DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

13 November 2009

AKUAN BERSUMPAH BALA : ADIK NAJIB, TAUKE CARPET RAYA DAN PERISIK TENTERA TERLIBAT

Balasubramaniam, seorang penyiasat persendirian yang hampir2 mengugat kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri mendakwa bahawa seorang pegawai kanan polis, dua ahli perniagaan adik beradik dan seorang ahli keluarga Perdana Menteri terbabit mengugut dan menyogoknya supaya menarik balik "Akuan Sumpah"nya yang mengaitkan Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu yang mati dibom. Pihak Risikan Tentera juga dipercayai digunakan oleh Najib untuk memberi tekanan kepada Bala agar menafikan perakuan bersumpah pertamanya.

Akibat tidak mahu terus-terusan menjadi pelarian, Bala sendiri membuat pendedahan di hadapan tiga peguam kanan baru-baru ini kerana tidak mahu terus menjadi “pelarian” seperti yang terkandung didalam transkrip yang disiarkan di dalam Free Malaysia Today.

Bala mendakwa bahawa Razak Baginda telah dijanjikan bayaranRM4 hingga RM5 juta untuk menarik balik perakuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008 dan beliau diarahkan supaya jangan pulang ke Malaysia sehingga Najib disahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Bala dalam keterangannya turut mendakwa bahawa setelah selesai sidang media untuk mengumumkan kandungan perakuan bersumpah pertamanya di pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, pada 3 Julai 2008, beliau bersama seorang pegawai polis berpangkat ASP bernama Suresh pergi ke Cheras.

Dalam perjalanan tersebut beliau telah mendapat panggilan daripada Dinesh Jaikishan seorang ahli perniagaan yang karib dengan mereka yang memberitahu abangnya, Deepak, mahu berjumpa di sebuah kedai Bah Kut Teh di Rawang.

Sebelum tiba ke kedai berkenaan, isteri Bala menelefon memberitahu ada sebuah kereta merah di hadapan rumah mereka. Bala menasihatkan isterinya mengunci pintu pagar dan jangan berbuat apa-apa sehingga beliau menelefonnya kembali.

Deepak, pemilik syarikat Carpet Raya di Kuala Lumpur menawarkan RM4 juta dan kemudian RM5 juta supaya Bala menarik balik perakuan bersumpahnya.

Deepak juga memberitahu Bala bahawa orang dalam kereta merah di hadapan rumahnya itu adalah anggota perisik tentera. Beliau kemudian mengarahkan Dinesh dan ASP Suresh membawa Bala pusat membeli belah Curve di Damansara untuk bertemu seorang “Datuk”. Datuk tersebut adalah Nazim, adik kepada Najib. Bala mendakwa bahawa Datuk Nazim ada mengugut jika beliau (Bala) sayangkan keluarganya, beliau patut ikut arahan Deepak.

Bala bertegas tidak akan meninggalkan Malaysia tanpa keluarganya bersama. Persetujuan dicapai supaya Balasubramaniam membawa keluarganya meninggalkan Malaysia.

Pada 4 Julai 2008, Bala ditemani seorang peguam bernama Arunambalan yang belum pernah dikenalinya menemui media di Prince Hotel untuk membentangkan perakuan bersumpah keduanya yang memansuhkan perakuan pertama.

Sementara itu seorang pembantu Deepak mengiringi keluarga Bala untuk mendapatkan pasport mereka di pejabat Imigresen.

Bala dan keluarganya kemudian dibawa dengan van ke Singapura sebelum terbang ke Bangkok. Dari situ mereka ke Katmandu sebelum berlindung di India.

Jika benar seperti yang di dakwa oleh Balsubramaniam, maka nama2 mereka yang disebut secara jelas oleh Bala perlu membuat penafian.

Dan jika benar Pegawai Risikan Tentera terlibat dalam usaha2 bangsat ini maka Najib telah menyalahgunakan khidmat tentera demi untuk menyelamatkan karier politik beliau dan Pengarah ATM wajar meletak jawatan kerana membiarkan khidmat anggota tentera dilacurkan demi untuk menyelamatkan karier politik pemimpin bangsat.

No comments: