahawa Najib pernah berjumpa Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

Zalim Zalim Zalim...... Jika benar Najib mesti dihadapkan kemuka pengadilan dan dihukum seberat-beratnya.... Zalim... Zalim.... Zalim

APAKAH SUMPAH NAJIB SUMPAH PALSU

Sebuah akhbar Perancis mendakwa Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak pernah bertemu Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.Dalam laporannya, mendakwa bahawa Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.Najib menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan. Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Nah... Apa lagi.. Mungkinkah akan terbukti siapakah pembunuh wanita monggolia tersebut sebelum Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini. Apakah ini perancangan musuh2 politik Najib yang mahu memusnahkan impiannya...

Mungkin selepas ini Najib pula akan melakukan sumpah laknat seperti Saiful. Kami syorkan sumpah laknat itu dilakukan dihadapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Al-Haj...

04 March 2009

HAMID ALBAR : UMPAMA MENEPUK AIR DALAM DULANG

Syed Hamid Albar dalam kenyataannya kurang bijaknya di Kota Baharu mengatakan bahawa beliau rasa geli hati, dalam masa sama, timbul sehingga tahap nak berkuasa walau dengan apa cara sekali pun. Ini tak bolehlah, nak berkuasa mesti ikut undang-undang. Ini merujuk kepada tindakan 27 ADUN Perak yang bersidang dibawah pokok semalam setelah tidak dibenarkan bersidang di dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan. Kenyataan Hamid Albar seolah-olah menampar mukanya sendiri.

Siapa sebenarnya yang "kemaruk" untuk berkuasa di Negeri Perak sehingga menghalalkan apa juga cara dan mengheret Sultan Perak ke dalam kemelut politik ciptaan Umno?? Siapa yang menghantar 'samseng' ala2 Sarip Dol bagi menghalang 27 ADUN Pakatan Rakyat bersidang dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan? Siapa yang sanggup menghantar peguam ke London semata-mata untuk meneliti undang2 tubuh negeri Perak agar Umno terus kekal berkuasa? Cara haprak Umno nyata memakan diri mereka sendiri. Kekalutan ciptaan mereka akan membuatkan Umno bakal tersungkur menyembah bumi....

26 ADUN Pakatan Rakyat bersetuju untuk membubarkan DUN Perak dan seterusnya mengadakan pilihanraya semula bahkan 26 ADUN Pakatan Rakyat juga secara 'gentlemen' menyerahkan keputusan siapa yang layak mentadbir negeri tersebut kepada rakyat Perak. Apakah Umno takut dan bacul untuk mengadakan pilihanraya semula di Negeri Perak? Kenapa Umno harus takut jika mereka tanpa segan silu mendakwa bahawa kerajaan bn adalah kerajaan pilihan rakyat Perak...

Kereta Myvi Merah...
UMNO.... Pirahhhhhhhh...............

AMK JOHOR CABAR PEMUDA UMNO BERDEBAT

Berikutan beberapa isu di Negeri Johor ini sering diputarbelitkan oleh kepimpinan Umno/BN, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor mencabar kepimpinan Umno termasuk kepimpinan Pemudanya untuk berdebat secara terbuka mengenai pelbagai isu di Negeri Johor.

Seiring dengan cabaran Sdr. Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS) yang mencabar Umno berdebat, AMK Johor juga senada dengan beliau dan bersedia berdebat dengan sesiapa sahaja dari Umno. Tindakan kepimpinan Umno Johor menyelewengkan fakta beberapa isu perlu diperjelaskan kepada seluruh rakyat Johor.

Tindakan beberapa kepimpinan Umno mentafsirkan isu apartheid dari sudut perkauman amatlah merbahaya. Dikhuatiri isu ini disalah tafsirkan oleh masyarakat dan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan masyarakat itu sendiri. Sedangkan isu tersebut lebih menjurus kepada sudut ekonomi dan tujuan Dr. Boo mengaitkan isu apartheid - bumiputraisme adalah untuk membela nasib pelabur Amanah Saham Johor dan Dana Johor.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat memperjelaskan isu ini kepada masyarakat Johor dan beberapa program juga telahpun disusun untuk tujuan penerangan mengenai beberapa isu terutamanya isu Iskandar Malaysia.

Justeru itu kami mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka dan nyatakan sahaja tarikh, masa dan kami mengesyorkan agar debat tersebut dibuat di tempat yang terbuka bagi memberi peluang kepada seluruh masyarakat Johor mengikuti debat tersebut.

PRK DUN BATANG AI

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai akan diadakan serentak pada 7 April 2009 ini dan penamaan calon pada 29 Mac 2009.

Dengan keputusan itu, ketiga-tiga pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN - Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan pada hari yang sama.

Semoga kejayaan sentiasa berpihak kepada Pakatan Rakyat di kala umno-bn semakin bengong.

KENAPA EK....

Najib menghitung hari untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, namun semakin dekat hari pertabalan Najib tapi politik negara semakin kucar kacir angkaranya. Layakkah Najib menjadi PM Malaysia sedangkan dirinya terpalit dengan pelbagai isu rasuah, pembunuhan dan seks. Layakkah Najib menjadi PM Malaysia sedangkan angkara dialah politik Perak kucar kacir?? Dan semalam Datuk Seri Ahmad Zahir Hamidi Al-Haj dalam hujahnya berkata bahawa Sultan yang tidak mahu membubarkan DUN Perak bukan umno..... kenapa Sultan Azlan Shah pula dijadikan sebab untuk melepaskan umno-bn yang kian tersepit.... Dan kenapa umno-bn takut sangat untuk membubarkan DUN Perak??? Adakah peramal politik umno-bn sudah menjangkakan bahawa umno-bn pasti akan tersungkur lalu tersingkir jika diadakan pilihanraya semula di Negeri Perak..??? Nyata sikap pengecut dan tindakan bacul umno-bn membuatkan rakyat semakin bijak menilai pemimpim umno-bn yang sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja asal mereka terus kekal berkuasa... Apakah pada PRU-13 akan datang adalah pilihanraya yang terkotor dan terburuk dalam sejarah demokrasi Malaysia??? Apakah kita yang sedar kepincangan ini perlu duduk diam, tunggu dan lihat sahaja??? Kita lebih bacul dan pengecut dari pemuda umno jika kita tidak melakukan sesuatu sedangkan keburukan, kepincangan, kecelakaan dan kebangsatan umno-bn jelas di depan mata kita...
Fikirlah...

PENGHARGAAN DARI YB DR BOO KEPADA AMK GELANG PATAH

ADUN Skudai YB. Dr. Boo Cheng Hau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah diatas sokongan kepada beliau dalam usaha menerangkan maksud apatheid yang disalah ertikan oleh pemuda umno-bn. Beliau menjelaskan lagi bahawa isu sebenar yang beliau bangkitkan adalah isu pembelian balik Amanah Saham Johor dan Dana Johor yang nyata berbeza. Tujuan beliau adalah untuk membela nasib pelabur2 yang terdiri dari pelbagai bangsa dan parti termasuk umno, mic, mca dan gerakan dan beliau bukan memperjuangkan nasib 1 parti sahaja. Apakah pemikiran pemimpin umno memang sempit atau disempitkan demi kepentingan politik mereka.

AMK Gelang Patah sentiasa bersedia berkerjasama dengan DAP dan PAS untuk memperjelaskan isu2 yang sentiasa diputarbelitkan oleh pemuda umno dan pimpinan umno itu sendiri.

Kami menasihatkan pemuda umno supaya jangan jadi golongan muda yang bangsat kerana hanya tahu memanipulasi dan memutarbelitkan sesuatu isu sedangkan isu yang sebenar langsung tidak mendapat perhatian dari mereka. Jika YB Karpal mengatakan pemuda umno ini "celaka", sewajarnya pemuda umno muhasabah diri dan tidak menarik isu perkauman dengan mengatakan hinaan YB Karpal melukakan hati orang melayu. Kami orang melayu dalam Pakatan Rakyat tidak pernah rasa terguris dengan cercaan dari YB Karpal terhadap pemuda umno bahkan kami berpendapat bahawa ianya adalah tepat dan cukup sinonim dengan pemuda umno.

03 March 2009

SIDANG DUN PERAK DIBAWAH POKOK

Hari ini Perak mencipta sejarah lagi. Sidang Dewan Undangan Negeri berlangsung dibawah pokok kira2 200 meter dari Dewan tersebut. Ternyata keberanian Speaker dan ADUN Pakatan Rakyat wajar mendapat pujian. Mereka ini bukan gilakan jawatan dan pangkat akan tetapi apa yang mereka mahu hanyalah suara rakyat Perak didengari. ADUN2 Pakatan Rakyat sebulat suara setuju untuk membubarkan DUN Perak agar dapat diadakan pilihanraya kecil negeri Perak dan seterusnya menyerahkan keputusan "siapakah lebih layak mentadbir Negeri Perak" kepada rakyat Perak itu sendiri. Namun 'umno-bn' lakhanat ini seolah-olah bacul dan pengecut untuk sama-sama bersetuju membubarkan DUN. Sifat pengecut ini diwarisi dari pemimpin mereka iaitu Najib Razak dan Zahid Hamidi.
Azalina Othman Said dalam kenyataannya mengatakan bahawa tindakan speaker dan 27 Adun Pakatan Rakyat bersidang dibawah pokok seolah-olah tidak menghormati Sultan Perak dan tindakan mereka umpama melaksanakan hukum rimba. Kenyataan biadap lagi tidak bijak oleh Azalina bolehlah diumpamakan meludah kelangit kerana Speaker DUN dan 27 ADUN Pakatan Rakyat hanya ingin menjalankan tanggungjawab mereka mengikut Undang2 Tubuh Negeri Perak dan yang sebenarnya tidak bertamadun adalah umno-bn yang menghalang sidang DUN Negeri Perak pagi tadi.
Jelas dilihat bahawa ADUN Pakatan Rakyat lebih berani, lebih profesional, lebih 'gentlemen' dan terbuka dalam menangani isu ini. ADUN2 Pakatan Rakyat juga mahu rakyat perak yang menentukan parti mana yang lebih layak memerintah Perak. Apakah umno-bn takut kepada kekalahan. Pahlawan apa ini.... Pahlawan Bacul... Pengecut. Inikah pejuang umno-bn....???? Inikah kerajaan yang rakyat Perak mahukan...????
Hoi.... umno lakhanat... pengkhianat bangsa, negara dan tanahair... jika mahu jadi pejuang... jadilah pejuang yang berani... jangan jadi pengecut. Belum berlawan sudah terkecing dan mengaku kalah.... Yang kelakar sebenarnya tindakan umno-bn yang pengecut dan lagi bacul. Tidak berani mengadakan pilihanraya semula.... Pirahhhhhh umno.

Hidup Hidup Hidup Rakyat.... Hancur Hancur Hancur umno...

02 March 2009

ISU APARTHEID - PEMUDA UMNO CUBA KAITKAN DENGAN ISU PERKAUMAN

Isu aparthied yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang DUN Johor, YB Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai) baru ini sengaja diperbesarkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Othman dan Pemuda Umno Johor. Setelah mendengar sendiri penjelasan dari YB Dr. Boo nyata bukan isu perkauman yang cuba dibangkitkan namun perbandingan di antara Apartheid dan Penyalahgunaan Bumiputeraism dalam dasar ekonomi bagi menarik perhatian Kerajaan terhadap ketidakpuashatian pelabur Dana Johor terhadap harga belian balik satu saham dengan nilai RM0.50 sen manakala pelabur Amanah Saham Johor (ASJ) ditawarkan harga belian balik RM1.00.
Apa yang beliau kesalkan, pada sidang DUN yang lepas Menteri Besar Johor berjanji bahawa Kerajaan Johor akan menawarkan harga belian balik Dana Johor dengan harga RM1/sesaham, namun janji tinggal janji sedangkan pelabur Dana Johor teru-terusan menanggung kerugian. Apa yang dikesalkan adalah layanan diskriminasi oleh Permodalan Johor Berhad menawarkan harga belian balik yang berbeza antara saham ASJ dan Dana Johor dan perbezaan layanan ini boleh diumpamakan dasar ekonomi bercorak Apartheid sebab layanan berbeza dilaksanakan kepada dua golongan warga Johor.

Malahan pelabur yang membuat pinjaman bank untuk membeli Dana Johor tersebut dikenakan kadar faedah yang berbeza iaitu kadar faedah ahli (bumiputera) dan bukan ahli (non-bumiputera), di mana peminjam ahli dikenakan faedah yang lebih tinggi tanpa menyelidiki sosioekonomi seseorang peminjam. Sewajarnya kadar faedah dinilai dari latarbelakang peminjam dan nilai pinjaman bukan dari sudut bumiputra atau bukan bumiputra. Ketidakseimbangan ini akan menimbulkan ketidakpuashatian sesetengah pihak dan ianya perlu diteliti oleh pihak kerajaan dan pihak bank itu sendiri. Apakah di Malaysia ini hanya golongan bumiputra sahaja yang susah atau miskin manakala golongan bukan bumiputra hidup senang lenang...???

Ketua Pemuda Umno Gelang Patah Sdr. Norisham Ismail pula di lihat seperti hilang punca dan tersilap tafsiran berkaitan ucapan YB Dr. Boo di sidang dewan DUN baru-baru ini. Beliau sengaja melihat dari satu sudut sahaja iaitu "isu perkauman" yang sedang dipopularkan oleh teman2 seangakatan beliau di Perak dan Kedah, sedangkan api perkauman segaja ditimbulkan bagi menarik simpati orang melayu agar menyokong dan kembali kepada umno yang hampir rebah.

Seperti Pemuda Umno Kedah, yang segaja memperbesarkan isu seorang ADUN Pakatan Rakyat menghina Yang Mulia Sultan Kedah sedangkan isu itu hanyalah surat layang atau khabar angin yang belum disahkan kesahihannya. YAB Menteri Besar, Datuk Seri Azizan pada minggu lepas menemplak Ketua Pemuda Umno Kedah yang dianggap tidak profesional kerana mencanang isu tersebut walaupun kesahihan isu tersebut belum lagi disahkan. Apakah tindakan Pemuda Umno sengaja memperbesarkan isu ini untuk melindungi kes bagaimana pegawai BPR (sekarang SPRM) dipindahkan ke cawangan lain berikutan pegawai tersebut berjaya memerangkap pemimpin umno Kedah yang cuba merasuah seorang ADUN Pakatan Rakyat supaya melompat parti ke BN....

Isu Apartheid ini sengaja dilihat oleh pimpinan Pemuda Umno di Johor dari sudut politik sempit dan ianya sengaja di gembar gemburkan seolah-olah YB Dr. Boo cuba mengganggu gugat keamanan dan kesepaduan rakyat Johor sedangkan matlamat mereka adalah meraih simpati dan berlagak sebagai pejuang bangsa melayu sedangkan umum telah pun mengetahui yang mereka sebenarnya adalah pengkhianat kepada bangsa sendiri. Jika mereka pejuang Bangsa Melayu, mengapa mereka tidak membela nasib penduduk di Kg. Baru Plentong Tengah dan Felda Cahaya Baru... Kenapa harus "kecut telur" bila berhadapan isu rakyat sebegini... Apakah nasib mereka di Bukit Dagang... Pernahkah pemuda umno menjenguk mereka...???? Dimana kredibiliti pemuda umno yang tidak habis2 dengan isu perkaumannya.

Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan
Bahagian Gelang Patah

PANDANGAN NAIB KETUA (1) AMK JOHOR

Semalam saya berkesempatan duduk bersama Naib Ketua (1) Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor sambil menikmati tom yam udang di Restoran Noor, Taman Universiti, Skudai. Apa yang menarik dalam perbincangan malam itu adalah berkaitan dengan pemikiran EXCO AMK Johor dan Ketua2 dan EXCO2 Bahagian...

