Malam semalam (06 Mac 2009) saya turut hadir dalam pertemuan Pimpinan Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah. Antara yang hadir adalah dari DAP, YB Dr. Boo (ADUN Skudai), Tn. Hj. Md Shah Lamat (Bekas Calun PAS DUN Nusajaya), En. Abdul Manan Othman (Pemangku Ketua Bahagian PKR Gelang Patah), Tn. Hj. Zulkifli (Timbalan Yang Dipertua PAS Bhgn. Gelang Patah), Sdr. Mohamad Nazri Ismail (Setiausaha AMK Gelang Patah), Sdr. Rooney, Sdr. Bala, Sdr. Yusri dari PKR Bahagian Gelang Patah dan beberapa pimpinan dari PAS, PKR dan DAP. Pertemuan diadakan dengan cukup mesra dan terbuka.
Pertemuan ini hasil cetusan idea oleh Sdr. Nazri yang mahukan permuafakatan dan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat di Parlimen Gelang Patah dapat dipereratkan lagi. Pertemuan ini lebih menjurus kepada perkongsian maklumat mengenai sisio politik di kawasan Parlimen Gelang Patah, gerak kerja, penyelarasan program dan dalam pertemuan itu juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan Tn. Hj Zulkifli untuk menubuhkan Majlis Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah dan juga Saketariat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah.
Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat kali pertama akan diadakan di Dewan Ar-Radzi, Taman Universiti pada 12 Mac 2009 jam 9.00mlm.
Semoga pertemuan ini dapat membuka era baru untuk Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah. Teruskan usaha murni ini demi kepentingan rakyat.
Ketua Penerangan
PKR Bahagian Gelang Patah
No comments:
Post a Comment