Isu aparthied yang ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang DUN Johor, YB Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai) baru ini sengaja diperbesarkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Othman dan Pemuda Umno Johor. Setelah mendengar sendiri penjelasan dari YB Dr. Boo nyata bukan isu perkauman yang cuba dibangkitkan namun perbandingan di antara Apartheid dan Penyalahgunaan Bumiputeraism dalam dasar ekonomi bagi menarik perhatian Kerajaan terhadap ketidakpuashatian pelabur Dana Johor terhadap harga belian balik satu saham dengan nilai RM0.50 sen manakala pelabur Amanah Saham Johor (ASJ) ditawarkan harga belian balik RM1.00.
Apa yang beliau kesalkan, pada sidang DUN yang lepas Menteri Besar Johor berjanji bahawa Kerajaan Johor akan menawarkan harga belian balik Dana Johor dengan harga RM1/sesaham, namun janji tinggal janji sedangkan pelabur Dana Johor teru-terusan menanggung kerugian. Apa yang dikesalkan adalah layanan diskriminasi oleh Permodalan Johor Berhad menawarkan harga belian balik yang berbeza antara saham ASJ dan Dana Johor dan perbezaan layanan ini boleh diumpamakan dasar ekonomi bercorak Apartheid sebab layanan berbeza dilaksanakan kepada dua golongan warga Johor.
Malahan pelabur yang membuat pinjaman bank untuk membeli Dana Johor tersebut dikenakan kadar faedah yang berbeza iaitu kadar faedah ahli (bumiputera) dan bukan ahli (non-bumiputera), di mana peminjam ahli dikenakan faedah yang lebih tinggi tanpa menyelidiki sosioekonomi seseorang peminjam. Sewajarnya kadar faedah dinilai dari latarbelakang peminjam dan nilai pinjaman bukan dari sudut bumiputra atau bukan bumiputra. Ketidakseimbangan ini akan menimbulkan ketidakpuashatian sesetengah pihak dan ianya perlu diteliti oleh pihak kerajaan dan pihak bank itu sendiri. Apakah di Malaysia ini hanya golongan bumiputra sahaja yang susah atau miskin manakala golongan bukan bumiputra hidup senang lenang...???
Ketua Pemuda Umno Gelang Patah Sdr. Norisham Ismail pula di lihat seperti hilang punca dan tersilap tafsiran berkaitan ucapan YB Dr. Boo di sidang dewan DUN baru-baru ini. Beliau sengaja melihat dari satu sudut sahaja iaitu "isu perkauman" yang sedang dipopularkan oleh teman2 seangakatan beliau di Perak dan Kedah, sedangkan api perkauman segaja ditimbulkan bagi menarik simpati orang melayu agar menyokong dan kembali kepada umno yang hampir rebah.
Seperti Pemuda Umno Kedah, yang segaja memperbesarkan isu seorang ADUN Pakatan Rakyat menghina Yang Mulia Sultan Kedah sedangkan isu itu hanyalah surat layang atau khabar angin yang belum disahkan kesahihannya. YAB Menteri Besar, Datuk Seri Azizan pada minggu lepas menemplak Ketua Pemuda Umno Kedah yang dianggap tidak profesional kerana mencanang isu tersebut walaupun kesahihan isu tersebut belum lagi disahkan. Apakah tindakan Pemuda Umno sengaja memperbesarkan isu ini untuk melindungi kes bagaimana pegawai BPR (sekarang SPRM) dipindahkan ke cawangan lain berikutan pegawai tersebut berjaya memerangkap pemimpin umno Kedah yang cuba merasuah seorang ADUN Pakatan Rakyat supaya melompat parti ke BN....
Isu Apartheid ini sengaja dilihat oleh pimpinan Pemuda Umno di Johor dari sudut politik sempit dan ianya sengaja di gembar gemburkan seolah-olah YB Dr. Boo cuba mengganggu gugat keamanan dan kesepaduan rakyat Johor sedangkan matlamat mereka adalah meraih simpati dan berlagak sebagai pejuang bangsa melayu sedangkan umum telah pun mengetahui yang mereka sebenarnya adalah pengkhianat kepada bangsa sendiri. Jika mereka pejuang Bangsa Melayu, mengapa mereka tidak membela nasib penduduk di Kg. Baru Plentong Tengah dan Felda Cahaya Baru... Kenapa harus "kecut telur" bila berhadapan isu rakyat sebegini... Apakah nasib mereka di Bukit Dagang... Pernahkah pemuda umno menjenguk mereka...???? Dimana kredibiliti pemuda umno yang tidak habis2 dengan isu perkaumannya.
Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan
Bahagian Gelang Patah
No comments:
Post a Comment