Beliau yang baru sahaja pulang dari Mesyuarat EXCO AMK Johor dan beliau berpandangan bahawa EXCO AMK Johor dan Ketua2 AMK Bahagian perlu ada anjakan paradigma di luar kotak pemikiran jika mahukan AMK atau PKR itu sendiri dihormati lawan dan kawan. Bersama-sama pimpinan lain berusaha mematlamatkan misi dan visi parti.
Seharusnya EXCO AMK Johor memikirkan bersama bagaimana hendak mempertingkatkan lagi jentera AMK/PKR di 26 Bahagian dalam Negeri Johor. Tidak terlalu memikirkan Bahagian yang diwakilinya. Manakala Ketua AMK Bahagian & Exconya pula perlu memikirkan beberapa JDM untuk digerakkan dan dimantapkan di Bahagian masing2. Jika membiarkan beberapa individu dalam AMK Johor merencana gerak kerja seluruh negeri, di khuatiri mereka rebah sebelum ke medan perang. Sehubungan dengan itu beliau mahukan pemikiran EXCO AMK Negeri Johor berubah.
Beliau juga mengingatkan bahawa jawatan yang disandang adalah AMANAH dan penjawat juga perlu bersedia untuk menjalankan amanah. Bukan mahukan populariti dengan jawatan yang disandang. Jika tidak mampu memberi komitmen terhadap gerak kerja parti, adalah lebih baik berundur dan memberi peluang kepada individu yang lebih layak. Cabaran politik negara semakin hebat.

Kita perlu ingat bahawa matlamat kita adalah menumbangkan kerajaan umno-bn. Tetapkan matlamat dan sasaran kita....

Faizul Amer
Pen. Setiausaha
AMK Bahagian Gelang Patah

01 March 2009

YAB DATO' SERI IR NIZAR KEHILANGAN IBU MERTUA

Dukacita dimaklumkan bahawa Ibu Mertua YAB Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Nizar telah kembali ke rahmatullah pada jam 10:00 malam tadi di rumah anaknya di Jalan Damai, Tapah.
Jenazah akan disembahyangkan pada jam 11.00 tadi ini di Masjid Jamek Daerah Tapah.

Takziah kepada YAB Dato' Seri sekeluarga dari kami AMK Gelang Patah, Johor. Kami mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman kepada ALLAH s.w.t. Kami juga mendoakan dan mengharapkan agar YAB Dato' Seri terus tabah menghadapi segala ujian dari-NYA. Insya-ALLAH.....

PPSMI... APA PENDIRIAN KITA

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah lama diperkatakan oleh masyarakat namun belum ada pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor mahupun Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor yang tampil membuat kenyataan berhubung isu ini.

AMK Gelang Patah melihat isu PPSMI adalah isu yang serius bahkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah salah dari segi undang-undang. Dasar ini juga bercanggah dengan teori pembelajaran, di mana pembelajaran yang paling berkesan adalah di dalam bahasa ibunda. Apabila ia ditukar, kita melihat satu kesan nagetif akan berlaku di mana masyarakat luar bandar yang kurang bertutur dalam bahasa inggeris akan tersisih dan tertinggal di belakang. Yang fasih berbahasa Inggeris kebanyakkannya di bandar, itu pun latar belakang keluarga yang kaya yang mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan untuk mempertingkatankan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut tapi apa akan jadi dengan keluarga yang tidak berkemampuan apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang teruk sekarang. Justeru itu, masyarakat yang miskin di luar bandar akan tersisih daripada mendapat pendidikan. Hal ini menyebabkan kami betul-betul membantah perlaksanaan dasar ini dan meminta Kementerian mengkaji semula dasar tersebut. Jika benar2 mahukan pelajar menguasai bahasa inggeris kita perkemaskan pengajaran Bahasa Inggeris, bukannya dengan menukar pengajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris.

Dr. Hajjah Zaliha Musatafa, Ketua Bahagian PKR Gelang Patah yang sedang cuti sakit sekarang ini turut terpanggil memberikan pandangan beliau yang mana kita menentang bahasa inggeris kerana digunakan untuk mengajar Matematik dan Sains berikutan kelas Sains atau Matematik tidak mengajar tatabahasa dan tidak wajar diajar kepada murid dalam bahasa yang murid-murid itu sendiri tidak faham. Pakar-pakar sains dan matematik di seluruh dunia mengatakan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa ibunda adalah jauh lebih berkesan.

Apa yang kita mahu mutu bahasa inggeris di perbaiki dan dipertingkatan mutu pengajaran dan pembelajarannya di sekolah-sekolah, manakala sains dan matematik terus diajar dalam bahasa ibunda agar dapat memberi lebih kefahaman kepada murid2.

Sehubungan itu, AMK Gelang Patah menyeru agar pimpinan2 PKR, ahli2 PKR, PAS, DAP, pembaca serta siapa juga yang merasakan bahawa ketegasan kita membantah PPSMI adalah penting untuk anak cucu kita maka marilah kita beramai-ramai ke Himpunan Aman 100 Ribu akan diadakan di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang.

Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

PEMUDA UMNO : POLITIK TEPI JALAN...

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan bahawa Pergerakan Pemuda Umno tidak profesional berhubung isu surat layang yang mendakwa berlaku penghinaan terhadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah oleh seorang exco negeri.

AMK Gelang Patah melihat situasi politik murahan ini sengaja diperbesarkan oleh pemuda umno yang lebih kepada untuk memancing undi kaum melayu bagi menghadapi PRK di Bukit Selambau. Mengaitkan istana dalam hal ehwal politik negara adalah perbuatan yang tidak bermaruah dan kebelakangan ini umno sering mempergunakan kesultanan melayu atau pihak istana untuk kepentingan politik murahan mereka.

Tuduhan yang dianggap tidak berasas itu dibuat semata-mata berdasarkan isi kandungan surat layang yang tidak diketahui dari mana dan siapa pengirimnya amat menhinakan umno itu sendiri yang sewajarnya matang dalam berpolitik apatah lagi usia umno sendiri melebihi 50 tahun. Tidak keterlaluan jika AMK Gelang Patah menganggap bahawa suart tersebut adalah rekaan dari pemuda umno itu sendiri bagi membuatkan rakyat resah dengan kenyataan yang diputarbelitkan oleh pimpinan umno sendiri. Manakala media terus dilihat sudah kehilangan maruah serta bertindak sebagai pencacai umno terus menghangatkan isu ini sedangkan kesahihan surat tersebut belum dipastikan.

AMK Gelang Patah menasihatkan pemuda umno supaya lebih bermaruah dan tidak memainkan politik murahan. Khairy yang berkelulusan Universiti Oxford juga nampaknya tergoda dengan politik kurang bijak pemuda umno Kedah. Mungkin benar tanggapan YB Karpal Singh terhadap pemuda umno dan sewajarnya pemuda umno muhasabah diri dengan tuduhan YB Karpal.

Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

MANCHESTER UNITED KUKUH DIPERSADA EPL


Tewasnya 2 - 0 pasukan Liverpool kepada Middlesbrough dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi buat menyukarkan lagi impian memburu mahkota kejuaraan dan meletakkan pasukan Manchester United berada dalam keadaan selesa. Chelsea pula yang dilanda masalah kepimpinan sebelum ini dan kini dibawah kendalian Guss Hidnk telah mencipta kemenangan tipis 2-1 ke atas Wigan dan meletakan pasukan Chelsea berada di tempat kedua liga, ketinggalan 7 mata di belakang Manchester United yang kurang 1 perlawanan. Walaupun Liverpool berkongsia mata dengan Chelsea namun kelebihan jaringan meletakan Chelsea berada di tempat kedua. Manchester United akan bertandang ke St. James Park untuk bertemu dengan Newcastle United pasti mahukan kemenangan bagi terus mengukuhkan cengkaman dipersada EPL.