DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

12 March 2009

BESAR SANGAT KE KUASA BILA BERJAWATAN DALAM UMNO

Pada 10 Mac 2009, beberapa Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas premis2 makanan di sekitar Mutiara Rini, Lima Kedai dan Taman Universiti.

Sekitar jam 11.30am, Kakitangan Jabatan Kesihatan ini telah memeriksa sebuah restoran yang di kenali sebagai Restoran Mama Lynn di Mutiara Rini. Hasil pemeriksaan tersebut, restoran tersebut telah diberikan Notis Tutup 14 hari berikutan tahap kebersihan dan kesihatan di restoran tersebut amat teruk.

Akan tetapi seorang pelanggan tetap restoran tersebut iaitu Pandak Ahmad (Timbalan Ketua Umno Bahagian Gelang Patah) bertindak luar batasan dengan melemparkan kata2 kesat terhadap kakitangan Jabatan Kesihatan Johor Bahru serta mengugut akan mengadukan atau membawa perkara tersebut ke pihak atasan.

Sikap angkuh beliau jelas menunjukkan bahawa mereka yang berjawatan dalam Umno merasakan dirinya cukup berkuasa. Ini bukan pertama kali pemimpin Umno Gelang Patah bersikap dan bertindak liar seperti ini. Menurut sumber, beberapa tahun yang lalu ketika krisis penyeludupan disel hangat diperkatakan, seorang pemimpin Umno Gelang Patah telah menggunakan kuasa dan pengaruhnya serta hubungan baiknya dengan pimpinan negeri untuk menukarkan 2 penjawat awam yang telah mengesan adanya kegiatan penjualan disel yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan di stesen minyak miliknya. Inilah sikap pimpinan umno yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Isu Timbalan Ketua Umno Gelang Patah yang melemparkan kata2 kesat kepada kakitangan Jabatan Kesihatan juga dilihat tidak menghormati penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab dan tugasannya. Kakitangan Jabatan Kesihatan Johor Bahru ini bertindak untuk melindungi pelanggan restoran terbabit termasuk Timbalan Ketua Umno Gelang Patah ini dari diserang penyakit akibat kelalaian pemilik restoran menitikberatkan faktor kebersihan dan kesihatan premisnya. Sewajarnya beliau sebagai pemimpin masyarakat menegur serta menasihati pemilik restoran terbabit agar lebih menjaga kebersihan demi pelanggannya.

Apa kaitan beliau dengan pemilik restoran tersebut sehingga mereka begitu lancang mengherdik serta melemparkan kata2 kesat kepada kakitangan kerajaan yang melaksanakan tugasnya...?? Jangan fikir anda berjawatan dalam Umno anda bebas melakukan itu dan ini...

No comments: