Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendedahkan bahawa Pergerakan Pemuda Umno tidak profesional berhubung isu surat layang yang mendakwa berlaku penghinaan terhadap Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah oleh seorang exco negeri.
AMK Gelang Patah melihat situasi politik murahan ini sengaja diperbesarkan oleh pemuda umno yang lebih kepada untuk memancing undi kaum melayu bagi menghadapi PRK di Bukit Selambau. Mengaitkan istana dalam hal ehwal politik negara adalah perbuatan yang tidak bermaruah dan kebelakangan ini umno sering mempergunakan kesultanan melayu atau pihak istana untuk kepentingan politik murahan mereka.
Tuduhan yang dianggap tidak berasas itu dibuat semata-mata berdasarkan isi kandungan surat layang yang tidak diketahui dari mana dan siapa pengirimnya amat menhinakan umno itu sendiri yang sewajarnya matang dalam berpolitik apatah lagi usia umno sendiri melebihi 50 tahun. Tidak keterlaluan jika AMK Gelang Patah menganggap bahawa suart tersebut adalah rekaan dari pemuda umno itu sendiri bagi membuatkan rakyat resah dengan kenyataan yang diputarbelitkan oleh pimpinan umno sendiri. Manakala media terus dilihat sudah kehilangan maruah serta bertindak sebagai pencacai umno terus menghangatkan isu ini sedangkan kesahihan surat tersebut belum dipastikan.
AMK Gelang Patah menasihatkan pemuda umno supaya lebih bermaruah dan tidak memainkan politik murahan. Khairy yang berkelulusan Universiti Oxford juga nampaknya tergoda dengan politik kurang bijak pemuda umno Kedah. Mungkin benar tanggapan YB Karpal Singh terhadap pemuda umno dan sewajarnya pemuda umno muhasabah diri dengan tuduhan YB Karpal.
Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah
No comments:
Post a Comment