DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

01 March 2009

PPSMI... APA PENDIRIAN KITA

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah lama diperkatakan oleh masyarakat namun belum ada pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor mahupun Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor yang tampil membuat kenyataan berhubung isu ini.

AMK Gelang Patah melihat isu PPSMI adalah isu yang serius bahkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah salah dari segi undang-undang. Dasar ini juga bercanggah dengan teori pembelajaran, di mana pembelajaran yang paling berkesan adalah di dalam bahasa ibunda. Apabila ia ditukar, kita melihat satu kesan nagetif akan berlaku di mana masyarakat luar bandar yang kurang bertutur dalam bahasa inggeris akan tersisih dan tertinggal di belakang. Yang fasih berbahasa Inggeris kebanyakkannya di bandar, itu pun latar belakang keluarga yang kaya yang mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan untuk mempertingkatankan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut tapi apa akan jadi dengan keluarga yang tidak berkemampuan apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang teruk sekarang. Justeru itu, masyarakat yang miskin di luar bandar akan tersisih daripada mendapat pendidikan. Hal ini menyebabkan kami betul-betul membantah perlaksanaan dasar ini dan meminta Kementerian mengkaji semula dasar tersebut. Jika benar2 mahukan pelajar menguasai bahasa inggeris kita perkemaskan pengajaran Bahasa Inggeris, bukannya dengan menukar pengajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris.

Dr. Hajjah Zaliha Musatafa, Ketua Bahagian PKR Gelang Patah yang sedang cuti sakit sekarang ini turut terpanggil memberikan pandangan beliau yang mana kita menentang bahasa inggeris kerana digunakan untuk mengajar Matematik dan Sains berikutan kelas Sains atau Matematik tidak mengajar tatabahasa dan tidak wajar diajar kepada murid dalam bahasa yang murid-murid itu sendiri tidak faham. Pakar-pakar sains dan matematik di seluruh dunia mengatakan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa ibunda adalah jauh lebih berkesan.

Apa yang kita mahu mutu bahasa inggeris di perbaiki dan dipertingkatan mutu pengajaran dan pembelajarannya di sekolah-sekolah, manakala sains dan matematik terus diajar dalam bahasa ibunda agar dapat memberi lebih kefahaman kepada murid2.

Sehubungan itu, AMK Gelang Patah menyeru agar pimpinan2 PKR, ahli2 PKR, PAS, DAP, pembaca serta siapa juga yang merasakan bahawa ketegasan kita membantah PPSMI adalah penting untuk anak cucu kita maka marilah kita beramai-ramai ke Himpunan Aman 100 Ribu akan diadakan di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 jam 2 petang.

Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

No comments: